Garis Panduan Pengurusan Ppki

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

Garis Panduan Lengkap Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran

Sesuatu organisasi memerlukan panduan atau garis panduan yang betul bagi mewujudkan sistem
gerak kerja yang sistematik dan dinamik. Unit Pendidikan Khas Integrasi di sekolah juga tidak
ketinggalan memerlukan satu garis panduan pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi
Pembelajaran bagi memastikan pengurusan PPKI sentiasa berada dalam keadaan yang lancar dan
cekap.

(Dapatkan Garis Panduan Lengkap Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah
Pembelajaran dalam bentuk microsoft word pada link download bawah sekali)

• Pentadbiran Pendidikan Khas

1.1 Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah

Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Pendidikan Khas :


Penasihat:Pengetua / Guru BesarPengerusi:Penolong Kanan / Guru Kanan PentadbiranN. Pengerusi
1:Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal MuridN. Pengerusi 2:Penolong Kanan / Guru Kanan
KokurikulumPenyelaras:Penyelaras Kelas Pendidikan KhasPen. Penyelaras:Guru Pendidikan
KhasSetiausaha:Guru Pendidikan KhasBendahari:Guru Pendidikan KhasAJK-AJK:Guru Pendidikan
Khas

Pembantu Pengurusan Murid

Ahli-ahli Jawatankuasa termasuk guru kelas, guru mata pelajaran, guru kokurikulum, guru disiplin, guru
stok, guru keceriaan, guru bertugas mingguan dan pembantu pengurusan murid.

1.2 Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

Penasihat:Pengetua / Guru BesarPengerusi:Penolong Kanan / Guru Kanan


KokurikulumPenyelaras:Penyelaras Kelas Pendidikan KhasPen. Penyelaras:Guru pendidikan
khasSetiausaha:Guru pendidikan khasBendahari:Guru pendidikan khasAJK-AJK:Guru-guru sukan
Pembantu pengurusan murid

1.3 Jawatankuasa Program Inklusif

Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia
pelaksanaan program inklusif di sekolah.

Penasihat:Pengetua / Guru BesarPengerusi:Penolong Kanan / Guru Kanan


PentadbiranPenyelaras:Penyelaras Kelas Pendidikan KhasPen. Penyelaras:Guru Pendidikan
KhasSetiausaha:Guru Pendidikan KhasBendahari:Guru Pendidikan KhasAJK-AJK:Guru-guru kelas
aliran perdana yang terlibatGuru mata pelajaran yang terlibat

1.4 Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas

Penasihat:Pengetua / Guru BesarPengerusi:Penolong Kanan / Guru Kanan


HEMPenyelaras:Penyelaras Kelas Pendidikan KhasPen. Penyelaras:Guru Pendidikan
KhasSetiausaha:Guru Pendidikan KhasBendahari:Guru Pendidikan KhasAJK-AJK:Guru-guru disiplin

1.3 Perjawatan Guru Pendidikan Khas


Jawatan guru pendidikan khas adalah satu jawatan sepenuh masa dan tidak boleh digunakan sebagai
guru ganti di kelas aliran perdana.

Perkiraan perjawatan guru pendidikan khas adalah seperti berikut:

Jumlah Guru Pendidikan Khas = 1.5 X Bilangan Kelas

• Perjawatan Pembantu Pengurusan Murid

Jawatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 adalah untuk berkhidmat di kelas-kelas akademik dan
perkhidmatan penyelia/pengasuh pelajar yang telah dijumudkan semasa pelaksanaan Sistem Saraan
Baru pada tahun 1992.

• Jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) adalah dalam skim perkhidmatan pembantu
pengurusan murid. (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003)

• Jawatan ini di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan dengan diberi gred gaji
N17, N22

• Ketua Perkhidmatan bagi perkhidmatan ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.

