Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 53

PROGRAM 3K PERINGKAT

NEGERI SABAH TAHUN 2022


Sepakat Sabah HEBAT:
Sekolah Bersih, Poingka ! Disediakan oleh:
Pn. Nowenna Willie D Tamsin
Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
TUJUAN PROGRAM

Unit Pengurusan Kesihatan, Sektor


Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah bertujuan untuk melaksanakan
semua aktiviti Program
“Sepakat Sabah HEBAT: Sekolah Bersih,
Poingka” dalam kalangan murid Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah.
2
LATAR BELAKANG

Sekolah merupakan tempat terbaik bagi murid mempelajari perkara


asas akan kepentingan terhadap amalan gaya hidup sihat, menjaga
kebersihan sekolah dan kawasan sekeliling. Hampir 1/3 daripada masa
murid dalam sehari dihabiskan di sekolah. Amalan ini perlu diterapkan di
sekolah kerana murid-murid ini merupakan generasi muda yang akan
membawa amalan yang dipelajari kepada generasi yang akan datang
kelak. Oleh itu, sekolah merupakan satu setting yang amat penting untuk
menyediakan persekitaran yang menyokong program yang menjurus
kepada kebersihan dan kesihatan ini.

3
LATAR BELAKANG

Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sedang


menggorak langkah merealisasikan kemenjadian murid dalam aspek
memupuk kesedaran terhadap kebersihan, keselamatan dan keceriaan
di sekolah melalui program yang dirancang ini dengan Model 3K
kepada semua sekolah di Negeri Sabah dalam pelbagai aktiviti.
Model 3K juga merupakan salah satu asas penting kepada
kemenjadian minda sihat murid kerana apabila berlakunya mindset
memastikan kebersihan diri dan sekeliling sebagai perkara pertama
dalam asas kehidupan akan terpupuklah kesedaran kebersihan yang
dapat dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian.
4
LATAR BELAKANG

Sebagai contoh, di negara-negara maju misalnya


masyarakat Jepun menerapkan nilai kebersihan dalam
kurikulum dan semua pendidikan nilai tersebut bermula
di sekolah. Tidak kelihatan sampah sarap di sekitar
kawasan bandar mahupun luar bandar di Jepun.
Sebaliknya, pencemaran sampah boleh dilihat di merata
tempat di negeri ini - persekitaran pantai, pusat-pusat
riadah dan juga di sekeliling pusat membeli belah.
5
LATAR BELAKANG

Model 3K iaitu Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan ini amatlah


penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Poingka! dalam
bahasa kadazan dusun bermaksud “Mantap!” yang sekaligus memberi
dorongan dan semangat kepada murid - murid dan warga pendidik
untuk memantapkan Model 3K di setiap sekolah. Seperti kata hikmah
ini, “Otak yang bijak lahir daripada badan yang sihat”. Dengan kata –
kata indah ini maka Unit Pengurusan Kesihatan berganding bahu
merealisasikan perancangan ini dengan penuh komitmen dan
keikhlasan di samping memupuk elemen-elemen Sekolahku
SEJAHTERA dalam kalangan warga sekolah demi kemenjadian murid
di Negeri Sabah.
6
OBJEKTIF DAN TEMA

▰ Objektif
▻ Mendidik murid - murid untuk menjadi lebih berdisiplin dan mencintai
kebersihan, keselamatan dan keindahan alam tabi’e ciptaan Tuhan.
▻ Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat.
▻ Menanam kesedaran akan amalan kebersihan dan gaya hidup sihat
dalam kalangan murid dan komuniti walau di mana mereka berada.
▰ Tema
▻ Kebersihan Diri Asas Minda Sihat

7
STRATEGI PELAKSANAAN

▰ Program “Sepakat Sabah HEBAT: Sekolah Bersih, ▻ Pertandingan Sustainable Garden SM


