Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Wawancara Kendiri IGPs (Insan Guru Perantis)

Siapa Saya sebagai Insan?

Saya menggambarkan diri saya sebagai warna air. Saya menggambarkan diri saya sebagai

objek yang berwarna-warni ini adalah kerana saya seorang yang ceria dan mudah untuk

bergaul dengan pelbagai orang dan pelbagai situasi. Seperti sifat warna air itu sendiri yang

boleh dicampur dan diadun dengan pelbagai warna sekalipun untuk menjadi warna yang

baharu tanpa ada batasnya. Sebagai contoh, walaupun saya berada dalam situasi yang sukar,

saya masih mampu untuk terus tersenyum dan bersemangat untuk melengkapkan semua tugas

saya. Kepelbagaian warna ini juga melambangkan bahawasanya terdapat pelbagai kaedah

penyelesaian atau alternatif yang berbeza untuk menyelesaikan suatu masalah dalam diri

saya. Jika tidak boleh kaedah itu saya mengunakan kaedah ini, begitulah menggambarkan diri

saya yang mempunyai pelbagai kaedah penyelesaian atau alternatif. Selain itu, warna air ini

memberi maksud bahawa saya seorang yang serba boleh dalam melakukan apa jua tugasan

yang diberikan sama ada dalam bidang mahupun di luar bidang. Seperti sifat warna air itu

sendiri yang boleh digunakan diatas pelbagai permukaan dan bukanya di atas kertas semata.

Saya mampu untuk menyahut cabaran yang diberikan dan menyelesaikannya dengan baik

dan penuh dedikasi. Ini kerana setiap permasalahan atau situasi yang sukar akan memberikan

pengalaman dan ilmu pada diri serta dapat menambah nilai diri untuk lebih berani mencuba

perkara baharu.

Jika diberikan kesempatan untuk saya memilih untuk menjadi seorang insan yang

lain, insan yang saya akan pilih ialah Colonel Sanders iaitu bapa kepada KFC sebuah restoran

ayam goreng yang terkemuka kerana beliau mempunyai semangat juang yang tinggi untuk

terus berjaya. Walaupun beliau telah banyak kali gagal, beliau tetap berusaha untuk berjaya.

Saya percaya untuk berjaya kita perlulah mempunyai semangat dan usaha yang tinggi
walaupun diri saya sudah dimakan usia sekalipun. Seperti Colonel Sanders walaupun sudah

berusia 65 tahun pada ketika itu, beliau terus berusaha dengan penuh semangat sehinggalah

akhirnya beliau berjaya menghasilkan resepi ayam goreng terbaik dan menjadi pengasas

KFC. Begitu juga dalam kerja seorang guru, saya mestilah mempunyai semangat juang yang

kuat tanpa berputus asa walaupun diri saya sudah dimamah usia kelak untuk melihat dan

mendidik anak-anak murid saya menjadi insan yang berjaya bukan sahaja dalam pelajaran

tetapi dalam hidup mereka agar mereka menjadi insan yang berguna.

Siapa Saya Sebagai Insan Guru Perantis ( IGPs)?

Berdasarkan pengamatan saya pada diri sendiri, ciri-ciri keperibadian yang saya miliki

sehingga melayakkan saya menjadi seorang guru perantis ialah saya seorang yang

bersungguh-sungguh dan sentiasa bersemangat dalam melakukan sesuatu tugas sama ada

tugasan secara individu atau berkumpulan. Contohnya, sebagai guru saya akan menjalankan

sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan penuh semangat supaya dapat

menarik perhatian pelajar dan membolehkan pelajar untuk mudah faham tentang topik yang

dipelajari. Selain itu, saya adalah seorang yang ceria dan mesra kerana saya sentiasa

menginginkan perkara-perkara yang positif dalam kehidupan seharian saya. Seperti yang kita

sedia maklum, tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi perlu menguruskan beberapa hal

ehwal pelajar supaya pelajar memperoleh pendidikan yang baik sepanjang berada di sekolah.

Walaubagaimanapun, saya seorang yang bermotivasi tinggi bagi mendorong saya untuk

melaksanakan tugas saya dengan jayanya. Ianya adalah penting sebagai seorang guru kerana

motivasi dalam diri dapat membantu untuk menyampaikan ilmu dengan berkesan khususnya

kepada pelajar. Motivasi dalam diri juga penting untuk menjadikan emosi kita sebagai guru

dalam keadaan baik dan terkawal dalam apa jua situasi.


