JENAYAH Nota

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

JENAYAH

Jenayah didefinisikan sebagai suatu tindakan luar kawalan di mana ia telah melanggar nilai-nilai
kemasyarakatan. Ia merupakan kesalahan atau dosa yang berat yang berkaitan dengan perlakuan yang
menyalahi undang-undang serta bertentangan daripada norma dan akhlak yang terdapat dalam masyarakat .
Jenayah adalah kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat. Hukuman yang dikenakan ke atas
pesalah adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada individu tersebut serta masyarakat supaya tidak
mengulangi kesalahan yang telah dilakukan tersebut

Jenayah kekerasan merujuk kepada jenayah bunuh, rogol, samun berkawan bersenjata api, samun
berkawan tidak bersenjata api, samun bersenjata api, samun tanpa senjata api, dan mencederakan

Jenayah harta benda pula di bahagikan kepada beberapa jenayah antaranya curi, curi lori/van, curi
motokar, curi motosikal, curi ragut, pecah rumah siang, dan pecah rumah malam

Jenayah komersial pula terdiri daripada jenayah tipu, pecah amanah jenayah, salah guna harta dengan
curang. Jenayah siber, lain-lain tipu, pemalsuan, wang palsu, kad kredit, Ah Long, kes VCD/DVD, TS’B’/LUCAH,
dan lain-lain kes.

Jenayah narkotik pula merupakan jenayah yang berkaitan dengan dadah.

Contoh jenayah di Malaysia:


1. Jenayah rogol
2. Jenayah dadah
3. Jenayah pembunuhan
4. Jenayah rasuah
5. Jenayah rompakan dan samun
6. Jenayah ragut
7. Jenayah cetak rompak

1
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

ISU IDEA
1 JENAYAH (UMUM) Punca (umum):
1. Kurang penghayatan agama dan nilai moral
 Punca 2. Pengaruh Persekitaraan
 Kesan 3. Kegawatan ekonomi
 Langkah 4. Pengaruh Media massa
 Dasar dan pendekatan 5. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah/ kurang
malaysia penguatkuasaan
 Bandar selamat 6. Pengaruh dadah
7. Kecelaruan mental
8. Kemiskinan hidup/ Desakan hidup
9. Keruntuhan akhlak atau moral
10. Hukuman yang ringan

Faktor ekonomi
1. Peningkatan pengangguran
2. peningkatan kos sara hidup
3. kemiskinan hidup
4. status pendapatan yang rendah dan jurang perbezaan kekayaan
dalam masyarakat

Faktor Sosial
1. Kepesatan Bandar,
2. Hubungan Keluarga yang renggang
3. Hubungan Kejiranan yang renggang
4. Peningkatan penghijrahan penduduk ke bandar
5. Status pendidikan yang rendah.

Kesan peningkatan jenayah kepada negara


1. Negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa
hadapan
2. Keadaan sosioekonomi menjadi lembap
3. Mewujudkan keadaan yang tidak tenteram/ ketenteraman rakyat
tergugat

Langkah Kerajaan:
1. Memperkasakan undang-undang sedia ada
2. Penggunaan peralatan yang canggih bagi mengawasi kegiatan
jenayah
3. Menanam kesedaran dalam kalangan orang awam
4. Program pencegahan jenayah
5. Menggalakkan peranan masyarakat
6. Kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan Negara lain
7. Mengawasi kemasukan warga asing
8. Kerajaan harus memperkasa ekonomi Negara
9. Pendidikan berkaitan keselamatan
10. Kerjasama dengan pengamal media

Dasar dan Pendekatan Malaysia;


1. Penubuhan Yayasan Pencegahan Malaysia (Malaysia Crime
Prevention Foundation)
2. menjadikan pengurangan jenayah sebagai teras dan agenda dalam
pembangunan negara iaitu dalam Rancangan Malaysia 5 Tahun
3. pihak kerajaan telah memberi komitmen sepenuhnya semasa
Pembentangan Belanjawan 2008 pada 7 September 2007

2
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

4. Forum Pencegahan Jenayah (Pencegahan Jenayah dan Keselamatan


Awam)

Kebaikan Bandar Selamat:


1. Rekabentuk persekitaran yang selamat
2. Pembangunan komuniti/penduduk yang berpendidikan
3. Pemantauan berkesan dan berterusan

JENAYAH KEKERASAN Punca:


1. Keruntuhan akhlak/ pegangan agama yang longgar
 Pembunuhan 2. Kemasukan pendatang asing yang ramai
 Jenayah Rogol 3. Hukuman yang ringan
 Penculikan 4. Faktor kemiskinan
 Jenayah berkaitan 5. Pengaruh media massa
dadah 6. Faktor individu
 Samun berkawan 7. Faktor kecelaruan mental
bersenjata api, samun
berkawan tidak Kesan:
bersenjata api, samun 1. Kehilangan nyawa dan kematian
bersenjata api, samun 2. Maruah keluarga terjejas
tanpa senjata api, dan 3. Mencemarkan imej Negara
mencederakan. 4. Mengugat sektor pelancongan
5. Keselamatan masyarakat terjejas

Usaha membendung:
1. Mengetatkan lagi undang-undang sedia ada
2. Meningkatkan kesedaran masyarakat
3. Peranan ibu bapa dalam membentuk individu yang cemerlang
4. Memasang alat-alat keselamatan sebagai pencegahan
5. Melancarkan dasar-dasar awam dan peranan NGO
6. Memberikan hukuman yang lebih berat kepada pesalah
7. Memberi khidmat kaunseling

JENAYAH SIBER Punca berlaku:


1. Faktor terpengaruh
 Pengodaman/ Hacker 2. Menjadikan jenayah sebagai bidang kerjaya komersial
 Kecurian Data Peribadi 3. Tidak memahami prosedur mengendalikan laman web/ kurang
 Penipuan siber ilmu internet
 Buli siber 4. Kecanggihan Internet dan bilangan computer
 Punca berlaku 5. Kelemahan kuatkuasa undang-undang
 Kesan 6. Kekurangan Kepakaran forensik komputer
 Langkah 7. Sikap manusia yang sukar dikawal
pencegahan 8. Sukar mengenalpasti penjenayah

Kesan kepada masyarakat dan negara


1. Mengancam keselamatan rakyat
2. Menjejaskan imej negara
3. Sistem pertahanan negara diceroboh
4. Penjualan data dan maklumat kepada pihak musuh
5. Kerugian kewangan
6. Kerugian dari segi harta intelek
7. Individu akan mengalami tekanan perasaan

3
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

Langkah Pencegahan:
1. Pendidikan dan kesedaran jenayah siber
2. Tingkatkan ciri-ciri keselamatan data
3. Tingkatkan kepakaran dalam jenayah siber
4. Kerjasama antara negara secara global
5. Kerjasama antara kerajaan dengan syarikat2 serta pengguna
komputer
6. Membuat pemantauan di alam siber
7. Mengkaji semula hukuman penjenayah siber supaya lebih setimpal
8. Terapkan pengetahuan mengenai jenayah siber

JENAYAH PENYELUDUPAN Faktor berlakunya penyeludupan barangan:


 Faktor berlaku 1. Perbezaan harga barangan antara dua buah negara yang
penyeludupan bersempadan
barangan 2. Kekurangan sumber di salah sebuah negara atau negara yang
 Kesan/ implikasi bersempadan
 Usaha membendung 3. Undang-undang kawalan perdagangan yang berbeza antara negara
yang bersempadan
4. Tindakan mengelak cukai import dan cukai eksport yang tinggi
dalam sesebuah negara
5. Memenuhi pasaran dan permintaan bermusim di salah sebuah
negara
6. Kawalan sempadan yang longgar
7. Memenuhi pasaran dan permintaan bermusim di salah sebuah
negara

Kesannya kepada negara penerima


1. Imej negara terjejas
2. Negara yang terbabit akan mengalami kerugian dari segi ekonomi
3. Negara menghadapi risiko menularnya jenayah penyeludupan
yang berbahaya
4. Menularnya penyakit berjangkit
5. Berisiko mengeruhkan hubungan antara dua negara
6. Kemasukan barangan yang tidak berkualiti

JENAYAH KOLAR PUTIH Faktor/Punca:


1. Sikap materialistik
1. Rasuah 2. Kurangnya penghayatan agama dan nilai moral
2. Penyelewangan kuasa 3. Kurangnya pemantauan berterusan/ kawalan pihak berkuasa
 Faktor 4. Pendapatan yang rendah
 Cara mengatasi 5. Masalah system birokarasi
 Kesan 6. Faktor budaya
 Cabaran 7. Modenisasi

Cara mengatasi:
1. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan berterusan
2. Peranan pihak berkuasa
3. Meningkatkan mutu perkhidmatan pihak berkuasa
4. Didikan agama/moral
5. Kerjasama masyarakat

4
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

Kesan:
1. Melemahkan pentadbiran Negara
2. Kepercayaan kepada kepimpinan Negara tergugat
3. Pertambahan gelaja social
4. Menjejaskan imej Negara pada pandangan masyarakat
5. Kos meningkat
6. Mengancam keselamatan rakyat dan negara
7. Mengalakkan masyarakat menjadikannya sebagai amalan

Cabaran/ halangan:
1. Ciri rasuah yang unik
2. Fahaman materialisik yang semakin menebal
3. Ikatan social yang rapuh
4. Penguatkuasaan undang-undang yang terbatas
5. Kepimpinan yang lemah

JENAYAH KOMERSIAL

 Pemalsuan wang/
dokumen penting
kerajaan seperti
Passport, Sijil Lahir dan
Kad pengenalan.
 Penipuan kad kredit

JENAYAH JALANAN

 Ragut

5
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

Dasar dan Pendekatan Kerajaan Malaysia dalam mengatasi jenayah:

1. Penubuhan Yayasan Pencegahan jenayah Malaysia (Malaysia Crime Prevention Foundation) pada
bulan Januari 1993. Penubuhan ini telah membolehkan negara terlibat secara langsung dalam forum
berkaitan pencegahan jenayah yang telah dilaksanakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
melalui Asia Crime Prevention (ACPF) di Shozuka, Jepun. Walaupun Yayasan Pencegahan Jenayah yang
ditubuhkan itu merupakan badan bukan kerajaan (NGO), namun mandat yang diberikan oleh kerajaan
membolehkan badan ini memainkan peranannya dan bertanggungjawab dalam melaksanakan pelbagai
program pencegahan jenayah di Malaysia

2. Pihak kerajaan juga telah menjadikan pengurangan jenayah sebagai teras dan agenda dalam
pembangunan negara iaitu dalam Rancangan Malaysia 5 Tahun. Agenda pengurangan jenayah
terkandung dalam Teras ke-4 iaitu meningkatkan kemampuan kualiti hidup. Bagi tujuan ini, di bawah
Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan telah memperuntukkan RM21.2 bilion untuk keselamatan dan RM4.9
bilion untuk PDRM(Rancangan Malaysia ke-9, 2006). Kerajaan sangat komited membelanjakan berbilion
ringgit untuk memantapkan dan menyediakan kemudahan yang terbaik kepada pihak PDRM seperti
membina kuarters dan balai polis.

