Ctu553 Topik 5

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 48

HUBUNGAN ETNIK

CTU553
TAJUK 5
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK

DISEDIAKAN OLEH:
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI
UITM MELAKA
Hasil
Pembelajaran

1. Menghuraikan konsep dan


kedudukan Perlembagaan Malaysia

2. Menganalisis sejarah penggubalan


Perlembagaan Persekutuan dan
pembentukan Malaysia

3. Menganalisis peranan dan kepentingan


kontrak sosial dalam perlembagaan

4. Mengenalpasti keharmonian hubungan etnik


seperti yang termaktub dalam Piagam Madinah
5.1 DEFINISI & KONSEP PERLEMBAGAAN

DEFINISI PERLEMBAGAAN

• Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan


prosedur serta tanggung jawab pihak yang
mengawal dengan memandu hubungan di
antara satu autoriti dengan autoriti yang
lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat
awam.
• Satu dasar atau formula yang menyatakan
tugasan kuasa-kuasa awam di dalam
sesebuah negara dibahagikan dan
digunakan.
KONSEP PERLEMBAGAAN

Perkara yang Perkara-perkara Bagi sebuah Dalam konteks


menyentuh isu yang dianggap negara yang Perlembagaan
bahasa, menguntungkan berdaulat, Islam, negara
agama, orang Melayu perlembagaan Islam pertama
bumiputera dalam merupakan iaitu Madinah
dan Perlembagaan sumber di bawah
kewarganega Malaysia undang- pimpinan
raan dalam diimbangi undang Rasulullah
Perlembagaan dengan tertinggi s.a.w telah
Malaysia peruntukan lain sesebuah membentuk
menjadi faktor yang juga negara dan Sahifah
penting untuk memberi setiap individu Madinah bagi
mewujudkan kelebihan kepada perlu melicinkan
hubungan kaum bukan mematuhi pentadbiran
etnik yang erat bumiputera. keluhurannya. negara
dan utuh di Madinah yang
kalangan terdiri
rakyat daripada
Malaysia. pelbagai kaum.
Perlembagaan adalah
sumber undang-
undang tertinggi
sesebuah negara.

Berperanan sebagai
panduan bagi
pembentukan undang-
undang sama ada di
pihak kerajaan atau
rakyat
JENIS PERLEMBAGAAN

• Perlembagaan yang dikumpul dan disusun


dalam satu kanun atau dokumen.
Perlembagaan • Sukar dipinda kecuali wujud peruntukan
dalam perlembagaan yang
Bertulis membenarkannya.
• Contoh negara yang mengamalkan :
Malaysia

• Semua prinsip perlembagaan yang tidak


terkumpul dalam satu dokumen seperti adat
resam dan tradisi, undang-undang yang
Perlembagaan diluluskan oleh parlimen dan keputusan-
Tidak Bertulis keputusan mahkamah
• Contoh negara yang mengamalkan : United
Kingdom, New Zealand & Israel
KEPERLUAN PERLEMBAGAAN

• Menjamin kestabilan
politik dan sistem
pemerintahan,

• Melindungi •Mewujudkan rangka


kepentingan semua sistem politik yang
etnik di dalam negara sistematik

• Mengatur sistem
• Memudahkan ekonomi dan
perpaduan nasional pengagihan
dan pembangunan kekayaan negara
Negara dengan adil dan
saksama
PERANAN PERLEMBAGAAN

Sumber Garis Panduan Peraturan


• Setiap perkara • Perlu dirujuk • Mengatur
dalam perlembagaan apabila hendak pemerintahan
boleh diperhalusi menggubal sesuatu sesebuah negara
sebagai sumber peraturan undang-
undang-undang undang
AMALAN PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

Di Malaysia Perlembagaan dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan dengan


mengamalkan perlembagaan bertulis.

Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13


Jadual.