Poingka!” mengandung aktiviti - aktiviti seperti & SR
berikut:
▻ Pertandingan Bercerita SM & SR
▻ Pelancaran
▻ Pertandingan Puisi SM & SR
▻ Gotong Royong Perdana 3K Peringkat
Negeri Sabah (24 September 2022, ▻ Program
Sabtu)
▻ Program Plogging dan Senam Sihat
▻ Pertandingan
▻ Ceramah ‘Say No to Plastic Waste’
▻ Pertandingan Video Kreatif SM & SR
▻ Pertandingan Melukis Poster SM & SR

8
STRATEGI PELAKSANAAN

▻ Sasaran ▻ Tapisan peringkat PPD adalah


diperlukan untuk layak dihantar
▻ Semua Murid Sekolah Rendah
ke JPN bagi Peringkat Negeri
▻ Semua Murid Sekolah Menengah Sabah.
▻ Peringkat ▻ Tempoh Perjalanan ProgramProgram
▻ Pertandingan yang ▻ 30 Ogos 2022 hingga 11 Oktober
dipertandingkan adalah 2022
pertandingan Peringkat Negeri
Sabah.
▻ Majlis Penutupan
▻ 12 Oktober 2022 (Rabu)

9
CARTA PERBATUAN PELAKSANAAN PROGRAM

8 Oktober – 12 Oktober
2 Oktober –
31 Ogos - 24 September 1 Oktober 2022 11 Oktober 2022
30 September 7 Oktober 2022 2022
30 Ogos 2022 2022
2022
Semua
Sesi Libat Urus Pertandingan
Program 3K dijalankan di Majlis Pengumuman
Peringkat Penghantaran
peringkat Pelancaran pemenang pemenang bagi
Negeri Sabah – daerah. Program 3K Penjurian kategori
Sepakat Sabah setiap
tahun 2022 pertandingan Peringkat Pertandingan.
HEBAT: Peringkat Majlis
Program daripada setiap Negeri Sabah Penutupan
Sekolah Bersih, Negeri di SMK bagi semua
Poingka! Webinar daerah kepada Persediaan Program 3K
Limbanak dan Unit pertandingan.
(Ceramah) Gotong Royong bagi Majlis Peringkat
Peringkat Pengurusan Penutupan Negeri Sabah –
Perdana Kesihatan,
Pemakluman Negeri. dijalankan Program 3K Sepakat Sabah
tentang HEM, SPM HEBAT:
serentak di Peringkat
program ini JPNS. Negeri Sabah – Sekolah Bersih,
semua daerah
kepada semua Program Sepakat Sabah Poingka! di
di Negeri
sekolah di Plogging dan HEBAT: SMK Limbanak
Sabah.
daerah oleh Senam Sihat Sekolah Bersih,
Pegawai Meja dijalankan di Poingka!
HEM PPD sekolah-
sekolah.

10
1
KONSEP DAN IDEA
Pelancaran dan Gotong –Royong Perdana
sempena Program 3K – Sepakat Sabah HEBAT:
Sekolah Bersih, Poingka!
11
KONSEP GOTONG-ROYONG PERDANA 3K 2022

1. 24 September 2022 (Sabtu)


2. Majlis Pelancaran @ Perasmian Program akan dijalankan serentak
dengan Gotong Royong Perdana di seluruh Negeri Sabah
3. Dilancarkan di SMK Limbanak, Penampang
4. Setiap daerah wajib libatkan semua Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah
5. Libatkan PIBG, PIBK, PKD, Majlis Perbandaran Daerah, Bomba, Polis
atau mana-mana agensi kerajaan atau swasta yang ingin turut serta
dalam aktiviti ini.
12
KONSEP GOTONG-ROYONG PERDANA 3K 2022

6. 5 lokasi perlu diberikan fokus utama


a. Kawasan luar pagar sekolah
b. Longkang – longkang di sekitar sekolah
c. Di sekitar dewan sekolah / dewan terbuka
d. Kawasan padang / kebun/ kolam/ kawasan berumput Panjang
e. Surau / ruang aktiviti pelajar

7. Semua pelajar / sekolah yang terlibat akan menerima Sijil Peringkat


Negeri
13
KONSEP GOTONG-ROYONG PERDANA 3K 2022

8. Dokumentasi perlu diambil sepanjang aktiviti gotong-royong perdana yang dijalankan


serentak di seluruh Negeri Sabah.

