Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kasih
kepada pengetua sekolah iaitu Tuan Mohd Shaphri Bin Mohd Yusof kerana telah memberi kebenaran
untuk pengkaji menjalankan kajian.

Selepas itu, penghargaan kepada guru matapelajaran Sejarah saya, iaitu Puan Juliana Binti
Jumaat yang telah memberi dorongan dan tunjuk ajar semasa melakukan tugasan ini.

Seterusnya, penghargaan ditujukan kepada rakan dan guru yang telah memberi sedikit tunjuk ajar
dan sokongan.

Selain itu, rakaman terima kasih kasih juga ditujukan khas kepada kedua ibu bapa saya yang telah
banyak memberi dorongan, galakan dan tunjuk ajar untuk melaksanakan tugasan ini.

Akhir sekali, terima kasih juga ditujukan kepada 10 orang responden yang telah sudi untuk
menjawab borang soal selidik.

SEKIAN, TERIMA KASIH


OBJEKTIF KAJIAN

Kerja Kursus ini dilaksanakan bagi memenuhi beberapa objektif iaitu:

1. Saya dapat menjelaskan keistimewaan negeri Perak.

2. Saya dapat menerangkan masalah-masalah dan kronologi yang dihadapi oleh Perak.

3. Saya dapat menghuraikan strategi-strategi yang digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa di
Perak.
4. Saya dapat mengetahui faktor-faktor isu penggiliran takhta yang berlaku di Perak.

5. Saya dapat memberikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan campur tangan dan
perluasan pengaruh asing di negara kita.
KAEDAH KAJIAN

Terdapat 3 kaedah yang dijalankan oleh saya untuk mendapatkan maklumat secara terperinci
dan bersistematik iaitu:

1. Kaedah Melayari Internet

Saya telah melayari Internet untuk mendapatkan maklumat secara terperinci. Saya telah memuat
turun bahan yang berkaitan tentang strategi British untuk menguasai Perak sebagai rujukan
tambahan. Saya telah melayari laman sesawang seperti https://app.pandai.org/note/read/kssm-
sj-09-03/KSSM-F3-SJ-03-01/ .

2. Kaedah Soal Selidik

Saya telah memberi borang soal selidik kepada 10 orang responden untuk mendapatkan
maklumat tentang campur tangan dan penjajahan Barat di negara kita.

3. Kaedah Audio Visual

Saya telah beberapa video yang berkaitan dengan penjajahan British di Perak untuk mendaptkan
lagi maklumat secara terperinci. Saya telah menonton video seperti
https://www.youtube.com/watch?v=D0UNO0VrE8c.
Tajuk : Kuasa Barat telah melaksanakan pelbagai strategi untuk menguasai negeri Perak.

Oleh : MUHAMMAD IRFAN BIN MOHD ZAFUAN ARIF

i) PENGENALAN

Keistimewaan negeri Melayu yang dikaji iaitu Perak. Perak adalah negeri yang kaya dengan hasil
bumi iaitu bijih timah. Hal ini telah menarik minat kuasa British ke negeri Perak apabila berlakunya
perubahan di Eropah terutama perkembangan perindustrian yang menyebabkan British memerlukan
bahan mentah yang mencukupi untuk menjamin pengeluaran hasil industri di Eropah. Kemakmuran
negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah mendorong British berusaha untuk memperluaskan
kuasa ke Perak.
iii) Menerangkan masalah dan isu di Perak.