3. pihak kerajaan telah memberi komitmen sepenuhnya semasa Pembentangan Belanjawan 2008 pada
7 September 2007. Antara pendekatan yang ingin dilakukan oleh pihak kerajaan ialah memperuntukkan RM
6 bilion, membekalkan 200 unit kereta nasional dan 1600 komputer kepada pegawai penyiasat dan penolong
pegawai penyiasat, menambahkan pengambilan 60,000 anggota baru dalam tempoh 5 tahun akan datang,
membekalkan 1900 motosikal untuk meningkatkan aktiviti pengawasan dan rondaan, memasang lebih
banyak kamera litar tertutup (CCTV) yang dihubungkan ke pusat kawalan dan seterusnya menyokong usaha
sektor swasta mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan mereka dengan mempercepatkan elaun
modal yang mana ianya boleh dituntut selepas setahun ke atas pembelian alat kawalan dan keselamatan

4. Perdana Menteri ke-5 juga telah mengumumkan 6 pendekatan baru dalam membanteras jenayah
semasa lawatannya ke PDRM Bukit Aman pada Januari 2008. Antaranya ialah beliau mewajibkan pemilik
atau penyewa bangunan memasang CCTV. Peruntukan khas sebanyak RM75 juta untuk memasang
kemudahan tersebut di beberapa kawasan strategik di seluruh negara. Walau bagaimanapun, selepas tiga
minggu lawatan rasmi Perdana Menteri ke-5 ke PDRM Bukit Aman, Ketua Polis Negara (KPN) ketika itu iaitu
Tan Sri Musa Hassan telah mengambil beberapa pendekatan yang dilaksanakan secara bersepadu bagi
membanteras jenayah iaitu pengambilan 3000 pegawai dan anggota bersara secara kontrak bermula pada
Mac 2008, membuka 107 balai polis baru yang dinamakan sebagai Balai Polis Pengoperasian(BPP), membuka
55 pondok komuniti polis yang hanya memberi tumpuan kepada negeri Johor, Pulau Pinang, Selangor dan
Kuala Lumpur dan sebagainya

5. Pada September 2013, bertempat di Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya telah berlangsungnya Forum
Pencegahan Jenayah (Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Awam) yang merupakan satu inisiatif memberi
peserta peluang berbincang, melontarkan idea dan bertukar-tukar pendapat mengenai permasalahan jenayah
pada ketika ini. Peserta yang terlibat terdiri daripada kakitangan jabatan di bawah Kementerian Dalam
Negeri seperti PDRM, Penjara, JPAM, RELA, penuntut institusi pengajian tinggi, pesara-pesara kerajaan,
ketua-ketua masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

6
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

JENAYAH (UMUM)
Soalan 1:
Kerajaan Malaysia begitu serius menangani masalah jenayah yang berlaku di negara ini. Jelaskan langkah-
langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi kegiatan ini (5+0)

Pendahuluan
 Malaysia sebagai sebuah Negara yang aman dan damai tidak terlepas daripada ancaman jenayah dan
anasir-anasir yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam.
 Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah tersebut

Bil Isi/Idea Huraian


Langkah Kerajaan  Semua agensi yang berkaitan dengan keselamatan dan keharmonian
Negara telah bekerjasama rapat bagi mencegah jenayah seperti polis,
1 Memperkasa RELA, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen, Kastam diraja
penguatkuasaan undang- Malaysia, dan lain-lain lagi
undang  Semua agensi bekerjasama dalam membanteras jenayah seperti rompakan,
rogol, ragut, kegiatan perlanunan, penyeludupan, pemerdagangan manusia
dan lain-lain lagi
 Rondaan yang berterusan dan kawalan yang ketat di pintu masuk Negara
dapat mengurangkan jenayah tersebut.
2 Penggunaan peralatan  bagi mengawasi kegiatan jenayah seperti Kamera litar tertutup dan GPS.
keselamatan yang canggih  Penggunaan kamera litar tertutup di kawasan yang berisiko tinggi dapat
membantu mengesan penjenayah
 Pengunaan satelit berkuasa tinggi juga dapat mengesan jenayah yang
melakukan rompakan atau pembunuhan dengan segera dengan
menggunakan peralatan GPS.
 Dengan ini, Pihak polis dapat bertindak cepat dengan adanya bantuan
peralatan canggih.
3 Menanam kesedaran  Kesedaran orang awam juga penting dalam usaha mencegah dan
dalam kalangan orang memerangi jenayah
awam  Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam program dan aktiviti
pencegahan jenayah
 Mereka sedar tentang langkah-langkah untuk menjaga keselamatan diri,
keluarga, dan harta benda mereka. Hal ini dapat mengurangkan peluang
dan ruang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah
4 Program Pencegahan  Contoh Kempen-kempen pencegahan jenayah hendaklah digiatkan dalam
Jenayah media massa untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada ramai
tentang pentingnya menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda
mereka
 Kempen-kempen juga boleh diadakan pada peringkat sekolah untuk
memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang cara-cara mencegah
jenayah dan kesan –kesannya sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti
jenayah
5 Menggalakkan peranan  Masyarakat boleh menubuhkan kelab rukun tetangga untuk menjaga
masyarakat keselamatan kawasan mereka sebagai tambahan kepada rondaan pihak
polis
 Masyarakat mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencegah
jenayah dengan melaporkan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan di
kawasan mereka pada polis
6 Kerjasama antara kerajaan  Kerajaan hendaklah bekerjasama dan menyeleraskan dengan kerajaan dan
Malaysia dengan Negara organisasi antarabangsa dalam membendung kegiatan jenayah seperti kes-
lain kes penipuan, penyelewengan, pemerdagangan manusia, penyeludupan
dan keganasan
 Kerjasama yang erat Malaysia dengan Negara-negara lain dapat

7
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

membendung kegiatan jenayah tersebut dari berleluasa

7 Mengawasi kemasukan  Terdapat pelancong dan pelajar asing yang menyalahguna pas lawatan dan
warga asing pas pelajar. Program visa telah disalahguna oleh mereka. Mereka terlibat
dengan pelbagai jenayah seperti pelacuran dan pengedaran dadah.
 Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) juga memerlukan pemerhatian
serius. Ramai pendatang yang menimbulkan pelbagai masalah jenayah
seperti samun, rompakan dan pecah rumah.
 Kerajaan perlu kerap menlaksanakan operasi 6P (Operasi Pemutihan) .

8 Memperkasa ekonomi  Kerajaan hendaklah memperkasa ekonomi bagi meningkatkan peluang


Negara pekerjaan kepada rakyat Malaysia
 Ekonomi Negara yang kukuh dapat mengurangkan kegiatan jenayah
 Peluang pekerjaan dapat ditingkatkan dan hal ini dapat mengelakkan
mereka terlibat dengan kongsi gelap, pengedaran dadah, meragut,
menyamun, merompak, dan sebagainya

Kesimpulan
Semua pihak hendaklah bekerjasama dalam usaha membanteras masalah jenayah yang akan mengancam
keselamatan negara.

Pilihan jawapan
5 + 0 ( mana-mana 5 idea)

SOALAN 2:
Kita tidak menafikan bahawa masih banyak kejadian jenayah berlaku di negara ini. Kerajaan berusaha
mengurangkan masalah itu melalui pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mencapai
hasrat tersebut. Bincangkan punca berlakunya jenayah dan jelaskan bagaimana pelaksanaannya boleh
mengatasi masalah tersebut.

SKEMA: ( 2 + 3/ 3 + 2 )

Pengenalan
Kejadian jenayah seperti merompak dan membunuh masih berlaku di sebabkan faktor-faktor tertentu,
Bagaimanapun pihak kerajaan sentiasa berusaha membanterasnya termasuk melalui Program Transformasi
Kerajaan.

BIL ISI HURAIAN


Punca Kejadian Jenayah
1 Kejahilan terhadap agama • Tidak mengamalkan suruhan agama supaya menghormati setiap insan
dan nilai moral/ Kurang dan berbuat baik sesama manusia
penghayatan agama • Tiada rasa belas kasihan terhadap orang lain
• Berasa gembira melakukan kesalahan di sebalik kesukaran orang lain
• Tidak tahu batasan dan larangan agama
 Bagi mereka perbuatan seperti rasuah, pecah amanah, penyelewengan,
dan lain-lain tidak menjadi satu kesalahan.
 Kebanyakan mereka yang terlibat dalam jenayah tersebut tidak
menghayati ajaran agama masing-masing yang mungkin disebabkan
oleh kurang kasih-sayang daripada keluarga dan pengaruh rakan-rakan
• Kawasan rumah setinggan yang rata-ratanya terdiri daripada rakyat
2 Pengaruh Persekitaraan yang miskin sering berlaku kejadian jenayah.
 kawasan yang banyak pendatang tanpa izin atau pekerja asing juga

8
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

akan meningkatkan kadar jenayah di sesuatu kawasan


• Kawasan yang kurang pemantauan pihak berkuasa seperti kawasan
pedalaman juga meningkatkan kadar jenayah.
 Kawasan yang pencahayaannya kurang atau dilorong-lorong yang
sempit atau sesak memudahkan berlakunya jenayah.
3 Pertambahan penduduk • Semakin banyak penduduk semakin kurang peluang pekerjaan dalam
pasaran.
• Apabila mereka gagal mendapatkan pekerjaan dalam pasaran secara
halal, mereka akan mendapatkan secara haram seperti merompak,
meragut, dan sebagainya
• Hal ini ditambah lagi persaingan dengan pekerja asing yang sanggup
bekerja dengan upah yang rendah.
• Kemelesetan ekonomi juga merupakan faktor meningkatnya kadar
4 Kegawatan Ekonomi jenayah di Malaysia di sebabkan oleh peningkatan kos sara hidup.
• Apabila mereka sukar mendapatkan sesuatu kerana tiada pekerjaan
atau diberhentikan kerja, sedangkan mereka terpaksa membayar
ansuran kereta, rumah, dan keperluan lain.
 Wujud ketidakseimbangan antara pendapatan yang rendah dan kos
sara hidup yang tinggi.
• Akhirnya mereka terpaksa pecah amanah, penipuan, merompak,
mengedar dadah dan sebagainya
• Pengaruh unsur ganas dan cara-cara melakukan jenayah banyak
5 Pengaruh media massa disiarkan oleh televisyen
• Hal ini akan ditiru oleh mereka untuk melakukan jenayah
• Kemudahan internet juga menunjukkan cara-cara menghasilkan dadah
sintetik yang ditiru oleh mereka yang mahir dan seterusnya akan
mengedarkan kepada penagih-penagih dadah.
• Kekurangan tenaga penguatkuasa dan tenaga pakar dalam bidang
6 Penguatkuasaan undang- tertentu telah menyebabkan pelbagai jenayah berlaku
undang yang lemah • Penjenayah mempunyai ruang dan peluang untuk melakukan jenayah
seperti penyelewengan, pecah amanah, pembunuhan, rompakan, dan
pelbagai jenayah lagi
 Penguasaan yang lemah dan hukuman dan denda yang dikenakan tidak
setimpal dengan kesalahan, penyalahgunaan kuasa juga menyumbang
kepada kejadian jenayah
• Mereka yang terlibat dengan penagihan dadah sanggup melakukan apa
7 Pengaruh dadah saja untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah
• Mereka sanggup membunuh, mencuri, merompak, meragut,
melacurkan diri dan lain-lain lagi
• Kecelaruan mental boleh menyebabkan jenayah kejam seperti
8 Kecelaruan mental membunuh dan merogol
• Kes pembunuhan kejam adalah contoh personaliti pelaku yang dikenali
sebagai psikopatik atau sosiopatik serta mempunyai ‘split personality’
• Menghadapi beban kewangan seperti bilangan ahli keluarga yang
9 Tekanan hidup ramai dan terbeban dengan hutang
• Kehidupan sukar terutamanya dihadapi oleh warga asing
• Akibat hilang pekerjaan /diberhentikan kerja
• Terdesak untuk menyara kehidupan dan tidak mahu bekerja tetapi
sanggup mendapatkan sumber kewangan secara salah
Strategi Mengatasi Melalui GTP
10 Memperkasa Semua agensi yang berkaitan dengan keselamatan dan keharmonian
Penguatkuasaan undang- Negara telah bekerjasama rapat bagi mencegah jenayah seperti polis,
undang yang lebih RELA, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen, Kastam diraja
berkesan Malaysia, dan lain-lain lagi

