Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah


Menengah Kebangsaan Meru, Puan Siti Dinar kerana memberi kebenaran
kepada saya dan rakan yang lain untuk menjalankan kerja lapangan ini dengan
jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru geografi saya, iaitu
Puan Noor Syaziah Binti Salim yang telah memberi bimbingan tunjuk ajar dan
nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Ruselan Bin Md Sharip
dan Rosita Binti Hakim yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada
saya untuk menyiapkan kerja lapangan ini

Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan saya,iaitu Nur
Syuhaidah Binti Mohd Yusni,Eisyatul Husna Binti Ridhwan Ong, Aina Nurdamia
Binti Ahmad Jais dan Adam Riffan Bin Qash Hairi yang telah membantu saya
dalam menyiapkan kerja lapangan ini.
PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk “Kajian Penggunaan Telekomunikasi di Sekitar Taman


Meru Satu, Meru, Klang” sebagai tajuk kerja lapangan saya. Hal ini kerana
penggunaan sistem telekomunikasi dapat memberi banyak kemudahan kepada
penduduk setempat.

Tempoh masa yang saya ambil menyiapkan kerja lapangan ini ialah selama dua
minggu. Pengumpulan data dan maklumat yang diperlukan dalam kerja
lapangan ini serta laporan dijalankan pada selepas waktu pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Geografi dalam kelas.
OBJEKTIF KAJIAN

Saya melakukan kajian Penggunaan Sistem Telekomunikasi di sekitar Taman


Meru Satu, Meru, Klang untuk mencapai objektif yang berikut:
1)Mengenal pasti konsep telekomunikasi
2)Menghuraikan faktor pemilihan aplikasi media sosial di kawasan kajian
3)Menjelaskan kesan penggunaan aplikasi media sosial di kawasan kajian
4)Mencadangkan langkah untuk menggunakan aplikasi media sosial
Secara beretika
KAWASAN KAJIAN
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN:

Kawasan kajian saya adalah sekitar Taman Meru Satu,Meru,Klang.Terdapat


beberapa ciri fizikal yang ada di kawasan kajian saya.Antaranya ialah
hutan,rumput dan pokok-pokok.Kawasan meru terletak di bahagian barat
Selangor.Kawasan ini merupakan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran
Klang (MPK).

Ciri budaya yang terdapat di kawasan kajian saya adalah pokok kelapa,tokong
cina dan taman perumahan.Terdapat jaringan jalan raya yang memudahkan
perhubungan antara satu destinasi ke destinasi yang lain.
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan kajian ini.
Antaranya ialah:

# SOAL SELIDIK- Saya telah memberi soal selidik kepada 6 orang responden
untuk mendapat maklumat tentang tugasan ini

# RUJUKAN- Saya telah melayari beberapa laman web untuk mendapat


maklumat berkaitan kajian dan membuat rujukan berdasarkan buku teks

# PEMERHATIAN- Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian untuk


mengenal pasti ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan kajian.

#TEMU BUAL- Saya telah menemubual 2 orang responden untuk mendapat


maklumat tentang tugasan ini.
HASIL KAJIAN
PETA LAKAR SEKITAR TAMAN MERU SATU
TAFSIRAN PETA LAKAR
Hutan merupakan tumbuhan semula jadi yang terdapat dalam peta dan
terletak di belakang taman perumahan.

Tanaman utama di Taman Meru Satu ialah pokok kelapa, pokok mangga dan
pokok pisang.

Di antara kemudahan awam yang terdapat di Taman Meru Satu ialah tokong
cina,balai polis dan pasaraya.
KONSEP DAN CONTOH ALAT
TELEKOMUNIKASI
KONSEP:
Dalam kehidupan sehari-hari kita, komunikasi adalah sangat penting dan
menjadi eleman asas hidup bermasyarakat. Komunikasi merupakan sebuah
proses diamana manusia menghantar dan menerima maklumat serta
berkongsi idea mahupun perasaan. Komunikasi boleh dilakukan dalam pelbagai
saluran dengan tujuan maklumat yang hendak ditujukan sampai kepada
penerima dengan membawa makna yang sama. Perkataan komunikasi
dipercayai berasal daripada latin communicates yang bererti berkongsi
sesuatu.

CONTOH:
TELEFON
TELEFON BIMBIT
TELEFON PINTAR
RADIO
TABLET
KOMPUTER RIBA
FAKTOR PEMILIHAN APLIKASI
MEDIA SOSIAL
Media sosial merupakan faktor penting dalam peningkatan kualiti
berkomunikasi. Penggunaan media sosial dalam setiap penduduk memerlukan
kepekaan dalam pemilihan media yang akan digunakan.Sehubungan dengan
itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan media
sosial,jenis pemilihan media sosial dan juga kegunaannya dalam kalangan
penduduk.

You might also like