Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN
CONVENT

KERJA LAPANGAN
GEOGRAFI TINGKATAN 2

TAJUK: PENGANGKUTAN AWAM DI


TAMAN PERPADUAN KOPERASI, IPOH
PERAK

Disediakan oleh:

NAMA:
TINGKATAN:
Senarai Kandungan

Penghargaan 1

Pendahuluan 1

Objektif Kajian 1

Kawasan Kajian 2

Kaedah Kajian 2

Hasil Kajian 3-5

Rumusan 5

Rujukan 6
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK Convent,
_____________kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini.
Saya juga ingin berterima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya, iaitu
Pn. Aliffatuz zahra Bt Safingi kerana sudi memberi tunjuk ajar dan bantuan
mengenai kerja lapangan ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya, iaitu ________ dan
___________kerana memberi sokongan dan semangat kepada saya untuk
menyiapkan kerja lapangan ini. Tidak juga dilupakan rakan-rakan sekelas
________ yang sudi berkongsi maklumat dalam proses melaksanakan kerja
lapangan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada respoden yang sudi
memberi kerjasama dan menjawab soalan-soalan dalam borang temu bual.

PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan awam di Taman
Perpaduan Koperasi, Ipoh, Perak.

Saya memilih tajuk ini kerana berdekatan dengan kawasan tempat tinggal saya.
Saya menjalankan kajian ini selama lima minggu bermula pada akhir bulan
September hingga bulan Oktober.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Perpaduan Koperasi, Ipoh, Perak
bertujuan untuk:

1) Mentakrif dan menghuraikan konsep pengangkutan awam.


2) Menyatakan dan menghuraikan jenis pengangkutan awam.
3) Menyatakan dan menghuraikan kepentingan pengangkutan awam di kawasan
kajian.
4) Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan
kajian.
5) Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam
di kawasan kajian.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah sekitar Taman Perpaduan Koperasi Ipoh, Perak.
Jumlah penduduk di kawasan kajian ialah 1398 orang. Bentuk muka bumi di
kawasan ini adalah terdiri daripada tanah pamah rata. Jarak kawasan kajian dari
bandar ialah lima kilometer. Jika menaiki bas, tambangnya RM 3.00.
Sekiranya menaiki teksi pula tambangnya RM 10.80.

KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kajian dengan kaedah berikut:

1) Pemerhatian – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui jenis


pengangkutan awam di kawasan kajian.

2) Temu bual – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui kepentingan


pengangkutan awam di kawasan kajian. Selain itu, kaedah ini digunakan untuk
mengetahui masalah pengangkutan awam dan cadangan untuk mengurangkan
masalah pengangkutan awam.

3) Rujukan – Rujukan buku teks mata pelajaran Geografi dan Internet digunakan
untuk mengetahui konsep pengangkutan awam.
HASIL KAJIAN
1. Konsep pengangkutan awam
Menurut Scribd, pengangkutan awam adalah perkhidmatan kenderaan
pengangkutan awam berbayar yang digunakan oleh masyarakat awam untuk
bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Pengguna dikehendaki membayar
kos perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sesetengah perkhidmatan
menyediakan tiket sebagai resit bukti pembayaran. Perkhidmatan kenderaan
pengangkutan awam berbayar ini merangkumi perkhidmatan bas, van, teksi,
rapid transit dan LRT, monorel. Antara perkhidmatan pengangkutan awam yang
lain termasuklah kapal terbang, feri dan keretapi.

2. Jenis pengangkutan awam di kawasan kajian

Melalui pemerhatian saya, pengangkutan awam di Taman Perpaduan Koperasi


Ipoh, Perak ialah bas, teksi dan e-hailing. Pengangkutan bas yang terdapat di sini
ialah bas sekolah. Pengangkutan bas sekolah penting kepada murid untuk ke
sekolah pada setiap hari persekolahan. Penduduk pula boleh sampai ke tempat
yang dituju dengan kenderaan e-hailing dengan cepat dan murah.

