Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

DOKUMENTASI

KARNIVAL DAKWAH
SEKOLAH SEKOLAH MURID ORANG
ASLI KALI PERTAMA PERINGKAT
NEGERI PAHANG

TARIKH:
17-18 OKTOBER 2014

HARI:
JUMAAT-SABTU

TEMPAT:
SK SUNGAI MAS,
SUNGAI LEMBING KUANTAN
1

LAPORAN KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH SEKOLAH MURID ORANG


ASLI KALI PERTAMA PERINGKAT NEGERI PAHANG

LATAR BELAKANG

Karnival Dakwah Sekolah sekolah Murid Orang asli Kementerian Pendidikan


Malaysia, Peringkat Negeri Pahang akan diadakan sebagai aktiviti kokurikulum
Pendidikan Islam yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan
Negeri Pahang. Program ini merupakan kali pertama diadakan dan diharapkan ianya
dijadikan satu program tahunan yang termaktub dalam takwim perancangann Bahagian
Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

RASIONAL

Murid murid di sekolah orang asli tidak terlibat dalam pertandingan di peringkat
zon mahu pun daerah dalam majlis Tadarus Al-Quran Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Ini kerana mereka tidak mampu bersaing dengan sekolah sekolah aliran
kebangsaan di peringkat zon, daerah mahupun peringkat negeri apatah lagi di peringkat
kebangsaan.

OBJEKTIF
1) Mencungkil bakat murid asli untuk diketengahkan dan diberi pengiktirafan.
2) Menwujudkan suasana persaingan yang sihat dan harmonis dalam kalangan
murid asli.
3) Memupuk semangat mencintai dan membudayakan bacaan Al-Quran dalam
kalangan murid asli.
4) Menarik minat murid asli melaungkan azan dan iqamah dengan nada dan kaedah
yang betul
5) Menjadikan program yangdijalankan satu usaha untuk menyalurkan dakwah bil
hal kepada masyarakat asli setempat.

KUMPULAN SASAR
Murid sekolah sekolah orang asli
2

TARIKH
17-18 0ktober 2014

TEMPAT
SK Sungai Mas

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


1. Tilawah Al- Quran Kategori Lelaki dan Perempuan
2. Hafazan Al-Quran Kategori Lelaki dan perempuan
3. Laungan Azan
4. Lafaz Iqamah Kategori Perempuan sahaja

JADUAL AKTIVITI
17 Oktober 2014 ( Jumaat)

MASA AKTIVITI

3.00 ptg - Pendaftaran kehadiran peserta / undian


Bergerak ketempat penginapan

4.30 ptg - Solat asar / urus diri


5.30 ptg Taklimat program

6.30 ptg - Bergerak ke Sungai Mas


Makan malam

7.30 ptg -Solat maghrib/tazkirah/solat isyak

8.30 mlm - Malam lembayung kasih semarak dakwah

11. 00 mlm - Minum malam


Balik ke tempat penginapan
3

18 Oktober 2014 ( Sabtu)

MASA AKTIVITI

5.00 pg Urus diri / solat subuh

6.45 pg Bergerak ke Sungai Mas

7.00 pg Sarapan pagi

8.00 pg Peserta melapor diri ke bilik pertandingan

9.00 pg Pertandingan bermula

10.00 pg Rehat

10.30 pg Pertandingan bersambung

12.30 tgh Majlis penutupan

2.00 ptg Jamuan / bersurai


4

SENARAI NAMA PESERTA SK SATAK RAUB

NAMA GURU PENGIRING : PN SITI NUR BAI’YAH BINTI HUSIN

BIL NAMA ACARA


1 NOR SAFIQAH BINTI ZAINUDIN HAFAZAN
2 DINA ATAN IQAMAH

LAPORAN AKTIVITI

Pada 17-18 OKTOBER 2014 Sektor Pendidikan Islam Negeri Pahang telah mengadakan
Karnival Dakwah Sekolah Sekolah Murid Orang Asli Peringkat Negeri Pahang kali
pertama. Antara acara yang dijalankan ialah Tilawah Al- Quran Kategori Lelaki dan
Perempuan, Hafazan Al-Quran Kategori Lelaki dan perempuan, Laungan Azan dan Lafaz
Iqamah Kategori Perempuan sahaja.

