Kertas Penerangan C01 - (Wa1-7)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

KOLEJ AITC KUCHING (L00922)

LOT 3073-3086, OF PARENT LOT 2988, BLOCK 12,


JALAN USAHAJAYA, MUARA TABUAN,
93350, KUCHING SARAWAK.

KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA
G452-002-3:2018 LIGHT VEHICLE – DIAGNOSE SERVICE
PROGRAM
TAHAP 3

NO. DAN TAJUK UNIT G452-002-3:2018-C01 AUTOMOTIVE WORKSHOP


KOMPETENSI SUPERVISION
1. PREPARE WORKSHOP WORK SCHEDULE
2. CONDUCT BRIEFING SESSION
3. PREPARE WORKSHOP SECTIONAL OPERATION
BUDGET INFORMATION
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA 4. MONITOR WORKSHOP STAFF PERFORMANCE
5. COORDINATE WORKSHOP STAFF TRAINING
6. MONITOR WORKSHOP SAFETY
7. MONITOR ENVIRONMENT QUALITY

NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(1/7) Muka Surat : 1 Drp : 8

TAJUK:
PENYEDIAAN KEPADA JADUAL KERJA

TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelatih tentang
kegunaan rancangan kerja dan menghuraikan cara-cara jadual rancangan kerja.
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(1/7) Muka /Surat : 2 : 8

PENERANGAN:

1.1 Format Jadual Kerja


- Format jadual kerja merupakan satu perkara penting bagi memastikan kerja berjalan
dengan lancar. Jadual kerja pada amnya merujuk kepada hari-hari dalam seminggu
dan jam-jam setiap hari yang diharapkan pekerja berada di tempat kerja mereka.
Sebagai contoh,beberapa pekerjaan mempunyai jadual kerja yang berubah,
bergantung pada musim/keadaan. Pastikan anda mengetahui jadual kerja untuk
sebarang pekerjaan sebelum menerima jawatan.

1.2 Teknik Penjadualan:


- Dalam memastikan format penjadualan kerja dikeluarkan dan dapat
digunakan,teknik penjadualan penting bagi memastikan format jadual kerja sesuai
dengan kerja yang dilaksanakan,oleh pihak pekerja. Penjawat jawatan kerja,
mempengaruhi masa pekerja tersebut. Masa kerja tersebut ialah:

 Tetapkan/ Set jadual untuk bekerja


Sekiranya jangkaan anda di tempat kerja, untuk dibayar,adalah sama setiap
minggu, maka anda mempunyai jadual yang telah ditetapkan. Contohnya,8:00 pagi
hingga 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat, setiap hari, selama berbulan-bulan dalam
satu masa. Atau 11:00 malam hingga 7:00 pagi setiap hari, sela ma 10 hari
berturut-turut, kemudian cuti 4 hari, dan ulangi.

 Penjadualan Separuh Masa


Penjadualan ini biasanya diberikan pekerja yang bekerja separuh masa dan bukan
pekerja tetap. Jadual kerja sambilan adalah jadual di mana pekerja bekerja kurang
daripada sepenuh masa. Ya, ini adalah definisi yang tidak jelas, tetapi ia berfungsi
untuk menggambarkan fleksibiliti yang anda miliki sebagai majikan/ eksekutif/
penyelia untuk menentukan apa yang sesuai untuk perniagaan/ pekerjaan anda.
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(1/7) Muka /Surat : 3 : 8

 Penjadualan Waktu Anjal /Fleksibel


Penjadualan waktu ini biasanya diberikan kepada pekerja berjawatan tetap,yang
mana diberi pilihan untuk memilih waktu kerja yang telah disediakan sesuai dengan
kehendak keperluan mereka. Waktu anjal(juga dieja flexi time) adalah jadual waktu
yang fleksibel yang membolehkan pekerja mengubah waktu mula dan waktu habis
kerja mereka. Jumlah masa kerja yang diperlukan oleh pekerja pada waktu anjal/
fleksibel ini sama dengan yang diperlukan di bawah jadual kerja tradisional/biasa.
Contoh waktu anjal yang disediakan oleh sebuah syarikat adalah seperti pada
jadual di bawah.