9
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

 Semua agensi bekerjasama dalam membanteras jenayah seperti


rompakan, rogol, ragut, kegiatan perlanunan, penyeludupan,
pemerdagangan manusia dan lain-lain lagi
 Rondaan yang berterusan dan kawalan yang ketat di pintu masuk
Negara dapat mengurangkan jenayah tersebut.
 Menambah bilangan anggota keselamatan dan penguatkuasa.
 Membuat pemantauan atau rondaan secara kerap
 Mengadakan program Pemutihan 6P kepada pendatang asing
 Mengenakan hukuman penjara yang lebih berat kepada pesalah
berulangan atau gantung mandatori dalam kes jenayah berat

• Rakyat diberi pengetahuan atau pendidikan cegah jenayah


4 Pendidikan berkaitan • Bekerjasama melaporkan kepada polis tentang kejadian jenayah
keselamatan • Menjadi sebahagian anggota pengawal keselamatan sukarela
• Murid diberi pendedahan cegah jenayah melalui Kelab Cegah Jenayah di
sekolah
 Melalui strategi pendidikan seperti Rakan Cops, melawat pendududuk
di taman perumahan, mengedarkan talian balai polis dan sering
mengadakan dialog dengan rakyat telah menyebabkan rakyat dan
pasukan keselamatan dapat bekerjasama membanteras jenayah.
 rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ pasukan keselamatan dengan
melaporkan sebarang kegiatan janayah.

• Menjalankan kempen secara bersama dengan pihak media


5 Kerjasama dengan • Agensi kerajaan yang berkenaan perlu terlibat mengadakan kempen
pengamal Media massa bersama masyarakat
• Wujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat
 Kerjasama dengan rakan penyiar seperti RTM dan TV3, dengan
menyiarkan kempen anti pemerdagangan orang, kempen menjga
keselamatan harta benda seperti rumah dan kenderaan, dan kempen
cegah ragut dan culik boleh menyedarkan rakyat.
 Aktiviti turun padang agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan,
Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Imigresen misalnya telah
mengurangkan statistik jenayah kebelakangan ini.

Kesimpulannya, melalui laporan prestasi GPT yang dibentang 1 April


Kesimpulan 2012 indeks jenayah telah menurun dengan banyaknya. Oleh itu, usaha
yang berterusan ini perlu dilakukan supaya jenayah dapat dibendung

10
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

JAWAPAN PENUH

Kejadian jenayah seperti merompak dan membunuh masih berlaku disebabkan faktor-faktor
tertentu. Bagaimanapun , pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk membanterasnya termasuk melalui
Program Transformasi Kerajaan.

Kejadian jenayah boleh berlaku pada sebarang masa dan tempat kerana sikap segelintir manusia
yang jahil tentang agama dan moral. Mereka tidak mengamalkan ajaran agama yang menyuruh manusia
menghormati individu lain. Misalnya agama melarang menganiaya orang lain dengan cara merompak,
membunuh bahkan menipu sekalipun. Penjenayah seperti ini akan mengambil kesempatan untuk melakukan
jenayah tanpa rasa belas kasihan dan simpati kepada mangsa dan keluarga mangsa.

Jenayah juga berlaku disebabkan tekanan hidup yang dialami penjenayah. Sesetengahnya
mengalami tekanan kehidupan sama ada tekanan emosi mahupun tekanan kewangan. Tindakan segelintir
warga asing yang membunuh, merompak dan pecah rumah biasanya dikaitkan dengan maslah kesempitan
hidup di negara ini. Hal ini boleh berlaku apabila mereka sudah ketiadaan kerja akibat diberhentikan atau
kerana tiada permit kerja menyebabkan tiada tiada pendapatan untuk menyara kehidupan. Keadaan terdesak
itu telah memaksa mereka melakukan jenayah.

Usaha kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan Memperkasakan


Penguatkuasa undang-undang yang lebih berkesan. Antaranya ialah kerajaan menambahkan bilangan
anggota dan prasarana untuk meningkatkan kecekapan anggota polis menjalankan tugas. Kini, pasukan polis
tidak lagi duduk lama di pejabat tetapi sentiasa meronda di jalanan dan premis perniagaan. Program
Pemutihan 6P telah dilaksanakan bagi merekodkan warga asing di Malaysia yang menjadi sebahagian
statistik jenayah. Mengenakan hukuman penjara yang lebih lama kepada pesalah berulang atau gantung
mandatori bagi kes jenayah berat masih perlu dikekalkan.

Komitmen melalui NKRA juga ialah melalui pendidikan berkaitan keselamatan kepada rakyat.
Hakikatnya keselamatan rakyat juga menjadi tanggungjawab bersama anggota masyarakat. Bagaimanapun
satu pendekatan mesra polis telah dilaksanakan oleh kerajaan. Melalui strategi pendidikan seperti Rakan
Cops, melawat pendududuk di taman perumahan, mengedarkan talian balai polis dan sering mengadakan
dialog dengan rakyat telah menyebabkan rakyat dan pasukan keselamatan dapat bekerjasama memebanteras
jenayah. Kini rakyat menjadi ‘mata dan telinga ’ pasukan keselamatan dengan melaporkan sebarang kegiatan
jenayah.

Langkah yang berkesan melalui GTP juga ialah membentuk kerjasama dengan pengamal media.
Kerjasama seperti melaksanakan pelbagai kempen pencegahan jenayah. Kerjasama dengan rakan penyiar
seperti RTM dan TV3, dengan menyiarkan kempen anti pemerdagangan orang, kempen menjga keselamtan
harta benda seperti rumah dan kenderaan, dan kempen cegah ragut dan culik boleh menyedarkan rakyat.
Aktiviti turun padang agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan
Imigresen misalnya telah mengurangkan statistik jenayah kebelakangan ini.

Kesimpulannya, melalui laporan prestasi GTP yang dibentang pada 1 April 2012 indeks jenayah telah
menurun dengan banyaknya. Oleh itu, usaha yang berterusan ini perlu dilakukan supaya jenayah dapat
dibendung.

Format jawapan : 2 + 3/3 + 2

11
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

JENAYAH KEJAM

SOALAN 3

Kejadian jenayah kejam semakin membimbangkan masyarakat di negara ini. Huraikan punca-punca
penularan jenayah kejam ini dan apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menghentikannya.

Skema Jawapan: 5 + 0
Kejadian jenayah kejam semakin menular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kejadian jenayah kejam
dikaitkan dengan pembunuhan, rogol dan bunuh, peras ugut dan samun bersenjata.

Isi Utama Huraian


PUNCA-PUNCA JENAYAH KEJAM
1. Keruntuhan akhlak atau nilai  Generasi muda yang hilang pegangan hidup sanggup melakukan
moral/ Pegangan agama yang jenayah kejam untuk memenuhi tuntutan nafsu dan tuntutan
longgar kewangan.
 Tanpa didikan agama dan moral, manusia gagal membuat keputusan
rasional dan membezakan baik buruknya tindakan sedemikian

2. Kemasukan pendatang asing  Bilangan kemasukan pendatang tanpa izin seperti pendatang
yang ramai Indonesia, Filipina dan Bangladesh yang tidak terkawal.
 Pendatang asing yang menganggur sanggup melakukan jenayah kejam
seperti membunuh, memeras ugut, samun, dan merompak untuk
meneruskan kehidupan.
 Kes-kes pergaduhan, pembunuhan, penyeludupan, merompak,
merusuh, pembuangan anak, pelacuran dan lain-lain menunjukkan
angka yang membimbangkan.
 Pergaduhan di tempat kerja juga semakin meningkat dan kegiatan
pelacuran yang semakin licik di kalangan pekerja asing China.
Pembunuhan kejam juga berleluasa, terutamanya sesama mereka.
 Keadaan ini meroskan keharmonian kaum.

3. Pengaruh media massa  Pengaruh unsur ganas dan cara-cara melakukan jenayah banyak
disiarkan oleh televisyen
 Hal ini akan ditiru oleh mereka untuk melakukan jenayah
 Rancangan/program yang berunsur keganasan seperti cara
merompak, penggunaan senjata api, merogol menjadi ikutan golongan
yang bermasalah.

4. Kemiskinan hidup/ Desakan  Golongan yang menganggur ditambahkan lagi dengan faktor
hidup. kegawatan ekonomi mendorong kegiatan keganasan.
 Akibat hilang pekerjaan /diberhentikan kerja
 Terdesak untuk menyara kehidupan dan tidak mahu bekerja tetapi
sanggup mendapatkan sumber kewangan secara salah

5. Hukuman yang ringan  Hukuman kepada pesalah yang melakukan jenayah tidak setimpal dan
sangat ringan jika dibandingkan dengan jenayah yang dilakukan
mereka.
 Hukuman ringan ini tidak menakutkan pesalah.
 Ia juga tidak memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak
terbabit dengan jenayah.

12
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN
6. Memperkasa penguasaan  Hukuman yang lebih berat seperti penjara seumur hidup dan hukuman
undang-undang. mati untuk kejadian keganasan yang serius.
 Rondaan yang lebih kerap oleh pihak polis di kawasan-kawasan yang
berisiko tinggi.
 Menambah anggota penguatkuasa dan tenaga pakar dalam bidang-
bidang tertentu supaya penguatkuasaan lebih berkesan.

