Minit Mesyuarat Bil 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG KALUMPANG

35900 Tanjong Malim, Hulu Selangor, Selangor


தேசிய வகைக் களும்பாங் தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி
35900 ¾ï§º¡í Á¡Ä¢õ, ¯Ö º¢Ä¡íÜ÷, º¢Ä¡íÜ÷
KOD SEKOLAH : BBD 5048
__________________________________________________________________________________

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG KALUMPANG


MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL 4/2022

Tarikh : 15 Julai 2022 (Jumaat)


Masa : 12.15 tengahari
Tempat : Bilik Darjah Tahun 1 SJKT Ladang Kalumpang
Bil Nama Jawatan
1. Puan. B. Seela Devi A/P Balakrishnan Guru Besar
2. Encik Velan A/L Subramaniam GPK Pentadbiran
3. Encik Sritharan A/L Kunchukanan GPK HEM
4. Encik Segaran A/L Sinathamby GPK Kokurikulum
5. Puan Hema Mageswary A/P Vijayan
6. Puan Sunthararathy A/P Jayapragasam
7. Puan Subhashini A/P Rattanam
8. Puan Nurul Azlina Binti Alias
9. Puan Vignes A/P Anna Durai
10. Puan Thilagam A/P Subramaniam
11. Cik Keerthana A/P Balakrishnan
12. Encik Prabhakaran A/L Ramachandram

Tidak Hadir Bersebab


-Tiada-

Urus Setia Mesyuarat :


1. Cik. Keerthana A/P Balakrishnan

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 GPK Kurikulum, En. Velan A/L Subramaniam mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke
mesyuarat kali ke-4 bagi Tahun 2022 dan mengharapkan kerjasama daripada semua pihak.

Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Cadangan : Puan Hema Mageswary A/P Vijayan
Sokongan : Encik Segaran A/L Sinathamby

3.0 PERKARA BERBANGKIT


-Tiada-

4.0 PERBINCANGAN
4.1 PERKARA-PRKARA BAHARU
4.1.1 BENGKEL VERIFIKASI E-OPERASI
4.1.1.1 GPK Kurikulum melaksanakan bengkel verifikasi e-operasi.

4.1.1.2 Beliau telah meminta para guru untuk menyemak dan mengemaskini maklumat diri
sekiranya terdapat perubahan. Beliau juga meminta guru-guru untuk menukar gambar
yang terkini dalam sistem e-operasi.

4.1.1.3 Beliau turut meminta guru-guru untuk mengemaskini beberapa maklumat penting seperti
tarikh vaksinasi, id my sejahtera. Dari segi sejarah akademik, beliau meminta para guru
untuk memberikan maklumat tentang pencapaian akademik para guru seperti PMR dan
SPM untuk pengemaskinian. Disebabkan terdapat perubahan dari segi maklumat subjek,
beliau memberitahu para guru bahawa beliau akan menyemak balik dan mengemaskini
subjek-subjek yang diajar oleh guru-guru di SJKT Ladang Kalumpang.

4.1.1.4 Beliau menerangkan maksud ikhtisas kepada para guru dimana ia merupakan diploma
atau sijil yang dibuat di maktab perguruan untuk perguruan. GPK Kurikulum turut
meminta kerjasama para guru untuk memasukkan maklumat seperti tugas-tugas yang
dipegang oleh guru di sekolah serta elaun- elaun yang diterima oleh guru dengan betul.

4.1.1.5 Beliau mengingatkan para guru untuk menyemak maklumat berkenaan penempatan guru
serta sejarah pengalaman guru. GPK Kurikulum mengingatkan guru-guru perlu sentiasa
mengemaskini subjek-subjek yang diajarnya dari tahun semasa ke semasa bagi
memastikan maklumat yang terdapat dalam sejarah pengalaman mengajar itu sentiasa
tepat dan betul.

4.1.1.6 Beliau turut mengingatkan guru untuk mengemaskini maklumat tentang pengisythiran
harta.

4.1.1.7 GPK Kurikulum menjelaskan bahawa data e-operasi adalah sangat penting. Hal ini
kerana, segala data yang terdapat dalam sistem ini adalah menjadi bahan rujukan serta
akan digunakan nanti bagi kenaikan pangkat, kemenjadian guru cemerlang dan
sebagainya. Sehubungan iti, kesemua maklumat yang terdapat dalam sistem e-operasi ini
wajib dikemaskini dari masa ke semasa.

Makluman
4.1.2 PERTANDINGAN SENTAMIZH VIZHA

4.1.2.1 Guru Besar telah memaklumkan bahawa tarikh penghantaran video bagi pertandingan-
pertandingan syarahan, mendeklasikan pantun adalah pada 25 Julai 2022 (Isnin) sebelum
pukul 10 malam.