9. 5 keping gambar yang jelas dari setiap daerah perlu dihantar di link google drive yang
akan disediakan kelak untuk montage yang akan ditayangkan pada Majlis
Penutupan.

10.Setiap gambar yang dihantar perlu dilabelkan (Nama Sekolah dan Daerah) di setiap
gambar.

11.PPD Penampang akan menyediakan link bagi penghantaran senarai nama pelajar
yang terlibat dalam aktiviti ini. (Setiap sekolah libatkan 100 pelajar bagi aktiviti ini)
14
2
KONSEP DAN SYARAT
Pertandingan sempena Program 3K – Sepakat
Sabah HEBAT: Sekolah Bersih, Poingka!

15
VIDEO KREATIF
SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH

16
Pertandingan Video Kreatif SM & SR

1. Tajuk video kreatif


a. Katakan tidak kepada plastik sampah
b. Say No to Plastic Waste
2. Tempoh klip video adalah tidak melebihi 3 minit termasuk montaj dan
penghargaan.

3. Pertandingan Video Kreatif dalam kalangan murid sekolah bertujuan untuk


mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam menyampaikan mesej kesedaran
dan pengajaran supaya mengamalkan Kebersihan Diri Asas Minda Sihat
dengan berpandukan tema dan tajuk yang telah diberikan.
17
Pertandingan Video Kreatif SM & SR

4. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia, sekolah


menengah dan sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

5. Pertandingan ini bermula pada 31 Ogos sehingga 30 September 2022 di Peringkat Daerah.

6. Johan bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah layak untuk ke Peringkat
Negeri. Hasil karya perlu dihantar pada 1 September kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sabah.

7. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.

8. Kategori yang dipertandingkan adalah dua (2) iaitu:-


a. Murid sekolah rendah (umur 10-12 tahun)
b. Murid sekolah menengah (umur 13-17 tahun) 18
Pertandingan Video Kreatif SM & SR

9. Penyertaan adalah secara berkumpulan 2-4 orang murid dan dua (2) orang guru
pembimbing SAHAJA.

10.Penyediaan video tidak dibenarkan penggunakan perkhidmatan pihak


professional secara individu atau syarikat produksi.

11.Kos bagi penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh sekolah.


12.Isi kandungan video tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh
sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin.
19
Pertandingan Video Kreatif SM & SR

13.Format video yang perlu dihantar adalah format MOV, MPEG, MP4 atau AVI
manakala saiz video adalah maksimum 100MB.

14.Bahasa pengantar untuk video adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
sahaja. Penggunaan sarikata adalah dibenarkan di dalam video.

15.Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan


adalah tiruan / diciplak.

16.Pastikan semua muzik atau klip video yang digunakan berstatus bebas royalti.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hak cipta.
20
Pertandingan Video Kreatif SM & SR

17.Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak
akan dipertimbangkan.

18.Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur sebaik sahaja selesai penjurian
Peringkat Negeri.

19.Setiap kategori pertandingan Peringkat Negeri akan menerima plak dan sijil
yang disediakan oleh pengelola.

21
MELUKIS POSTER
SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH

22
Pertandingan Melukis Poster SM & SR

1. Tajuk Poster
a. Gaya Hidup Bersih dan Sihat
2. Pertandingan Melukis Poster dalam kalangan murid sekolah adalah bertujuan
untuk mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam sebuah lukisan atau ilustrasi
dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran supaya mengamalkan
Kebersihan Diri Asas Minda Sihat dengan berpandukan tema dan tajuk yang
telah diberikan.

4. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia, sekolah


menengah dan sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

23
Pertandingan Melukis Poster SM & SR

4. Pertandingan ini bermula pada 31 Ogos sehingga 30 September 2022 di


Peringkat Daerah.

5. Johan bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah layak untuk ke
Peringkat Negeri. Hasil karya perlu dihantar dalam bentuk PDF, JPG, PNG pada 1
Oktober kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

6. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.

7. Kategori yang dipertandingkan adalah dua (2) iaitu:-


a. Murid sekolah rendah (umur 10-12 tahun)
b. Murid sekolah menengah (umur 13-17 tahun) 24
Pertandingan Melukis Poster SM & SR

8. Penyertaan adalah secara individu.

9. Bahan mewarna adalah campuran media kering dan basah contoh cat air, cat akrilik,
cat minyak dan cat poster, pensel, pensel warna, pen teknikal, pen marker, pastel,
crayon dan lain-lain media yang bersesuaian.

10.Kertas yang dibenarkan adalah Kertas lukisan A3 sahaja.


11.Karya yang dilukis tidak boleh mengandungi tidak mengandungi unsur-unsur
perkauman, politik dan juga isu-isu yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

12.Penyertaan adalah secara individu dan kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh
peserta.
25
Pertandingan Melukis Poster SM & SR

13.Setiap poster mesti ada pengesahan daripada pengetua atau guru besar. (Cop mohor sekolah di
belakang kertas lukisan berserta tandatangan pengetua atau guru besar sekolah)

14.Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia sahaja.


15. Idea dan karya mestilah hasil ciptaan sendiri dan tidak pernah disiarkan dalam media cetak
mahupun internet. Plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.

16.Penyertaan akan dibatalkan sekiranya terdapat unsur-unsur plagiat.


17.Setiap karya yang dihantar sebagai penyertaan akan dijadikan bahan dan hak milik penganjur.
Penganjur mempunyai hak sepenuhnya untuk digunakan dalam mana-mana platform yang
bersesuaian.
26
Pertandingan Melukis Poster SM & SR

17.Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak
akan dipertimbangkan.

18.Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur sebaik sahaja selesai penjurian
Peringkat Negeri.

19.Setiap kategori pertandingan Peringkat Negeri akan menerima plak dan sijil
yang disediakan oleh pengelola.

27
SUSTAINABLE GARDEN
SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH

28
Pertandingan Sustainable Garden SM & SR

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia, sekolah


menengah dan sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2. Pertandingan ini bermula pada 31 Ogos sehingga 30 September 2022 di


Peringkat Daerah.

3. Johan bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah layak untuk ke
Peringkat Negeri. Hasil karya perlu dihantar pada 1 Oktober kepada Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah.

4. Setiap penyertaan mestilah merupakan kebun bunga / sayur / tanaman yang ada
di sekolah masing- masing.
29
Pertandingan Sustainable Garden SM & SR

5. Sekolah perlu mengemukan satu video proses kebun bunga / sayur / tanaman itu bermula
di sekolah melalui satu kaedah penghantaran pelaporan.

6. Pelaporan berbentuk Video Pendek tidak melebihi 3 minit yang akan dibentangkan oleh
murid sahaja.

7. Isi Kandungan Pelaporan mengandung:


a. Proses penghasilan ”Sustainable Garden” atau kebun bunga / sayur / tanaman
b. Objektif atau Tujuan
c. Bahan-bahan inovasi yang digunakan
d. Jenis-jenis tanaman yang ditanam
e. Faedah atau Kebaikan yang dapat dimanfaatkan
f. Montaj dan gambaran penuh kebun bunga / sayur / tanaman
30
Pertandingan Sustainable Garden SM & SR

8. Kategori yang dipertandingkan adalah dua (2) iaitu:-


a. Murid sekolah rendah (umur 10-12 tahun)
b. Murid sekolah menengah (umur 13-17 tahun)
9. Penyertaan adalah secara berkumpulan 2-4 orang murid dan dua (2) orang guru
pembimbing SAHAJA.