17 Oktober 2014

Pada jam 3.00 petang para peserta telah membuat pendaftaran kehadiran dan
undian bagi acara yang dipertandingkan. Selesai pendaftaran peserta dan guru
pengiring beredar ke tempat penginapan.

Para peserta yang mengikuti program ini telah diberikan taklimat umum yang
disampaikan oleh pegawai yang ditugaskan. Seterusnya pada jam 6.30 petang para
peserta bergerak ke SK Sungai Mas untuk makan malam seterusnya solat Magrib dan
Isyak berjemaah.
5

Selesai solat isyak program diserikan dengan majlis malam lembayung kasih.
Pada jam 11.00 malam murid murid disajikan dengan minum malam kemudian pulang
ke tempat penginapan.

18 Oktober 2014

Hari kedua program dimulakan dengan solat subuh berjemaah kemudian pada jam 7.00
pagi semua perserta dan guru pengiring bergerak ke SK Sg Mas untuk sarapan pagi.
Selepas sarapan semua peserta melapor diri ke bilik pertandingan.

Jam 9.00 pagi pertandingan dimulakan serentak untuk semua pertandingan.


Acara di pertandingankan ialah Tilawah lelaki dan perempuan, hafazan lelaki dan
perempuan, iqamah dan azan. Semua acara berjalan dengan lancer.

Pada jam 11.00 pagi semua acara dapat diselesaikan seperti yang dirancang.
Murid berkumpul semua ditempat yang disediakan.

Tepat jam 12.30 tengahri majlis penutupan yang dirasmikan oleh Pn Hajah
Kamariah Binti Isa Timbalan Pengarah Pengurusan Dakwah Pendidikan Islam
Kementerian Malaysia. Beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang pemenang
serta sijil penyertaan dan penghargaan kepada setiap sekolah.

Tepat 2.00 petang majlis bersurai.

LAPORAN KESELURUHAN

Secara keseluruhannya program kali pertama ini telah berjaya dilaksanakan


dengan baik. Alhamdulillah Karnival Dakwah Sekolah Sekolah Murid Orang Asli Peringkat
Negeri Pahang ini telah membuka peluang untuk para peserta murid asli untuk cuba
terlibat dalam pertandingan yang diadakan. Program ini dapat mencungkil bakat orang
asli dan dapat di ketengahkan dan diberi pengiktirafan.

Dari pemerhatian acara yang dilaksanakan, menyaksikan para peserta telah


menunjukkan minat dan kesungguhan dalam setiap acara. Semua peserta dalam
menjawab soalan dan membaca Al-Quran dengan baik.
6

Dalam program ini juga murid asli telah belajar untuk bersaing dengan rakan-
rakan dari sekolah lain.

Pada murid yang tidak bernasib baik untuk menang. Mereka juga diberi
perghargaan kerana berani untuk tampil kehadapan serta menyertai pertandingan yang
dijalankan.
PENUTUP

Karnival Dakwah Sekolah Sekolah Murid Orang Asli Peringkat Negeri Pahang kali
pertama satu merupakan satu program yang perlu dilaksanakan pada setiap tahun.
Diharap program seperti ini akan terus berjalan kerana ianya memberi kesan yang amat
positif kepada murid-murid asli bagi meningkatkan kemahiran, kesungguhan untuk
belajar Al-Quran dan rasa ingin bersaing.
Wallahu a’lam.

Disediakan Oleh :

............................
(Siti Nur Bai’yah Husin)
Guru j-QAF P. Islam
SK Satak
7
8

You might also like