4.1.2.2 Tarikh penghantaran pertandingan mengarang esei pula adalah pada 27 Julai 2020 (Rabu).

4.1.2.3 Guru Besar telah memberitahu bahawa SJKT Ladang Kalumpang telah dipilih sebagai tuan
rumah bagi pertandingan kuiz.

Makluman

4.1.3 PENGGUNAAN BILIK HIP

4.1.3.1 Guru Besar menyatakan bahawa bilik HIP ini bukan sekadar untuk penggunaan subjek
Bahasa Inggeris. Penggunaan bilik tersebut sebenarnya merangkumi 3 matapelajaran iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil.

4.1.3.2 Sehubungan itu, setiap Ketua Panitia ketiga-ketiga matapelajaran tersebut perlu
berkerjasama untuk menceriakan bilik HIP tersebut dengan menampal bahan-bahan yang
berkaitan dan bersesuaian.

4.1.3.3 Guru Besar turut menyarankan Ketua Panitia untuk menggunakan bilik tersebut.
Disamping itu, beliau meminta para KP untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-
aktiviti yang menarik mengikut matapelajaran masing-masing bagi meningkatkan minat
murid untuk belajar serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Makluman

4.1.4 PROGRAM BIJAK SIFIR

4.1.4.1 Guru Besar telah berkongsi tentang beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk
diperbaiki daripada pembentangan program bijak sifir yang dibentang oleh beliau.

4.1.4.2 Misalnya, kita perlu memasukkan video murid-murid menyebut sifir dari atas ke bawah
dan bawah ke atas sebagai bukti. Selain itu, kita juga harus menjelaskan pencapaian
murid-murid dari segi PBD dalam matapelajaran Matematik menerusi program ini.

Makluman

4.1.5 MASALAH KEHADIRAN

4.1.5.1 Guru Besar menyeru para guru untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan
mengenalpasti punca kejadiannya demi mengatasi masalah kehadiran murid.

4.1.5.2 Beliau menasihati para guru untuk membuat atau merancang aktiviti yang sesuai dan
berinovasi untuk menarik perhatian murid-murid dalam pelaksanaan pdpc. Beliau
berharap bahawa ini secara langsung dapat meningkatkan enrolmen murid.
4.1.5.3 Beliau turut menyatakan bahawa pihak PIBG sedia memberi bantuan kepada pihak
sekolah untuk penyediaan bahan-bahan demi kegunaan murid dan sekolah.

Makluman

4.1.6 PELAKSANAAN PDPC

4.1.6.1 Guru Besar menekankan bahawa guru-guru kurang menggunakan inovasi dalam
pelaksanaan pdpc masing-masing. Disamping itu, beliau turut menekankan bahawa
murid-murid dari sekolah kita masih tidak mencapai peningkatan dalam prestasi
akademik.

4.1.6.2 Beliau menyatakan bahawa walaupun tahap murid-murid di sekolah kita adalah
cemerlang, namun apabila dibandingkan dengan murid-murid dari sekolah lain tahap
pencapaian kurang memuaskan iaitu mereka berada di Tahap C sahaja.

4.1.6.3 Guru Besar menggalakkan guru-guru untuk membuat inovasi dalam pdpcnya. Misalnya
beliau memesan guru-guru untuk menggunakan kawasan sekolah yang luas sedia ada
untuk pelaksanaan pdpc dan bukan sekadar mengajar di bilik darjah sahaja.

4.1.6.4 Beliau turut menggalakkan program ataupun aktiviti-aktiviti penggabungjalinan dengan


sekolah lain.

4.1.6.5 Beliau mengingatkan para guru bahawa aktiviti yang diberikan kepada murid pemulihan
perlu direkodkan dalam penulisan RPH. Selain itu, guru-guru wajib mempunyai dan
menyimpan evidens pelaksanaan aktiviti intervensi tersebut.

4.1.6.6 Guru Besar menyeru Ketua Panitia untuk merancang sesuatu pertandingan secara awal
bagi memastikan kelancaran pertandingan tersebut.

4.1.6.7 Beliau turut mengingatkan para guru bahawa mereka perlu menyenaraikan bahan-bahan
yang digunakan bagi pelaksanaan pdpcnya dengan jelas dalam RPH. Misalnya
sekirannya guru menggunakan youtube/video, maka mereka perlu catat tersebut dalam
RPH.

4.1.6.8 Terdapat banyak bahan dalam bilik BBM. Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan
yang ada di dalam bilik tersebut untuk pelaksanaan pdpc.

Makluman

4.1.7 PENCERAPAN

4.1.7.1 Guru Besar menyatakan bahawa minggu depan beliau akan mula menyemak buku
latihan murid-murid.

4.1.7.2 Beliau turut memaklumkan bahawa pencerapan pdpc guru akan dilaksanakan pada
awal bulan Ogos.

Makluman
4.1.8 ETIKA GURU

4.1.8.1 Guru Besar menasihati para guru supaya sentiasa melayani murid-murid dengan baik
dan sopan-santun

4.1.8.2 Selain itu, guru-guru perlu mengetahui cara mengurus murid dengan baik sekirannya
mereka berkelakuan nakal di sekolah.

