Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Lokasi kajian dijalankan di negara Malaysia yang memperoleh kemerdekaan pada


31 Ogos 1957. Malaysia merupakan sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan
di Asia Tenggara. Malaysia terdiri daripada 13 negeri, Semenanjung Malaysia
meliputi 11 negeri iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, manakala Malaysia Timur
terdapat Sabah dan Sarawak. Selain itu, Malaysia terdapat satu pemerintah federal
yang terdiri daripada 3 wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kajian ini telah merangkumi
seluruh negara Malaysia.

Menurut Kamus Ekonomi (1993), inflasi bermaksud kenaikan tingkat harga


umum secara berterusan apabila harga purata dalam sesebuah ekonomi meningkat.
Apabila inflasi berlaku, terdapat harga yang meningkat lebih tinggi, terdapat harga
meningkat dengan perlahan serta terdapat harga yang mungkin turun. Sekiranya harga
meningkat secara berterusan selama beberapa bulan atau beberapa tahun, inflasi telah
dianggap berlaku. Berdasarkan Indeks Harga Pengguna Kebangsaan, kadar inflasi
pada tahap 2.5% merupakan maksud perbelanjaan purata individu atas barangan dan
perkhidmatan telah meningkat pada kadar 2.5% sepanjang tempoh setahun. Inflasi
berlaku mungkin disebabkan oleh kenaikan permintaan agregat, peningkatan bekalan
wang atau kenaikan kos input. Terdapat beberapa jenis inflasi seperti inflasi tarikan
permintaan, inflasi tarikan kos dan inflasi diimport.

Menurut Trading Economics, data sehingga 19 Ogos 2015, kadar inflasi di


Malaysia pada bulan Julai 2015 adalah sebanyak 3.3%, iaitu peningkatan dari 0.9%
pada Mac 2015, selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan
bermula 1 April 2015 yang lalu. Dengan ini, kadar peningkatan harga sepatutnya akan
berlaku dengan pantas berbanding sebelum GST. Menurut Ringgit Edisi Februari
2016, Realiti Tentang Inflasi di Malaysia, kuasa membeli akan merosot disebabkan
inflasi secara semula jadi. Dengan harga yang semakin meningkat, kuasa pembelian
barangan dan perkhidmatan yang sama seperti sebelumnya adalah mustahil.

Sebuah ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan


peratusan tahunan dalam sesuatu indeks harga umum, biasanya disebut indeks harga
pengguna dari semasa ke semasa. Menurut Teks STPM Ekonomi Malaysia Semester
3 Edisi Ketiga (2019), indeks harga pengguna (IHP) ialah indeks yang dibentuk untuk
mengukur perubahan harga purata sekumpulan barang dan perkhidmatan pada suatu
masa tertentu berbanding dengan tahun asas. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), perkhidmatan bermaksud perihal berkhidmat atau kerja untuk kebajikan orang
ramai. Rekreasi pula bermaksud kegiatan yang menyeronokkan dan boleh
menyegarkan kembali kesihatan badan serta melapangkan fikiran menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005) manakala menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008)
pula, kebudayaan merupakan kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia
dalam pelbagai bidang, usaha atau daya mencipta dalam pelbagai bidang hidup
manusia.

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengenalpasti arah aliran kadar inflasi dan
kenaikan indeks harga pengguna perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan serta
mengkaji hubungan antara kadar inflasi dan kadar perubahan indeks harga pengguna
perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan di Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun
2019.

You might also like