• Bilangan Kelas Pendidikan Khas

KERJA AKU 😁, [16/2/2022 1:03 PM]


Pada masa ini, perkiraan bilangan kelas pendidikan khas adalah seperti berikut:

Bilangan Kelas Pendidikan Khas = Bil Murid / 6.5


(Perkiraan di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Pendidikan Khas KPM )

• Mesyuarat

1.5.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas

Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas peringkat sekolah hendaklah diadakan sekurang-


kurangnya 4 kali dalam setahun dan minit mesyuarat hendaklah dicatat dan difailkan di dalam Fail
Jawatankuasa Pendidikan Khas. Ini bertujuan untuk memastikan pihak pentadbir dan semua guru
pendidikan khas mengambil bahagian yang aktif di dalam hal-hal berkaitan perjalanan kelas pendidikan
khas dan sentiasa dimaklumkan dengan maklumat terkini.

Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas hendaklah dipengerusikan oleh Penolong Kanan/Guru


Kanan dengan Pengetua/Guru Besar sebagai penasihat

• Mesyuarat Pemuafakatan Bersama dengan Ibu Bapa

Mesyuarat Pemuafakatan Bersama dengan Ibu Bapa perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam
setahun bagi tujuan perkongsian maklumat dan menjalinkan hubungan baik.

• Perlantikan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas dilantik dari kalangan guru-guru pendidikan khas oleh pihak
pentadbir sekolah berdasarkan kriteria-kriteria yang berikut :

• Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan khas

• Daya kepimpinan

• Perwatakan
• Komitmen atau kesungguhan

• Kekananan (seniority)

• Sokongan dari guru-guru pendidikan khas yang lain

• Sokongan dari pihak pentadbir sekolah

Cadangan nama Guru Pendidikan Khas yang telah dilantik menjadi Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
hendaklah dipanjangkan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak supaya surat
perlantikan yang rasmi dapat dikeluarkan.

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas yang telah dilantik boleh dilucutkan jawatannya di bawah syarat-
syarat berikut:

• tidak berupaya melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawabnya dengan baik,

• tidak lagi dapat memenuhi kriteria perlantikan seperti yang dinyatakan di atas,

• mendapat aduan bertulis daripada guru-guru (terutamanya di kalangan guru-guru pendidikan khas),
pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan juga pihak luar dan apabila disiasat serta didapati aduan itu
berasas.

Setelah dilucutkan jawatan, penolong penyelaras akan dilantik untuk mengambilalih tempat tersebut.

• Perlantikan Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas adalah dilantik secara lantikan dalaman sekolah dan
tidak ada surat perlantikan untuk jawatan ini.
Calon guru pendidikan khas untuk jawatan ini juga perlu memenuhi kriteria seperti dalam pemilihan
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.

Beliau juga boleh dilucutkan jawatannya sepertimana Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.

• Elaun Mengajar Kanak-Kanak Cacat untuk Guru Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas hendaklah memastikan semua guru pendidikan khas di bawah
jagaannya mendapat elaun mengajar kanak-kanak cacat.

Dokumen yang diperlukan untuk memohon pembayaran elaun tersebut adalah :

• Salinan Jadual Waktu Peribadi guru berkenaan, dan

• Salinan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas, atau

• Salinan Diploma Pendidikan Khas, atau

• Salinan Sijil Kehadiran ke Kursus Pendedahan Pendidikan Khas, atau

• Sijil-sijil berkaitan bidang pendidikan khas.

Guru pendidikan khas layak menerima elaun ini bermula dari tarikh dia mengajar di kelas pendidikan
khas.

• Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru-Guru Pendidikan Khas

2.1 Penyelaras Kelas Pendidikan Khas


2.11 Pentadbiran Umum

• Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah,

• Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat sekolah,

• Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas; merancang,
menyelia dan membantu perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang tahun,

• Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kelas
pendidikan khas,

KERJA AKU 😁, [16/2/2022 1:03 PM]


• Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras bersama dengan Ketua Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Sarawak kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru
pendidikan khas,

• Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa dikemaskini :

• Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah,

• Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,

• Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas,

• Fail Mata Pelajaran,

• Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas,

• Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,


• Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

• Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,

• Fail Program Inklusif,

• Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,

• Fail Stok (Alatan dan Perabot),

• Buku Stok

• Laporan Mingguan Guru Bertugas.

• Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan khas,

• Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid khas,

• Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas,

• Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada),

• Memastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan,

• Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpuan pagi pada setiap hari
(tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid pendidikan khas),

• Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah menyenaraikan nama murid-murid
yang akan meneruskan persekolahan ke sekolah menengah dan menghantarnya ke Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran Sarawak pada bulan Oktober setiap tahun bagi tujuan penempatan,
• Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung persekolahan ke
sekolah menengah dihantar ke sekolah yang berkenaan,

• Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah bertanggungjawab memastikan borang


permohonan murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dilengkapkan dan dihantar ke Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran Sarawak mengikut tarikh yang ditetapkan dari masa ke semasa,

2.1.2 Pengurusan Hal Ehwal Guru

• Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas belum mengikuti kursus pendedahan pendidikan khas
kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Sarawak supaya mereka dapat dihantar berkursus,

• Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya mendapat elaun mengajar kanak-
kanak cacat,

• Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya tidak disalahgunakan oleh pihak
sekolah.

2.1.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid

• Memastikan nama murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku Daftar Kemasukan
Murid.

• Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai (bersama dengan
semua guru pendidikan khas) dan keputusannya dicatatkan dalam Lampiran A (Borang Pengesahan
Penempatan) dan seterusnya dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Sarawak.

• Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran Sarawak atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah,
• Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat,

• Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid pendidikan khas yang
layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh tutup,

• Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid pendidikan khas diuruskan dengan cekap,

• Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang diinklusifkan
mendapat pinjaman buku teks.

• Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau ke luar negeri dan
memastikan dokumen murid ini dihantar ke sekolah barunya.

• Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil Berhenti Sekolah.

2.1.4 Pengurusan Data

• Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan dihantar kepada Pejabat
Pelajaran Daerah masing-masing sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan,

KERJA AKU 😁, [16/2/2022 1:03 PM]


• Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Laporan Status Program
Pendidikan Khas.

2.1.5 Pengurusan Stok


• Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Sarawak diletakkan di
dalam kelas pendidikan khas,

• Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran Sarawak dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan,

• Memastikan alatan kepunyaan kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak,

• Menyemak Buku Stok yang disediakan oleh Guru Stok.

2.1.6 Pengurusan Kewangan

• Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada awal setiap tahun,

• Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dibuat apabila terdapat
pertambahan bilangan murid pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa),

• Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan
guru-guru pendidikan khas,

• Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan memaklumkan
kepada semua guru pendidikan khas,

• Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung kelas pendidikan khas yang disediakan oleh
bendahari kelas

2.1.7 Pengurusan Kelas


• Menyediakan satu peraturan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan persetujuan daripada
pihak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,

• Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan pembelajaran,

• Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas mencukupi,

2.1.8 Pengurusan Jadual Waktu

• Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu yang
sesuai dengan opsyen guru masing-masing.

• Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah.

2.1.9 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

• Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di kelas pendidikan khas
dari masa ke semasa,

• Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa berada
bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan kedua-dua
dokumen ini hendaklah dikemaskini,

• Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan kepada ibu bapa
atau penjaga,

• Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid pendidikan khas di
kelasnya yang berpotensi untuk menduduki peperiksaan awam,
2.1.10 Pengurusan Diri

• Menjadi `role-model’ dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru pendidikan khas,

• Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru pendidikan khas.

2.2 Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

• Melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawab Penyelaras Kelas Pendidikan Khas sekiranya beliau
tidak berada di sekolah,

• Kutipan Yuran Persekolahan Murid Pendidikan Khas Penilaian dan Rekod Prestasi Murid Program
Inklusif

• Guru Mata PelajaranSetiausaha Kelas Pendidikan Khas

• Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh mesyuarat
Jawatankuasa Pendidikan Khas atau mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau
perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga,

• Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama dengan minit mesyuarat
yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh mesyuarat,

• Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam fail-fail berkenaan,

• Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail Jawatankuasa Panitia
Pendidikan Khas,

• Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas,


• Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti kelas pendidikan khas pada akhir tahun dan
dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Sarawak.

KERJA AKU 😁, [16/2/2022 1:03 PM]


2.4 Bendahari Kelas Pendidikan Khas

• Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain,

• Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari tabung kelas
pendidikan khas,

• Mengemaskini akaun tabung kelas pendidikan khas pada setiap hujung bulan,

• Membentangkan kedudukan kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam setiap mesyuarat
Jawatankuasa Pendidikan Khas dan mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas.