Perlembagaan Persekutuan menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif,


kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan,
kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah, sarawak dan lain-lain
PINDAAN PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

Perkara 159 (5)


Perkara 159 (4) Perkara 161(E)
menjelaskan bahawa
menjelaskan sesetengah
menjelaskan bahawa perlu mendapat
perkara boleh dipinda,
sesetengah perkara iaitu perlu mendapat
sokongan 2/3 daripada
boleh dipinda hanya ahli setiap dewan dan
sokongan 2/3 setiap
memerlukan perkenan Majlis Raja-
dewan dan dipersetujui
Raja yang melibatkan
sokongan lebih 2/3 oleh Yang di Pertua
perkara-perkara seperti
setiap dewan Negeri Sabah dan
kedaulatan raja-raja,
antaranya seperti sarawak bagi melibatkan
kedudukan istimewa
sumpah dan ikrar taat kepentingan Sabah dan
orang Melayu,
Sarawak seperti bidang
setia, pemilihan dan bumiputera Sabah dan
kuasa kerajaan negeri
persaraan ahli-ahli dan kedudukan istimewa
Sarawak, bahasa
Dewan Negara. kebangsaan dan agama
bumiputera.
persekutuan
KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
Di Malaysia, tidak ada institusi yang boleh mengatasi
ketertinggian Perlembagaan Persekutuan.

Malah ketiga-tiga badan kerajaan (Perundangan, Kehakiman, Eksekutif) & YDPA juga tertakluk
kepada Perlembagaan Malaysia.

Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
dikenakan oleh Perlembagaan.

Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan TIDAK SAH
oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana, perlembagaan memperuntukkan dengan nyata dalam Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah
undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan
perlembagaan adalah terbatal setakat mana yang berlawanan.
5.2 SEJARAH PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
5.3 MALAYAN UNION
Selepas Jepun menyerah kalah Pentadbiran Ketenteraan British (BMA) mengambilalih
pentadbiran Tanah Melayu

Parlimen British meluluskan Malayan Union pada 10 Oktober 1945

Sir Harold Mac Michael dilantik wakil British untuk mendapatkan tandatangan raja-raja
Melayu

Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu.

Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai
gabenor pertama.

Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharan itu, akhirnya British mengalah dan
menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu.

British sedar tanpa sokongan orang Melayu Malayan Union akan gagal.
CIRI-CIRI MALAYAN UNION
Semua negeri Melayu
kecuali Singapura
disatukan di bawah
pemerintahan Gabenor
British

Hak kerakyatan Gabenor dibantu oleh


yang sama bagi Majlis Mesyuarat
semua berasaskan Persekutuan dan
Jus Soli Majlis Undangan

Singapura
dijadikan tanah
Kedaulatan Raja-Raja
jajahan berasingan
Melayu dihapuskan
di bawah seorang
Gabenor British
SEBAB PENENTANGAN MALAYAN UNION

Kuasa Raja-Raja Melayu


dilenyapkan dalam urusan
pentadbiran negeri.

Cara Sir Harold Mc


Michael mendapatkan Singapura dipisahkan dari
tandatangan raja-raja Malayan Union dan ia
Melayu yang kekal sebagai tanah
menggunakan cara jajahan Inggeris.
paksaan dan ugutan.

Hak sama rata kepada


semua warganegara tanpa
Hak kerakyatan liberal
mengira bangsa iaitu
berdasarkan prinsip Jus
penduduk peribumi tidak
Soli.
memiliki apa-apa
keistimewaan.
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perjuangan • Sepanjang penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang


• Selain perjuangan berdarah yang bermula sejak penjajahan Portugis

kebangsaan di Melaka, Belanda, Inggeris & Jepun, perjuangan juga digerakkan


melalui semangat kebangsaan.

• Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan seperti


Pertubuhan Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan
Melayu Muda dll yang menjadi medium menentang penjajah.

• Media massa seperti akhbar & majalah juga berperanan sebagai


Media Massa medium penyebaran semangat perjuangan seperti Utusan Melayu,
Majlis, Al-Imam, Saudara dan Warta Sarawak.

• Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Rahim Kajai, Ibrahim


Tokoh Yaakob, Pak Sako dll menyedarkan orang Melayu supaya bangun
menuntut kemerdekaan.
5.4 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Disember 1947
• Jawatankuasa
Perundingan
•Dianggotai orang
Eropah, Cina dan
India
•Bertujuan
mendapatkan
KERJASAMA KE pandangan orang
ARAH bukan Melayu
KEMERDEKAAN mengenai
perlembagaan
Persekutuan Tanah
Melayu

Julai 1946 FEB 1948


• Jawatankuasa PERSEKUTUAN
Kerja TANAH
• 4 wakil raja-raja MELAYU
Melayu, 2 wakil
UMNO dan 6 diisytiharkan
pegawai British
• Bertanggung
jawab merangka
perlembagaan
baharu yang
boleh diterima
oleh orang
Melayu
KONTRAK SOSIAL 1948

Persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naungan Inggeris

Berkait rapat dengan bantahan Melayu terhadap Perlembagaan Malayan Union 1946

Peruntukan dalam Kontrak Sosial 1948 menjamin ketuanan Melayu dalam proses
politik negara

Ia mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu Cina dan India dalam negara
yang bakal merdeka dari Inggeris

Merupakan hasil proses tawar menawar antara Melayu dan bukan Melayu

Kontrak Sosial 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah


Melayu 1948
CIRI – CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU 1948

Negeri

• 9 negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka.


• Singapura kekal Tanah jajahan yang berasingan

Sultan

• Pengenalan konsep Raja Berperlembagaan


• Sultan diberi semula kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(EXCO) dan Majlis Undangan Negeri

Kewarganegaraan

•Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu:


•Seseorang pemohon mestilah:
•Lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin 8 tahun dari 12 tahun sebelum permohonan ‘atau’
•Menetap dan bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang 15 tahun dari 20 tahun sebelum permohonan.
•Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa
Melayu yang baik
SAMB…..
Bumiputera

•Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai
perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri

Pentadbiran

•Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai Pesuruhjaya Tinggi British


•Dibantu Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja
Persekutuan

Majlis Mesyuarat Kerja

•Sistem ahli bertaraf menteri


•Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dianggotai 3 ahli ex-officio, 4 anggota rasmi
serta 5-7 ahli tidak rasmi yang dilantik Pesuruhjaya Tinggi

Majlis Perundangan

•Sistem Parlimen
•Majlis Perundangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi,
mempunyai 3 ahli ex-officio, 9 orang Yang Dipertua Majlis-Majlis Mesyuarat
Negeri, 2 wakil Majlis Tempatan Melaka dan Pulau Pinang, 10 ahli rasmi serta 50
ahli tidak rasmi (kesemua dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi)
5.5 KERJASAMA ANTARA ETNIK DALAM MENUJU
KEMERDEKAAN

Tujuannya untuk
melatih pemimpin
tempatan bagi
mendapatkan
pengalaman
memerintah secara
demokrasi

Anggota Sistem Ahli:


•Dato’ Onn Jaafar (Ahli Dalam
Negeri)
•Dato’ Mahmud Mat (Ahli Tanah,
Perlombongan & Perhutanan)
•E.E.C Thuraisingham (Ahli MAJLIS
Pelajaran) MESYUARAT Proses ke arah
•Lee Tiang Keng (Ahli KERJA berkerajaan
Kesihatan) PERSEKUTUAN sendiri
•J.D Mead
•Tunku Yaacob
•J.D Hodgkinson
•O.A Spencer

British melantik
beberapa orang
pegawai tadbir
memegang jawatan dan
diberi taraf seperti
menteri
SISTEM PILIHANRAYA
1951
Menang kesemua sembilan
1 Disember 1951, Pilihan UMNO & MCA bekerjasama
Pilihanraya 1 kerusi yang
raya Bandaran Georgetown membentuk pakatan politik
dipertandingkan.

