Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tugasan 1

Pengenalan

Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan merupakan salah sebuah


tamaduntertua yang agak lama bertahan. Tamadun China yang bermula di lembah sungai telah
wujud sejak 4000 tahun lalu. Tamadun China dikatakan berasal dari bangsa Monggol and era ini
dipanggil zaman batu akhir. Ia bermula di lembah sungai lalu dan berkesinambungansehingga
sekarang kerana ia tidak diserap oleh tamadun lain. Terdapat dua bahagian ditamadun China iaitu
utara dan selatan. Ia merupakan bahagian terbesar di tamadun China.Ahli sejarah percaya
terhadap kewujudan tamadun China sejak tahun 2500 S.M. LembahSungai Kuning mempunyai
tanah yang subur. Oleh itu, manusia menjalankan aktivitikehidupan mereka di sana. Secara tidak
langsung, munculnya tamadun China yang terletak di Lembah Sungai Kuning. Perkampungan
tetap telah didirikan kerana penduduk China tidaksuka berpindah randah. Perluasan kawasan
merupakan sesuatu yang penting untuk tamadunChina. Struktur masyarakat yang kompleks dan
system ekonomi yang teratur diperlukan pada masa itu. Empayar yang pertama ialah Dinasti
Chin yang bermula pada tahun 221 S.M. Iaberakhir pada tahun 206 S.M. Maharaja Shih Huang
Ti amat terkenal yang merupakanpengasas Dinasti Chin. Sebuah empayar telah dibentuk dengan
jajahan takluknya sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Perluasan kuasa empayar Dinasti Chin
menukarkan system feudalkepada pentadbiran pusat. Raja China memerintah dengan kuasa
mutlak. Kerajaan kecil diChina disatukan oleh Shih Huang Ti.

Perkembangan yang pesat berlaku di lembah Sungai Kuning pada zaman DinastiShang.
Gangsa dan buluh telah digunakan secara meluas. Selain itu, terdapat kewujudan beberapa
negara kota. Negara kota yang utama ialah Kota Shang, Anyang, Loyang, ChangChow and
Changgan. Negara kota Anyang merupakan sebuah bandar yang tertua di Chinayang muncul di
tebing Sungai Kuning. Negara kota Anyang telah menjadi ibu kota Dinasti Shang. Kegemilangan
dan kemajuan tamadun ini memberi sumbangan kepada kehidupan masyarakat pada hari ini.
Walaupun kemunculan Tamadun China tidak sama dengantamadun-tamadun tua yang lain
contohnya tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir, tamadun India dan tamadun Greek tetapi
pencapaiannya adalah standing. Pembinaaan Tembok Besar Cina oleh Shih Huang Ti adalah
seiring dengan pembinaan Piramid di Mesir, Taman Bergantung Babylon di Iran dan Taj Mahal
di India.

Objektif tugasan ini adalah membincangkan dan memahami asas-asas dan nilai-nilaiTamadun
China terhadap peradaban dunia. Seterusnya, mengenal pasti sumbangan-sumbangan penting
Tamadun China kepada peradaban dunia. Rujukan primer untuk menyiapkan tugasan ini ialah
dengan merujuk kepada modelOpen Universiti Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia
yang ditulis oleh Dr GhazaliDarusalam. Tugasan ini juga merujuk kepada filem Kung Fu Panda
tahun 2008 yangditerbitkan oleh Paramount Pictures

You might also like