Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERJANJIAN BANGKOK 1909

-Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani oleh British dan Siam pada 10 Mac 1909.
Perjanjian ini memberikan kesan besar kepada negeri-negeri Melayu Perlis, Kedah, Kelantan
& Terengganu. Perjanjian ini membukan laluan kepada British untuk menguasai negara kita
tanpa gangguan daripada kuasa luar yang lain.

RENTETAN PERISTIWA PERJANJIAN BANGKOK 1909

APRIL 1907
Rundingan antara pihak British dengan Siam bermula selepas Perjanjian
Perancis-Siam. Perjanjian ini diusahakan oleh Penasihat Am bagi Kerjasama
Siam, E.H Strobel dengan Ralph Paget, iaitu wakil British di Bangkok.

JUN 1907
Pejabat Tanah Jajahan membenarkan usaha perundingan ini.

13 SEPTEMBER 1907
Strobel menemui Putera Damrong, iaitu Menteri dalam negeri kerajaan Siam
bagi menyampaikan hasrat British.

NOVEMBER 1907
Hal tersebut disampaikan kepada Raja Siam.

JANUARI 1908 – JANUARI 1909


Draf perjanjian dirangka pada Januari 1908 dan dipersetujui pada bulan Januari
1909.

10 MAC 1909
Perjanjian ditandatangani antara wakil British, Ralph Paget dengan wakil
Siam, iaitu Putera Devawongse Varaprakar yang juga merupakan Menteri Hal
Ehwal Luar Kerajaan Siam.
PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK
BERSEKUTU
PENTADBIRAN DI KEDAH -;
 Penasihat British terlibat secara lansung dalam pentadbiran
yang turut melibatkan pembesar tempatan.
 Kedah tidak akan diserahkan kepada mana-mana negeri lain
tanpa keizinann bertulis dibuat oleh sultan dalam Majlis
Mesyuarat Negeri. Majlis Mesyuarat Negeri mejalankan
pentadbiran yang diwujudkan sejak tahun 1905.
 Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu
yang berkebolehan.
 Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting.

You might also like