7. Meningkatkan kesedaran  Program pendidikan pencegahan jenayah


masyarakat  Kempen kesedaran melalui media massa – mengingatkan orang orang
ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada sepanjang masa.
 Peranan orang ramai bekerjasama dengan pihak polis; komuniti saling
membantu untuk mencegah perbuatan jenayah.

8. Melancarkan dasar-dasar  Dasar-dasar sosioekomi kerajaan dan kerjasama pihak NGO mempu
awam dan peranan NGO meningkatkan tahap kejayaan dalam usaha membanteras jenayah.
 Pelaksanaan dasar-dasar seperti Dasar Pembangunan Nasional dan
Masyarakat Penyayang mampu meningkatkan taraf hidup rakyat –
tingkatkan peluang pekerjaan – kurangkan masalah jenayah.
 Program kemasyarakatan oleh pihak NGO dapat meningkatkan
semangat kejiranan, kesukarelawan dan kekitaan – kurangkan kes
jenayah.
9. Memasang alat-alat  Memasang alat-alat keselamatan sebagai langkah pencegahan
keselamatan  Memasang pagar, monitor video, infrakecemasan, penggera perompak
di pejabat atau di rumah.
 Pengawal-pengawal keselamatan yang terlatih diadakan.
 Peranan pasukan sukarela seperti Rukun Tetangga.

Nota: Mana-mana 5 idea

2+3 atau 3+2

13
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

JENAYAH SIBER

SOALAN 4

Pada masa kini, pengunaan laman maya merupakan suatu keperluan sama ada oleh seseorang individu
mahupun suatu organisasi. Malangnya, kebelakangan ini banyak kejadian jenayah siber berlaku. Pada
pendapat anda, mengapakah jenayah siber masih berlaku dan jelaskan kesan-kesan jenayah siber
tersebut kepada pebagai pihak.

Pengenalan
Penggunaan laman maya dalam Internet dianggap sebagai suatu keperluan hampir setiap individu dan
organisasi pada masa kini. Malangnya ada pihak yang menggunakan aplikasi tersebut untuk melakukan
jenayah siber seperti ugutan, menyebarkan maklumat palsu dan menyebarkan virus.

Idea A: Punca Jenayah Siber

Mudah terpengaruh oleh pihak lain.


 Mangsa yang biasanya adalah kaum wanita
 Terpengaruh dengan janji cinta melalui perbualan telefon dan media sosial.
 Mangsa lelaki pula terpengaruh dengan janji teman yang menawarkan hadiah istimewa. Sanggup
melakukan arahan penjenayah yang menipu seperti mendedahkan akaun bank kepada pihak yang
tidak dikenali.
 Kebanyakan perbuatan ini dikenali sebagai ‘African Scam’ yang popular dilakukan oleh warga dari
benua Afrika

Menjadikan jenayah sebagai bidang kerjaya komersial

 Sesetengah penjenayah melakukan modus operandi memujuk mangsa sehingga mangsa terpedaya
terutamanya bagi kes cinta siber
 Melakukan ugutan untuk menyebarkan gambar peribadi atau sebarang maklumat peribadi untuk
tujuan pemerasan/ peras ugut.
 Jenayah boleh dijadikan secara terancang oleh satu sindiket
 Penjenayah mungkin mahu menjual perisian antivirus yang diciptanya dengan menghantar virus
tertentu.

Kecanggihan Internet dan bilangan computer yang banyak.

 Internet begitu canggih sehingga boleh merentasi sempadan dunia. Pemangsa akan melakukan
serangan virus ke mana-mana talian yang diketahui ada kelemahan
 Pelbagai laman web sosial yang dicipta seperti Facebook dan Twitter telah mendorong individu
mendedahkan maklumat peribadi seperti gambar, alamat, nombor telefon dan seumpamanya.
 Tanpa disedari kemungkinan ada rakan sosial dalam Internet yang tidak mahir telah mengongsi
butiran peribadi sehingga boleh digunakan oleh penjenayah siber.

Tidak memahami prosedur mengendalikan laman web

 Pengguna komputer tidak menyediakan perisian antivirus tulen atau antivirus yang tidak mampu
menghadapi serangan virus
 Pengguna komputer tidak mengetahui penggunaan talian Internet dengan betul seperti tidak
menutup akaun e-mel atau facebook dengan teratur.
 Kejahilan tidakmembaca terma-terma janji aplikasi Internet boleh menyebabkan mereka menjadi
mangsa jenayah siber

14
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

Idea B: Kesan jenayah siber

Mangsa mengalami tekanan perasaan

 Mangsa mengalami tekanan perasaan seperti marah, malu dan trauma


 Boleh menjejaskan perhubungan dengan keluarga, dengan majikan dan sebagainya
 Mangsa mungkin mengambil jalan singkat dengan membunuh diri disebabkan malu
 Hal ini kerana mangsa berasa diperbodohkan oleh pemangsa.

Kerugian kewangan

 Jenayah siber mengakibatkan kerugian sehingga berjuta ringgit dan sentiasa meningkat setiap tahun.
 Jika mangsa jenayah tersebut ialah organisasi maka operasi akan terganggu dan mengalami kerugian
besar seperti yang pernah berlaku terhadap laman web kerajaan.
 Individ juga mengalami kerugian kerana terpaksa berbelanja untuk memperbaiki komputer. Individu
juga akan mengalami kehilangan data peribadi yang penting yang boleh menyebabkan kerugian yang
besar.

Kerugian dari segi harta intelek

 Misalnya, apabila maklumat, program dan ciptaan baru sesebuah syarikat dicetak rompak, maka
mereka akan mengalami kerugian kerana hak cipta akan ditiru.
 Pencipta hak yang mengalami kerugian akan berasa rugi dan mungkin tercabar untuk melaksanakan
inovasi pada masa hadapan.
 Segala kesusahan mereka mencipta tidak berbayar, malahan mereka juga kerugian kerana ciptaan
mereka di tiru oleh orang lain.

Kesimpulan
Jenayah siber perlu dibanteras supaya pengguna perkhitmatan tidak mengalami pelbagai kesan negatif.
Selain itu, sikap pengguna sendiri perlulah sentiasa berhati-hati agar mereka tidak menjadi mangsa jenayah
maya ini.

Format jawapan : 2+3 / 3+2

15
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

SOALAN 5

Jenayah siber berlaku disebabkan oleh kurangnya ilmu internet serta faktor-faktor lain. Oleh itu, langkah-
langkah pencegahan perlu dilaksanakan bagi membendung jenayah ini yang semakin berleluasa. Huraikan
penyataan tersebut.

A : Faktor Berlaku Jenayah Siber


1. Kurang Ilmu Internet [wajib]  kurang celik IT , tidak tahu ciri keselamatan IT
 mudah ditipu di alam maya

2. Kelemahan Kuatkuasa Undang-  sukar mengenalpasti si penjenayah


undang  sukar mendapatkan bukti
 undang-undang yang berbeza-beza antara negara

3. Kurang Kepakaran forensik  satu bidang yang baru


komputer  perkembangan teknologi IT yang begitu cepat

4. Sikap Tamak  mudah mendapat kekayaan melalui penipuan internet

B. Langkah Pencegahan
4. Kuatkuasa Undang-undang  menggubal undang-undang siber spt Akta Jenayah Komputer 1997,
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
 kerjasama MOSTI dan NISER untuk cari bahan bukti

5. Pendidikan dan  Kem. Komunikasi dan Multimedia berkempen tentang jenayah siber
kesedaran jenayah siber  Bijak Klik –didik orang ramai guna internet secara berhemah

6 Tingkatkan kepakaran  tambah bilangan anggota untuk mamantau


dalam jenayah siber  dapatkan kerjasama negara lain yang pakar dalam forensik komputer
 latih anggota pihak berkuasa dalam siasatan jenayah siber

7. Tingkatkan ciri-ciri  adakan firewall


keselamatan program/data  password
 tandatangan digital

Format : 1+ 2+2 atau 1+1+3

16
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

Soalan 6
Pelbagai punca dikenal pasti berlakunya jenayah siber. Oleh itu, langkah-langkah berkesan
menangani gejala ini wajar dilaksanakan untuk mewujudkan persekitaran hidup yang selamat.
Huraikan.

Format jawapan – 3 + 2 @ 2 + 3

PENDAHULUAN

BIL IDEA/ISI HURAIAN

A – Punca jenayah siber sukar dibanteras/mudah berlaku

1 Sukar dikenal pasti ⬌ satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan
siapakah ancaman fizikal adalah susah untuk menentukan siapa yang
penjenayahnya menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana dan dari mana.
⬌ Umur penjenayah siber biasanya adalah golongan
berpengetahuan ataupun profesional
⬌ berkemungkinan kawan kita, mungkin pelajar ataupun profesor
atau sesiapa sahaja.
⬌ mereka akan melakukan jenayah siber terhadap institusi pesaing
atau mereka diupah oleh pihak tertentu dan biasanya mereka susah
untuk ditangkap.

2 Kepentingan ekonomi ⬌ k-ekonomi menjadi begitu penting. Untuk menjadi sebuah negara
maju, Malaysia mengamalkan K-ekonomi yang menggunakan
kepakaran dalam bidang teknologi maklumat.
⬌ Malaysia telah membuka pintu kepada pelabur-pelabur luar bertaraf
dunia untuk melabur dalam bidang teknologi maklumat dengan
membina Multimedia Super Corridor (MSC)
⬌ Untuk menarik pelabur asing tersebut, Malaysia telah
memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang
Jaminan (Bill of Guarantees) iaitu jaminan tiada penapisan internet.
⬌ Kesannya, pengguna bebas menggunakan internet termasuklah
penjenayah siber

3 Sikap manusia ⬌ sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal


⬌ Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai
kelakuan negatif dan tamak.
⬌ Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun
mencuba ilmu baru yang mereka pelajari.
⬌ Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam golongan
umur 20-an
⬌ golongan remaja ini mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka
belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang
mereka lakukan

4 Berbeza takrifan ⬌ perbezaan takrifan antara jenayah siber dengan jenayah biasa juga
jenayah merupakan faktor jenayah siber terus meningkat
⬌ Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengatakan bahawa jenayah
siber adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah di mana
pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk
merealisasikannya.
⬌ bagi negara-negara Islam, judi, bahan pornografi, dan pengiklanan

17
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

seks adalah satu jenayah tetapi tidak bagi negara-negara seperti


Amerika Syarikat.
⬌ dengan adanya takrifan yang berbeza ini, sukar untuk
dikuatkuasakan undang-undang siber
⬌ di Malaysia yang terikat dengan janji tidak menapis internet terpaksa
merelakan jenayah ini berlaku.