Saya memilih ciri-ciri keperibadian tersebut kerana saya maklum bahawa menjadi

seorang guru adalah bukan sesuatu yang mudah. Antara sebab saya memilih sikap

bersemangat dan bersungguhsungguh ini adalah kerana saya hendak memberikan sesi

pengajaran dan pembelajaran yang terbaik di dalam kelas agar dapat membantu murid untuk

bersemangat dan minat untuk belajar. Ini kerana minat pelajar terhadapp pembelajaran amat

membantu murid untuk menguasai satu-satu topik yang mereka pelajari di dalam kelas.

Walaubagaimanapun, saya memilih sifat ceria dan mesra adalah kerana riak wajah

merupakan perkara pertama yang dilihat dan dinilai pada diri seseorang. Oleh itu, sifat ini

menjadikan pelajar dan rakan guru yang lain berasa selesa untuk bekerjasama dalam

menyelesaikan sesuatu tugas atau isu yang timbul dengan baik. Perbincangan juga mudah

untuk dijalankan kerana mempunyai sikap yang menyenangkan antara satu sama lain.

Seterusnya, sifat motivasi yang tinggi dalam diri juga amat penting untuk menetapkan

perkara yang baik dalam minda dan ianya mendorong diri kita untuk mencapai matlamat

yang telah ditetapkan. Motivasi ini juga diperlukan pada seorang guru untuk terus kuat

menghadapi segala 4 cabaran dalam kehidupan sebagai seorang guru dan melatih diri untuk

menjadi seorang guru yang cemerlang.

Ciri-ciri keperibadian yang perlu saya perelokkan sepanjang tempoh menjalani

pengajian program di UPSI ialah keyakinan dan keberanian untuk berkomunikasi dan

menggunakan kaedah yang efektif dan kreatif. Ini kerana sikap yakin dan berani untuk

memulakan pertuturan menggunakan bahasa yang elok dan sopan santun supaya ianya dapat

menjadi contoh dan teladan orang sekeliling. Ciri ini juga amat penting bagi seorang insan

yang bergelar guru kerana komunikasi dan pertuturan adalah perkara utama dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ciri ini perlu saya perelokkan supaya dapat berkongsi

atau menyampaikan maklumat dengan baik. Selain itu, meneliti dan mentelaah sesuatu

perkara sebelum disampaikan kepada murid atau masyarakat. Ini kerana ilmu atau maklumat
yang disampaikan hendaklah sahih dan diyakini supaya tidak mengundang salah faham dan

perbezaan pendapat dalam kalangan masyarakat kelak. Ianya haruslah diiringi dengan usaha

dan kerajinan untuk membongkar suatu topik atau perkara supaya memperoleh maklumat

yang diyakini dan boleh dikongsikan kepada orang lain. Seterusnya, berfikir di luar kotak

iaitu berfikir secara kreatif dan kritis seiring dengan arus moden. Zaman kini merupakan

zaman yang canggih dimana ianya dihiasi dengan gajet dan aplikasi yang maju serta serba

boleh. Ianya boleh diakses dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja.

Walaubagaimanapun, kemahiran berfikir perlu diasah dengan menyelesaikan suatu

permasalahan dengan memberikan idea penyelesaian yang efektif. Ianya juga membantu

untuk menimba lebih banyak pengetahuan dan pengalaman supaya lebih bijak dalam

membuat suatu keputusan. Bagaimana saya mempersiapkan diri daripada seorang insan guru

perantis (IGPS) kepada insan guru professional (IGP) ialah dengan melatih sikap adaptif,

minda inkuiri, penyayang, kolaboratif, kreatif dan inovatif. Melalui sikap tersebut, ianya

membantu dalam kemenjadian seorang guru yang profesional. Sebagai contoh, sikap adaptif

yang dimaksudkan disini ialah mampu untuk membiasakan diri di tempat baharu, dapat

menerima pembelajaran luar bidang serta menyahut cabaran yang mendatang lantas

menyelesaikannya dengan baik. Minda inkuiri pula ialah fikiran yang sentiasa ingin tahu dan

ianya juga penting bagi melahirkan rasa semangat untuk mempelajari suatu perkara dengan

baik dan bersemangat. Selain itu, saya mempersiapkan diri dengan memahami dan

mengamalkan konsep kontekstual. Konsep ini adalah baik untuk diaplikasikan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana ianya membantu pelajar untuk lebih 5

faham tentang satu topik yang dipelajari sama ada melalui pengalaman, hubungkait

kehidupan dan sebagainya. Ianya juga sesuai dengan pembelajaran zaman kini yang

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid dan menjadikan

guru sebagai fasilitator yang memantau dan memastikan apa yang dipelajari adalah betul.
Seterusnya, saya akan menambah kemahiran dan pengetahuan dalam menjalankan sesi

