Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SIRAJ ABDULLAH IBNU ABBAS

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN KALI PERTAMA


SESI 2022/2023

TARIKH :18 Mei 2022 (Rabu)


MASA : 4.00-5.00 petang
TEMPAT : Bilik Guru Besar

KEHADIRAN:

1. Puan Umai Kelsom Binti Ismail - Pengerusi (Guru besar)


2. Puan Umi Kalsom Binti Rahmat - Timb Pengerusi (GPK HEM)
3. Puan Nik Sharmila Binti Nik Abdul Majid -Naib Pengerusi (GPK Pentadbiran)
4. Puan Norul Huda Binti Maktar - Penyelaras Kantin
5. Puan Karimah Binti Che Ramli - Bendahari sekolah

TIDAK KEHADIRAN DENGAN KENYATAAN:


1. Hafizuddin Bin Zakaria - Naib Pengerusi II (GPK Kokurikulum)

URUS SETIA MESYUARAT:


Puan Norul Huda Binti Maktar - Penyelaras Kantin

1. PERUTUSAN PENGERUSI (GURU BESAR)


1.1. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran semua AJK dalam
mesyuarat kantin untuk kali pertama bagi sesi 2022/2023.
1.2. Beliau memulakan majlis dengan Ummul Kitab bagi memberkati majlis.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Cadangan : Puan Nik Sharmila Binti Nik Abdul Majid
Sokongan : Puan Karimah Binti Che Ramli

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

4. PERKARA BAHARU

4.1. Merujuk kepada minit mesyuarat Unit HEM pada 12 Mei 2022 telah
memutuskan bahawa kadar baru bayaran makan murid SIRAJ bagi sesi 2022
adalah diantara RM6.00 hingga RM8.00 sehari. Kadar ini merangkumi makan
pagi dan makan tengah hari. Sehubungan dengan itu, keputusan kenaikkan
kadar baru ini hanya ditetapkan oleh pihak sekolah.
Tindakan : Makluman

4.2. Pihak sekolah telah memutuskan kadar baru bayaran makan kepada murid-
murid SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas sebanyak RM7.00 sehari. Kadar ini
dikuatkuasakan bagi semua murid tahap 1 dan tahap 2 dengan serta-merta.
Tindakan : Penyelaras kantin
4.3. Bagi murid tahap 1 (tahun 1,2 dan 3) mereka akan membuat bayaran secara
bulanan kepada pihak sekolah sama ada tunai atau perbankan internet (online
banking).
Tindakan: Bendahari sekolah

4.4. Kadar bayaran itu adalah sebanyak RM120.00 sebulan berdasarkan kiraan
unjuran hari persekolahan setahun dan didarabkan dengan RM7.00 sehari.
Kadar bayaran ini berkuatkuasa pada bayaran makanan bulan mei.
Tindakan: Bendahari sekolah

4.5. Pihak Jabatan mencadangkan agar akuan bagi bayaran makan ini ditukar
kepada akuan kedai buku sekolah bukan lagi akuan sekolah. Ini bagi
memudahkan urusan pembayaran kepada pihak pengusaha kantin.
Tindakan: Makluman

4.6. Guru kelas perlu menyerahkan semua bayaran atau bukti bayaran kepada
bendahari setiap seminggu untuk direkod.
Tindakan: Guru kelas dan bendahari

4.7. Surat hebahan kepada ibubapa akan diberi sebagai makluman.


Tindakah: Penyelaras kantin

4.8. Pihak sekolah akan membuat bayaran kepada pengusaha kantin dengan kadar
RM7.00 pada hari isnin hingga khamis dan RM5.00 pada hari jumaat dan
didarabkan dengan hari persekolahan. Bayaran ini akan dibuat pada setiap
awal bulan berikutnya.
Tindakan: Bendahari

5. HAL-HAL LAIN

5.1. Unit HEM mensasarkan kantin kepada 3 aspek iaitu


i- sifar keracunan makanan
ii- Penggredan “A” KKM
iii- Penggredan HALAL JAKIM
5.2. Mulai pembukaan sekolah pada 9 mei 2022 semua murid dibenarkan makan
dikantin.
5.3. Makanan dan minuman tidak lagi berbungkus.
5.4. Pihak jabatan akan membuat perjumpaan/taklimat dengan semua pengusaha
kantin.

6. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan jam 5.00 petang. Mesyuarat di akhiri dengan bacaan surah
Al-Asr dan tasbih kifarah. Mesyuarat seterusnya akan dimaklumkan kelak.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………… ……………..…………… ……………..……………


(Norul Huda Binti Maktar)
Penyelaras Kantin
SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas

You might also like