5 Sikap sesetengah ⬌ sikap tamakkan wang ringgit sehingga sanggup menipu untuk
masyarakat mendapatkan hasil yang lumayan
⬌ sebagai contoh jual beli barangan melalui internet di mana barang
yang dijual adalah tidak wujud sedangkan pembeli telah ditipu
apabila mereka membayar harga barang yang dilanggan
menggunakan kad kredit.
⬌ begitu juga banyak orang tertipu dengan kes-kes skim cepat kaya
yang ditayangkan di laman web yang tidak berdaftar dan dikelolakan
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

6 Kepentingan ⬌ dunia tanpa sempadan menjanjikan peluang serta ancaman,


ketenteraan kesejahteraan serta kemusnahan, dan keamanan serta peperangan.
⬌ akibat semakin saling berhubungan, maka sistem dan rangkaian
maklumat kini terdedah kepada pelbagai ancaman dan mudah
diserang.
⬌ peperangan zaman teknologi maklumat bukan sahaja peperangan
yang melibatkan kekuatan fizikal ketenteraan sahaja malahan
peperangan ilmu pengetahuan
⬌ pihak musuh akan menyerang sistem komputer kita seperti mencuri
maklumat dan merosakkan sistem.
⬌ kita juga harus bersedia untuk mempertahankan diri dari serangan
penggodam dan situasi ini akan menggalakkan ilmu menceroboh
sistem dan merosakkan komputer berkembang
⬌ hal ini akan melahirkan “hacker”. “Hacker” ini jika disalahgunakan
terhadap awam akan menjadi jenayah siber
B – Langkah-langkah untuk mengatasi masalah jenayah siber

7 Mengadakan ⬌ untuk meningkatkan keupayaan dalam menghadapi serangan


kerjasama antara jenayah siber
negara secara global ⬌ bekerjasama dengan memperkenalkan dan menjalankan rancangan
dalam usaha membanteras penjenayah siber
⬌ hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara lain di dunia
membolehkan Malaysia bekerjasama dengan berkongsi maklumat
dalam keselamatan komputer dan membentuk unit pencegahan
jenayah siber.
⬌ membawa masuk pakar-pakar komputer dari Amerika Syarikat dan
Britain ke Malaysia
8 Memperkasakan ⬌ Bahagian Jenayah Perdagangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta
undang-undang Bank Negara perlu meningkatkan kemampuan masing-masing untuk
menangani jenayah siber.
⬌ melatih kakitangan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam
bidang forensik komputer
⬌ forensik komputer digunakan dalam penyiasatan dan analisis untuk
mendapatkan bukti-bukti kukuh yang telah penjenayah siber
lakukan serta mengemukakan bukti tersebut kepada pihak berkuasa
untuk mendakwa mereka yang terlibat

18
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

9 Memperkukuhkan ⬌ syarikat-syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu melakukan


kerjasama antara langkah-langkah keselamatan dahulu dengan meningkatkan
kerajaan dengan keupayaan mereka dalam mengekang pencerobohan penjenayah
syarikat-syarikat siber.
serta pengguna ⬌ mereka juga hendaklah berkongsi masalah pencerobohan dan
komputer penggodaman dengan kerajaan
⬌ pengguna internet juga boleh berkongsi pengetahuan atau memberi
cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap forensik
komputer kerajaan, sektor swasta, dan komputer persendirian
daripada digodam oleh penjenayah siber

10 Mengkaji hukuman ⬌ pihak berkuasa perlu mengkaji lebih mendalam lagi tindakan atau
yang dikenakan hukuman yang harus dikenakan terhadap pelaku jenayah siber
⬌ undang-undang sedia ada perlu dikaji semula keberkesanannya oleh
bahagian penggubal undang-undang supaya masalah jenayah siber
ini dapat diatasi
⬌ hukuman yang dikenakan ke atas pesalah juga perlu dikaji semula

11 Mengadakan ⬌ pihak berkuasa juga perlu membuat pemantauan di alam siber


pemantauan yang supaya golongan yang tidak bertanggungjawab ini dapat dikesan.
berkesan ⬌ PDRM perlu meningkatkan rondaan dalam internet di bawah satu
bahagian iaitu Cyber Crime (Jenayah Siber) Bukit Aman yang telah
diwujudkan bagi membanteras jenayah siber yang banyak berlaku
melalui laman sosial yang semakin berleluaa
⬌ usaha ini dilakukan bagi menangani pelbagai jenayah di internet di
samping membendung trend ugutan berbaur ancaman dalam laman
sosial seperti Facebook (muka buku).
⬌ hal ini juga mendapat kerjasama dari Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) dan Cyber Security Malaysia bagi memantau
pelbagai aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai jenayah siber

12 Memberi kesedaran ⬌ kerajaan juga perlu menerapkan pengetahuan mengenai jenayah


siber melalui penerapan awal sejak di bangku sekolah lagi.
⬌ tidak lupa juga penerapan kepada ahli masyarakat melalui media
massa dan media elektronik supaya pencegahan awal dapat diambil
⬌ hal ini dapat membantu memberi maklumat kepada masyarakat
mengenai jenayah siber dan cara mengelak daripada menjadi
mangsa jenayah siber serta melahirkan masyarakat yang celik
teknologi maklumat
⬌ oleh itu, dengan cara sebegini dapat membantu membendung
masalah jenayah siber daripada terus menular.

19
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

SOALAN 5
Jenayah penyeludupan merupakan salah satu permasalahan yang wujud antara dua buah Negara yang
berjiran dan bersempadan. Jelaskan sebab kegiatan ini kian berleluasa dan implikasinya ke atas kedua-dua
negara.

FAKTOR BERLAKUNYA PENYELUDUPAN


Idea 1 : Perbezaan harga barangan antara dua buah negara yang bersempadan
 Harga barang yang rendah di sesebuah negara membuatkan ada usaha membawa keluar barangan
berkenaan untuk dijual di negara jiran yang tinggi harganya.
 Sebagai contohnya, harga beras di Thailand yang lebih rendah membawa kepada penyeludupan
beras dari Thailand memasuki Malaysia.
 Produk-produk yang menerima subsidi kerajaan atau dikawal harganya oleh kerajaan lazimnya jauh
lebih murah di negara kita
 Misalnya harga gula, minyak masak dan minyak petrol yang lebih rendah di Malaysia membuatkan
berlaku penyeludupan petrol ke Thailand/Singapura.

Idea 2 : Kekurangan sumber di salah sebuah negara atau negara yang bersempadan
 Apabila berlaku kekurangan sumber maka harga barangan akan meningkat.
 Peningkatan harga di 2 buah negara yang berkongsi sempadan darat, memudahkan barangan
menyeberangi sempadan secara tidak sah atau menggunakan lorong tikus bagi memenuhi
kekurangan barangan.
 Produk yang sering mengalami keputusan sumber adalah bekalan makanan atau keperluan harian
terutama pada musim perayaan atau apabila salah sebuah negara mengalami malapetaka / krisis
alam
 Kekurangan sumber ini perlu ditampung apatah lagi kalau melibatkan barang keperluan makanan.

Idea 3 : Undang-undang kawalan perdagangan yang berbeza antara negara yang bersempadan
 Malaysia melarang eksport kayu balak mentah atau yang belum diproses
 Ada negara jiran pula yang membenarkan aktiviti dan dan perdagangan sedemikian
 Kesannya berlakulah penyeludupan kayu balak mentah yang belum diproses dari hutan Malaysia ke
negara jiran
 Penyeludupan ini bagi memenuhi permintaan kayu balak mentah di pasaran antarabangsa di
samping dalam mengelakkan pembayaran cukai eksport yang tinggi
 Tindakan ini juga dapat mengurangkan kos pengangkutan dan pemprosesan kayu

Idea 4: Tindakan mengelak cukai import dan cukai eksport yang tinggi dalam sesebuah negara
 Harga barangan import meningkat naik kerana kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan tinggi
 Tanpa cukai, suatu barangan boleh dijual dengan harga yang lebih murah dan akan mendapat
permintaan yang tinggi, contohnya penyeludupan produk rokok, barangan elektronik, barangan
mewah dan minuman keras
 Bagi mendapatkan permintaan yang tinggi, barangan diseludup untuk mengelak daripada dijual
dengan harga yang tinggi.
 Selain itu, penjualan barangan yang diseludup juga boleh meningkatkan margin keuntungan
peniagaan kerana modalnya rendah

Idea 5: Memenuhi pasaran dan permintaan bermusim di salah sebuah negara


 Semasa musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina, permintaan terhadap barangan
tertentu akan meningkat
 Sering kali barangan yang diperlukan tidak mencukupi dalam pasaran tempatan
 Contohnya, pada musim perayaan haji, banyak binatang ternakan seperti lembu dan kambing cuba
dibawa masuk dari sempadan utara Malaysia.

20
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

 Begitu juga dengan bekalan mercun dan produk makanan dari China dibawa masuk secara haram
menjelang Tahun Baru Cina
Idea 6: Kawalan sempadan
 Sempadan yang panjang kawasan hutannya, ditambah dihubungkan dengan laut.
 Menyebabkan terdapat banyak lorong tikus di kawasan sempadan Negara misalnya di Kedah,
Kelantan, Sabah dan Sarawak
 Kawasan berhampiran lorong tikus menjadi pusat transit barangan yang ingin diseludup
 Memudahkan persembunyian sebelum dibawa ke pasaran
 Ini menyebabkan penyeludupan barangan keperluan harian dan barangan larangan seperti senjata
api, mercun , dadah dan organ binatang , malah pemerdagangan orang mudah dijalankan

KESAN
Idea 7: Negara yang terbabit akan mengalami kerugian dari segi ekonomi
 Kadar cukai yang dilepaskan atas suatu barangan / pendapatan Negara dari cukai berkurangan
 Negara kehilangan aset yang diseludup begitu sahaja tanpa kawalan
 Kadar cukai yang diperoleh boleh digunakan untuk merangsang kegiatan ekonomi lain.

Idea 8: Imej negara


 Imej negara yang seolah-olah membenarkan jualan barangan dari negara jiran tanpa izin.
 Menggambarkan ketidakupayaan negara menangani masalah penyeludupan. / kawalan sempadan
 Penyeludupan juga melibatkan barangan tiruan, maka akan berlaku lambakan barangan kerana tidak
boleh dijual di tempat rasmi.
 Menggambarkan berlakunya krisis keselamatan dalam sesuatu Negara

Idea 9: Negara menghadapi risiko menularnya jenayah penyeludupan yang berbahaya


 Kelonggaran kawalan sempadan boleh ditafsirkan sebagai tidak sukar untuk menembusi barangan
lain.
 Ini akan membuka ruang kepada penyeledupan barangan larangan yang lebih serius seperti
penyeludupan manusia / senjata api / dadah
 Negara kemungkinan besar akan dijadikan pusat transit kegiatan penyeludupan antarabangsa

Idea 10: Berisiko mengeruhkan hubungan antara dua negara


 Menjejaskan hubungan baik antara dua negara yang berjiran kerana membenarkan harta intelek
negara mereka dirompak dan ‘dijual’ di Malaysia.
 Penyeludupan kain batik Indonesia telah menimbulkan situasi yang tidak baik kerana dijual dengan
harga yang berbeza sedangkan mutu dan jenis barangan adalah sama.
 Keadaan akan mengundang tindakan memboikot dan protes daripada pengeluar batik negara jiran
sehingga mewujudkan keadaan yang tidak baik antara peniaga atau pedagang antara kedua- dua
buah negara.

