KERTAS KONSEP Deklamasi Sajak

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Lampiran II

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN
DEKLAMASI SAJAK
SECARA MAYA TAHUN 2020
anjuran
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
dengan kerjasama
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SECARA MAYA


TAHUN 2020

1. LATAR BELAKANG

1.1 Deklamasi puisi ialah satu persembahan seni pentas yang amat popular
dalam kalangan penggiat sastera. Perkataan deklamasi berasal daripada
bahasa Latin yang bermaksud “declamare” atau “declaim” yang membawa
makna membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu
atau gerak tubuh sebagai aset dan alat bantu. Dengan kata lain, deklamasi
puisi ialah pembacaan puisi yang membabitkan suara, sebutan, nada,
intonasi, mimik muka, gerak badan dan sebagainya.

1.2 Kegiatan deklamasi puisi banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti
sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan
dan organisasi tertentu termasuk DBP, sama ada bersempena majlis tertentu
ataupun dalam bentuk sayembara/pertandingan.

1.3 Sejak tahun 2012, Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah


Peringkat Kebangsaan telah diadakan dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, serta DBP
Cawangan dan Wilayah, bagi membolehkan pelajar sekolah menengah di
seluruh negara menunjukkan bakat dalam bidang deklamasi puisi. Tahun ini
merupakan tahun kelapan pertandingan ini diadakan.

2. OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi sajak.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk


mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali
gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.

2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu
khususnya puisi.

3. SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang sedang
belajar di sekolah menengah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan
Malaysia, yang berusia 13-17 tahun.

3.2 Pencalonan setiap peserta pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
adalah melalui pencalonan daripada pihak sekolah.

1
4. PERINGKAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat:

4.1 Peringkat Daerah

4.1.1 Pertandingan peringkat daerah dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan


Daerah SEKIRANYA PERLU.

4.1.2 Arahan untuk melaksanakan pertandingan peringkat daerah tertakluk


kepada arahan Jabatan Pendidikan Negeri.

4.1.3 Seorang peserta yang menjadi johan pertandingan pada peringkat ini
akan mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.

4.2 Peringkat Negeri

4.2.1 Pertandingan pada peringkat ini akan dikendalikan oleh Jabatan


Pendidikan Negeri dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan dan
Wilayah.

4.2.2 Sebuah jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu


diwujudkan.

4.2.3 Johan peringkat negeri akan mewakili negeri ke pertandingan


peringkat kebangsaan.

4.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan


tarikh dan seterusnya memaklumkan mengenai keputusan
pertandingan kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

4.2.5 Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikan


sijil penyertaan oleh DBP.

4.3 Peringkat Kebangsaan

4.3.1 Pertandingan pada peringkat ini akan dikendalikan oleh Dewan


Bahasa dan Pustaka ibu pejabat melalui Bahagian Pengembangan
Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja dengan kerjasama
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

4.3.2 Enam belas (16) orang peserta yang merupakan johan peringkat
negeri akan bertanding mewakili negeri masing-masing pada
pertandingan peringkat kebangsaan.

2
4.3.3 Sekiranya peserta yang menjadi johan pertandingan peringkat negeri
menarik diri daripada menyertai pertandingan peringkat kebangsaan,
peluang boleh diberikan kepada naib johan, seterusnya pemenang
tempat ketiga, dengan syarat penarikan diri peserta dimaklumkan
kepada penganjur tidak kurang sebulan daripada tarikh pertandingan
peringkat kebangsaan.

5. KAEDAH PERTANDINGAN

5.1 Peringkat Negeri


Pertandingan akan diadakan secara maya. Peserta perlu memuat naik
rakaman video persembahan sajak melalui Facebook masing-masing
berserta nama, nama sekolah, tajuk sajak dan tanda pagar (hastag) yang
sudah ditetapkan mengikut negeri masing-masing seperti yang berikut:

5.1.1 #PDSPNPerlisDBPKPM2020
5.1.2 #PDSPNPulauPinangDBPKPM2020
5.1.3 #PDSPNPerakDBPKPM2020
5.1.4 #PDSPNKedahDBPKPM2020
5.1.5 #PDSPNJohorDBPKPM2020
5.1.6 #PDSPNMelakaDBPKPM2020
5.1.7 #PDSPNSelangorDBPKPM2020
5.1.8 #PDSPNNegeriSembilanDBPKPM2020
5.1.9 #PDSPNWilayahPersekutuanKualaLumpurDBPKPM2020
5.1.10 #PDSPNWilayahPersekutuanPutrajayaDBPKPM2020
5.1.11 #PDSPNWilayahPersekutuanLabuanDBPKPM2020
5.1.12 #PDSPNPahangDBPKPM2020
5.1.13 #PDSPNKelantanDBPKPM2020
5.1.14 #PDSPNTerengganuDBPKPM2020
5.1.15 #PDSPNSabahDBPKPM2020
5.1.16 #PDSPNSarawakDBPKPM2020

5.2 Peringkat Kebangsaan


Pertandingan akan diadakan secara Facebook Langsung. Kaedah
penyertaan akan dimaklumkan oleh urus setia pertandingan.

5.3 Borang penyertaan juga hendaklah dihantar kepada urus setia pertandingan
peringkat negeri/kebangsaan.

6. PEMILIHAN SAJAK

6.1 Penganjur pertandingan akan menyediakan teks sajak yang akan dipilih oleh
peserta.

6.2 Senarai sajak pilihan adalah seperti yang berikut:

3
BIL. JUDUL PENULIS

1. Suara dari Pusara Usman Awang

2. Alam telah Betul Rahman Shaari

3. Ingatan adalah Musuhmu yang Setia Latif Mohidin

4. Balada Langit Tua Manusia Sengketa Usman Awang

5. Harga Sejarah Rahman Shaari

6. Suara dari Masyarakat Burung kepada Usman Awang


Datuk Bandar

7. Hari Terakhir Sebuah Hutan Muhammad Haji Salleh

8. Bacalah dalam Bahasamu Baha Zain

9. Bahasa Kita Abizai

10. Ingatan Kepada Kawan “XXIV” Zaen Kasturi

11. Haruman Seribu Mawar Jasni Matlani

12. Mencintai Tanah Ini Lim Swee Tin

13. Gurindam Alamku Musnah A. Aziz Deraman

14. Negeri Ini, Anak Marsli N.O.

15. Puteri Kuala Lumpur Ahmad Sarju

16. Perempuan Itu Kehilangan Ahmad Sarju

17. Kembalilah Kepada Perpaduan Ahmad Sarju

18. Perjalanan Ahmad Sarju

6.3 Peserta bebas memilih sajak yang telah disenaraikan oleh penganjur untuk
pertandingan peringkat negeri.

6.4 Penyampaian sajak selain daripada sajak yang disenaraikan akan


menyebabkan penyertaan peserta terbatal.

6.5 Pihak penganjur akan menetapkan satu sajak yang telah disenaraikan
kepada peserta yang menjadi johan peringkat negeri untuk pertandingan
peringkat kebangsaan. Setiap peserta akan mendeklamasikan sajak yang
berlainan seperti ditetapkan oleh pihak penganjur.

6.6 Teks sajak tersebut akan dimasukkan dalam laman web DBP (dbp.gov.my).

4
7. PERATURAN PERTANDINGAN
7.1 Peraturan Pertandingan

7.1.1 Peserta pada peringkat daerah/negeri hendaklah memilih dan


menyampaikan syair yang telah disenaraikan oleh pihak penganjur.

7.1.2 Peserta yang menjadi johan pertandingan peringkat negeri layak


mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan. Peserta
pertandingan peringkat kebangsaan dikehendaki menyampaikan
irama syair yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur manakala teks
syair pula merupakan pilihan sendiri oleh peserta. Pihak penganjur
akan memaklumkan irama syair kepada peserta yang layak ke
pertandingan peringkat kebangsaan sebaik sahaja pertandingan
peringkat negeri selesai dijalankan.

7.1.3 Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat bantu atau sebarang


peralatan muzik termasuk pita rakaman semasa menyampaikan syair.

7.1.4 Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.

7.1.5 Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan


dibatalkan penyertaannya serta-merta.

7.2 Peraturan Semasa Rakaman atau Siaran Langsung

7.2.1 Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan


komputer atau telefon bimbit dengan jelas merangkumi aspek visual
dan audio. Rakaman hendaklah menggunakan tripod. Format video
hendaklah dibuat secara melintang (landscape) bagi mengelakkan
video bersaiz kecil apabila dimuat naik.

7.2.2 Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Elakkan zum dekat
(zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa sedang merakam video
supaya tidak mengganggu penyampaian persembahan peserta.

