1 Majlis Raja Raja Merupakan Salah Satu Platform Penyelarasan

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 5
salah satu platform penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. 2. Persidangan Majlis Raja-Raja biasanya diadakan tiga hingga empat kali setahun dengan diiringi oleh ketua kerajaan negeri masing-masing dan setiap persidangan mengambil_ masa selama tiga hari, 3 Majlis Raja-Raja merupakan badan tertinggi yang boleh membuat keputusan menyelesaikan kerumitan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Keanggotaan Majlis Raja-Raja 1 Majlis Raja-Raja Melayu dianggotai oleh: (a) Sembilan orang Sultan/Raja Melayu (b) Empat orang Yang Dipertua Negeri (©) Seorang Setiausaha Majlis Raja-Raja (dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu) 2, Anggota yang hadir semasa persidangan Majlis Raja-Raja: (a) Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri (b) Semua Sultan/Raja diiringi oleh Menteri Besar (c) Semua Yang Dipertua Negeri diiringi oleh Ketua Menteri (@) Setiausaha Majlis Raja-Raja 3 Walau bagaimanapun, terdapat persidangan’ yang hanya melibatkan sembilan orang raja Melayu bagi memilih a memecat Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di Pertuan Agong (secara sulit) Bidang Kuasa Majlis Raja-Raja 1 Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan mencatatkan tugas Majlis Raja-Raja seperti yang berikut: (a) Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong (b) Menimbangkan perkara yang berkaitan dengan dasar negara () Boleh sama ada hendak mempersetujui atau tidak tentang apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan (4) Boleh sama ada mempersetujui atau tidak mana-mana rang undang-undang atau pelantikan yang memerlukan persetujuan Majlis tersebut (©) Memberi pengampunan, menangguhkan atau meringankan hukuman x we a Persetujuan Majlis Raja-Raja hendaklah diperoleh dalam jg, yang berikut: (a) Mengubah sempadan sesebuah negeri (b) Kedudukan raja-raja (©) Kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumipute,, Sabah dan Sarawak (a) Pindaan perlembagaan dalam perkara-perkara pentin seperti kedudukan bahasa Melayu dan agama Islam Majlis ini perlu dirujuk dalam hal pelantikan yang berikut (a) Semua hakim di mahkamah atasan (b) Ketua Audit Negara (c) Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan, Suruhanjaya Diraja dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) (d) Sctiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara (e) Pelantikan Yang Dipertua Negeri Tanggungjawab lain Majlis Raja-Raja adalah seperti yang berikut: (a) Membincangkan kedudukan dan keistimewaan raja (b) Mempersetujui atau tidak terhadap permintaan untuk membincangkan suatu rang undang-undang utama (c). Mempertimbangkan perkara yang berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu (d) Menjaga kepentingan sah kaum lain ‘Antara kuasa budi bicara yang dimiliki oleh Majlis Raja-Raja: (a) Melakukan pemilihan atau pemecatan ke atas jawatan ‘Yang di-Pertuan Agong (b) Melakukan pemilihan ke atas jawatan Timbalan Yang di- Pertuan Agong (c) Memberi nasihat tentang pelantikan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan (d) Memberi persetujuan atau tidak mempersetujui sesuat perkara yang berkaitan dengan undang-undang yang meliputi perkara seperti yang berikut: (i) Mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri (ii) Keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesara raja-raja Memberi persetujuan atau tidak mempersetuj sesuatu perkara tentang agama Islam meliputi selurv! Persekutuan dari segi; (i) Perbuatan (ii) Amalan (iii) Upacara () Melakukan pelantikan anggota-anggota Mahkamab Khas berdasarkan Fasal (1) Perkara 182 © ui bagi (g) Memberi pengampunan, menangguh hukuman atau meringankan sesuatu hukuman ke atas seseorang individu berdasarkan Fasal (12) Perkara 42 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja 1 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berperanan sebagai Setiausaha Majlis Raja-Raja. 2 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja__ melaksanakan tanggungjawabnya bagi tempoh yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. 3 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja sekiranya berlaku beberapa keadaan seperti yang berikut: (a) Mendapat arahan daripada Yang di-Pertuan Agong atau sekurang-kurangnya tiga orang anggota Majlis Raja-Raja (b) Tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong hampir tamat (tidak lewat empat minggu sebelum tamat tempoh) (c) Berlaku kekosongan bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) 1 Jawatankuasa_ Kira-k Wang Negara (PAC) merupakan jawatankuasa yang mewakili Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). 2 Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merupakan tahap kawalan perbelanjaan tertinggi dalam jentera pentadbiran kerajaan. 3 PAC diwujudkan di bawah Peraturan Dewan Rakyat (Peraturan 71) pada setiap permulaan penggal sesuatu Parlimen diadakan. 4 Fungsi PAC: (a) Memeriksa akaun awam dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen agar menepati perbelanjaan awam negara (b) Memeriksa apa-apa akaun pihak berkuasa awam dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negara (c) Memeriksa Laporan Ketua Audit Negara (d) Memeriksa apa-apa perkara lain yang difikirkan patut diperiksa atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Parlimen kepada jawatankuasa Ketua Audit Negara 1 Ketua Audit Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja). 2 Jawatan Ketua Audit Negara hanya boleh dilucutkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor tribunal. 3 Walau bagaimanapun, Ketua Audit Negara berhak untuk meletakkan jawatan tanpa halangan mengikut undang- undang sedia ada. 4 Saraan (gaji) bagi Ketua Audit Negara dibayar oleh Kumputay Wang Persekutuan Disatukan. 5 Ketua Audit Negara bertanggungjawab melakukan tugasan, audit (semak dan lapor) ke atas tiga aspek yang berikut: (a) Kewangan (i) Ketua Audit Negara bertanggungjawab untuk mengaudit akaun-akaun yang berikut: + Akaun Kerajaan Persekutuan, + Akaun kerajaan negeri + Akaun pihak berkuasa awam + Institusi lain yang mentadbirkan wang negara (ii) Akaun-akaun tersebut akan dibentangkan kepada awam pada setiap tahun. (iii) Laporan tersebut diambil perhatian serius oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. (iv) Setiap akaun perlu diaudit supaya perbelanjaan (prosedur dan nilai perbelanjaan) dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Pematuhan Ketua Audit Negara bertanggungjawab untuk mengaudit tahap pematuhan setiap kementerian atau jabatan atau agensi kerajaan terhadap dasar dan undang-undang yang telah digubal oleh pihak kerajaan. (c) Prestasi Ketua Audit Negara bertanggungjawab untuk mengaudit prestasi setiap kementerian atau jabatan atau agensi kerajaan dalam melaksanakan aktiviti dan program yang dirancang secara cekap dan berkesan. 6 Ketua Audit Negara membuat laporan kepada Parlimen dan dibentangkan kepada rakyat. 7 Laporan Ketua Audit Negara merupakan teguran dan syor kepada Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan serta agensi-agensi awam. 8 Lazimnya Laporan Ketua Audit Negara akan membantu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara membuat siasatan dan tindakan susulan tertentu, termasuk mengambil tindakan perundangan terhadap pihak yang bertanggungjawab. ()

You might also like