Contoh Kajian Tingkatan 6

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

031130-02-1187

PENGGUNAAN BARANGAN KELUARAN TEMPATAN DALAM KALANGAN PELAJAR


TINGKATAN ENAM DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI CHOH

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji tahap penggunaan barangan keluaran
tempatan dalam kalangan pelajar tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai
Choh. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis barangan tempatan yang menjadi
pilihan dan juga mengenal pasti faktor pembelian barangan tempatan dalam kalangan pelajar
tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh. Lokasi kajian ini telah
dilaksanakan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh yang bertempat di daerah Hulu
Selangor,Rawang. Kebenaran untuk melaksanakan kajian ini juga telah diberikan oleh pengetua
sejolah tersebut iaitu Encik Mohd Suhaimi Bin Abdullah. Metodologi iaitu kaedah yang telah
digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik, kajian lapangan, kajian lepas, temubual
dan kajian di internet. Seramai 32 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri
daripada pelajar tingkatan enam daripada pelbagai kelas dan aliran. Hasil kajian menunjukkan
setiap responden mempunyai pandangan tersendiri terhadap barangan keluaran tempatan dan
barangan keluaran luar negara yang menjadi pilihan mereka. Kesimpulannya, masing-masing
barang keluaran tempatan dan luar negara mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.

i
031130-02-1187

ISI KANDUNGAN
BUTIRAN MUKA
SURAT

Abstrak i
Isi kandungan ii
Penghargaan iii
1.0 Pengenalan 1-2
2.0 Objektif kajian 3
3.0 Lokasi kajian 4
3.1 Peta negeri 4-5
3.2 Peta daerah 5-6
3.3 Peta lokasi 6

4.0 Metodologi kajian 7


4.1 Instrumen kajian 7
4.1.1 Soal selidik 7
4.1.2 Temubual 8
4.1.3 Kajian lepas 8
4.1.4 Kajian internet 8

5.0 Dapatan kajian 9


5.1 Latar belakang responden 9-14
5.2 Mengenal pasti jenis barangan tempatan yang menjadi pilihan 15-20
pelajar tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh
5.3 Mengenal pasti faktor pembelian barangan tempatan dalam 21-26
kalangan pelajar tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh

6.0 Rumusan dan kesimpulan 27

7.0 Rujukan 28

8.0 Lampiran 29

PENGHARGAAN

ii
031130-02-1187

Alhamdulillah , bersyukur ke atas hadrat Ilahi dengan limpahan kurnia-Nya yang


dianugerahkan kepada saya, saya dapat menyiapkan kerja kursus bagi subjek Pengajian Am
900/4 Semester 2.

Menggunakan kesempatan ini juga saya ingin menyampaikan jutaan terima kasih kepada
pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh iaitu Encik Mohd Suhaimi Bin Abdullah
dan juga tidak dilupakan Penolong Kanan Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan
Sungai Choh iaitu Encik ABD Sukor Bin Yusof kerana telah memberikan kebenaran dan
peluang kepada para pelajar tingkatan enam untuk menjalankan kerja kursus pengajian am.
Tidak dilupakan juga guru Pengajian Am yang telah membantu saya sebaik mungkin dalam
menjayakan kerja kursus ini iaitu Puan Noryana Binti Halidi serta guru-guru penhajian am yang
lain. Beliau telah bersabar dalam menghadapi karenah saya dan sentiasa memberi tunjuk ajar
dan bantuan dalam menjadikan kerja kursus saya kepada yang terbaik.

Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli
keluarga saya kerana telah memberikan sokongan dan keprihatinan pada saya ketika saya
sedang menjalankan tugasan kerja kursus.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang
telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus saya dengan tidak berhenti mengongsi
maklumat terkini yang disampaikan guru Pengajian Am kepada saya.

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada kesemua responden saya kerana sudi
meluangkan masa dan memberikan kerjasama ketika borang soal selidik diagihkan.

Sekian , terima kasih.

iii

You might also like