7.2.3 peserta dikehendaki memastikan audio rakaman tidak terganggu oleh


bunyi-bunyi persekitaran seperti bunyi kipas, bunyi kenderaan dan
sebagainya.

7.2.4 Pencahayaan latar video mestilah baik dan tidak gelap.

7.2.5 Rakaman tidak dibenarkan melalui proses suntingan sama ada


suntingan audio atau video atau kedua-duanya.
7.2.6 Peserta yang dikenalpasti tidak menghafal atau menggunakan
telepandu (teleprompter) akan dibatalkan penyertaan.
7.2.7 Peserta peringkat kebangsaan akan diberikan giliran waktu dan masa
oleh urus setia untuk menyampaikan persembahan.

5
8. HADIAH

8.1 Peringkat Daerah

DBP tidak menyediakan hadiah untuk pertandingan peringkat daerah.

8.2 Peringkat Negeri

8.2.1 Hadiah pada peringkat negeri akan ditentukan oleh DBP Cawangan
dan Wilayah.

8.2.2 Semua peserta peringkat negeri akan menerima sijil penyertaan


daripada pihak penganjur.

8.3 Peringkat Kebangsaan

8.2.1 Hadiah pertandingan peringkat kebangsaan disediakan oleh pihak


penganjur. Butiran hadiah adalah seperti yang berikut:

Tempat pertama : Wang tunai RM600.00 dan sijil penyertaan.


Tempat kedua : Wang tunai RM500.00 dan sijil penyertaan.
Tempat ketiga : Wang tunai RM400.00 dan sijil penyertaan.
Sagu hati (13) : Wang tunai RM100.00 dan sijil penyertaan.

9. HAKIM

9.1 Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat negeri dan
peringkat kebangsaan, termasuk ketua hakim.

9.2 Hakim pertandingan peringkat daerah boleh terdiri daripada guru bahasa
Melayu, guru Sastera dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah.

9.3 Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru bahasa
Melayu, guru Sastera dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan
Pendidikan Negeri, Munsyi Dewan (Sastera), penggiat sastera atau pegawai
DBP.

9.4 Hakim pertandingan peringkat kebangsaan akan terdiri daripada pakar/aktivis


sastera dari dalam DBP dan di luar DBP atau individu yang difikirkan layak.

9.5 Panel hakim tidak akan memilih peserta yang membaca nota/teks,
menyentuh isu sensitif, membuat perlakuan/menggunakan bahasa yang
kurang sopan sebagai pemenang.

9.6 Panel hakim akan memerhatikan mimik muka, sama ada peserta
memaparkan wajah yang penuh yakin, atau dibuat-buat. Mimik muka itu
hendaklah bersesuaian dengan tema sajak. Jika sajak itu memuatkan
perasaan marah, mimik mukanya hendaklah berpadanan dengan perasaan
itu. Sajak yang sinis pula tentulah menyebabkan mimik muka peserta

6
berbeza. Mimik muka yang lembut, dengan senyuman sekadarnya, sesuai
dengan sajak yang memaparkan rasa gembira.

9.7 Panel hakim juga akan memerhatikan mata peserta bagi melihat keyakinan
peserta ketika mendeklamasikan sajak.

9.8 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

10. ASPEK PENILAIAN

10.1 Aspek penilaian meliputi suara (70%) serta gaya dan teknik (30%). Butiran
penilaian dalam persembahan deklamasi sajak adalah seperti yang berikut:

ASPEK SUARA (75%) GAYA DAN TEKNIK


(25%)

PENILAIAN Vokal Intonasi Nada Artikulasi Kelancaran Penghayatan Penampilan/


/Mimik Muka/ Ketertiban
Bahasa
Tubuh

MARKAH 20 15 15 15 10 15 10

10.2 Suara

10.2.1 Vokal
Suara merupakan pemberian Tuhan yang sukar diubah. Bagi
pendeklamasi sajak, suara memainkan peranan yang penting.
Peserta yang bersemangat tinggi akan berusaha menerbitkan suara
yang sesuai dengan sajak yang dideklamasikannya. Emosi yang ada
dalam sajak dapat dipaparkan melalui permainan kualiti suara.
Peserta hendaklah sedar bahawa suara boleh direndahkan,
disederhanakan dan ditinggikan pada tempat-tempat yang sesuai.
Peserta hendaklah benar-benar pasti bahawa sajak yang akan
dideklamasikannya sesuai dengan lenggok suara bagi sajak
berkenaan. Kejayaan peserta mengemukakan suara, nada, teknik dan
gaya yang bersesuaian dengan sajak yang dideklamasikannya, bererti
kejayaannya menghayati sajak itu.

