Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENAJA

KELAB BOLASEPAK KN KIARA


KALI …………..

Tarikh : Februari 2018 (Khamis)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Padang Kuala Nerang.
Kehadiran : ……. orang ahli

Agenda : 1) Ucapan aluan pengerusi mesyuarat


2) Penubuhan Kelab Bolasepak
5) Pendaftaran Kelab
6) Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kelab
5) Perbentangan Perlembagaan Kelab
8) Hal-hal lain
9) Ucapan penangguhan

Kehadiran : 1. Norman Hassan Ludin


2. Mohamad Rosli bin Abdul Rahman
3. Mohamed Faisal bin Abdullah
4. Ahmad Ruslan bin Abdul Rahim
5. Mohamad Shahir bin Mohamad Kaman
6. Mohd Fairus bin Junoh @ Ismail
7. Wan Muhd Hafiz bin Wan Abdul Kadir
8. Abdul Hakim bin Khairul Anuar
9. Ahmad Eizaz bin Ahmad Ruslan
10. Ammar Salimin

Agenda 1
Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalukan kedatangan ahli pada mesyuarat Jawatankuasa Kelab


Bolasepak KN Kiara
1.2 Semua Ahli mesyuarat bersama membaca Surah Al-fatihah bagi memberkati
mesyuarat penaja kali ini.
Agenda 2
Penubuhan Kelab Bola Sepak

2.1 En. Norman Hassan bin Ludin memaklumkan tujuan utama mesyuarat adalah
berkaitan penubuhan dan pendaftaran kelab bolasepak.
2.2 Tujuan utama penubuhan kelab bolasepak ini adalah untuk merancang dan
membangunkan atlet , pegawai, jurulatih dan mengcungkil bakat-bakat baru dalam
permainan bola sepak khususnya. Selain itu penubuhan kelab ini juga untuk
menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi.
2.3 Semua Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara berkaitan penubuhan kelab
bolasepak.

Agenda 3
Pendaftaran Kelab Bola Sepak.

3.1 En. Norman Hassan Ludin mencadangkan nama kelab untuk didaftarkan
adalah KELAB BOLASEPAK KN KIARA (KN KIARA FOOTBALL CLUB). Semua
ahli bersetuju sebulat suara dan menyokong dengan cadangan nama tersebut.
3.2 En. Mohamed Faisal mencadangkan alamat persatuan menggunakan alamat
Sekolah Kebangsaan Padang Terap.
3.3 En. Mohamad Rosli sebagai Guru Besar SK Padang Terap menyatakan tidak
menjadi halangan untuk mengunakan alamat sekolah bagi tujuan pendaftaran kelab
bola sepak tersebut.
3.4 Semua ahli mesyuarat bersetuju dan menyokong pengunaan alamat sekolah
sebagi alamat bagi penubuhan Kelab Bolasepak KN Kiara.

Agenda 4
Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penaja.

4.1 Untuk jawatan pengerusi, En. Mohamad Rosli mencadangkan En. Norman
Hassan Ludin sebagai Pengerusi Kelab Bolasepak, dan di sokong oleh En. Mohd
Fairus bin Junoh. Semua ahli mesyuarat juga menyokong sebulat suara cadangan
En. Norman Hassan Ludin sebagai pengerusi kelab.

4.2 Untuk jawatan naib pengerusi, En. Mohamad Shahir mencadangkan En.
Mohamad Rosli (Guru Besar) sebagai sebagai Naib Pengerusi kelab, dan di sokong
oleh Tn. Haji Ahmad Ruslan bin Abdul Rahim. Semua ahli mesyuarat juga
menyokong sebulat suara cadangan En. Mohamad Rosli sebagai naib pengerusi
kelab.

4.3 Untuk jawatan setiausaha, En. Norman Hassan Ludin mencadangkan En.
Mohamed Faisal bin Abdullah sebagai setiausaha kelab bolasepak, dan di sokong
oleh En. Abdul Hakim bin Khairul Anuar. Semua ahli mesyuarat juga menyokong
sebulat suara cadangan Mohamed Faisal sebagai setiausaha kelab.
4.4 Untuk jawatan bendahari, Tn Haji Ahmad Ruslan bin Abdul Rahim
mencadangkan En. Mohd Fairus bin Junoh sebagai bendahari kelab bolasepak, dan
di sokong oleh En. Wan Muhd Hafiz. Semua ahli mesyuarat juga menyokong sebulat
suara cadangan En. Mohd Fairus bin Junoh sebagai bendahari kelab.

4.5 Untuk AJK Kelab, En. Norman Hassan Ludin mencadangkan enam nama
sebagai AJK kelab bolasepak, dan di sokong oleh En. Mohamed Faisal. Senarai
nama yang dicadangkan adalah :-
4.5.1 Ahmad Ruslan bin Abdul Rahim
4.5.2 Mohamad Shahir bin Mohamad Kaman
4.5.3 Wan Muhd Hafiz bin Wan Abdul Kadir
4.5.4 Abdul Hakim bin Khairul Anuar
4.5.5 Ahmad Eizaz bin Ahmad Ruslan
4.5.6 Ammar Salimin bin Abdul Kadir
Semua ahli mesyuarat juga menyokong sebulat suara cadangan nama-nama AJK
yang dicadangkan.

Agenda 5
Perbentangan Perlembagaan Kelab

5.1 En. Mohamed Faisal bin Abdullah membentangkan perlembagaan kelab


untuk disemak dan dipersetujui oleh semua ahli kelab.

5.2 Setelah disemak secara teliti, En. Norman Hassan Ludin bersetuju
perlembagaan ini diguna pakai untuk Kelab Bolasepak KN Kiara. En. Norman
Hassan Ludin mencadangkan agar perlembagaan kelab ini dipersetujui dan
disokong oleh semua ahli mesyuarat.

5.3 Semua ahli mesyuarat bersetuju dan menyokong perlembaagan kelab yang
dibentangkan.

Agenda 6
Hal-hal lain

6.1 Pengerusi meminta agar setiausaha yang dilantik untuk menguruskan


pendaftaran kelab melalui ROSA (Sistem Pendaftaran Baan Sukan) di bawah
Kementerian Belia dan Sukan.

6.2 Pengerusi memohon kepada setiausaha untuk menyediakan surat dan


dokumen bagi tujuan mencari sumber pendapatan melalui tajaan dari syarikat-
syarikat swasta.

Agenda 7
Ucapan penangguhan

7.1 En. Norman Hassan Ludin selaku pengerusi mengucapkan berbanyak terima
kasih di atas kepercayaan semua ahli yang menyokong beliau untuk menerajui
kelab. Beliau berharap akan berusaha untuk kemajuan kelab di samping menyeru
kepada semua ahli supaya dapat memberi kerjasama terhadap kelab agar hala tuju
kelab tercapai. Beliau juga berharap semua ahli dapat sama menjaga disiplin untuk
menjaga nama baik kelab. Akhir kata pengerusi memohon maaf andai ada tersalah
silap semasa mengendalikan mesyuarat kelab dan mendoakan agar kelab akan
lebih maju di masa akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh

………………………………………
( )
Setiausaha Kelab

Disahkan oleh

………………………………….……
( )
Pengerusi Kelab

You might also like