1952
Pakatan UMNO-MCA
Februari 1952, Pilihan raya
Pilihanraya 2 12 kerusi dipertandingkan menang 9 kerusi, selebihnya
Bandaran Kuala Lumpur
oleh IMP dan calon bebas.

1954

Konvensi Nasional diadakan Perikatan UMNO dan MCA dibentuk

1955
Pilihan Raya Majlis
MIC meyertai Perikatan dan PAS menang 1 kerusi (di
Perundangan Persekutuan 8 parti bertanding
Perikatan menang 51kerusi Kerian, Perak)
(52 kerusi):
KERJASAMA PARTI PERIKATAN
Sebelum pilihanraya, MCA & MIC
bukanlah parti politik tapi lebih
bermotifkan menjaga kebajikan &
kepentingan kaum masing-masing.

• Pelawaan orang Melayu


menggambarkan sifat
• Kemenangan keterbukaan mereka & sedia
PERIKATAN menjadi berkorban, rela kongsi kuasa &
bukti kepada Inggeris toleransi demi perpaduan.
bahawa orang Melayu &
bukan Melayu boleh
bekerjasama.

• Melalui pilihanraya umum


pertama (1955), pengorbanan &
kompromi UMNO cukup besar.
• Perikatan yang didominasikan
oleh UMNO sepatutnya boleh
• Inggeris mensyaratkan bahawa membentuk kerajaan tanpa
kemerdekaan akan hanya diberikan perlu bergabung dengan MCA &
sekiranya rakyat negara ini bersatu MIC namun hal ini tidak
padu & bekerjasama. dilakukan.
ROMBONGAN LONDON JANUARI 1956

Januari 1956 :
Rombongan 8 Diketuai
wakil ke Tunku Abdul
London Rahman.

4 wakil Raja Rombongan


Melayu & 4 bertujuan
wakil berunding
Perikatan dengan
Pegawai
British
sebagai usaha
menuntut
kemerdekaan
PERJANJIAN LONDON

Perjanjian London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan hasilnya persetujuan:

Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel

Menjalankan pemerintahan secara demokrasi

Perjanjian pertahanan dengan British bagi menjaga


kepentingan British di Tanah Melayu (AMDA/ FPDA)

Badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah


Melayu iaitu Suruhanjaya Reid

Jawatan Setiausaha Kewangan & Pengarah Gerakan akan diganti


dengan Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan yang dipegang oleh
rakyat tempatan.
5.6 SURUHANJAYA REID
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh
Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan 1956.

Keahliannya dari pakar perlembagaan negara Komanwel:

•Lord William Reid (British)


•Sir Ivor Jennings (British)
•Sir William Mckell (Australia)
•B.Malik (India)
•Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Suruhanjaya ini ditugas merangka perlembagaan baharu untuk


Persekutuan Tanah Melayu berpandukan syarat berikut:
•Membentuk negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat
•Mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintah
berpelembagaan.
•Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta hak sah kaum lain
•Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang seragam
•Menubuh sebuh negara berasaskan prinsip demokrasi
SAMB…SURUHANJAYA REID

Suruhanjaya ini telah mengadakan tinjauan dan pertemuan untuk


meminta cadangan dan pandangan parti-parti politik, orang ramai,
individu-individu dan Raja-raja Melayu

Antara perkara yang dipersetujui:

•Pembentukan sebuah negara persekutuan dengan pembahagian kuasa kerajaan


persekutuan dan kerajaan negeri
•Kerakyatan Jus Soli kepada yang lahir di Tanah Melayu
•Mengekalkan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menjejaskan hak kaum lain
•Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil boleh
dikembangkan dan diamalkan
•Agama Islam menjadi agama Persekutuan, tetapi agama lain bebas diamalkan

Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang telah mendapat persetujuan


dan pandangan semua rakyat. Inilah yang dikatakan KONTRAK
SOSIAL
5.7 JAWATANKUASA KERJA DAN PERISYTIHARAN
PERLEMBAGAAN