• Guru Kelas Pendidikan Khas

• Pengurusan Dokumen

• Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari,

• Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat di dalamnya
sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas,

• Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini,

• Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap,


• Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan, surat panggilan
mesyuarat dan lain-lain,

• Pengurusan Hal Ehwal Murid

• Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi,

• Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan selepas rehat
(untuk mengelak murid pendidikan khas daripada ponteng),

• Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-murid pendidikan


khas di kelasnya,

• Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,

• Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid pendidikan khas di kelasnya
yang telah tamat tempoh percubaan,

• Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid akan melanjutkan pelajaran
ke sekolah menengah atau Sekolah Vokasional,

• Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan menduduki
peperiksaan awam,

• Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku sebarang
kesulitan,

• Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas,


• Pengurusan Data

• Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat.

• Pengurusan Kewangan

• Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit,

• Pengurusan Kelas

• Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria,

• Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,

• Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan carta tersebut,

• Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas,

• Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.

• Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran


• Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan sebelum
diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani,

• Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan yang berpotensi
menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk
tindakan lanjut,

• Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran Sekolah,

• Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Panduan, Buku Kerja
dan senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai,

• Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing,

• Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian,

• Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk Bank Soalan,

• Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian dan menyerahkan
markah-markah itu kepada guru kelas,

• Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran,

• Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas,

• Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang diajar,

KERJA AKU 😁, [16/2/2022 1:03 PM]


• Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan membentangkannya di dalam
mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas supaya dapat diambilkira dalam ABM kelas
pendidikan khas.
2.7 Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

• Merancang aktiviti tahunan kokurikulum kelas pendidikan khas seperti sukan, kebudayaan, kelab,
persatuan dan pasukan beruniform,

• Mendaftarkan kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas dengan pihak-pihak yang
berkenaan (rujuk kepada Guru/Penolong Kanan Kokurikulum sekolah),

• Mendokumentasikan segala hal yang berkaitan dengan kelab seperti pendaftaran, peraturan, yuran,
pakaian, masa perjumpaan dan lain-lain; failkan di dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,

• Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang,

• Menyediakan segala surat menyurat, dokumen dan membuat permohonan untuk mendapatkan
kebenaran bagi melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum,

• Menyediakan laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan; satu salinan
untuk Fail Kokurikulum Pendidikan Khas dan satu salinan kepada Setiausaha Jawatankuasa
Pendidikan Khas.

2.8 Guru Disiplin Kelas Pendidikan Khas

• Mengendalikan kes-kes disiplin murid,


• Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk mengadakan perjumpaan bersama
guru-guru pendidikan khas lain bagi membincang dan menyelesaikan masalah tingkahlaku murid
pendidikan khas,

• Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas dan pihak pentadbir sekolah untuk
mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa kepada murid pendidikan khas yang menunjukkan masalah
tingkahlaku yang membimbangkan,

• Merekodkan segala maklumat dan tindakan yang diambil dan disimpan ke dalam Fail Disiplin Kelas
Pendidikan Khas.

2.9 Guru Keceriaan Kelas Pendidikan Khas

• Membentuk Jawatankuasa Keceriaan Kelas Pendidikan Khas,

• Merancang projek keceriaan kawasan sekitar kelas pendidikan khas,

• Mendokumentasikan program keceriaan yang telah dilaksanakan,

• Memastikan penglibatan di dalam pertandingan keceriaan kelas peringkat sekolah, daerah dan
negeri,

• Melengkap dan mengemaskini maklumat di Bilik Gerakan Pendidikan Khas.


2.10 Guru Stok Kelas Pendidikan Khas

• Mendapatkan salinan invois pesanan barangan daripada pembekal sebagai bukti pembelian
barangan dan serahkan kepada kerani pejabat yang menguruskan akaun kelas pendidikan khas,

• Mencatatkan setiap barangan yang dibeli ke dalam Buku Stok berdasarkan maklumat di dalam
salinan invois dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan barangan tersebut,

• Menyedia dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima pada Kad
Stok,

• Melabel nombor siri pada alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima seperti contoh di bawah:

SMKXX / KKBP / BA6 / TV / XX / 2007

• Bagi barangan atau perabot yang dibekalkan oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Sarawak,
lengkapkan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan tersebut dan menyerahkannya kepada
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk dikembalikan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
Sarawak,

• Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan hendaklah disimpan di
dalam Fail Stok (Alatan dan Perabot),

• Mengemaskini Fail Stok (Alatan dan Perabot),

• Memeriksa stok barangan dan mengemaskini Buku Stok pada pertengahan dan akhir tahun,
• Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok kepada Penyelaras Kelas
Pendidikan Khas untuk disahkan sebelum diserahkan kepada pejabat.