10.2.2 Intonasi
Turun naik suara. Peserta dapat mengawal tinggi rendah/panjang
pendek suara berdasarkan maksud sajak. Terdapat peserta yang
tidak menyedari perkembangan deklamasi terkini, lalu mengucapkan
sajak dengan menggunakan intonasi lama, iaitu intonasi yang sudah
menjadi klise. Intonasi yang klise tidak menjanjikan kemajuan apatah
lagi kecemerlangan. Kebolehan dan kecerdikan peserta mengawal

7
intonasi menentukan markah baik atau sebaliknya. Kebolehan
menggunakan jeda, patah-patah kata, hentian yang betul diambil kira.

10.2.3 Nada
Bunyi suara yang melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan,
sikap, aliran atau rentak sajak. Nada dalam deklamasi sajak mengikut
suasana sajak berkenaan. Jika sajak itu bernada marah, maka
peserta hendaklah menerbitkan nada itu dalam deklamasinya.
Peserta yang dapat mengikut suasana dan nada bagi setiap baris,
bait atau rangkap mampu memperoleh markah yang tinggi.

10.2.4 Artikulasi
Artikulasi bererti dapat menyebut bunyi atau kata dengan jelas.
Sebutan dapat difahami dan menggunakan sebutan bahasa Melayu
baku.

10.2.5 Kelancaran
Kelancaran bererti peserta dapat mendeklamasikan dengan lancar
tanpa tersekat-sekat atau terhenti atau terlupa. Sekiranya peserta
tertinggal lebih dua perkataan, markah bagi bahagian ini akan kurang
kerana mungkin mengubah maksud sajak tersebut.

10.2.6 Gaya dan teknik


Gaya berkait rapat dengan keyakinan peserta. Terdapat tiga faktor
yang menjadikan peserta berjaya mempersembahkan sajak dengan
gaya yang meyakinkan. Faktor yang pertama ialah peserta itu cukup
berani berhadapan dengan khalayak. Faktor yang kedua, peserta tahu
tentang seni pentas. Faktor yang ketiga pula, tingkat hafalannya yang
baik.

10.2.7 Penghayatan/Mimik Muka/Bahasa Tubuh


Penghayatan disimpulkan sebagai peserta dapat mengalami, merasai
dalam batin dan meresap ke dalam jiwa sajak yang disampaikan.
Penghayatan turut dapat dirasai oleh khalayak daripada keseluruhan
deklamasi. Mimik muka pula ialah jika peserta berjaya meniru,
mengajuk gaya, cara setiap sifat dan perasaan dalam sajak. Contoh:
jika terdapat perkataan yang membawa maksud marah, sudah pasti
peserta memperlihatkan wajah yang marah bukannya tersenyum.
Mimik muka amat penting bagi peserta berkomunikasi dengan
khalayak untuk menyatakan maksud sajak. Bagi elemen bahasa
tubuh, penggunaan anggota badan bagi menyokong, menguatkan lagi
maksud kata, bait dalam deklamasi. Penggunaan anggota yang betul
dan tepat amat penting bagi menarik minat khalayak. Contoh: “Ayuh,
mari kita bestarikan tanah hitam putih tanah hadhari milik kita yang
pasti.” Mungkin penggunaan tangan sebagai bahasa badan untuk
melambangkan tanah air. Kalau tangan menunjukkan langit adalah
salah tetapi kalau tangan menunjuk ke bawah atau mendasar adalah
tepat. Oleh itu peserta harus berhati-hati.

8
10.2.8 Penampilan/Ketertiban.
Penampilan diri sebenar amat penting selain daripada kostum yang
sesuai, cara deklamasi, berdiri dan bergerak juga amat penting.
Hakim akan mengambil kira seawal langkah pertama peserta berjalan
di pentas, disiplin diri, pengawalan pentas dan pengawalan pembesar
suara dianggap penting.

11. PANDUAN KEPADA PESERTA

11.1 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan
tema sajak.