Idea 11 : Menularnya pelbagai penyakit berjangkit berkaitan ternakan dan tanaman


 Penyakit haiwan ternakan dari negara jiran, iaitu penyakit kuku dan mulut telah menular semula di
negara kita sedangkan penyakit ini berjaya dikawal di dalam negara.
 Penyebaran penyakit ini berpunca daripada ternakan yang diseludup masuk.
 Pemeriksaan kesihatan dan jaminan bebas penyakit tidak dapat dilakukan.

Idea 12 : Kemasukan barangan yang tidak bermutu


 Barangan tidak bermutu sekiranya melibatkan barang untuk kesihatan dan kosmetik berisiko
mendatangkan masalah kesihatan kepada rakyat Malaysia.

21
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

 Barangan seperti barangan elektrik yang standard penggunaannya tidak sama antara dua buah
negara ( contoh Malaysia dengan Thailand) juga mendatangkan risiko berlakunya lebihan tenaga
yang boleh menyebabkan kebakaran.

Formula Jawapan sama ada 2 + 3 / 3 + 2

Kejadian jenayah yang berleluasa di bandar-bandar utama mutakhir ini adalah disebabkan oleh
pelbagai faktor. Oleh itu, konsep Bandar Selamat adalah wajar dilaksanakan untuk meningkatkan
keselamatan awam. Bincangkan.

Skema jawapan :

Kejadian jenayah di bandar-bandar besar mempunyai perkaitan dengan kepesatan pertumbuhan


bandar dan memberi kesan negatif kepada kualiti hidup penduduk bandar.Jenayah yang berlaku di bandar-
bandar menimbulkan kebimbangan atau rasa takut masyarakat.Oleh itu, Konsep Bandar Selamat
diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan keselamatan awam dan bagi membentuk persekitaran
bandar dan taman-taman perumahan yang selamat dan aman sejahtera serta mengurangkan kebimbangan/
rasa takut masyarakat terhadap kejadian jenayah (to reduce fear of crime).

Bil A – idea faktor Huraian


1 Kepincangan keluarga/ Masa yang berkualiti bersama anak-anak, kegagalan anak mengadu
Kurang kasih masalah/tidak mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa,
sayang/hubungan anak-anak mencari kawan-kawan untuk membantu masalah
kekeluargaan renggang mereka/bebas melakukan apa sahaja tanpa dilarang/dinasihati oleh ibu
bapa

2 Kelemahan penguatkuasaan Pemantauan lemah/hukuman atau denda yang tidak


undang-undang setimpal/penyalahgunaan kuasa/kurang kawalan kemasukan buruh
asing

3 Tekanan ekonomi peningkatan kos sara hidup/kemiskinan dan pendapatan


rendah/jurang perbezaan pendapatan

Pertumbuhan perbandaran yg pesat meningkatkan kos sara hidup –


membebankan masyarakat bandar – wujud ketidak seimbangan antara
pendapatan yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi/kadar
pengangguran meningkat/ harga barang meningkat

5 Pengangguran Kesan kejatuhan nilai mata wang/keperluan hidup mendesak –


melakukan jenayah harta benda – merompak, membunuh, peras ugut
dll

6 Peningkatan warga asing spt pekerja asing/PATI dll) dan penagih dadah

Bilangan penagih dadah dan PATI yang semakin meningkat di bandar-


bandar besar juga menyumbang kepada peningkatan jenayah.
Keinginan mereka hidup mudah tanpa bekerja bagi menampung hidup
menyebabkan mereka melakukan jenayah

7 Sikap masyarakat/ Tiada Masyarakat bandar lebih individualistik dan materialistik/kurang


kesedaran/ cuai/lalai/tidak memberi perhatian kepada apa yang berlaku di sekeliling mereka.
berhati-hati/mudah Penduduk tidak memasang alat penggera/jeriji besi/mempercayai org
terpengaruh/lemah baru dikenali/
pendidikan agama/moral

22
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

8 Faktor persekitaran Pencahayaan yang kurang/lorong yang sempit/sesak memudahkan


berlakunya jenayah

9 Lunturnya nilai agama dan Melibatkan diri dalam jenayah di bandar kerana tidak tahu sama ada
moral dalam kalangan perbuatan salah atau betul /menghalalkan cara untuk capai matlamat.
masyarakat

Kebaikan Bandar Selamat

9 Reka bentuk persekitaran/ Po Pondok Polis Komuniti dapat memudahkan masyarakat Bandar
Infrastruktur bandar selamat melaporkan jenayah yang berlaku dengan kadar segera/ Papan tanda
peringatan yang dipasang dapat mengingatkan masyarakat agar
sentiasa berhati-hati/ maklumat jenayah/ Cermin Keselamatan

· Tempat Letak Motosikal Berkunci – mengawasi harta benda awam /


CCTV – penting untuk membolehkan pihak berkuasa menahan
penjenayah dgn segera

10 Pembangunan MnKemajuan infrastruktur yang dibangunkan secara terancang di Bandar


komuniti/Penduduk yang selamat membolehkan perkongsian dan penyaluran maklumat jenayah
berpendidikan kepada pihak polis dilakukan dengan segera/ Aktiviti pendidikan
dan kesedaran dilakukan secara berterusan/ Aktiviti pencegahan
jenayah melalui kempen, risalah, ceramah, dialog dan sebagainya

11 Pemantauan berkesan dan Polis, dengan bantuan sukarelawan, akan membuat rondaan di
berterusan kawasan-kawasan hot spot untuk mencegah penjenayah dan
meyakinkan masyarakat awam. Sebuah

program khas akan dilaksanakan menerusi Sukarelawan Polis (PVR),


yang akan menyerap ahli-ahli RELA dan JPAM untuk menyertai rondaan
lazim, dengan itu

meningkatkan kehadiran polis di mana-mana. Usaha ini juga akan


diperluaskan untuk turut melibatkan polis bantuan dan SUKSIS (Kor
Sukarelawan Polis Siswa-Siswi)

Skema 2 + 2

23
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

JENAYAH RAGUT

Pengenalan

Setiap hari kita akan mendengar pelbagai masalah mengenai ragut. Masalah ini semakin hari semakin
parah. Jika kita mengkaji punca kes-kes jenayah dengan lebih teliti, kita akan mendapati terdapat banyak
punca yang mengakibat berlakunya kes-kes jenayah ragut. Memang tidak dinafikan, media massa juga ialah
salah satu punca kegiatan jenayah ragut. Masyarakat dapat melihat pelbagai cara untuk meragut dan
sebagainya. Ini telah mendorong masyarakat untuk melakukan jenyah.

Sacara tidak langsung, keselamatan seluruh masyarakat tidak terjamin. Menurut kajian, ramai
pelancong asing yang menjadi mangsa kepada jenayah ragut ini. Bayangkan kesan kepada imej negara
daripada kejadian jenayah yang melibatkan tetamu-tetamu kita sempena dengan Tahun Melawat Malaysia?
Pastinya kesan mendalam akibat di ragut sedikit sebanyak memberi kesan jangka panjang kepada mangsa
tersebut.

Selain itu, bagi mangsa yang diragut, mereka akan menanggung kesengsaraan akibat kecerderaan
fizikal dan masalah kesihatan di smaping mengalami trauma skibat gangguan mental dan emosi seperti rasa
takut, tekanan perasaan dan rendah diri. Memandangkan kes semakin meruncing, undang-undang hendaklah
diperketatkan. Masyarakat yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh semasa proses meragut
hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberikan pengajaran kepada orang lain.

Punca-punca dan langkah-langkah mengatasi jenayah ragut dalam kalangan remaja.

Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan
remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah di kalangan pelajar dan
remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa. Isu ini sungguh memalukan memandangkan
negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. Persoalanmya, apakah punca-punca
yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja dan apakah masalah ini
dapat diatasi?

Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja. Antaranya ialah
didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat
dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman
teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan
kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggunjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak
menjadi insan yang sempurna.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar
dan remaja kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan suka mencari rakan sebaya
untuk menemani mereka. Jika mereka memilih rakan yang tidak bermoral sudah pasti mereka juga akan
berkelakuan tidak bermoral.

Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Tidak
dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mail, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi,
mendapat maklumat, dan berhibur. Akan tetapi terdapat banyak kesan-kesan negatif dalam kemudahan ini.

Namun begitu, segala jenayah di atas dapat diatasi jika diberi perhatian dan pendekatan yang
lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa hendaklah memberikan perhatian
yang lebih kepada anak-anak. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak
dapat menilai antara perkara baik dan buruk.

Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah
terpengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan.
Keperihatinan ibu bapa dapat membendung anak remaja mereka terpengaruh ajakan rakan

24
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar bukan sekadar perlu mengetahui
maklumat-maklumat yang berkaitan tentang pelajaran, malah juga perlu menghadiri kem-kem motivasi
dengan beragresif untuk membina watak-watak dan sahsiah diri yang mengkagumkan. Cara sebegini dapat
menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah di kalangan remaja.

Undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah
berat hendaklah dikenakan hukuman yang mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja.

Kesimpulannya, pelajar- pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen,


khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan merekalah generasi pemangkin negara. Sekaligus,
perkara sedemikian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui
bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.

PENDAHULUAN
Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah seperti ragut. Kejadian ini amat
membimbangkan kerana ia bukan sahaja menyebabkan kerugian malah boleh mendatangkan kesan
kecederaan mahupun maut kepada mangsa. Menurut kajian, ramai pelancong asing yang menjadi mangsa
kepada jenayah ragut ini. Bayangkan kesan kepada imej negara daripada kejadian jenayah yang melibatkan
tetamu-tetamu kita sempena dengan Tahun Melawat Malaysia? Pastinya kesan mendalam akibat di ragut
sedikit sebanyak member kesan jangka panjang kepada mangsa tersebut.

PUNCA / FAKTOR
Jika mengkaji punca kes-kes jenayah dengan lebih teliti, kita akan mendapati banyak punca yang mengakibat
berlakunya kes-kes jenayah ragut. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan
keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan
sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa
sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka
iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan pelajar dan
remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih
banyak menghabiskan masa mereka di sekolah. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin
mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral.

Selain itu, media massa juga ialah salah satu punca kegiatan jenayah ragut. Kemudahan seperti internet, e-
mel, televisyen, dan radio boleh disalahgunakan oleh masyarakat untuk mendapatkan video tentang cara-
cara meragut, dan sebagainya.

Pada zaman ini, ekonomi yang semakin merosot menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan. Selain itu,
kadar pengangguran juga semakin meningkat sedangkan taraf hidup semakin tinggi. Hal ini menyebabkan
ramai penganggur mengambil jalan mudah dengan menjadikan ragut sebagai batu loncatan bagi memenuhi
keperluan hidup.