10.Penyediaan video tidak dibenarkan penggunakan perkhidmatan pihak professional secara


individu atau syarikat produksi.

11.Kos bagi penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh sekolah.


12.Isi kandungan video tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti
perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin.
31
Pertandingan Sustainable Garden SM & SR

13.Format video yang perlu dihantar adalah format MOV, MPEG, MP4 atau AVI
manakala saiz video adalah maksimum 100MB.

14.Bahasa pengantar untuk video adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
sahaja. Penggunaan sarikata adalah dibenarkan di dalam video.

15.Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan


adalah tiruan / diciplak.

16.Pastikan semua muzik atau klip video yang digunakan berstatus bebas royalti.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hak cipta.
32
Pertandingan Sustainable Garden SM & SR

17.Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak
akan dipertimbangkan.

18.Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur sebaik sahaja selesai penjurian
Peringkat Negeri.

19.Setiap kategori pertandingan Peringkat Negeri akan menerima plak dan sijil
yang disediakan oleh pengelola.

33
PERTANDINGAN BERCERITA
SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH

34
Pertandingan Bercerita SM & SR

1. Tajuk cerita adalah “Bersih adalah indah.”

2. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia, sekolah


menengah dan sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3. Pertandingan ini bermula pada 31 Ogos sehingga 30 September 2022 di


Peringkat Daerah.

4. Johan bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah layak untuk ke
Peringkat Negeri. Hasil karya perlu dihantar pada 1 Oktober kepada Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah.

5. Setiap penyertaan mestilah karya asli murid. 35


Pertandingan Bercerita SM & SR

6. Isi Kandungan cerita mengandung:


a. Apakah maksud kebersihan?
b. Adakah anda suka akan kebersihan?
c. Ceritakan pengalaman anda tentang kebersihan / membersihkan rumah
atau sekolah/ membantu ibu bapa atau guru-guru / dan yang berkaitan.
d. Adakah anda pernah membersihkan kawasan lain selain daripada kawasan
rumah atau sekolah?
e. Adakah anda pernah membantu rakan-rakan anda dalam aspek kebersihan?
f. Apakah yang anda dapat kalau anda sentiasa mengamalkan kebersihan diri
dan Kawasan sekeliling?

36
Pertandingan Bercerita SM & SR

7. Kategori yang dipertandingkan adalah dua (2) iaitu:-


a. Murid sekolah rendah (umur 7-12 tahun)
b. Murid sekolah menengah (umur 13-17 tahun)
8. Penyertaan adalah secara individu.

9. Murid sekolah perlu dirakam dan video murid bagi pertandingan ini tidak boleh
melebihi 3 minit.

10.Kos bagi penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh sekolah.


11.Suara atau muzik latar adalah tidak dibenarkan sama sekali.
37
Pertandingan Bercerita SM & SR

12.Format video yang perlu dihantar adalah format MOV, MPEG, MP4 atau AVI manakala saiz
video adalah maksimum 100MB.

13.Bahasa pengantar untuk video adalah Bahasa Melayu sahaja.


14.Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan
dipertimbangkan.

15.Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur sebaik sahaja selesai penjurian Peringkat
Negeri.

16.Setiap kategori pertandingan Peringkat Negeri akan menerima plak dan sijil yang
disediakan oleh pengelola.
38
PERTANDINGAN PUISI
SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH

39
Pertandingan Puisi SM & SR

1. Tajuk Puisi adalah “Kebersihan Diri Asas Minda Sihat.”

2. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia, sekolah


menengah dan sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3. Pertandingan ini bermula pada 31 Ogos sehingga 30 September 2022 di


Peringkat Daerah.

