Percubaan S2 Kt6bu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KOLEJ TINGKATAN ENAM BANDAR UTAMA

NO. 1, PINTASAN BANDAR UTAMA


47800 PETALING JAYA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
STPM 2022 948/2
SEMESTER 2
PERAKAUNAN
September
2 jam 120 minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab mana-mana empat soalan.

Semua kerja penghitungan hendaklah ditunjukkan dengan jelas.

Pencukaian hendaklah diabaikan dalam semua soalan, kecuali yang sebaliknya


dinyatakan.

Markah untuk bahagian soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini mengandungi 07 halaman bercetak

Penyediaan oleh, Semakan oleh, Pengesahan oleh,

................................ ................................. ...........................


(NUR AIMI BINTI SULAIMAN) (YUSRA BT YAHAYA)
Guru M/P Perakaunan Ketua Unit Perakaunan Ketua Jabatan Sains Sosial
SOALAN 1
(a) Jelaskan dua persamaan dan tiga perbezaan antara perakaunan pengurusan dengan
perakaunan kos. [5 markah]

(b) Yang berikut ialah maklumat kos bagi tahun 2021 yang diberikan oleh Syarikat
Mawar Berhad.
RM
Bahan mentah langsung 1,860,000
Buruh langsung 280,000
Susut nilai mesin kilang 24,000
Susut nilai bangunan (70% kilang) 62,000
Utiliti (60% kilang) 5,200
Belanja pengiklanan 80,200
Inventori akhir barang siap 88,000
Buruh tak langsung 114,000
Faedah sampingan buruh langsung 86,000
Gaji penyelia pengeluaran 46,000
Kos jabatan perkhidmatan* 80,000
Bahan mentah tak langsung 55,000
Belanja pentadbiran 130,000
Sewa ruang pejabat untuk kakitangan jualan 10,000
Komisen jualan 5,000

*Semua perkhidmatan adalah untuk jabatan di kilang

Dikehendaki:
(1) Satu daripada kos yang disenaraikan di atas kos hangus. Kenal pasti kos itu, dan
perihalkan bagaimana kos itu menjadi kos hangus. [2 markah]
(2) Hitung jumlah yang berikut:
(i) Kos prima [2 markah]
(ii) Kos overhed perkilangan [4 markah]
(iii) Kos penukaran [2 markah]
(iv) Kos produk [2 markah]
(v) Kos tempoh [3 markah]

2
SOALAN 2
(a) Jelaskan tiga tujuan pengekosan perkhidmatan. [3 markah]

(b) Syarikat Mesra Berhad menggunakan sistem pengekosan normal untuk merekod
aktiviti pengekosan tempahan kerja. Syarikat itu mempunyai dua jabatan, iaitu Jabatan X dan
Jabatan Y. Maklumat yang dibelanjawankan dan maklumat sebenar bagi tahun 2021 adalah
seperti yang berikut:

Butiran Jabatan X Jabatan Y


Overhed belanjawan RM188,000 RM792,000
Overhed sebenar RM144,000 RM1,200,000
Jam buruh langsung dijangkakan 80,000 jam 12,000 jam
Jam mesin dijangkakan 14,000 jam 60,000 jam
Jam buruh langsung sebenar 50,000 jam 10,000 jam
Jam mesin sebenar 15,000 jam 80,000 jam

Beberapa tempahan kerja telah disiapkan dalam tahun 2021. Maklumat berkaitan No. Kerja
S001 adalah seperti yang berikut:

Bahan mentah langsung RM44,500


Kos buruh langsung:
Jabatan X (5,000 jam pada kadar RM6.00 sejam) RM30,000
Jabatan Y (1,500 jam pada kadar RM6.00 sejam) RM9,000
Jam mesin digunakan:
Jabatan X 200 jam
Jabatan Y 1,400 jam
Overhed sebenar RM35,000
Unit dikeluarkan 22,000 unit

Syarikat menggunakan kadar overhed pratentu di setiap jabatan untuk mengagihkan overhed
kepada setiap tempahan kerja. Jam buruh langsung digunakan di Jabatan X dan jam mesin
digunakan di Jabatan Y.