• Guru Bertugas Mingguan Kelas Pendidikan Khas

• Menulis laporan tugas harian di dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan Kelas Pendidikan Khas,

• Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas yang sakit,

• Membawa murid pendidikan khas yang sakit ke hospital (jika perlu),

• Memastikan keceriaan, keselamatan dan kebersihan kelas pendidikan khas dalam keadaan terurus
sepanjang minggu bertugas,

KERJA AKU 😁, [16/2/2022 1:03 PM]


• Membantu guru kelas menguruskan murid-murid pendidikan khas semasa perhimpunan pagi.

• Pengurusan Fail-fail Pendidikan Khas

3.1 Fail Am Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu memohon kepada pihak sekolah supaya mewujudkan satu
Fail Am bagi kelas pendidikan khas dengan nombor rujukan untuk menyimpan segala surat menyurat
berkaitan urusan kelas pendidikan khas di sekolah.
Satu salinan fail tersebut hendaklah disimpan di kelas pendidikan khas untuk memudahkan rujukan.

3.2 Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Jawatankuasa Pendidikan


Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :

• Minit mesyuarat,

• Takwim Tahunan Kelas Pendidikan Khas,

• Kertas Kerja Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,

• Surat menyurat setiap Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,

• Laporan Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,

• Jadual Pencerapan,

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu memastikan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas ini
dikemaskini dari masa ke semasa.
Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan khas supaya mudah
dirujuk oleh Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, guru-guru pendidikan khas, pihak pentadbir sekolah
dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak pada bila-
bila masa.

3.3 Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Maklumat Kelas Pendidikan
Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :

• Pekeliling-pekeliling Pendidikan Khas,

• Borang Biodata Guru,

• Borang Biodata Murid,

• Statistik Murid Pendidikan Khas,

• Jadual Waktu Induk Kelas dan Jadual Waktu Peribadi Guru,

• Rekod keputusan UPSR, PMR dan SPM

• Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.


Penyelaras Kelas Pendidikan Khas juga bertanggungjawab mengemaskinikan Fail Maklumat Kelas
Pendidikan Khas ini dari masa ke semasa.

Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan khas supaya mudah
dirujuk oleh Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, guru-guru pendidikan khas, pihak pentadbir sekolah
dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak pada bila-
bila masa.

3.4 Fail Mata Pelajaran

Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini Fail Mata Pelajaran masing-
masing. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut :

• Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran,

• Maklumat semasa mengenai mata pelajaran,

• Senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai,

• Jadual peperiksaan / penilaian,

• Soalan-soalan peperiksaan / penilaian,

• Rumusan pencapaian setiap murid selepas setiap peperiksaan / penilaian,

• Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.


3.4 Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas

Fail ini diwujudkan untuk menyimpan sesalinan Laporan Status Program Pendidikan Khas yang wajib
dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah pada setiap bulan.

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Laporan
Status Program Pendidikan Khas.

3.5 Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas

Guru kelas pendidikan khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Peribadi Murid
bagi setiap anak muridnya. Fail ini memuatkan dokumen-dokumen berikut :

• Surat Penempatan Murid ke Program Pendidikan Khas dari Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
Negeri Sarawak,

• Salinan Lampiran A,

• Salinan Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Keperluan Khas ( 0 – 18


Tahun ),

• Salinan Borang Pertukaran Sekolah – (jika ada),


• Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan,

• 3 keping gambar murid berukuran pasport,

• Salinan permohonan Kad Orang Kurang Upaya,

• Salinan Kad Orang Kurang Upaya,

• Kad atau Buku Kesihatan Murid,

• Salinan Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan yang diterima oleh murid,

• Rekod Prestasi Murid,

KERJA AKU 😁, [16/2/2022 1:03 PM]


• Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan murid.

3.6 Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

You might also like