11.2 Peserta yang yakin akan menumpukan pandangan matanya kepada


penonton, manakala peserta yang tidak yakin pandangan matanya akan lari
ke atas atau ke lantai pentas. Oleh itu, peserta perlu berani memandang
wajah penonton.

11.3 Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati sajak yang ingin
dideklamasikan daripada membaca teks sajak. Markah akan dipotong jika
melihat teks sajak secara berterusan.

12. KELEMAHAN DAN PEMOTONGAN MARKAH

Markah yang diberikan untuk aspek-aspek yang dinyatakan di atas akan muktamad
jika tiada kelemahan dalam deklamasi. Markah akan dipotong jika terdapat
kelemahan-kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah ini. Jumlah markah yang
akan dipotong tertakluk pada seriusnya kelemahan itu.

12.1 Ketersasulan.
Tersalah perkataan berbeza daripada tersasul, kerana dalam hal tersalah
perkataan, tiada pembetulan dibuat. Peserta mungkin tidak menyedari
kesalahan itu, dan mungkin juga membiarkannya demi menjaga kelancaran.
Pemotongan untuk kesalahan begini tertakluk kepada kesannya. Jika
perkataan “telah” disebut “tidak”, maka makna keseluruhan sajak akan
berubah. Jika perkataan “tidak” itu disebut “tiada”, makna keseluruhan sajak
itu tidak akan berubah.

12.2 Tertinggal Bahagian Tertentu.


Peserta yang kurang menghafal, atau yang gentar di hadapan khalayak,
mungkin tertinggal baris tertentu. Ada yang tertinggal terus, dan ada yang
teringat kemudian lalu disebutkan. Hal ini menyebabkan bentuk sajak itu
berubah. Oleh sebab kesannya besar, maka markah yang dipotong akan
tertakluk kepada jumlah baris yang tertinggal itu.

12.3 Perlakuan Negatif di Pentas.


Perbuatan peserta yang menunjukkan sikap tidak profesional di atas pentas
akan menyebabkan markah dipotong.

9
12.4 Membaca teks.
Peserta yang membaca nota atau teks akan dipotong markah.

13. TARIKH PERTANDINGAN

13.1 Peringkat Daerah/Negeri


Tarikh: Ogos - Oktober 2020.

13.2 Peringkat Kebangsaan


Tarikh: 14 Oktober 2020.

14. JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

14.1 Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan


dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
DBP, dan urus setia induk ialah Bahagian Pengembangan Kesusasteraan
Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

14.2 Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak


membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku
sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan
pertandingan pada satu-satu masa.

15. AM

15.1 Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini tertakluk
kepada pertimbangan pihak penganjur.

15.2 Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk


kepada pihak penganjur

Sebarang pertanyaan dan rujukan bolehlah merujuk kepada:

Puan Nor Hidayah binti Ilias,


Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,
Aras 22, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50960 Kuala Lumpur.
No. Tel.: 03-21479703
No. Faks: 03-21479614
E- Mel: norhidayah@dbp.gov.my

Disediakan oleh:
Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

10
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
SECARA MAYA TAHUN 2020

No. Giliran : .............................................


Nama Peserta : …………………………………........................................................
Sekolah : .......................................................................................................
Judul Sajak : .......................................................................................................

BIL. ASPEK MARKAH MARKAH CATATAN HAKIM


PENUH DIPEROLEH

1. Vokal 20

Intonasi 15
Suara
Nada 15
(75%)
Artikulasi 15

Kelancaran 10

2. Gaya Penghayatan/Mimik 15
dan Muka/Bahasa Tubuh
Teknik
Penampilan/ 10
(25%)
Ketertiban

3. MARKAH PENUH 100

Ulasan keseluruhan:

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Tandatangan Hakim : …………………………….....................


Nama : ……………………................................
Tarikh : .............................................................

11
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
SECARA MAYA TAHUN 2020

Nama Peserta : ________________________________________________

No.Kad Pengenalan : ________________________________________________

Tarikh Lahir : ____________ Umur: _____________________

Jantina : ____________ Bangsa: _____________________

No.Telefon Bimbit : ________________________________________________

E-Mel : ________________________________________________

Judul Sajak : ________________________________________________

Alamat Surat-Menyurat : ________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Nama Sekolah Dan Alamat : ________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Tingkatan : ________________________________________________

Pengesahan Pengetua dan Cap Sekolah:

No. Tel.:_______________ Faks.:___________________________________________

12

You might also like