Jawatankuasa Kerja mengumpulkan hasil semakan dan penelitian yang dibuat berkenaan
dengan laporan yang disediakan oleh Suruhanjaya Reid yang diserahkan kepada Raja-raja
Melayu

Jawatankuasa Kerja dipengerusikan oleh MacGillivar dan Tunku Abdul Rahman (UMNO),
Datuk Abdul Razak (UMNO), Ong Yoke Lin (MCA) and V.T Sambathan (MIC), Mustapha
Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja), Shamsudin Nain, Tunku Ismail Tunku Yahya dan
Neil Lawson. Ahli lain terdiri dari Ketua Setiausaha Kerajaan, Sir David Watherston, Peguam
Negara, T.V.A Brodie dan E.O Laird bertindak sebagai Setiausaha.

Perlembagaan Persekutuan telah diterima dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah


Melayu pada 31 Ogos 1957

Diperbaharui apabila Singapura, Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16
September 1963
5.8 UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

Unsur Tradisi: Unsur-unsur tradisi


• Merupakan kontrak meliputi:
sosial yang telah • 1. Bahasa
disepakati semasa • 2. Agama
menggubal undang- • 3. Kedudukan istimewa
undang orang Melayu &
Bumiputera Sabah
Sarawak
• 4. Pemerintahan Beraja

Ciri-ciri Unsur Tradisi:


• Berperanan
menstabilkan sistem Unsur-unsur tradisi
politik negara adalah faktor penting
• Dilindungi di bawah untuk mewujudkan
Akta Hasutan identiti Malaysia &
• Dianggap sebagai isu memupuk persefahaman
sensitif ke arah perpaduan.
• Dilarang dijadikan isu
perbincangan awam
PERKARA 3
Agama Islam adalah agama persekutuan

IMPLIKASI

Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri)


mempunyai kebebasan, kuasa dan
keistimewaan untuk :

• Menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan


institusi Islam
• Melaksanakan ajaran Islam
• Mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan utk tujuan
itu.
RASIONAL PERKARA 3
Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama
dijamin dalam perlembagaan.

Islam telah diterima sebagai agama negeri-negeri Melayu sejak zaman


Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.

Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu


sebelum penjajahan Inggeris.

Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak


diganggu dan Inggeris (dari sudut pentadbiran agama) menyerahkan urusan
agama Islam kepada raja-raja Melayu.

Sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai


seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan
mengamalkan adat istiadat Melayu.
PERKARA 152
PERKARA 152

• Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yang


mengikut implikasi yang diperlukan mestilah
digunakan untuk maksud-maksud rasmi)

IMPLIKASI

• Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan


daripada menggunakan (selain dari maksud
rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa
bahasa lain.
• Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan
dan pembelajaran bahasa lain dalam
persekutuan.
RASIONAL PERKARA 152

Perlunya bahasa kebangsaan bagi


menyatupadukan rakyat pelbagai kaum

Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di


Nusantara sejak berabad lamanya

Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan


bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan

Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas


sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.
PERKARA 153

PERKARA 153

• Tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah


Sarawak

IMPLIKASI

• YDPA dikehendaki melaksanakan dasar bagi melindungi


keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
• Dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa,
pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang
diberikan
• Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan berhati-hati untuk
memastikan tiada sesiapa merasakan kehilangan hak yang
dinikmati mereka selama ini akibat dari pelaksanaan dasar
tersebut.
• Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum
lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab YDPA untuk melindungi
hak-hak mereka yang sah melalui peruntukan lain
MELAYU & BUMIPUTERA DALAM
PERLEMBAGAAN
Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang
Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak itu.

Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160),Melayu itu ditakrifkan


sebagai:
•Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu
•Menganut agama Islam
•Mengamalkan adat istiadat Melayu

Manakala takrifan bumiputera

•Sarawak
•terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut,
Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu,
Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan
campuran dari kaum tersebut.
•Sabah
•anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan
di Sabah.
RASIONAL PERKARA 153

Kerakyatan

• Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada 800,000 bukan


Melayu. Manfaat serta merta sebagai warganegara – undi
pilihanraya dan hak-hak lain sebagai warganegara
• Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam,
biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain
yang diberikan. Seperti bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak
sama rata, maka ini prasyarat penerimaan kewarganegaraan

Perkhidmatan Awam

• Menentukan rezab bilangan jawatan


• Diimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan sedia ada
• Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu
sedikit orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan meliputi
36% saja (1968)
RASIONAL PERKARA 153
EKONOMI

Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970) Jurang Pendapatan melebar antara etnik

Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai timur

Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4% tahun 1970

Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan merupakan faktor terkuat mempengaruhi


hubungan etnik (13 Mei)

Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing
RASIONAL PERKARA 153

PENDIDIKAN

Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial dan sains adalah
masih rendah antara Melayu dan bukan Melayu

Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya 4.9% berbanding bukan


bumiputera 84.3% 1970

Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan


5.9 KESULTANAN ATAU PEMERINTAHAN BERAJA

Institusi beraja juga


Institusi beraja yang
turut dikaitkan Yang diPertuan Agong
wujud di Malaysia
dengan persoalan dan Majlis raja-Raja
hari ini dilindungi
agama kerana ketua adalah unsur tradisi
oleh perlembagaan
agama bagi setiap yang amat penting di
melalui Perkara 38(4)
negeri adalah di Malaysia. Bagi etnik
iaitu tiada pindaan
bawah kuasa Majlis Melayu mereka
boleh dibuat terhadap
Perkara 38: peruntukan
Raja-Raja. Mereka adalah harapan dan
bertanggungjawab sebagai lambang
Majlis Raja- berhubung dengan
menjaga hal ehwal perpaduan dalam
Majlis Raja-Raja,
raja susunan keutamaan
agama kalangan rakyat
Islam.Sebarang berbilang etnik kerana
dan hak-hak mereka
pindaan yang ingin mereka bukan dipilih
untuk warisan sebagai
dibuat terhadap secara politik dan
raja negeri masing-
agama Islam perlu terkecuali daripada
masing tanpa
mendapat perkenan sebarang pengaruh
persetujuan Majlis
raja-raja terlebih politik.
Raja-Raja.
dahulu.
RASIONAL PEMERINTAHAN BERAJA
5.10 ISU-ISU ISLAM DAN ORANG MELAYU DALAM
PERLEMBAGAAN
Peruntukan berkaitan Islam bukan sahaja terkandung dalam Perkara 3
berkaitan agama persekutuan malahan turut dinyatakan dalam konteks
kebebasan beragama, kuasa mahkamah syariah, darurat dan sebagainya

• Kebebasan beragama tertakkluk perkara 11(4)


PERKARA 11

• setiap kumpulan agama berhak menubuh dan


PERKARA 12 menyelenggara yayasan untuk pelajaran kanak-
kanak mengenai agama masing-masing.

PERKARA 121(1A) • Kuasa Mahkamah Syariah

PERKARA 150 • Hal ehwal Islam dipelihara sewaktu darurat


ISU KEBEBASAN BERAGAMA DALAM
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Setiap orang berhak untuk


Agama lain boleh
menganut & Peruntukan
diamalkan dengan aman &
mengamalkannya Perlembagaan berkaitan
damai di mana-mana
tertakluk kepada Perkara Kebebasan Beragama:
bahagian persekutuan
11(4)

Perkara 11(4): Undang-


Perkara 12(3): Larangan
undang negeri dan wilayah
memaksa penganut Perkara 12(4): Penetapan
boleh menyekat atau
menerima ajaran dan agama bagi yang berumur
mengawal pengembangan
upacara sembahyang bawah 18 tahun
agama-agama lain kepada
bukan agamanya.
penganut Islam

Perkara 11(3) menyatakan tiap-tiap kumpulan agama berhak:


•Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
•Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat
•Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya
mengikut undang-undang
ISU HAK ASASI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perkara 6: Keabdian dan kerja


paksa dilarang. Perkara 6(1)
Perkara 6(2) segala jenis kerja
Perkara 7: Perlindungan
paksa adalah dilarang tetapi
Perkara 5: Kebebasan diri. daripada undang-undang
Parlimen boleh dengan undang-
jenayah
undang membuat peruntukan
bagi perkhidmatan kerahan bagi
maksud-maksud negara.