Dikehendaki:
Hitung,
(i) Kadar overhed pratentu bagi Jabatan X dan kadar overhed pratentu bagi Jabatan Y
[3 markah]
(ii) Jumlah kos dan kos seunit bagi No. Kerja S001 [4 markah]
(iii) Overhed terkurang atau terlebih serap bagi No. Kerja S001 dan sediakan catatan
jurnal pelarasan bagi No. Kerja S001 [3 markah]
(iv) Overhed terkurang atau terlebih serap bagi Jabatan X dan overhed terkurang atau
terlebih serap bagi Jabatan Y serta sediakan catatan jurnal pelarasan bagi setiap
jabatan. [7 markah]

3
SOALAN 3
(a) Perniagaan XP ialah sebuah perniagaan yang mengeluarkan pakaian kanak-kanak.
Penyata pendapatan perniagaan (pengekosan serapan) bagi tahun berakhir 31 Disember 2021
adalah seperti yang berikut.
Perniagaan XP
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021
RM RM
Jualan 1,350,000
Tolak: Kos barang dijual
Inventori awal 100,000
Kos pengeluaran 800,000
Tolak: Inventori akhir (220,000) (680,000)
Pendapatan kasar 670,000
Tolak: Belanja operasi
Belanja jualan dan pengedaran 130,000
Belanja pentadbiran 88,000 (218,000)
Pendapatan bersih 452,000

Belanja jualan dan pengedaran berubah ialah RM4.00 seunit. Belanja jualan dan pengedaran
tetap ialah RM55,000 setahun. Belanja pentadbiran dikategorikan sebagai belanja tetap.
Pengeluaran produk dianggarkan ialah 20,000 unit setahun.

Harga jualan dan kos seunit produk adalah seperti yang berikut:

Item RM
Bahan mentah 15.00
Buruh langsung 14.00
Overhed perkilangan berubah 8.00
Overhed perkilangan tetap 11.00
Harga jualan 90.00

Dalam tahun 2021, Perniagaan XP telah mengeluarkan sebanyak 20,000 unit produk dan
telah menjual 15,000 unit. Inventori pada 1 Januari 2021 ialah 5,000 unit.

Dikehendaki:
(i) Hitung kos produk per unit dengan menggunakan kaedah pengekosan marginal
dan kaedah pengekosan serapan. [4 markah]
(ii) Sediakan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 dengan
menggunakan kaedah pengekosan marginal. [7 markah]

4
(b) Syarikat Mek Sdn. Bhd. Mengeluarkan produk makanan berjenama CRIPS.
Anggaran jumlah kos untuk 4,000 unit produk CRIPS adalah seperti berikut:

Item Kos (RM)


Kos berubah:
Bahan mentah langsung 15,000
Buruh langsung 14,000
Kos campuran:
Pembaikan dan 14,000
penyelenggaraan 5,500
Overhed perkilangan
Kos tetap:
Susut nilai mesin 30,000

Maklumat tambahan

(1) Setiap unit produk memerlukan satu jam buruh langsung. Kos buruh langsung ialah
RM3.00 sejam
(2) Kos berubah bagi pembaikan dan penyelenggaraan ialah RM3.00 seunit
(3) Overhed perkilangan tetap ialah RM4,400
(4) Harga jualan seunit ialah RM60.00

Dikehendaki:
(i) Hitung margin caruman seunit, titik pulang modal dalam unit dan RM, dan margin
keselamatan dalam unit dan RM. [9 markah]

SOALAN 4
(a) Nyatakan dua ciri kos relevan. [2 markah]

(b) Syarikat Start Sdn. Bhd. Mengeluarkan beberapa jenis produk minuman. Syarikat
bercadang untuk memberhentikan pengeluaran produk KOFFI. Maklumat operasi tentang
produk KOFFI itu adalah seperti yang berikut:

RM
Jualan 280,000
Kos berubah:
Kos perkilangan (140,000)
Komisen jualan (50,000)
Margin sumbangan 90,000
Kos tetap:
Gaji pengurus pengeluaran KOFFI (8,000)
Overhed perkilangan am* (33,000)
Pentadbiran am* (76,000)
Untung/ (rugi) operasi (27,000

5
*Kos tetap overhed perkilangan am dan kos tetap pentadbiran am adalah untuk kesemua
produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini.