Permasalahan yang dihadapi oleh Perak ialah Perang Larut 1861-1874. Hal ini berlaku kerana
pemerintah Larut, Tengku Menteri Ngah Ibrahim membawa masuk ramai pelombong Cina memajukan
perlombongan bijih timah di Larut. Perang Larut tercetus apabila berlakunya pergaduhan pelombong
Cina iaitu kumpulan Ghee Hin dengan Hai San untuk mempertahankan kepentingan masing-masing.
Perdagangan bijih timah yang terjejas akibat daripada pergaduan ini telah menyebabkan pelabur
Eropah dan pedagang Negeri Selat meminta British campur tangan melindungi pelaburan mereka.
Akhir sekali, perebutan takhta di Perak. Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam pewarisan
takhta. Bakal raja perlu melalui tiga jawatan iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebelum
ditabalkan sebagai sultan. Perebutan takhta berlaku selepas kemangkatan Sultan Ali, Raja Ismail, iaitu
Raja Bendahara dilantik sebagai sultan. Baginda mendapat sokongan daripada Ngah Ibrahim iaitu
Menteri Laut. Raja Yusuf, iaitu Raja Di Hilir menuntut haknya sebagai sultan tetapi baginda diketepikan
dan penggiliran tidak diikuti. Raja Abdullah, iaitu Raja Muda tidak ditabalkan sebagai sultan kerana
tidak hadir ke upacara pemakaman Sultan Ali walaupun dijemput. Baginda menuntut haknya sebagai
sultan akibat masalah kewangan dan desakan pelabur Eropah dan Cina. Baginda mendapat sokongan
pembesar di Hilir Perak seperti Dato’ Maharaja Lela.
iv) Menghuraikan strategi-strategi yang digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa di
Perak.

Strategi-strategi yang digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa di Perak ialah strategi manipulasi.
Semasa Perang Larut berlaku, perdagangan bijih timah telah terjejas di Negeri-negeri Selat.Hal ini
telah membuatkan golongan pelabur Eropah dan pedagang Negeri-negeri Selat meminta British
campur tangan untuk melindungi pelaburan mereka dalam perlombongan bijih timah. Hal ini
membolehkan British untuk memperluaskan kuasa di Perak. Selain itu, perebutan takhta juga berlaku
semasa Perang Larut tercetus. Kekacauan di Perak membuka ruang kepada British untuk melakukan
manipulasi politik. Andrew Clarke, iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat menyokong Raja Abdullah dan
menyatakan kesediaan British untuk membantu mengesahkan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak
dan menamatkan persengketaan pelombong Cina di Larut demi mewujudkan keamanan di Perak.
Strategi yang seterusnya pula adalah strategi perjanjian. Bagi mengukuhkan kuasa, British
mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan untuk mengikat persetiaan menerima pengaruh
British dalm pentadbiran Negeri-negeri Melayu. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Pangkor
1874. Andrew Clarke, iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat bertindak memanggil ketua kumpulan Ghee
Hin dan Hai San untuk menamatkan perselisihan faham antara mereka. Pembesar-pembesar Melayu
yang bertelagah dipanggil untuk berunding di Pulau Pangkor bagi menamatkan perselisihan di Perak.
Antara pembesar Melayu yang hadir termasuklah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor.
v) Strategi perjanjian merupakan strategi yang berjaya digunakan untuk menguasai negeri
tersebut. Bukti dan kesannya.

Strategi perjanjian merupakan strategi yang berjaya kerana strategi ini dilakukan dengan persetujuan
kedua-dua pihak tanpa mencetuskan sebarang peperangan atau pergaduhan antara satu sama lain.
Keberkesanan strategi yang digunakan menandakan kejayaan penguasaan British secara langsung
dalam hal ehwal pentadbiran dan ekonomi di Perak. Kesan daripada strategi ini ke atas Perak ialah
British telah mengukuhkan lagi kuasa British di Perak.
ii) Keistimewaan negeri Perak yang menarik minat kuasa British.