Perkara 8: Hak sama rata.


Perkara 9: Larangan buang Perkara 10: Kebebasan
Peruntukan 8(1) menjelaskan
Negeri dan kebebasan bergerak. bercakap, berhimpun, dan
semua orang adalah sama rata
Tiada seseorang warganegara menubuh persatuan.
di sisi undang-undang dan
pun boleh dibuang negeri atau Peruntukan 10(1) menjelaskan
berhak mendapat perlindungan
ditahan masuk ke dalam tertakluk kepada Fasal (2),(3)
yang sama rata di sisi undang-
Persekutuan. dan (4);
undang.

Perkara 11: Kebebasan


Perkara 13: Hak terhadap
Beragama. Tiap-tiap orang
harta. Tiada seseorang pun
adalah berhak menganuti dan Perkara 12: Hak-hak
boleh dilucutkan hartanya
mengamalkan agamanya dan berkenaan dengan pelajaran.
kecuali mengikut undang-
tertakluk kepada Fasal (4),
undang.
mengembangkan agamanya.
5.11 PIAGAM MADINAH DAN HUBUNGAN ETNIK

Mengandungi 47
fasal yang
merangkumi 2
PM bukan sahaja bahagian:
membentukkan •Bahagian Pertama
persaudaraan •23 fasal menyentuh
Sebagai panduan hubungan &
antara Ansar dan
Perlembagaan untuk tanggungjawab orang
Muhajirin tetapi Islam sesama Islam
bertulis pertama di membentukkan
juga perpaduan (Muhajirin & Ansar)
dunia sebuah negara Islam
antara orang Islam •Bahagian Kedua
yang berdaulat. •24 fasal membabitkan
dengan orang bukan
kaum Yahudi dan
Islam terutamanya tanggungjawab mereka
orang Yahudi. terhadap negara Islam
Madinah
PRINSIP PIAGAM MADINAH
Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW adalah sumber hukuman negara.

Kesatuan Ummah dan kedaulatan negara

Nabi adalah pemimpin masyarakat dan ketua negara.

Hak dan tanggungjawab rakyat mempertahankan keselamatan negara

Tanggungjawab individu dan negara (pemerintah) dalam menegakkan keadilan sosial dan membanteras
kezaliman.

Kebebasan beragama untuk semua kaum yang menjadi warganegara

Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam termasuk memberi jaminan keselamatan

Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah. Ini terutamanya kepada Muhajirin yang datang ke Madinah.

Menekankan aspek tawhid iaitu mengakui hanya satu Tuhan.

Pengekalan dan pelestarian adat yang baik


PERUNTUKAN BERKAITAN HUBUNGAN ETNIK
DALAM PERLEMBAGAAN MADINAH

Kesatuan Ummah Keadilan &


Keselamatan dan Ketertinggian
& Kedaulatan
Keamanan Negara Piagam
Kewarganegaraan Undang-undang

Kebebasan
Beragama & Hak Golongan
Kebajikan Ummah Hak Kejiranan
Mengamalkan Wanita
Adat Resam

Kesetiaan kepada Tanggungjawab


Hak Sama Rata
Negara Warganegara
ELEMEN PERSAMAAN PIAGAM MADINAH
DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Hak mendapat
Kebebasan Jaminan
Perlindungan
• Beragama • Perlindungan • Ketika lemah,
• Bekerja dan dari dewasa dan
mencari pencerobohan ketiadaan
keuntungan luar harta
• Menjawat • Perlindungan
jawatan dalam dari kezaliman
Kerajaan dalaman
• Jaminan hak • Perlindungan
Asasi terhadap
darah dan
jasad
SEKIAN….

You might also like