Di samping itu, dadah yang semakin popular di kalangan remaja merupakan punca berlakunya jenayah.
Penagih yang menagih akan melakukan jenayah ragut untuk mendapatkan wang dan membeli dadah
daripada pembekalnya. Kadang kala penagih juga mampu bertindak di luar jangkaan seperti menikam ibu
sendiri atau sanggup membunuh mangsa yang di ragutnya.

Menurut akhbar Harian Metro Sabtu,17 Julai 2010, berita sensasi yang menggemparkan seluruh dunia
dengan tindakan berani pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UITM), memecut laju motosikalnya
sejurus diragut bukan sahaja berjaya menangkap penjenayah terbabit, malah membantu polis menyelesaikan
beberapa kes yang berkaitan ragut di sekitar daerah ini. Berita ini telah menunjukkan kejadian ragut yang
semakin berleluasa dan membimbangkan masyarakat sekeliling. Kejadian ini, telah menjadi tumpuan semua
pihak dengan mengambil langkah berjaga-jaga dengan situasi yang melanda negara ini.

25
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

KESAN JENAYAH RAGUT


Sejak dahulu, masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun adakalanya individu terbabit
kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas. Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai
terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu
jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia. Kesan daripada kejadian ragut
masyarakat menjadi semakin huru-hara akibat daripada kejadian yang semakin berleluasa yang
membimbangkan masyarakat sekarang. Selain itu juga, kes-kes jenayah di negara ini semakin meningkat.Di
sebabkan,ramai pelancong asing yang menjadi mangsa ragut,imej negara tercemar di mata dunia.

KESIMPULAN
Isu ragut bukan lagi isu terpencil yang boleh kita pandang sebelah mata. Sudah terlalu banyak korban yang
menderita gara-gara si peragut durjana. Justeru kerajaan harus mengambil tindakan bersepadu untuk
menangani masalah ini. Kerjasama anggota masyarakat juga amat penting untuk menjayakan langkah
membendung kegiatan tidak berperikemanusiaan ini.

Punca Jenayah Ragut

# 1. Desakan hidup
 Kehidupan yang terdesak oleh kerana kerana taraf kehidupan di negara ini semakin meningkat
menyebabkan rakyat Malaysia perlu mencari duit untuk meneruskan kehidupan walau dengan cara
apa sekalipun.
 Selain itu, ada juga mereka yang telah hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga. Perkara ini
terjadi mungkin kerana kemelesetan ekonomi yang menyebabkan syarikat atau kilang yang terpaksa
ditutup.
 Ada juga yang sanggup meragut kerana tamak dan ingin hidup mewah dengan segera. Mungkin
kerana terpengaruh dengan kemewahan orang lain.
 Faktor lain yang menjadi faktor desakan hidup adalah penagihan dadah. Kebanyakkan kes ragut
adalah melibatkan mereka yang mengambil dadah.
 Mereka sanggup melakukan jenayah ragut kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk
mendapatkan wang.

# 2. Sikap mangsa
 Rata-rata yang menjadi mangsa ragut adalah wanita. Seperti yang saya nyatakan di atas, antara
barangan yang menjadi idaman peragut adalah barang kemas, beg tangan dan telefon bimbit.
 Peragut mudah tertarik dengan wanita-wanita yang suka mendedahkan barang kemas yang dipakai.
Tambahan pula, barang kemas yang keterlaluan.
 Apabila mereka berjalan, mereka tidak peka dengan keadaan sekeliling, adakah laluan mereka
selamat atau tidak.
 Tempat-tempat yang sering dilalui oleh golongan wanita adalah lorong sunyi dan berjalan
berseorangan.

# 3. Kawasan yang tidak mempunyai ciri keselamatan


 Kawasan yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan juga merupakan puncajenayah ragut sering
berlaku.
Kawasan-kawasan yang menjadi target mereka adalah kawasan yang tidak kamera litar tertutup, dan
tidak ada lampu.
 Selain itu, tidak ada penghadang atau pemisah di laluan pejalan kaki dan tidak ada papan tanda
amaran kawasan berisiko kejadian ragut.

26
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

Huraikan Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kes Ragut Menjadi Lebih Serius.


Kejadian ragut yang sering menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amat mengejutkan buat masyarakat
kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat kita
dewasa ini. Media massa menghuraikan pelbagai faktor yang mendorong kejadian ini bersama-sama langkah
untuk menanganinya tetapi jumlah kes ragut terus meningkat saban tahun. Oleh itu, apakah punca-punca
jenayah ini menular dengan begitu cepat?

Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat itu sendiri yang tidak
memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka. Masih banyak individu dalam masyarakat kita
yang suka membawa wang yang banyak dalam dompet atau tas tangan mereka dan ini menjadI sasaran
peragut. Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil langkah-langkah keselamatan apabila pulang
dari pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau mudah percaya akan orang asing menjadikan
kita sasaran mudah peragut. Jadi, aspek keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan
ragut semakin menjadi satu kebiasaan di negara ini pula.

Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedang mengalami
kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dan syarikat di negara ini yang terpaksa membuang
pekerjanya kerana kekurangan permintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan
pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus mereka ke
kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum anak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat
kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan
masalah mereka secara mudah.

Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah
pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan berisiko tinggi
menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah
pasti penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup telah
menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu malam.

Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama terhadap generasi muda
kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan semakin moden sesebuah masyarakat itu.
Kekurangan aspek agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan
jenayah. Sudah hilang rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut
meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka.

Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah ini tanpa perlu
menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak kerajaan harus mencari alternatif untuk
menangani isu pembuangan kerja ketika kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak.
Kegagalan mengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakat dunia.

27
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

KEGANASAN TERHADAP WANITA

Kategori Keganasan Terhadap Wanita keluarga. Gelles (1980) menyatakan faktor alkohol
Keganasan terhadap wanita bukan sahaja tertakluk boleh menyebabkan individu melakukan sesuatu yang
kepada penderaan fizikal, tetapi meliputi bukan merupakan tingkah lakunya yang sebenar.
juga:
Latar Belakang Keluarga
Penderaan Psikologi dan Emosi Latar belakang keluarga dan pengalaman semasa kecil
Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita turut mempengaruhi sikap seseorang individu.
boleh meninggalkan kesan buruk sama seperti Keadaan yang sama juga berlaku ke atas suami yang
penderaan fizikal kerana ianya boleh membahayakan sering menganiaya dan bertindak ganas ke atas isteri
nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan mereka. Mereka pernah mengalami atau menyaksikan
beliau mengawal kehidupan sendiri keadaan tersebut (McMohan, 1961). Carlson (1977)
menegaskan bahawa banyak kajian yang dijalankan
Penderaan Fizikal menunjukkan bahawa fenomena penganiayaan isteri
Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, dikaitkan dengan pendedahan awal terhadap
menendang , melukakan, mematahkan tulang, kekejaman dalam keluarga.
membaling barang dan menggunakan senjata adalah
contoh jelas penderaan seumpama ini. Masalah Sosial
Menghalang keperluan manusia seperti makan, Allen dan Benton (1989) mendapati hasil daripada
minum, tidur dan juga tempat perlindungan juga penyelidikan ke atas 100 orang suami (pendera),
merupakan salah satu bentuk penderaan fizikal. suami yang sering menganiaya isteri tidak suka
bergaul dengan orang lain.
Penderaan Seksual Mereka berasa kurang senang dan tidak selesa apabila
Memaksa melakukan atau melihat sesuatu bentuk berada dalam kalangan sahabat handai yang lain.
seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau Mereka juga berhati-hati untuk memilih kawan rapat.
menyakiti wanita ketika melakukan hubungan seks. Di samping itu, mereka juga mempunyai sifat tidak
mempercayai orang lain dan selalu dianggap
Penderaan Sosial berseorangan (loner). Suami dalam kategori ini juga
Penderaan ini sering berlaku di dalam rumah di mana tidak suka dikawal oleh orang lain,
wanita sering didorong untuk bergantung kepada terutamanya isteri. Mereka tidak suka orang lain
pasangan masing-masing dan diasingkan daripada membuat keputusan bagi pihak diri mereka dan orang
mendapat sokongan luar lain tidak boleh menguasai diri mereka.

Penderaan Kewangan Panas Baran


Seseorang wanita yang dihalang daripada mencari Kajian yang dilakukan Woman Aids Organisation
pekerjaan atau yang tidak dibenarkan mendapati salah satu sebab berlakunya penderaan
untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang adalah sikap suami yang tidak dapat mengawal rasa
pendapatannya sendiri sebenarnya marah. Pendera tidak dapat mengawal emosi
menghadapi penderaan dari aspek kewangan. marahnya walaupun atas sebab-sebab yang kecil.
Kajian yang dibuat oleh Hoffman, Demo dan Edward
Faktor yang menyebabkan berlakunya (1994) terhadap 2,017 suri rumah di Thailand
penderaan wanita mendapati faktor kecewa dan tekanan perasaan boleh
menyebabkan berlaku penderaan isteri apabila suami
Dadah dan Alkohol hilang
Kajian yang dibuat oleh Leonard dan Blane (1992) kawalan emosi.
terhadap 82 peratus daripada 70,000 pelajar sekolah
menengah tinggi mendapati terdapat hubungan antara Cemburu
pengambilan alkohol dengan penderaan dalam rumah Faktor cemburu dianggap sebagai penyebab
tangga. Individu yang mengambil alkohol dalam berlakunya penderaan dalam keluarga. Kadangkala
jumlah yang banyak mempunyai kecenderungan suami cemburukan isteri terutamanya apabila isteri
menjadi agresif dan secara tidak langsung mendera bekerja. Gelles (1972) juga
pasangannya. Kebanyakan wanita menyebut alkohol berpandangan yang sama. Lelaki yang bersifat
dan dadah sebagai faktor penyebab keganasan dalam cemburu sentiasa mengawal kehidupan pasangannya,

