Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


TAMAN KLANG UTAMA

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 2

TAJUK :
PENGANGKUTAN AWAM DI
TAMAN KLANG UTAMA,
KLANG, SELANGOR

Tulis ikut tempat tinggal


sendiri

Disediakan oleh :
AHMAD BIN ABU
2 EFISIEN

Tulis nama dan kelas


sendiri
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

JADUAL KERJA

BIL TARIKH / HARI AKTIVITI / PERKARA


Diberi taklimat kerja lapangan Geografi oleh guru
1 1/9/2021 (Rabu)
Geografi, ( tulis nama guru anda) .
Perbincangan dengan guru Geografi mengenai
2 1/9/2021 (Rabu)
kehendak kerja lapangan
( tulis tarikh mula
3 Membina Jadual Kerja dan Senarai Kandungan
buat laporan)
( tulis tarikh mula Menulis penghargaan dan pendahuluan tentang
4
buat laporan) kerja lapangan
5 ( tulis tarikh buat ) Menyenaraikan objektif kajian
6 ( tulis tarikh buat ) Menulis perincian kawasan kajian
Melukis peta lakar kawasan kajian berdasarkan
7 ( tulis tarikh buat )
Google Maps
Menyenaraikan dan menerangkan kaedah kajian
8 ( tulis tarikh buat )
yang digunakan

Menjalankan soal selidik dengan mendapatkan


9 ( tulis tarikh buat )
respon dari 10 orang sumber

Merekod, mengumpul dan menganalisis data


10 ( tulis tarikh buat )
daripada soal selidik
11 ( tulis tarikh buat ) Menulis hasil kajian daripada data
12 ( tulis tarikh buat ) Menulis rumusan kerja lapangan
13 ( tulis tarikh buat ) Menulis rujukan yang digunakan
14 ( tulis tarikh buat ) Melengkapkan lampiran
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Penghargaan

2 Pendahuluan

3 Objektif kajian

4 Kawasan kajian
Isi ikut muka
5 Kaedah kajian surat dalam
laporan
6 Hasil kajian sendiri

7 Rumusan

8 Rujukan

9 Lampiran
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan kerja lapangan Geografi Tingkatan 2 ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SMK Taman Klang Utama, Puan Hajah Umi
Kalsom binti Mohd Wahi kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu Puan
( nama guru Geografi ) kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja
lapangan ini. Tunjuk ajar sepanjang penyediaan laporan ini merupakan hasil komitmen yang
jitu daripada beliau.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu
Encik ( nama ayah ) dan Puan ( nama ibu ) kerana memberi
bantuan kewangan dan kebenaran kepada saya untuk menjayakan kerja lapangan ini.

Boleh tulis nama ayah ATAU ibu


jika tiada salah seorang ayah/ibu.

Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya, ( tulis nama
2 orang kawan ) kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa dalam proses
melaksanakan kerja lapangan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada
responden dan orang sumber yang sudi menjawab soalan-soalan dalam borang soal selidik.
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan awam di Taman Klang Utama, Klang,
Selangor.
Tulis ikut tempat tinggal sendiri,
sama seperti tajuk

Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk di sini menggunakan


pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk ke suatu tempat. Tambahan pula, kawasan
kajian saya ini merupakan tempat laluan utama pengangkutan awam.

Saya menjalankan kajian ini selama enam minggu bermula pada bulan September
hingga awal bulan Oktober. Pengumpulan data dan maklumat dilakukan selepas waktu PDPR.
Manakala bagi penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di rumah semasa waktu pengajaran
dan pembelajaran Geografi.

Tulis tempat ikut tajuk


OBJEKTIF KAJIAN
sendiri

Saya menjalankan kerja lapangan di __________________, Klang Selangor bertujuan untuk :

(a) Mentakrif dan menghuraikan konsep pengangkutan awam

(b) Menyatakan dan menghuraikan jenis pengangkutan awam

(c) Menyatakan dan menghuraikan kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian

(d) Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian

(e) Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di


kawasan kajian
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

Tulis tempat ikut tajuk


sendiri
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di sekitar ________________ , Klang, Selangor. Lingkungan


kawasan kajian ini adalah lebih kurang lima kilometer persegi. Kawasan ini adalah di bawah
pentadbiran Majlis Perbandaran Klang. Kawasan ini terletak dalam Mukim Kapar, Daerah
Klang, Selangor. Jumlah penduduk di kawasan kajian ini ialah lebih kurang ________

Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri daripada tanah pamah yang rata. Jarak
kawasan kajian dari bandar Klang ialah ______ kilometer. Jika menaiki bas, tambangnya ialah
RM _____ manakala jika menaiki teksi, tambangnya ialah RM ______

Tulis jarak dan kos


mengikut rumah sendiri
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

CONTOH SAHAJA
-LUKIS IKUT TEMPAT TINGGAL
SENDIRI
- Rujuk Google Maps

Peta 1 Kedudukan Taman Klang Utama

Tugas murid :

1. Buka Google Maps, search kawasan tempat tinggal sendiri.


Contoh : Taman Klang Utama
2. Lukis berpandukan Google Maps dalam lingkungan 5 km
3. Gunakan simbol-simbol dalam Peta Lakar yang telah dipelajari semasa
tingkatan 1
4. Mesti ada
a. tajuk
b. pemidang (frame)
c. arah mata angin
d. bahagian petunjuk
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:

(a) Pemerhatian :
Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui jenis pengangkutan awam di kawasan
kajian.
(b) Soal selidik :
Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui kepentingan pengangkutan awam di
kawasan kajian. Selain itu, kaedah ini digunakan untuk mengetahui masalah
pengangkutan awam dan cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam.

(c) Rujukan :
Rujukan buku secara maya, laman web, majalah dan keratan akhbar digunakan untuk
mengetahui konsep pengangkutan awam.

HASIL KAJIAN Simpan link internet yang anda


guna untuk letak di bahagian
A. Konsep pengangkutan awam rujukan

Menurut wikipedia, pengangkutan awam ialah transit awam merangkumi segala sistem
pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengangkutan awam dapat didefinisikan sebagai
sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan oleh orang
ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.

Sila catat judul kamus


untuk letak di
bahagian rujukan
(JIKA ADA GUNA)
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

Tulis tempat ikut


tajuk sendiri

B. Jenis pengangkutan awam di kawasan kajian

Melalui pemerhatian saya, jenis pengangkutan awam di ____________________ , Klang,


Selangor ialah perkhidmatan bas, perkhidmatan teksi dan perkhidmatan e-panggilan.
Pengangkutan bas di sini terdiri daripada bas henti-henti atau bas tambang dan bas sekolah.
Perkhidmatan bas sekolah penting kepada murid untuk ke sekolah pada setiap hari
persekolahan. Perkhidmatan bas henti-henti pula penting kepada penduduk dalam kawasan
kajian untuk ke bandar Klang.
Tulis tempat ikut
tajuk sendiri

Selain itu, teksi di ______________________ termasuklah teksi bertambang iaitu


seorang pemandu memandu kenderaan yang digunakan untuk mengangkut seseorang atau
sebilangan kecil penumpang ke destinasi yang dipilih oleh penumpang.

Tulis tempat ikut


tajuk sendiri

Penduduk di ___________________ juga menggunakan satu aplikasi dipanggil


perkhidmatan e-panggilan untuk menaiki kenderaan penumpang seperti Grab.

C. Kepentingan pengangkutan awam Tulis tempat ikut


tajuk sendiri

Kepentingan pengangkutan awam di ___________________________, Klang adalah seperti


yang berikut:

(a) Mengurangkan kesesakan lalu lintas

Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan


lalu lintas di kawasan kajian. Penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat
mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini secara tidak langsung dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan kajian.
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

(b) Membawa penumpang

Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa, pengangkutan awam di kawasan kajian sangat
penting untuk membawa penumpang. Saya sendiri menggunakan pengangkutan awam, iaitu
bas untuk ke bandar Klang dan ke sekolah. Selain itu, saya juga menggunakan teksi pada masa
yang sangat memerlukan. Bas dan teksi merupakan kenderaan utama bagi pekerja asing untuk
ke bandar Klang dan ke tempat-tempat lain.

(c) Sumber pendapatan

Melalui soal selidik, ada responden menyatakan dengan adanya pengangkutan awam telah
membuka peluang pekerjaan dan menambah pendapatan bagi pemandu dan konduktor bas.

