Professional Documents
Culture Documents
Minit Mesyuarat Pengurusan KBAT 2 2022
Minit Mesyuarat Pengurusan KBAT 2 2022
A Perutusan Pengerusi
1. Pengerusi mengucap jutaan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke
mesyuarat KBAT kali kedua. Beliau juga melahirkan rasa bersyukur kerana
pesekolahan bersemuka dapat memberi peluang untuk melaksanakan pelbagai
aktiviti. Pengetua memaklumkan mesyuarat ini berfokus kepada amalan
pelaksanaan KBAT sepanjang tiga bulan pertama persekolahan.
Tindakan : Makluman semua guru
2. Minit Mesyuarat KBAT 1/2022 telah dicadang disahkan oleh Pn Saemah bt Shaari
dan disokong oleh Pn Shankari a/p Sellapan.
Tindakan : Makluman
6. Buku Modul Relief KBAT sebagai satu usaha membudayakan amalan KBAT di
sekolah. Ramai murid kita yang belum mengetahui apakah alat berfikir. Selama ini
kita mengandaikan semua murid sudah mahir alat berfikir sedangkan mereka masih
celaru dan ada yang langsung tidak tahu alat berfikir. Program KBAT yang kita buat
seolah-olah semua murid sudah tahu alat berfikir. Ini satu tanggapan yang salah.
Murid harus diajar alat berfikir supaya mereka boleh menggunakannya.
7. Oleh itu, semua guru yang masuk semasa relief hendaklah memilih salah satu alat
berfikir dan berkongsi dengan murid. Buku ini adalah usaha kita untuk membantu
murid menggunakan alat berfikir. Jika kita tidak mengambil bahagian dalam perkara
ini murid kita kekal dengan cara fikir yang sama.
9. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir dalam
mesyuarat ini. Beliau menyatakan kita hendaklah memastikan supaya Buku Modul
Relief digunakan oleh semua guru untuk kebaikan murid kita.
Disediakan oleh
Disahkan oleh,