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seiring dengan pembelajaran abad ke-21,

munculnya pelbagai kaedah baharu yang amat berguna untuk dipraktikkan semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, meneroka aplikasi yang menarik dan mudah

digunakan bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar supaya pembelajaran akan menjadi

lebih menarik serta lain daripada yang lain. Ciri-ciri keperibadian yang perlu saya perelokkan

sepanjang tempoh menjalani pengajian program di UPSI ialah keyakinan dan keberanian

untuk berkomunikasi dan menggunakan kaedah yang efektif dan kreatif. Ini kerana sikap

yakin dan berani untuk memulakan pertuturan menggunakan bahasa yang elok dan sopan

santun supaya ianya dapat menjadi contoh dan teladan orang sekeliling. Ciri ini juga amat

penting bagi seorang insan yang bergelar guru kerana komunikasi dan pertuturan adalah

perkara utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ciri ini perlu saya

perelokkan supaya dapat berkongsi atau menyampaikan maklumat dengan baik. Selain itu,

meneliti dan mentelaah sesuatu perkara sebelum disampaikan kepada murid atau masyarakat.

Ini kerana ilmu atau maklumat yang disampaikan hendaklah sahih dan diyakini supaya tidak

mengundang salah faham dan perbezaan pendapat dalam kalangan masyarakat kelak. Ianya

haruslah diiringi dengan usaha dan kerajinan untuk membongkar suatu topik atau perkara

supaya memperoleh maklumat yang diyakini dan boleh dikongsikan kepada orang lain.

Seterusnya, berfikir di luar kotak iaitu berfikir secara kreatif dan kritis seiring dengan arus

moden. Zaman kini merupakan zaman yang canggih dimana ianya dihiasi dengan gajet dan

aplikasi yang maju serta serba boleh. Ianya boleh diakses dengan hanya menggunakan hujung

jari sahaja. Walaubagaimanapun, kemahiran berfikir perlu diasah dengan menyelesaikan

suatu permasalahan dengan memberikan idea penyelesaian yang efektif. Ianya juga

membantu untuk menimba lebih banyak pengetahuan dan pengalaman supaya lebih bijak

dalam membuat suatu keputusan. Bagaimana saya mempersiapkan diri daripada seorang
insan guru perantis (IGPS) kepada insan guru professional (IGP) ialah dengan melatih sikap

adaptif, minda inkuiri, penyayang, kolaboratif, kreatif dan inovatif. Melalui sikap tersebut,

ianya membantu dalam kemenjadian seorang guru yang profesional. Sebagai contoh, sikap

adaptif yang dimaksudkan disini ialah mampu untuk membiasakan diri di tempat baharu,

dapat menerima pembelajaran luar bidang serta menyahut cabaran yang mendatang lantas

menyelesaikannya dengan baik. Minda inkuiri pula ialah fikiran yang sentiasa ingin tahu dan

ianya juga penting bagi melahirkan rasa semangat untuk mempelajari suatu perkara dengan

baik dan bersemangat. Selain itu, saya mempersiapkan diri dengan memahami dan

mengamalkan konsep kontekstual. Konsep ini adalah baik untuk diaplikasikan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana ianya membantu pelajar untuk lebih 5

faham tentang satu topik yang dipelajari sama ada melalui pengalaman, hubungkait

kehidupan dan sebagainya. Ianya juga sesuai dengan pembelajaran zaman kini yang

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid dan menjadikan

guru sebagai fasilitator yang memantau dan memastikan apa yang dipelajari adalah betul.

Seterusnya, saya akan menambah kemahiran dan pengetahuan dalam menjalankan sesi

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seiring dengan pembelajaran abad ke-21,

munculnya pelbagai kaedah baharu yang amat berguna untuk dipraktikkan semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, meneroka aplikasi yang menarik dan mudah

digunakan bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar supaya pembelajaran akan menjadi

lebih menarik serta lain daripada yang lain.

You might also like