Rajah 1:Jadual Waktu Bekerja (Flexi Time)


NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(1/7) Muka /Surat : 4 : 8

 Penjadualan Sepenuh Masa


Penjadualan ini juga diberikan kepada pekerja berjawatan tetap. Jadual kerja
sepenuh masa yang paling biasa adalah varian/ purata antara 9:00 pagi hingga
5:00 petang, Isnin hingga Jumaat, menambah hingga 40 jam seminggu.
Walaupun kebanyakan jadual kerja sepenuh masa biasanya adalah shift masa
yang sama setiap hari, dalam beberapa kes (seperti runcit),shift masa bekerja
adalah berbeza-beza, tetapi jumlah jam tetap akan bertambah hingga 35-40 per
minggu.

 Sumber Dan Kapasiti Pekerja Bengkel


Sumber dan kapasiti pekerja adalah jumlah masa yang ada yang diperlukan
oleh ahli pasukan/ pekerja untuk mengerjakan projek/ pekerjaan tertentu.
Penggunaan pekerja adalah peratusan jam kerja yang boleh diberikan upah.

 Rekod Pesanan Kerja


Rekod pesanan kerja merujuk kepada pesanan atau permintaan tugasan
pekerjaan. Pesanan kerja ini adalah khusus untuk pekerja dan tugasan
pekerjaan tersebut. Perkara ini merangkumi kadar keperluan setiap jam yang
disepakati(upahnya) yang diperlukan, peruntukan kos, jangka masa penugasan,
dan elemen lain yang digunakan untuk mengesan gabungan kombinasi setiap
individu pekerja dan jawatannya, yang mana hal ini semua perlu direkodkan.

1.3 Menyediakan Jadual Kerja


Terdapat pelbagai jenis jadual kerja yang digunakan mengikut kesesuai tempat
kerja dan cara beroperasi. Bagi bengkel kenderaan, jadual waktu bekerja adalah
berbeza-beza mengikut polisi syarikat. Kebiasanya antara pukul 8:00 pagi
hingga 5:00 petang, 5 hari bekerja (Isnin - Jumaat) dan hari sabtu bekerja
separuh hari dan ahad adalah cuti. Berikut adalah beberapa contoh waktu
bekerja bagi bengkel- bengkel kenderaan motor.
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(1/7) Muka /Surat : 5 : 8

HARI WAKTU WAKTU MASA HARI


BEKERJA BEREHAT BEKERJA CUTI
ISNIN 8:00AM-5:00PM 12:00PM-1:00PM 8 JAM -
SELASA 8:00AM-5:00PM 12:00PM-1:00PM 8 JAM -
RABU 8:00AM-5:00PM 12:00PM-1:00PM 8 JAM -
KHAMIS 8:00AM-5:00PM 12:00PM-1:00PM 8 JAM -
JUMAAT 8:00AM-6:00PM 12:00AM-2:00PM 8 JAM -
SABTU 8:00AM-12:00PM TIADA 4 JAM 1/2
AHAD CUTI - 1

Rajah 2: Contoh masa waktu bekerja di bengkel kenderaan.


Jadual diatas adalah beberapa contoh jadual kerja berpandukan masa kerja
seharian. Pada waktu ini, pekerja-pekerja mestilah ada ditempatkan kerja, bagi
menjalankan aktiviti kerja, supaya syarikat mendapat keuntungan dengan servis
yang berkualiti daripada pekerjanya.