Keistimewaan negeri Perak yang menarik minat kuasa British ialah kekayaan hasil bumi iaitu bijih
timah. Hal ini kerana perkembangan perlombongan bijih timah melalui beberapa fasa telah
menjadikan Perak sebagai pengeluar bijih timah utama dunia. Pada abad ke-15, perlombongan bijih
timah diusahakan oleh orang Melayu di lembah-lembah sungai untuk kegunaan tempatan dan
diperdagangkan. Perdagangan bijih timah di bawah pengawasan pembesar Melayu sebagai pemilik
lombong. Pembesar Melayu memperoleh kawasan pegangan melalui surat tauliah daripada sultan.
Punca pendapatan utama pembesar ialah perdagangan bijih timah. Pada abad 16-17 pula, Perak
terkenal dengan hasil bijih timah sejak zaman Kesultanan Perak. Bijih timah dilombong di sepanjang
Sungai Perak dan anak sungai di sekitar Kuala Kangsar dan Kelian Intan. Perak merupakan
pelabuhan utama menghasilkan bijih timah dan sering dikunjungi pedagang terutamnya Portugis.
Perak diletakkan sebagai negeri naungan Acheh disebabkan oleh kekayaan dan kemakmuran Perak.
Bijih timah digunakan sebagai bahan bernilai Perak untuk mendapatkan perlindungan Portugis di
Melaka bagi dibebaskan dari naungan Acheh. Pertengahan abad ke-18, bijih timah dikeluarkan oleh
pelombong kecil Melayu di kawasan Larut. Sultan Perak, Sultan Muzaffar Shah memeterai perjanjian
menjual bijih timah dengan Belanda di Melaka. Menjelang akhir abad ke-18, pengeluaran bijih timah
merosot akibat aktiviti penyeludupan kepada pedagang British di Pulau Pinang melalui Sungai Kurau.
Pada abad ke-19, Pembesar Melayu Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim telah memajukan
perlombongan bijih timah di Klian Pauh dan Klian Baru dengan membawa masuk pelombong Cina.
Kuala Sepetang dijadikan sebagai pelabuhan untuk mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau
Pinang. Pada akhir abad ke-19, perkembangan kegiatan bijih timah perlombongan bijih timah
menyebabkan kemunculan bandar Gopeng, Ipoh, Batu Gajah dan Kampar. Sultan Ismail memajukan
kawasan perlombongan baru di Lembah Kinta.
vi) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan campur tangan dan perluasan
pengaruh asing di negara kita.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan
campur tangan dan perluasan pengaruh asing di negara kita ialah mengelakkan daripada terlibat
dengan aktiviti media sosial yang melibatkan negara luar. Hal ini boleh mengelakkan daripada
perkembangan pengaruh asing di negara kita. Selain itu, kita juga perlu sentiasa berwaspada terhadap
anasir luar. Hal ini boleh mengelakkan negara kita daripada dijajah lagi.
RUMUSAN

Daripada tugasan ini saya telah mempelajari keistimewaan negeri Perak iaitu bijih timah hingga
menyebabkan British berusaha untuk memperluaskan kuasa di Perak. Iktibar pada diri ialah kita perlu
sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Kita perlu berusaha untuk memastikan hubungan
tersebut terjalin dengan baik . Kita juga perlu proaktif dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan
semua. Iktibar pada bangsa pula ialah bangsa Malaysia harus bersikap positif dalam menjalankan
hubungan dengan semua bangsa di dunia. Setiap masalah haruslah ditangani secara berhemah,
rasional dan secara rundingan. Bangsa Malaysia harus mengamalkan nilai-nilai murni supaya
disegani oleh masyarakat dunia. Iktibar pada negara pula ialah negara harus menjalinkan hubungan
dengan semua negara untuk keamanan sejagat. Malaysia harus bertindak proaktif bagi kemajuan
negara. Malaysia perlu tegas dalam penentuan dasar luarnya agar tidak ditindas oleh negara luar.
Harapan pada masa akan datang, saya berharap agar negar kita terus aman, damai dan bebas dari
sebarang ancaman atau kuasa luar.
SUMBER RUJUKAN

1. Buku teks

Dr Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan, Muslimin bin Fadzli, 2018. Buku Teks Sejarah
Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Melayari Internet

https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/06/iktibar-kepada-diri-negara-dan-bangsa.html
https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-09-03/KSSM-F3-SJ-03-01/

3. Audio Visual

https://www.youtube.com/watch?v=D0UNO0VrE8c
https://www.youtube.com/watch?v=UqXwAWoATa4&t=1s
RUJUKAN INTERNET
RUJUKAN INTERNET
AUDIO VISUAL
AUDIO VISUAL
TUGASAN SEJARAH TINGKATAN 3

TEMA : KEDATANGAN KUASA ASING


TAJUK : CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN BARAT

NAMA : MUHAMMAD IRFAN BIN MOHD ZAFUAN ARIF


KELAS : 3 ANGGERIK
RUJUKAN BUKU TEKS
RUJUKAN BUKU TEKS

You might also like