EDUP2102 SOSIOLOGI Tutorial M6

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

NAMA PENSYARAH: PERIAKKA A/P RENGAYA CHINAYA

NAMA : FATIMAH ZAHRA BINTI MOHD AYOB

AMIRAH ALIAH BINTI AHMAD HANIF

KUMPULAH KULIAH : PAI (JAINJ) 1

AMBILAN : OKTOBER 2022

TARIKH HANTAR : 19 NOVEMBER 2022

KOD DAN NAMA KURSUS : EDUP2102 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

TUTORIAL 6 : (DITERIMA PADA 18 NOVEMBER 2022 -

SABTU KULIAH, JAM 9:00 - 10:00AM)

TUTORIAL TOPIK 5 : MOBILITI SOSIAL


SOALAN :

Bagaimanakah iklim sekolah memainkan peranan dalam kemenjadian seseorang pelajar?

Bincangkan.

Iklim sekolah merujuk kepada kesan persekitaran sekolah terhadap pelajar termasuk amalan
pengajaran, kepelbagaian budaya dan hubungan antara pentadbir, guru, ibu bapa, dan pelajar
(Mohamad Adan, Siti Noor, Suhaila, & Hasliza, 2016; Zullig, Koopman, Palton, & Ubbes, 2010).
Iklim sekolah juga merupakan tanggapan, perasaan dan harapan yang dipegang oleh anggota
komuniti sekolah, Pembentukan iklim sekolah yang positif memerlukan pengiktirafan pelajar
sebagai tumpuan utama disamping peranan kepimpinan oleh pentadbiran sekolah, kakitangan
yang cekap serta dapat berkongsi matlamat bersama dengan pelajar, ibu bapa dan Juga
masyarakat. Iklim sekolah yang positif juga merangkumi semangat sekolah yang jitu serta
mempunyai konsep kendiri yang positif dalam kalangan pelajar dan kakitangan. Selain itu, iklim
sekolah yang positif juga scharusnya mempunyai hubungan saling menghormati dan kerjasama
antara pentadbir, guru, pelajar, ibu bapa, dan masyarakai (Rudasill, Snyder, Levinson, & L,
Adelson, 2017). Natijahnya, wujud suasana kekeluargaan antara warga sekolah serta secara
tidak langsung dapat meningkatkan pencapalan akademik pelajar.

Terdapat banyak kepentingan dari segi budaya dan iklim sekolah yang boleh kita dapati.
Budaya dan iklim sekolah yang positif boleh memainkan peranan yang penting dalam
kesihatan, perkembangan emosi serta kemajuan akademik serta kokurikulum pelajar-pelajar.
Peranan budaya dan iklim yang positif jika diamalkan secara tidak langsung, ia dapat
memberikan sumbangan yang besar terhadap perhubungan interpersonal, di dalam kawasan
sekolah tersebut.

Pertama adalah apabila sesebuah sekolah itu mengamalkan budaya dan iklim yang positif dan
berada dalam keadaan yang baik secara tidak langsung potensi dan imej sekolah tersebut akan
meningkat. Apabila kurangnya kes disiplin, ataupun tiada langsung sekolah terlibat akan
dikategorikan sebagai sekolah baik atau cemerlang. Sekolah sebegini akan menjadi tumpuan
para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Contohnya seperti
Sek. Keb. Zainab 2, Kota Bharu Kelantan dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif
prestasi akademik mereka meningkat dan sekarang sekolah tersebut dianugerahkan sebagai
sekolah berprestasi tinggi

Selain itu, guru-guru dan pelajar akan mempunyai hubungan interpersonal yang baik.
Guru-guru akan mempunyai sikap sayang dan mengambil berat semasa di sekolah di mana
mereka bertugas dan mereka akan sentiasa mengamalkan budaya mesa antara guru dan
murid. Mereka pasti akan berasa bangga kerana berada di sekolah tersebut yang sentiasa
mengamalkan budaya dan iklim yang positif. Contohnya, guru dan pelajar akan bertambah
mesra kerana mereka sentiasa mengamalkan budaya memberi salam dan bertanya khabar.
Dalam keadaan ini, para guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan
profesionalisme mereka untuk lebih berjaya. Manakala di kalangan pelajar pula, semangat
sayang dan bangga akan sekolah mereka akan sentiasa segar dalam ingatan dan jiwa mereka.
Ini menunjukkan betapa pentingnya budaya dan iklim positif di sekolah untuk membentuk
pelajar yang berjaya.

Pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan meningkat kerana budaya dan iklim yang
kondusif dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran.
Pengurusan di sekolah akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Walaupun sukatan
pelajaran telah dikeluarkan oleh pihak kementerian pendidikan, tetapi guru tidak terikat dengan
satu kaedah pengajaran sahaja. Mereka bebas untuk menggunakan kaedah-kaedah
pengajaran yang difikirkan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka mengikut
kreativiti sendiri. Pembelajaran yang kreatif penting untuk menarik minat pelajar.

Seterusnya, dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif ia akan dapat menarik
kepercayaan orang atasan ataupun orang luar. Dengan penampilan sekolah yang baik, serta
mempunyai budaya dan iklim yang baik mereka akan sentiasa mendapat kepercayaan daripada
pihak atasan untuk menganjurkan sesuatu aktiviti, projek ataupun kem motivasi. Pihak atasan
akan percaya dengan kemampuan sekolah-sekolah seperti ini.
Apabila sesuatu program itu berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, pihak
penganjur tidak akan teragak-agak untuk menganjurkan sekolah tersebut pada masa akan
datang. Kerana dengan penganjuran ini, secara tidak langsung ia akan meningkatkan imej
orang atasan tersebut.

Dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif dan berkesan guru akan dapat
menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat
kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan,
kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja
akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang
dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran
pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.

Kepentingan dominan dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif adalah sekolah
tersebut akan melahirkan keluaran pelajar-pelajar yang berkualiti. Pelajar-pelajar ini berkualiti
kerana semasa di alam persekolahan mereka sentiasa mengamalkan budaya yang positif dan
berada dalam kawasan iklim positif. Seperti kata pepatah, merebung buluh biarlah dari
rebungnya. Pihak sekolah memainkan peranan untuk membentuk diri pelajar apabila berada di
sekolah.
Tambahan lagi, tanggungjawab mewujudkan iklim sekolah yang positif didorong oleh hubungan
sokongan yang bergantung sebahagian besarnya kepada sekolah untuk menyediakan masa
dan peluang kepada guru untuk mengenali pelajar mereka, mengenal pasti dan memenuhi
kepada keperluan mereka, serta mengembangkan penjajaran yang lebih besar antara sekolah
dan rumah. Dengan membentuk struktur sekolah yang lebih privasi dan peribadi, ia dapat
mewujudkan hubungan yang konsisten dan selamat untuk setiap kanak-kanak.

Persekitaran pembelajaran yang kecil, dapat dicapai melalui pengurangan saiz keseluruhan
sekolah atau dengan mewujudkan unit atau pasukan yang lebih kecil di dalam sekolah yang
lebih besar. Ini dapat yang membolehkan para pendidik dan pelajar untuk lebih mengenali
antara satu sama lain sepenuhnya, bekerjasama lebih rapat, membina komuniti, dan
mengurangkan risiko pelajar-pelajar tercicir dalam pelajaran.

Akhir sekali, sistem nasihat iaitu sistem di mana guru kerap berjumpa dengan sekumpulan kecil
pelajar, menasihati dan menyokong pembangunan akademik, sosial dan emosi mereka. Sistem
ini menggunakan metod dengan membina komuniti kecil pelajar untuk menyokong satu sama
lain. Dengan mengamalkan idea-idea penambahbaikan iklim sekolah ini dapat melahirkan
pelajar yang lebih berkualiti, cergas dan cerdas.

You might also like