Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERKATAAN BANYAK MAKNA

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


1. I Bekas luka di kakinya masih kelihatan.
II Haji Ghazali bekas anggota tentera darat.
III Mimi menyimpan biskut di dalam bekas kaca.
IV Pak Azmi membawa dua bekas kayu api dari kebunnya.
A. I dan III sahaja.
B. II dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. I, II, III dan IV

2. I Ayah menggondol rambut dengan pengetam rambut.


II Para petani dinasihati supaya menggondol tanah masing-masing
supaya kelihatan bersih.
III Pak Itam menggondol pokok kelapa di belakang rumahnya.
IV Dia menggondol hadiah pertama dalam pertandingan melukis itu.
A. IV sahaja.
B. I dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

3. I Kerja-kerja mengira itu amat sukar.


II Penyakit barah amat sukar diubati.
III Hidupnya menjadi sukar selepas dibuang kerja.
IV Alat ganti kereta import sukar diperoleh.
A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV

4. I Dia tidak dapat penuh janjinya.


II Kedai kain itu penuh sesak oleh orang ramai.
III Perasaannya penuh ketika mendeklamasikan sajak itu.
IV Sekiranya saya mengambil cuti, tentu gaji saya tidak penuh.
A. I dan III sahaja.
B. I dan IV sahaja.
C. II dan III sahaja.
D. II dan IV sahaja.

5. I Hatinya terbenam setelah mendengar cerita yang sedih itu.


II Bangkai kapal terbang itu dijumpai terbenam di dasar laut.
III Saya terpegun oleh keindahan pemandangan matahari terbenam.
IV Tayar kereta itu terbenam di dalam rumput ketika melalui jalan yang
becak.
A. I dan III sahaja.
B. II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

6. I Jemputlah naik, Mak Cik Bedah.


II Dia naik pangkat sebagai pengurus.
III Harga kelapa sawit naik pada minggu lepas.
IV Mereka naik bukit itu pada waktu pagi.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

7. I P.Ramlee memetik biola untuk memenuhi permintaan rakan-


rakannya.
II Mereka sedang memetik sampah di sekitar kawasan sekolah.
III Aminah memetik kata-kata hikmat itu daripada sebuah buku.
IV Selain menyanyi, dia memang pandai memetik gitar.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

8. I Cita-citanya amat tinggi iaitu menjadi seorang doktor.


II Pokok yang tinggi itu ditebang kerana berbahaya kepada orang
ramai.
III Kain yang dipakainya kelihatan tinggi.
IV Harga barang yang diimport lebih tinggi berbanding harga barang
tempatan.
A. I dan IV
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II dan IV

9. I Halimah mengacau air teh untuk ayahnya.


II Budak lelaki itu suka mengacau adik kecilnya.
III Dia sentiasa mengacau buku kerja adik-adiknya.
IV Masalah itu mengacau fikirannya sejak semalam.
A. I dan IV sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I,II dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

10. I Rumah Suzi yang baru dibina itu beratap genting.


II Tayar kereta itu genting kerana anginnya kurang.
III Tali lama ampaian itu telah genting.
IV Jarinya genting kerana tersepit meja.
A. I dan III sahaja.
B. II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

11. I Govinda memerah susu lembunya untuk dijual di pasar.


II Suzana memerah wang gajinya untuk menyekolahkan adik-
adiknya.
III Azli dan rakannya memerah keringat untuk menjayakan
projek ternakan udang galah.
IV Pengurus itu memerah otak untuk menyelesaikanmasalah
syarikat.
A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV .

12. I Kebanyakan bahan mentah diperoleh di dalam negeri.


II Nasi itu terpaksa dibuang kerana mentah.
III Ulam-ulaman sesuai dimakan mentah.
IV ” Jangan biarkan mereka berbuat sesuka hati. Mereka masih
mentah,” kata ayah.
A. I dan II sahaja.
B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV .

13. I Mahmud bekas tentera udara.


II Pak Udin mengikat dua bekas kayu api untuk dibawa pulang.
III Biskut badam itu disimpan di dalam bekas kedap udara.
IV Tangannya masih bekas tanah liat.
A. I dan III sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

14. I Perutnya kembang kerana makan makanan yang berangin.


II Kembang hatinya apabila Cikgu Julia memuji-mujinya di
dalam kelas.
III Adunan kuih itu dibiarkan seketika supaya kembang.
IV Swee Lim tertarik oleh bunga mawar yang sedang kembang
itu.
A. I dan II sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, II dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

15. I Peneroka itu menggunakan sabit untuk mengait buah


kelapa sawit.
II Jika sabit kesalahannya, peragut itu akan dihukum penjara
selama lima tahun.
III Bulan sabit pada bendera Malaysia melambangkan agama
rasmi negara ini.
IV Petani itu sedang sabit di tanah sawahnya.
A. I, II dan III sahaja.
B. I, III dan IV sahaja.
C. II,III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

16. I Diana menarik tangan adik lalu masuk ke dalam rumah.


II Menarik sungguh filem ditayangkan di pawagam itu.
III Subsidi diesel boleh menyebabkan harga minyak menarik.
IV Budak kecil yang comel itu menarik perhatian orang ramai.
A. I dan II sahaja.
B. II dan IV sahaja.
C. I, II dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

You might also like