(d) Menjimatkan kos

Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan kos. Saya
dapat pergi ke bandar Klang hanya dengan tambang RM__________ berbanding dengan kos
menggunakan kenderaan persendirian. Selain kos bahan api atau petrol, kos tempat letak kereta
juga turut dapat dijimatkan dengan menggunakan pengangkutan awam.

D. Masalah pengangkutan awam di kawasan kajian

(a) Kenderaan lama

Melalui pemerhatian saya, kebanyakan pengangkutan awam terutamanya bas di kawasan


kajian sudah lama dan uzur. Saya sendiri pernah tiba lewat ke sekolah kerana bas rosak dalam
perjalanan ke sekolah. Selain itu juga ada sesetengah bas di mana cermin tingkapnya ada yang
pecah. Terdapat bas yang mempunyai tempat duduk yang terlalu usang dan kusyennya pula
telah koyak menyebabkan penumpang berasa tidak selesa.

(b) Pencemaran udara

Berdasarkan pemerhatian saya, pengangkutan awam di kawasan kajian telah menyebabkan


pencemaran udara. Tambahan pula, bas-bas yang beroperasi ini menggunakan minyak diesel
sebagai bahan api. Bas-bas ini mengeluarkan asap yang banyak. Pencemaran udara
mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk dan boleh mendatangkan penyakit.
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

Nama responden/
(c) Kemalangan orang sumber

Berdasarkan soal selidik dengan ______________________, beliau bersetuju bahawa, terdapat


pemandu bas yang memandu secara berbahaya dan tidak berhati-hati. Mereka berbuat
demikian kerana mengejar jadual perjalanan dan berlumba-lumba untuk mendapatkan
penumpang tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain. Hal ini menyebabkan
kemalangan berlaku di jalan raya.

(d) Kos bahan api meningkat


Nama responden/
orang sumber

Melalui soal selidik dengan_____________________, beliau menyatakan bahawa, kenaikan


kos bahan api telah menyebabkan tambang bas awam turut meningkat. Misalnya, pada tahun
2005 tambang bas dari _____________________ ke bandar Klang ialah RM_________. Pada
tahun 2020, tambang bas meningkat kepada RM_________ dan peningkatan ini telah
membebankan penduduk yang sering menggunakan bas awam ini.

(e) Jangka masa lama

Nama responden/
orang sumber

Berdasarkan soal selidik dengan____________________, masa yang lama diambil untuk


menunggu bas iaitu lebih kurang 30 minit hingga satu jam. Hal ini menyebabkan pengguna
terpaksa menunggu lama untuk ke sesuatu tempat.
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

Jadual 1 : Masalah pengangkutan awam di kawasan kajian mengikut bilangan responden.

Masalah pengangkutan awam Bilangan responden


Pencemaran udara ?
Kos bahan api meningkat ?
Kemalangan ?
Kenderaan lama ?
Jangka masa lama ?

Jumlah
keseluruhan
adalah 10

Pencemaran
udara

Kos bahan
Jangka masa
api
Masalah lama
meningkat
pengangkutan
awam di
____________
____________

Kenderaan
Kemalangan lama
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

E. Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian.

(a) Menambah bilangan bas dan bas baharu

Pihak syarikat bas hendaklah menambah bilangan bas dan menggantikan bas-bas yang lama
dengan bas-bas yang baharu. Bas yang boleh dibaiki pula hendaklah diselenggara untuk
keselesaan penumpang.

(b) Kempen alam sekitar Nama responden/


orang sumber

Menurut _______________________, kempen alam sekitar perlu dihebahkan kepada


penduduk di kawasan kajian. Bas-bas yang banyak mengeluarkan asap perlu mengambil
inisiatif untuk mengurangkan kadar pelepasan asap.

(c) Penapis asap atau catalytic converter

Berdasarkan hasil pembacaan saya, penggunaan penapis asap atau catalytic converter dapat
mengurangkan pembebasan gas-gas berbahaya ke udara. Keadaan ini dapat mengurangkan
pencemaran udara.

