Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

“USAHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA”

KELAS: AFM 2243 (Keusahawanan Islam)

Ikon keusahawanan yang akan kami bincangkan ialah Khairulaming atau nama
sebenarnya iaitu Khairul Amin Kamarulzaman. Beliau dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan
dan kini berumur 30 tahun. Pada asalnya beliau bergiat sebagai selebriti masakan di media
sosial pada tahun 2016 dimana pelbagai video resepi dihasilkan dan akhirnya makin
mendapat perhatian ramai. Sehingga ke hari ini, akaun Instagram miliknya yang bernama
@khairulaming telah mencatatkan lebih dari 3.2 juta pengikut. Dan kini, beliau telah menjadi
usahawan berjaya dengan produknya iaitu Sambal Nyet.
Menerusi perkongsian di Twitter, Khairul memaklumkan produk sulungnya, Sambal
Nyet, berjaya mencecah jualan RM7.5 juta dalam tempoh setahun. Bukan itu sahaja, kilang
pengeluaran sambal itu yang seluas 14,000 kaki persegi telahpun siap dibaik pulih dan
beroperasi. Sehingga ke hari ini, Sambal Nyet terus mendapat permintaan menggalakkan
setiap hari dan pihak mereka juga sudah meningkatkan penghasilan berkali ganda berbanding
sebelum ini. Hasil daripada kejayaan beliau, semakin ramai ushawan muda dan baharu yang
semakin memberanikan diri menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dalam masa yang
sama merancakkan lagi bidang perniagaan sedia ada di Malaysia.
Akhir sekali, apa yang dapat disimpulkan ialah sekiranya kita berusaha bersungguh
ingin menjadi usahawan berjaya maka perlulah terus berusaha menjayakannya. Hal ini kerana
seperti apa yang dapat kita pelajari dari kisah Khairul aming sendiri, beliau bukanlah secara
mendadak menjadi usahawan yang berjaya. Malah beliau sendiri menceburi bidang ini secara
tidak langsung meskipun tidak mempelajari kulinari secara kelas tetapi atas dasar minat
beliau mencuba dan akhrnya berjaya.
1.0.Profil Usahawan

1.1. Latar Belakang

Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman


merupakan selebriti masakan di media sosial. Beliau merupakan anak
kelahiran Kota Baru, Kelantan dan berumur 30 tahun. Beliau juga
merupakan lepasan izajah engineering di satu universiti di United State.
Beliau mula bergiat sebagai selebriti masakan media sosial sejak 2016 lagi.
Antara video yang sering dinantikan oleh warganet ialah Projek 30 video
masakan untuk 30 hari puasa yang menyajikan pelbagai hidangan serta
memberi idea untuk juadah berbuka puasa.

Beliau mula menceburi bidang jualan sambal ini sejak 2017 lagi dan
menggunkan Facebook sebagai landasan untuk mempromosikan hasil
beliau. Beliau memulakan perniagaan tersebut dengan menjul sambal yang
diberi nama Sambal King. Walau bagaimanapun, jualan sambal king ini
tidak sehangat Sambal Nyet yang sekarang kerana banyak botol sambal
yang pecah ketika sampai ke tangan pelanggan. Beliau terpaksa membayar
ganti rugi dan telah habis berpuluh ribu dari duit simpanannya sendiri.
Namun, beliau tidak pernah berputus asa dan cuba untuk menghasilkan
produk yang lebih berkualiti dan beliau berjaya mengeluarkan satu lagi
sambal iaitu Sambal Nyet yang kini menjadi rebutan ramai. Rekod jualan
yang beliau capai ialah 10,000 ribu botol terjual dalam masa kurang sejam.
Ini merupakan kejayaan terbesar beliau dan ini adalah hasil dari titik peluh
beliau dan pekerja yang menjayakan perniagaan ini.
1.2. Produk Dan Perkidmatan

Semestinya seorang yang terkenal seperti Khairul Aming mempunyai


produk yang sama tular dengan kredibilitinya sebagai influencer di TikTok,
Instagram dan Twitter. Satu-satunya produk yang beliau telah keluarkan dan
juga menerima sambutan hangat adalah Sambal Nyet Berapi. Walaupun
hanya satu sahaja produk yang dikeluarkan, keuntungan yang diraih oleh
beliau pasti membuat ramai peniaga ternganga mulut mereka. Mengikut
sumber daripada murai.my, keuntungan yang beliau peroleh berjumlah
RM7.5 juta bermula dari 6 Januari 2021 hingga 6 Janurai 2022. Dalam
tempoh masa setahun itu, sebanyak 540,000 botol Sambal Nyet telah dijual
kepada masyarakat umum. Baru-baru ini, pada 2 Mac lalu, keuntungan
beliau telah mencecah RM8.6 juta dengan kejayaan beliau dalam menjual
sebanyak 621,800 botol. Dengan pendirian kilang baru Aming di Kota
Bharu, Kelantan, beliau berkata bahawa beliau bakal melancarkan produk
kedua tidak lama lagi.

Selain itu, beliau merupakan seorang penghibur/influencer/entertainer yang telah


menjadi buah mulut orang ramai di media sosial. Antara platform yang beliau gunakan dalam
publisitinya adalah TikTok, Instagram dan Twitter. Sehingga ke hari ini, akaun media sosial
Instagram beliau telahpun mecapai sebanyak 3.2 juta pengikut. Disamping itu, beliau juga
terkenal dengan berperangai dramatik serta lucu. Beliau mengeluarkan pelbagai jenis video
masakan yang sangat unik yang mana disamping berkongsi resepi, diselitkan juga komedi
untuk dijadikan hiburan penonton. Disebabkan itu, kombinasi semua elemen-elemen tadi telah
menjadikan beliau antara usahawan yang sangat masyhur dalam media sosial terutamanya
dalam kalangan generasi muda Malaysia. Peranan beliau sebagai penghibur di media sosial
telah menyumbangkan perkhidmatan hiburan yang disukai ramai serta menarik minat ramai
orang dalam mencuba serta menghasilkan resipi-resipi yang menarik untuk dikongsi bersama.
2.0. Kesimpulan

Kesimpulannya adalah kita hendaklah berani dalam mencuba perkara yang


baru, seperti contoh En. Khairul Amin yang tetap meneruskan minatnya dalam
video masakan walaupun malu pada pertama kali tetapi beliau tetap berusaha untuk
mengawal rasa malunya dan pada masa yang sama berusaha untuk memperbaiki
cara memasaknya itu.

3.0. Apendiks

Keratan akbar di bawah menunjukkan beberapa kejayaan yang telah dilakar


oleh Khairul Amin sepanjang membangunkan karier keusahawanan beliau.

You might also like