4. Johan bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah layak untuk ke
Peringkat Negeri. Hasil karya perlu dihantar pada 1 September kepada Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah.

5. Setiap penyertaan mestilah karya asli murid. 40


Pertandingan Puisi SM & SR

5. Isi Kandungan puisi mesti menepati tema ”Kebersihan Diri Asas Minda Sihat” dan
menyentuh tentang aspek kesedaran dan pengajaran yang menepati tema puisi.

6. Hasil Karya Puisi juga boleh dikaitkan dengan isu-isu semasa yang dihadapi dan
dilihat di Negeri ini terutamanya dalam aspek kebersihan dan penjagaan alam
sekitar.

7. Kategori yang dipertandingkan adalah dua (2) iaitu:-


a. Murid sekolah rendah (umur 10-12 tahun)
b. Murid sekolah menengah (umur 13-17 tahun)
8. Penyertaan adalah secara individu.
41
Pertandingan Puisi SM & SR

9. Murid sekolah perlu dirakam dan video murid bagi pertandingan ini tidak boleh
melebihi 2 minit.

10.Kos bagi penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh sekolah.


11.Suara atau muzik latar adalah tidak dibenarkan sama sekali.
12.Format video yang perlu dihantar adalah format MOV, MPEG, MP4 atau AVI
manakala saiz video adalah maksimum 100MB.

13.Bahasa pengantar untuk video adalah Bahasa Melayu sahaja.


42
Pertandingan Puisi SM & SR

14.Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak
akan dipertimbangkan.

15.Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur sebaik sahaja selesai penjurian
Peringkat Negeri.

16.Setiap kategori pertandingan Peringkat Negeri akan menerima plak dan sijil
yang disediakan oleh pengelola.

43
3
KRITERIA PEMARKAHAN
Pertandingan sempena Program 3K – Sepakat
Sabah HEBAT: Sekolah Bersih, Poingka!

44
KRITERIA PEMARKAHAN

NILAI MURNI, KREATIVITI MENEPATI KESESUAIAN


KESEDARAN DAN TEMA DAN BAHASA DAN WOW FACTOR
DAN ORIGINALITI TAJUK ADAB
PENGAJARAN 5%
20% 20% 20%
35%

45
AKTIVITI PLOGGING DAN
SENAM SIHAT
SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH

46
Aktiviti Plogging dan Senam Sihat SM & SR

1. Plogging merupakan aktiviti jogging ringan sambil memungut sampah. Plastik sampah
perlu disediakan bagi murid semasa aktiviti plogging. (Sambil bersenam, berjogging,
kebersihan dan keceriaan sekolah dijaga dengan baik)

2. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia, sekolah


menengah dan sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3. Aktiviti ini dijalankan di sekolah-sekolah dalam subjek Pendidikan Jasmani atau semasa
aktiviti kokurikulum selama 10 minit sahaja di dalam kawasan sekolah.

4. Tempoh pelaksanaan adalah bermula daripada 31 Ogos sehingga 30 September 2022 di


Peringkat Sekolah. Pilih hari dan tarikh yang sesuai.

5. Setiap sekolah wajib menjalankan aktiviti plogging dan senam sihat ini.
47
Aktiviti Plogging dan Senam Sihat SM & SR

6. Dokumentasi perlu dilakukan bagi aktiviti plogging dan senam sihat.

7. Link akan diberikan bagi tujuan pelaporan dan gambar-gambar bagi aktiviti ini
perlu disertakan dalam pelaporan tersebut.

8. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah.

48
WEBINAR (CERAMAH 3K)
SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH

49
Aktiviti Plogging dan Senam Sihat SM & SR

1. Link dan pendaftaran Webinar akan dimaklumkan seminggu sebelum Webinar


dijalankan.

2. Semua murid yang menyertai akan mendapat Sijil Penyertaan Peringkat Negeri.

50
Want big impact?
USE BIG IMAGE

51
52
TERIMA KASIH!

53

You might also like