3. Kepentingan pengangkutan awam

Kepentingan pengangkutan awam di Taman Perpaduan Koperasi, Ipoh, Perak


adalah seperti berikut:

a) Mengurangkan kesesakan lalu lintas


Melalui pemerhatian saya, pengangkutan awam boleh mengurangkan
keseakan lalu lintas di kawasan kajian. Penggunaan pengangkutan awam seperti
bas dan teksi dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini
secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan
kajian.
b) Menjimatkan kos dan masa
Melalui pemerhatian saya, penduduk akan mampu tiba ke destinasi yang dituju
lebih awal tanpa mengambil masa yang panjang. Dari segi kos pula, pengangkutan
awam hanya memerlukan tambang yang murah berbanding kenderaan sendiri yang
memerlukan peruntukan wang banyak untuk kos minyak, bayaran parkir dan tol.

c) Memudahkan urusan seharian


Melalui pemerhatian saya, pengangkutan awam boleh memudahkan urusan
seharian atau perjalanan. Contohnya, murid-murid tidak perlu risau tentang masalah
pengangkutan kerana mereka boleh menggunakan bas sekolah. Penduduk juga boleh
menggunakan teksi atau e-hailing untuk ke tempat bertugas atau pasar untuk
membeli- belah.

4. Masalah pengangkutan awam di kawasan kajian


a) Pencemaran udara
Melalui pemerhatian saya, pengangkutan awam di kawasan kajian telah
menyebabkan pencemaran udara. Ini kerana penggunaan diesel oleh pengangkutan
seperti bas menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap dari ekzos. Hal ini
kerana penyelenggaraan pengangkutan tersebut kurang baik dan melepaskan asap
yang berbahaya yang boleh mendatangkan penyakit.

b) Jangka masa yang lama


Melalui temu bual dengan Puan Chang, beliau menyatakan bahawa bas
sekolah anaknya sampai pada jangka masa yang lama. Ini kerana bas itu perlu
berhenti di destinasi berbeza untuk mengangkat murid yang lain juga. Hal ini
melambatkan anaknya untuk sampai ke sekolah pada masa yang tepat.

c) Kenderaan lama digunakan


Melaui pemerhatian saya, pengangkutan bas di kawasan kajian tidak diselenggara
dan uzur. Ini menyebabkan keadaan, kondisi dan tempat duduk bas tidak selesa. Hal
ini menjadi kebimbingan kepada penduduk kerana merasakan kenderaan yang
dinaiki tidak selamat.
5. Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di
kawasan kajian
a) Menguatkuasakan undang-undang
Berdasarkan temu bual dengan Encik Wong, beliau mencadangkan
bahawa pemandu bas yang melakukan kesalahan seperti mengeluarkan asap
hitam harus didenda kerana membahayakan kesihatan penduduk dan
menyebabkan pencemaran udara.

b) Menambah bilangan perhentian bas


Menurut Cik Chong Siew Mei, beliau menyatakan bahawa bilangan
perhentian bas dan laluan mini bas harus dilebihi di kawasan kajian kerana
pengangkutan awam terlalu kurang di kawasan kajian.

c) Penapis asap / Catalytic converter


Berdasarkan hasil pembacaan saya, penapis asap atau catalytic converter dapat
mengurangkan bahan pencemar bahaya seperti karbon monoksida dan nitrat
monoksida. Dengan menggunakan penapis asap atau catalytic converter,
pencemaran udara akan dikurangkan dengan cepat dan efisien.

RUMUSAN
Kesimpulannya, jenis pengangkutan awam di kawasan kajian ialah bas, teksi dan
e-hailing. Semua pengangkutan awam ini mempunyai kepentingan kepada penduduk
di kawasan kajian. Antaranya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas,
menjimatkan kos dan masa serta memudahkan urusan seharian penduduk.

Pelbagai masalah pengangkutan awam dihadapi di kawasan kajian. Antaranya


adalah pencemaran udara, pengangkutan awam tiba pada jangka masa yang lama
dan kenderaan yang tidak diselenggara digunakan. Pelbagai langkah dicadangkan
untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian. Antaranya
adalah untuk menguatkuasakan undang-undang dan menambah perhentian bas di
kawasan kajian.

Saya bersyukur dapat menjalankan kajian ini dan berharap kajian ini dapat
memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Dapatan kajian ini diharap dapat
mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab.
RUJUKAN
Buku
Kang Chai Yoeng, Zulkipli bin Ismail, Rajanderan Subramaniam (2017), Geografi
Tingkatan 2: IMS Books Trading Sdn. Bhd.

Internet
Konsep pengangkutan awam
https:ww

Catalytic converter

Orang Sumber
Puan Chang, 42 tahun, No. 63, Jalan Koperasi 4, Taman Perpaduan Koperasi, 31400, Ipoh, Pera
Encik Wong, 51 tahun, No. 68, Jalan Koperasi 4, Taman Perpaduan Koperasi, 31400, Ipoh, Pera
Cik Chong Siew Mei, 36 tahun, No. 71, Jalan Koperasi 4, Taman Perpaduan Koperasi, 31400, Ipo

You might also like