Makluman
4.1.9 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
4.1.9.1 Guru Besar menyatakan bahawa Pentaksiran Pertengahan tahun akan dijalankan pada
bulan Ogos bagi semua matapelajaran.
4.1.9.2 Pdpc yang dilaksanakan dari Mac sehingga ke kini akan ditaksir dalam pentaksiran
tersebut bagi melihat kemajuan murid.
4.1.9.3 Kertas soalan yang akan disediakan untuk pentaksiran Pertengahan Tahun itu perlu
mempunyai sistem markah. Bagi matapelajaran elektif pula, guru-guru dinasihatkan
untuk menyediakan sekurang-kurangnya 20 soalan dalam kertas soalan tersebut.
Makluman
4.1.10 SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN
4.1.10.1 Guru Besar menyatakan ideanya untuk mengadakan pameran sejarah sempena
Sambutan Hari Kebangsaan.
4.1.10.2 Beliau menyatakan bahawa murid-murid perlu mengendalikan pameran tersebut serta
membuat pembentangan berkenaan dengan topik yang diberikan.
4.1.10.3 Guru Besar meminta guru –guru memastikan bahawa murid-murid lemah pun
mengambil bahagian dalam pameran tersebut.
Makluman

4.1.11 PRASEKOLAH
4.1.11.1 Guru Besar menyatakan bahawa pemantauan KPM ke Prasekolah akan diadakan pada
27 Julai 2022.Sehubungan itu, beliau meminta guru-guru untuk menolong guru
prasekolah untuk membuat penyediaan.

4.1.11.2 Guru Besar turut memaklumkan bahawa lawatan Jemaah Nazir juga sedang
dijalankan. Sehungan itu, beliau memesan guru-guru untuk mengemaskini fail
masing-masing.

4.1.11.3 Beliau turut mengingatkan guru-guru untuk menyimpan semua instrument yang
diberikan kepada murid sebagai evidens. Hal ini dikatakan demikian kerana,
sekirannya Jemaah Nazir turun mereka akan menyemak semua perkara.

Makluman
4.1.12 PROGRAM KEAGAMAAN

4.1.12.1 Guru Besar menyatakan bahawa semua guru harus melibatkan diri dalam program
keagamaan.

4.1.12.2 Beliau meminta guru-guru untuk menyediakan buku dan bahan-bahan sehari sebelum
program tersebut dilaksanakan.

4.1.12.3 Guru-guru boleh menyediakan bahan-bahan berdasarkan buku-buku yang sedia ada.
Selain itu, guru-guru merancang aktivti keagamaan secara sistematik. Misalnya,
sekiranya satu minggu itu guru merancang untuk bercerita berkaitan agama, maka
satu minggu lagi guru boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti
mewarna, kuiz dan sebagainya.

Makluman
4.1.13 KUMPULAN WHATSAPP

4.1.13.1 Guru Besar memaklumkan bahawa hasil perbincagan dengan ahli PIBG, beliau
bercadang untuk membuka kumpulan Whatsapp yang terdiri daripada semua ibu
bapa.

\4.1.13.2 Selaku admin bagi kumpulan tersebut, beliau boleh menyampaikan sesuatu perkara
secara terus dan cepat dalam kumpulan tersebut. Dengan adanya kemudahan sebegini,
beliau dapat memastikan semua ibu bapa telah menerima segala maklumat yang
disampaikan oleh pihak sekolah.

Makluman

4.2 PENGURUSAN KURIKULUM


4.2.1 PK Kurikulum memaklumkan kepada para guru bahawa beliau telah menyediakan fail
yang berasingan bagi setiap bidang seperti PSO, minit curai dan sebagainya. Segala
dokumen para guru akan disimpan secara sistematik dalam fail-fail yang berkenaan.

4.2.2 Beliau turut meminta para guru untuk memberikan markah ujian diagnostik murid-murid
yang dilaksanakan sebelum ini.

4.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


4.3.1 PK Hem telah memaklumkan beberapa perkara. Misalnya, beliau telah menyatakan
bahawa pihak PIBG telah bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM 500 bagi
pelaksanaan Program Tandas. Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa Projek
Mural di sekolah kita akan dilaksanakan pada awal Ogos.

5.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA


-TIADA-

6.0 HAL-HAL LAIN


- TIADA –

7.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 tengahari.

Disediakan Oleh,

Cik. Keerthana A/P Balakrishnan


Setiausaha Kurikulum
SJKT Ladang Kalumpang
Tarikh : 18 Julai 2022

You might also like