28
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

tidak boleh melihat isteri yang berpakaian cantik iv. Persepsi bahawa wanita patut menerima
terutama di hadapan orang lain. Mereka juga tidak hukuman kerana melakukan kesalahan
suka isteri bercakap dengan lelaki lain yang memuji atau mempunyai tingkah laku buruk
atau menggoda dalam urusan rumah tangga; dan
isteri mereka. Mereka akan marah dan akan bertindak v. Pelaku dipengaruhi alkohol atau dadah,
di luar dugaan. Lelaki seperti ini selalu perasaan cemburu serta dendam.
menyimpan prasangka dan tidak mempercayai isteri vi. Sikap mangsa keganasan rumah tangga
mereka sendiri. Ini menyebabkan timbul yang tidak berani membuat laporan polis
suasana tegang, krisis dan tekanan perasaan yang kerana perasaan malu serta bimbang
seterusnya menjadikan individu tersebut pengaduan yang dibuat akan menjejaskan
pemarah, bengis, kasar dan mungkin bertindak kejam kerukunan rumah tangga telah
terhadap pasangannya menyumbang berlakunya keganasan
terhadap mereka. Mereka juga merasakan
Faktor Kemiskinan dan Tekanan Hidup suami adalah penting sebagai pelindung
Kasmini (1997) mengaitkan penderaan dengan serta bimbang anak akan menjadi turut
golongan status ekonomi sosial rendah. menjadi mangsa.
Walaupun penderaan boleh berlaku dalam semua vii. faktor psikologi pelaku itu sendiri telah
lapisan masyarakat, namun sebahagian besar menyumbang kepada keganasan.
golongan professional enggan membuat diagnosis Umpamanya bagi jenayah rogol, terdapat
penderaan dalam kalangan empat kategori perogol iaitu: untuk
keluarga golongan status ekonomi sosial tinggi. Ada menunjukkan kekuasaan (power
yang merahsiakan masalah ini, assertive); untuk melepaskan rasa marah
walaupun mereka sedar dan tahu penderaan dalam (anger retaliation); akibat merasa diri
kalangan status ekonomi sosial tinggi mereka kurang berkuasa (power
juga berlaku. inferior); dan akibat anger excitation atau
Dalam kebanyakan kes penderaan yang dilaporkan sadistic
dan dikesan, ibu bapa mangsa didapati menghadapi
masalah tekanan hidup atau hidup dalam kemiskinan. Kesan keganasan terhadap wanita
Kes ini terutamanya berlaku di bandar-bandar besar
kerana ibu bapa mansa sering berhadapan dengan 1. Kesan kepada mangsa
masalah kewangan, hidup tanpa sokongan orang lain Insiden keganasan terhadap wanita akan
dan berjauhan daripada keluarga yang lain. meninggalkan kesan buruk ke atas mangsa. Mangsa
Selain itu, ibu bapa yang terlalu muda, atau yang akan menanggung kesengsaraan akibat kecederaan
menghadapi masalah dengan penagihan alcohol atau fizikal dan masalah kesihatan di samping mengalami
dadah, didapati sering juga mendera anak mereka trauma akibat gangguan mental dan emosi seperti
kerana belum bersedia memikul tanggung rasa takut, tekanan perasaan dan rasa rendah diri.
Bagi mangsa rogol di samping kecederaan fizikal,
Faktor lain yang menyebabkan berlakunya mangsa juga menanggung risiko kehamilan dan
keganasan terhadap wanita adalah: jangkitan penyakit HIV/AIDS serta penyakit kelamin
i. Tradisi, struktur sosial dan sistem nilai atau STD (Sexually Transmitted Diseases). Trauma
yang meletakkan lelaki sebagai ketua yang dialami akibat dipandang hina oleh masyarakat
iaitu ketua keluarga dan pembuat dan kehilangan harga diri akan meninggalkan kesan
keputusan serta mempunyai kuasa buruk kepada mangsa sepanjang hayat mereka.
ekonomi dan sosial (patriachy and
machismo); 2. Keganasan yang berlaku turut memberi implikasi
ii. Ketidaksamaan kuasa perhubungan kepada individu di sekeliling mangsa.
(unequal power relations) antara lelaki Contohnya, bagi kes keganasan rumah tangga, ia akan
dan wanita ini menyebabkan wanita turut memberi kesan negatif kepada anak-anak
sering menjadi mangsa keganasan; terutama daripada sudut psikologi. Kanak-kanak yang
iii. Sikap masyarakat yang menganggap menyaksikan penderaan tersebut akan lebih mudah
wanita/kanak-kanak perempuan sebagai menjadi sugul atau berasa kurang berupaya. Mereka
kaum yang lemah, emosional, tidak juga akan menyisihkan diri serta akan menjadi
rasional dan merupakan harta kepada individu yang agresif atau pasif
kaum lelaki;

29
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

Langkah mengatasi masalah keganasan wanita: semakin banyak isteri dan anak yang akan menjadi
mangsa keganasan lelaki yang dayus itu.
1. Menubuhkan beberapa pusat perlindungan
wanita Tekanan hidup yang dihadapi oleh segelintir
 Seperti Pusat Krisis Sepadua atau One Stop individu dikatakan menjadi punca kes berkenaan
Crisis Centre (OSCC). Pusat sehenti ini berlaku. Tekanan untuk meneruskan kehidupan yang
terdapat di enam buah hospital kerajaan iaitu semakin mencabar individu seperti menghadapi
Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital masalah kewangan menjadi sebab individu terbabit
Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital tidak mampu lagi mengawal diri mereka daripada
Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital bertindak ganas. Di samping itu, seseorang bapa dan
Kajang suami yang sering diharapkan untuk memenuhi
 Pada 2015, Pusat Krisis Sepadu (OSCC) kehendak isteri dan anak-anak mereka, dianggap
Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital sebagai bebanan oleh suami yang mempunyai masalah
Kuala Lumpur (HKL) yang ditubuhkan untuk kewangan yang serius. Seperti sudah jatuh ditimpa
pemulihan dan pencegahan keganasan tangga, suami atau bapa yang menghadapi tekanan
terhadap wanita serta kanak-kanak menerima tersebut akhirnya hilang kawalan lalu menyeksa isteri
50 kes sebulan dengan 60 peratus atau anak-anak dari segi mental dan fizikal. Fenomena
daripadanya membabitkan penderaan wanita, sedemikian akan merumitkan keadaan kerana tidak
30 peratus rogol dan selebihnya penderaan ada pihak yang beroleh manfaat daripada tindakan
kanak-kanak. sedemikian.

2. Program peningkatan kesedaran awam Selain masalah kewangan, bebanan hutang yang
 Antara usaha menyebarkan kesedaran itu banyak turut mengakibatkan tekanan mental yang
adalah melalui penganjuran Larian Riben serius terhadap seseorang itu. Seperti harapkan pagar,
Putih yang bakal diadakan akhir bulan ini di pagar makan padi, individu berkenan sanggup pula
taman perumahan Desa Park City. menjual isteri atau anak-anak kepada pihak tertentu
 Ia adalah antara usaha lain oleh AWAM sejak semata-mata kerana mereka dianggap merupakan
tiga tahun lalu yang berjaya mengumpulkan senjata terakhir yang dimiliki oleh mereka untuk
kira-kira 6,000 peserta bagi menyatakan melunaskan hutang. Setelah didera secara kejam oleh
‘tidak’ kepada keganasan terhadap wanita. individu yang diharapkan bagi melindungi dan
mencurahkan kasih sayang kepada mereka,
kemudiannya mereka akan dipaksa untuk melakukan
kerja yang mudah untuk mendapatkan wang seperti
Contoh soalan Keganasan Rumantangga menjadi pelacur. Jika perkara yang sedemikian tidak
dibendung, maka individu yang bergelar bapa dan
Soalan: suami tidak boleh dipercayai lagi bagi melindungi
Kes keganasan rumah tangga sering berlaku seseorang yang bergelar isteri atau anak.
dalam kalangan masyarakat di negara kita. Ada
pendapat yang mengatakan bahawa kes seperti ini Di samping itu, masalah seperti dibebani dengan
berlaku disebabkan oleh tekanan hidup yang tugas yang banyak di tempat kerja turut
dihadapi oleh individu terbabit. Bincangkan menyebabkan seseorang individu merasakan isteri
dan anak-anak boleh dijadikan kuda tunggangan. Kuda
Kes keganasan rumah tangga semakin berleluasa tunggangan yang dimaksudkan adalah sebagai tempat
dalam kalangan masyarakat di negara kita. mereka melepaskan geram dan kemarahan mereka
Peningkatan kes berkenaan boleh mengancam dengan cara kekerasan terhadap keluarga mereka. Jika
keharmonian institusi kekeluargaan di negara ini. di tempat kerja, mereka dileteri dan dimarahi oleh
Sikap majoriti suami dan bapa yang merupakan ketua majikan mereka, selain dibebani dengan kerja yang
dalam sesebuah keluarga yang memukul isteri dan banyak. Oleh itu, dendam yang terbuku dalam hati
anak-anak serta mendera mereka untuk melakukan terhadap majikan mereka ditujukan pula kepada isteri
sesuatu pekerjaan yang bukan kemampuan mereka dan anak-anak mereka yang sepatutnya dilimpahi
merupakan fenomena yang amat menyedihkan. Oleh dengan kasih sayang yang secukupnya daripada
hal yang demikian, semua pihak dalam masyarakat seorang bapa dan suami. Jika perkara yang sebegini
perlulah berganding bahu untuk menyelesaikan tidak diatasi, pastinya kebahagiaan yang diimpikan
masalah ini. Jika perkara ini tidak dilakukan pastinya dalam gerbang perkahwinan hanyalah impian yang
sia-sia.

30
Salmiah Ramli, Sekolah Tinggi Kluang July 17, 2018

Masalah perkelahian dan perselisihan


pandangan dengan individu-individu tertentu
terutamanya yang amat dihormati dan dikasihi seperti
ibu bapa, adik-beradik mahupun isteri sendiri menjadi
punca tekanan perasaan. Hal ini akan mendorong
mereka bertindak secara kekerasan terhadap anak-
anak dan isteri kerana mereka gagal mengawal emosi
dan perasaan, iaitu seperti mencurah minyak ke dalam
api yang marak. Seseorang isteri wajar memahami
bebanan atau masalah yang sedang ditanggung oleh
suami tanpa menambahkan tekanan kemarahan
terhadap suami. Jika perkara sedemikian dilakukan
juga, maka pertengkaran yang lebih serius akan
berlaku antara suami dengan isteri yang mendorong
suami memukul isterinya.

Punca lain yang menyebabkan masalah ini berlaku


ialah kegagalan mencapai sesuatu matlamat yang
telah ditetapkan. Kecenderungan untuk seseorang
individu bagi merasai kekecewaan yang berpanjangan
tanpa sokongan individu yang dikasihi mendorong
perasaan kecewa tersebut menjadi perasaan marah
yang seterusnya bertukar menjadi ganas. Harapan
menggunung yang diimpikan daripada keluarga
seperti sokongan moral dan semangat tidak menjadi
kenyataan kerana kesibukan masing-masing
mendorong seseorang suami dan bapa bertindak
kasar seperti memukul isteri dan anak-anak mereka.
Namun demikian, perkara itu dapat dielakkan
sekiranya masing-masing memahami kehendak hati
orang yang tersayang.

Oleh hal yang demikian, tekanan individu terbabit


yang berpunca daripada banyak sebab merupakan
faktor utama berlakunya kes keganasan rumah
tangga. Jika perkara ini dapat dibendung, tidak
mustahil kes ini akan berkurangan dan akhirnya tidak
kedengaran lagi. Untuk mencapai matlamat
berkenaan, semua pihak dalam masyarakat perlu
berganding bahu dan bersatu padu agar pisang tidak
berbuah dua kali. Oleh itu, sebelum kes ini
mengorbankan nyawa manusia, semua pihak perlulah
sedar dan bersama-sama untuk membanterasnya iaitu
dengan memenuhi dada dengan ilmu agama yang
sewajarnya sebelum nasi menjadi bubur.

31

You might also like