Wawasan 2020

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

E-PRAKTIS

Bab
Wawasan 2020
13
SOALAN ESEI
1 Bincangkan sembilan cabaran yang perlu diatasi rakyat Malaysia bagi merealisasikan
Wawasan 2020.

ACE AHEAD Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800–2000) Semester 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019 1
JAWAPAN cadangan
SOALAN ESEI
Soalan 1
Pendahuluan
• Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.
• Idea ini dicetuskan Perdana Menteri Malaysia Keempat, iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohammad. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan negara ini sebagai
sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan negara maju yang lain.
• Dalam mencapai gagasan ini beberapa perkara asas diberi keutamaan, iaitu perpaduan
rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan etika,
kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa, serta semangat yakin diri.

Isi-isi Penting
(a) Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
• Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara.
• Dicapai melalui dasar kerajaan.
• Misalnya Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
(b) Masyarakat Malaysia perlu berjiwa bebas dan berkeyakinan diri
• Masyarakat Malaysia juga perlu berasa bangga dengan pencapaian negara dan gagah
menghadapi sebarang masalah.
• Hal ini kerana bangsa yang gagah mampu memajukan negara dan mengangkat
martabat bangsa serta negara.
• Musuh negara mudah ditangkis.
• Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan berkeyakinan.
(c) Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
• Masyarakat Malaysia perlu memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan dan
menggunakan hak-hak demokrasi dengan sewajarnya.
• Segala perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin
disalurkan melalui saluran-saluran tertentu.
(d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
• Masyarakat perlu diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dan kepatuhan kepada
agama.
• Selain itu, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang dan kekeluargaan juga
merupakan sumber pembinaan masyarakat yang bermoral dan beretika.
• Dicapai melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan memberi penekanan
kepada usaha melahirkan insan berilmu, berakhlak, seimbang, dan harmonis.
(e) Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertoleransi
• Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara
melulu.

ACE AHEAD Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800–2000) Semester 3


2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
• Mereka berfikiran terbuka dan bersedia menerima perubahan dan pandangan orang
lain.
(f) Membina masyarakat yang maju dan saintifik
• Masyarakat yang maju ialah masyarakat yang progresif yang dapat menyerap segala
perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlangan.
• Penguasaan ilmu pengetahuan bertunjangkan sains dan teknologi merupakan ukuran
kemajuan sesuatu bangsa. Oleh itu, masyarakat yang mempunyai budaya ilmu dapat
menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif.
(g) Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
• Masyarakat penyayang akan menjalani kehidupan masyarakat bermuafakat, saling
memahami dan menghormati, bekerjasama, dan saling membantu.
• Mereka juga tidak bersifat individualistik dan meletakkan kepentingan masyarakat
mengatasi kepentingan diri.
• Kasih sayang dalam masyarakat bermula dengan kasih sayang dalam keluarga.
• Oleh itu, asas pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama,
kasih sayang dalam kekeluargaan dan mengamalkan budaya tradisi yang penuh
dengan nilai-nilai murni.
(g) Menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam ekonomi
• Kemajuan ekonomi yang hanya dikuasai oleh kelompok tertentu dalam masyarakat
akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan mencetuskan rusuhan kaum.
Contohnya Peristiwa 13 Mei 1969.
• Kerajaan melaksanakan pelbagai dasar ekonomi untuk menjamin keadilan dan
meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun,
Rancangan Pembangunan Luar Bandar, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pembangunan Nasional.
(h) Memupuk dan membina masyarakat makmur
• Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan
mempunyai taraf hidup yang tinggi.
• Tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan.
• Selain itu, pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga berada pada tahap yang
tinggi.

Kesimpulan
• Masyarakat Malaysia mampu menangani sembilan cabaran Wawasan 2020.
• Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam semua bidang akan merealisasikan Wawasan
2020.

ACE AHEAD Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800–2000) Semester 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019 3

You might also like