Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

35 Jalan Yunus,

85400 Chaah,
Johor

Pengetua
U/P: Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Guru Kelas Tingkatan 4 Gamma
Penyelia Asrama
SMK (P) Temenggung Ibrahim
35, Jalan Tasek, Kampung Bahagia,
83000 Batu Pahat,
Johor. 30 OGOS 2022

Puan,
Makluman Pulang Bermalam di Rumah dan Ketidakhadiran ke Sekolah

Berhubung dengan perkara di atas, saya, bapa kepada HANIS ALIAH BT ISHAMUDIN ingin
memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 1
September 2022.

2. Hal ini adalah disebabkan pada tarikh tersebut beliau mempunyai temu janji di Klinik Pergigian
Segamat. Oleh kerana ini juga, saya terpaksa mengambil anak saya pulang bermalam di rumah pada
petang 31 Ogos 2022. Saya akan menghantar anak pulang ke asrama pada tarikh yang telah ditetapkan pihak
asrama iaitu pada hari terakhir cuti pertengahan semester. Bersama-sama ini saya sertakan surat makluman
daripada klinik untuk rujukan Puan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

ISHAMUDIN BIN JIMAT

You might also like