Dikehendaki:
(i) Dengan membuat penghitungan untung atau rugi, tentukan sama ada syarikat
wajar atau tidak memberhentikan pengeluaran produk KOFFI itu. Jelaskan
jawapan anda.
[4 markah]
(ii) Kenal pasti kos tak boleh elak dan mengapa anda berpendapat sedemikian.
[3 markah]

(c) Syarikat MING Sdn. Bhd. Mengeluar dan menjual baju uniform sekolah pada harga
RM35.00 sepasang. Maklumat tentang kos bagi mengeluarkan sepasang uniform sekolah
adalah seperti yang berikut:
RM
Bahan mentah langsung 10.20
Buruh langsung 5.50
Overhed perkilangan berubah 1.80
Belanja pemasaran berubah 1.00
Overhed perkilangan tetap 2.50
Jumlah 21.00

Syarikat MING Sdn. Bhd. Mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menerima satu
pesanan khas bagi 8,000 pasang uniform pada harga RM30.00 sepasang. Jika tawaran ini
diterima syarikat tidak perlu menanggung kos pemasaran berubah. Walau bagaimanapun,
satu peralatan berharga RM800 perlu dibeli khusus untuk membuat logo bagi peasanan
tersebut. Peralatan ini tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.

Dikehendaki:
(i) Dengan membuat penghitungan untung atau rugi, tentukan sama ada syarikat
patut menerima atau menolak pesanan kha situ. Jelaskan jawapan anda. [9
markah]
(ii) Jelaskan empat faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan untuk membuat
keputusan di (i) di atas. [2 markah]

SOALAN 5
(a) Syarikat Desa Sdn. Bhd. menggunakan analisis varians untuk menilai prestasi
pengurus kilangnya. Bagi tempoh Oktober hingga Disember 2021, syarikat menghadapi
varians kecekapan buruh langsung dan varians penggunaan bahan mentah yang tidak
memuaskan.

Dikehendaki:

6
(i) Berikan tiga sebab berlakunya varians kecekapan buruh langsung yang tidak
memuaskan dan tiga sebab berlakunya varians penggunaan bahan mentah
langsung yang tidak memuaskan.
[3 markah]
(ii) Nyatakan tiga cara untuk mengatasi masalah bagi setiap varians yang dinyatakan
di (i) agar tidak berulang lagi di masa hadapan. [3 markah]
(b) Syarikat Mama Bhd. Mengeluar dan menjual tudung. Kos piawai seunit bagi setiap
unit tudung bagi tahun 2021 adalah seperti yang berikut:

Item Kuantiti piawai Kos piawai (RM)


Bahan mentah langsung 3 meter 10
Buruh langsung 2 jam 9
Overhed berubah 2 jam 5
Overhed tetap 2 jam 4

Dalam tahun 2021, syarikat bercadang untuk mengeluarkan 20,500 unit tudung dengan
jumlah jam buruh langsung ialah 5,500 jam.

Aktiviti sebenar dalam tahun 2021 adalah seperti yang berikut:


(1) Belian bahan mentah langsung ialah 60,000 meter kain pada kos RM360,000
(2) Bahan mentah langsung yang digunakan ialah 54,000 meter kain
(3) Kos buruh langsung ialah RM424,125 untuk 43,500 jam buruh langsung
(4) Jumlah overhed perkilangan ialah RM550,000
(5) Jumlah unit keluaran ialah 30,000

Dikehendaki:

Hitung,

(i) Varians harga bahan mentah langsung dan varians kuantiti bahan mentah langsung
[5 markah]
(ii) Varians kadar buruh langsung dan varians kecekapan buruh langsung [5 markah]
(iii) Varians perbelanjaan overhed berubah dan varians kecekapan overhed berubah
[4 markah]

7
~ KERTAS SOALAN TAMAT ~

You might also like