Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MASJID AL IKHLAS

TAMAN TUNKU SARINA


06000 BANDAR DARULAMAN, JITRA, KEDAH DARUL AMAN
Tel : +60134280569

Ruj.Kami: MAITTS01/04/03/2021
Tarikh : April 2021

‫اَل َّساَل ُم َع َل ْي ُك ْم‬

YBhg. Dato’ Dr. Zahari bin Che Dan


Pengerusi
Jawatankuasa Pembinaan Masjid
Masjid Taman Tunku Sarina
Bandar Darulaman,
06000 Jitra
KEDAH DARUL AMAN

YBhg. Dato’,

PEMBUBARAN SERTA MERTA JAWATANKUASA PENAJA PEMBINAAN


MASJID, MASJID TAMAN TUNKU SARINA, JITRA, KEDAH DARUL AMAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan, mesyuarat Jawatankuasa Masjid Taman Tunku Sarina


Bilangan 4/2021 yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohamad Asri bin Haji
Othman, bertarikh 9 April 2021, di ruangan solat masjid dengan dihadiri
jawatankuasa masjid telah berbincang dan memutuskan untuk MEMBUBARKAN
SERTA MERTA Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Taman Tunku Sarina
atas sebab-sebab berikut:

2.1 Suasana dalaman Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid yang


ditubuhkan pada 12 Disember 2020 yang tidak harmoni dan
sentiasa berbalah serta sukar untuk dibawa berbincang mengenai
sesuatu isu yang berbangkit.
2.2 Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid yang dilantik itu telah
berpecah dan membentuk jawatankuasa baru atas nama
Kepimpinan Utama Jawatankuasa Pembinaan Masjid pada 18 Mac
2021, tanpa restu daripada pihak Jawatankuasa Masjid. Maka atas
dasar ini Jawatankuasa Masjid memutuskan Kepimpinan Utama
Jawatankuasa Pembinaan Masjid yang baru dibentuk adalah tidak
sah.

2.3 Pihak Jawatankuasa masjid juga mendapati bahawa Ketua-ketua


Biro Masjid yang diamanah melantik Jawatankuasa Penaja
Pembinaan masjid, tiada seorang pun berada di dalam Kepimpinan
Utama Jawatankuasa Pembinaan Masjid.

2.4 Wujudnya pelbagai polemik dan kontroversi berhubung keputusan-


keputusan berkaitan perjalanan pembinaan masjid yang dirasai
melanggar peraturan serta prosedur yang harus dipatuhi.

3. Pihak Jawatankuasa Masjid bertindak membubarkan Jawatankuasa Penaja


Pembinaan Masjid berdasarkan Peraturan Penubuhan dan Pembubaran
Jawatankuasa Kecil Kariah Masjid Taman Tunku Sarina berikutan atas nasihat
daripada pihak-pihak yang berwajib.

4. Pelantikan baharu akan dibuat dalam masa terdekat dan sepanjang


pembubaran Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid, mesyuarat Jawatankuasa
Masjid memutuskan segala tanggungjawab berkaitan pembinaan masjid akan
diambil alih oleh Biro Pembangunan Masjid.

5. Segala kerjasama daripada pihak Jawatankuasa Pembinaaan Masjid untuk


mematuhi pembubaran serta merta tersebut amat dihargai dan disanjung tinggi demi
kelancaran pengurusan pentadbiran masjid.

6. Justeru itu pihak Jawatankuasa Masjid amat menyanjung tinggi usaha


murni yang telah dikorbankan dan dilafazkan sekalung penghargaan atas
semangat serta komitmen yang tidak berbelah bagi kepada Jawatankuasa
Penaja Pembinaan Masjid.
“JASA KALIAN TETAP DIKENANG”

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”
“KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………….…..……………..
(MOHAMAD ASRI BIN HJ. OTHMAN)
Pengerusi/Imam
Masjid Taman Tunku Sarina
Jitra, Kedah

s.k.
1. Fail Induk Jawatankuasa Masjid
2. Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP)

You might also like