(d) Menguat kuasa undang-undang Nama responden/


orang sumber

Berdasarkan soal selidik _________________________, beliau mencadangkan tindakan


undang-undang perlu dikenakan ke atas pemandu bas yang tidak mematuhi peraturan jalan
raya. Tindakan ini adalah untuk mendisiplinkan pemandu bas. Selain itu, tindakan ini dapat
memberi pengajaran kepada pemandu bas yang lain.
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

Tulis tempat ikut


RUMUSAN tajuk sendiri

Kesimpulannya, jenis pengangkutan awam utama di _____________________________ ialah

_______________ . _______________ ini mempunyai banyak kepentingan kepada penduduk

di kawasan kajian. Antaranya adalah untuk____________________________________ ,


____________________________________ , ___________________________________
dan ___________________________________.
Berpandukan
hasil kajian
Tulis pengangkutan utama
(bahagian C)
di Kawasan kajian seperti
bas/teksi

Pelbagai masalah pengangkutan awam dihadapi di kawasan kajian. Antaranya ialah


____________________________________ , _____________________________________ ,
____________________________________ , _____________________________________ ,
dan ___________________________________.

Berpandukan
hasil kajian
(bahagian D)

Pelbagai langkah diambil untuk mengatasi masalah pengangkutan awam. Antaranya


adalah ____________________________________ , ______________________________ ,
______________________________________ dan _________________________________.

Berpandukan hasil
kajian (bahagian E)

Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan berharap kajian ini dapat
memberi manfaat kepada penduduk, syarikat pengangkutan awam dan masyarakat umumnya.
Dapatan kajian ini diharap dapat mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab.
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

RUJUKAN
Tulis judul buku yang
anda ada guna

Buku
Mohd Jamil Mohamed, Rodzli Hj Hashim, Mahani Mahbar (2004). Geografi Tingkatan 3:
Kuala Lumpur: Johore Central Store Sdn. Bhd.

Chong Mui Sen, Azizan Abu Samah (2003). Geografi Tingkatan 2 Kuala Lumpur: Percetakan
Saufi.

Tulis nama 10 orang


sumber yang menjawab
soal selidik
Orang Sumber
Encik Jaya bin Junus, 51 tahun, No.88 Taman Tun Syed Nasir, 84000 Tangkak, Johor.
Encik Samsul bin Johan, 40 tahun, No.333 Taman, Tun Syed Nasir, 84000 Tangkak, Johor.
Encik Zahid bin Hamdan, 43 tahun, No.423 Taman Tun Syed Nasir, 84000 Tangkak, Johor.

Tulis sumber internet yang


anda ada guna (jika ada)
Internet
Pengangkutan Awam. (n.d). Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Edisi Kedua. Diakses pada Jun
8 2017 daripada http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=pengangkutan+awam

Catalytic converter. (n.d). American Heritage R Dictionary of the English Language, Fifth
Edition. (2011). Diakses pada Ogos 17 2017 daripada
http://www.thefreedictionary.com/catalytic+converter
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

LAMPIRAN
Letakkan perkara seperti :
- peta kawasan kajian dari internet
- gambar pengangkutan awam di kawasan kajian seperti bas/teksi
- borang soal selidik yang telah dijawab oleh 10 orang sumber
- jika menggunakan Google Form, boleh tangkap layar(screenshot) bahagian yang
menunjukkan nama orang sumber
- keratan akhbar berkenaan pengangkutan awam, jika ada

CONTOH
Borang Soal Selidik

1. Nama : _______________________________________________________
2. Jantina :

Lelaki Perempuan
3. Umur :

20 tahun ke bawah

21 – 40 tahun

41 tahun ke atas
4. Bangsa :

Melayu

Cina

India

Lain-lain

5. Pernahkah anda menggunakan pengangkutan awam di kawasan ini?

Ya Tidak
CONTOH PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

6. Apakah jenis pengangkutan yang anda gunakan?

Teksi Bas

7. Kekerapan menggunakan pengangkutan awam.

Setiap hari

1 – 2 kali seminggu

<5 kali sebulan

8. Berikan alasan mengapa anda memilih menggunakan pengangkutan awam.

Tiada kenderaan sendiri

Mudah didapati

Elakkan tekanan di jalan raya seperti menghadap kesesakan

Lain-lain
Nyatakan : _________________________________________

9. Pada pendapat anda, adakah kos pengangkutan tersebut wajar?

Ya Tidak

10. Apakah permasalahan yang anda hadapi semasa menggunakan perkhidmatan awam
tersebut?
_______________________________________________________________________

11. Apakah cadangan anda untuk mengatasi permasalahan tersebut?

_______________________________________________________________________

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjawab soal-selidik ini. Kerjasama anda amat

dihargai.

You might also like