Sesuatu kerja perlu disiapkan dalam masa yang munasabah. Contohnya, tukar brek
lining mengambil masa selama satu jam dan tidak sepatutnya meleret sehingga ke
tiga jam. Tempoh servis dan penyelenggaraan juga mempengaruhi jadual kerja.
Kebiasaannya, terdapat tempoh penyelenggaraan dan servis mengikut masa yang
ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk memastikan kerja yang dilakukan siap dalam
masa yang sepatutnya dan berkualiti. Contohnya adalah tidak munasabah untuk
menukar cecair brek kenderaan satu liter selama 8 jam, waktu kerja boleh disiapkan
hanya dalam 1 jam. Masa menservis juga bergantung kepada keberadaan alat ganti.
Jika alat ganti belum sampai,juga mempengaruhi masa menyelenggara atau servis.
Contoh jadual aktiviti kerja mengikut masa adalah seperti berikut:
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(1/7) Muka /Surat : 6 : 8

BIL AKTIVITI KERJA TEMPOH MASA UNTUK ALAT GANTI


DISIAPKAN
1. Tukar brek pad 1 jam Brek pad
2. Tukar minyak 1 jam Oil filter
pelincir /engine oil
3. Tukar minyak 1 jam Minyak brek
brek
4. Tukar spark plug 40 minit Spark plug
5. Tukar air filter 20 minit Air filter

Rajah 3: Contoh Jadual Aktiviti Kerja Mengikut Masa

Terdapat pelbagai contoh susun atur aktiviti kerja di bengkel kenderaan motor. Apa
yang dibincangkan sekarang ini, merupakan satu contoh aliran kerja
penyelenggaraan kenderaan yang boleh diguna pakai untuk susun atur aktiviti kerja.
Apabila pelanggan menghantar kenderaan untuk dibaiki, ia akan ke kaunter
pelanggan untuk bertemu dengan penasihat servis. Penasihat servis akan
mendengar masalah pelanggan dan mancatatnya dalam kad kerja(job card).
Masalah pelanggan biasanya meliputi:

a. Servis atau penyelenggaraan berjadual.


b. Servis atau penyelenggaraan kerosakan kecil
c. Servis atau penyelenggaraan kerosakan besar.

Jika masalah itu melibatkan kerosakan kecil atau kerosakan besar, penasihat servis
akan memanggil foremen,untuk memeriksa dengan lebih lanjut lagi bagi mengetahui
kerosakan sebenar. Kemudian foremen akan memberitahu kembali penasihat servis
tentang apa yang rosak atau ujian lanjut yang diperlukan,untuk dituliskan ke dalam
kad kerja. Kemudian, penasihat servis akan menghantar kad kerja ke pengawal
kerja(controller) untuk tindakan lanjut. Pengawal kerja akan membahagi-bahagi kerja
mengikut mekanik-mekanik yang ada, sesuai dengan kepakaran mereka ataupun
mengikut mekanik yang belum lagi diberikan kerja untuk diselesaikan pada masa itu.
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(1/7) Muka /Surat : 7 : 8

Ada beberapa keadaan yang memungkinkan,pekerja mengambil masa tambahan


untuk bekerja. Perkara ini berlaku apabila kerja-kerja itu perlu disiapkan pada esok
hari untuk memenuhi keperluan pelanggan. Justeru itu, upah lebih masa perlulah
dibayar bagi merealisasikan kehendak pelanggan tersebut. Kadar upah lebih masa
ini diperlukan supaya pekerja bawahan sentiasa bersemangan untuk bekerja, jika
tidak mereka tidak mahu bekerja lebih kerana tiada upah tambahan. Pembayaran
kerja lebih masa ini mengikut kadar upah harian biasanya. Kebiasaannya, kadar
upah lebih masa ini mengikut kadar upah harian biasanya. Kebiasaanya, kadar upah
lebih masa ialah:
a. Di darab dengan 1.5 untuk kerja hari bias.
b. Darab 2 untuk hari cuti hujung minggu.
c. Darab dengan 3 untuk hari kelepasan am seperti Hari Raya, Krimas,
Deepavali,Hari Pekerja dan sebagainya.

Terdapat juga jadual kerja yang dibuat berpandukan Carta Perbatuan. Contohnya
syarikat menggunakan Carta Perbatuan apabila mengambil tender untuk membaiki
kenderaan. Contoh carta gant adalah seperti berikut:
BULAN JULAI 2022
MINGGU 1 2 3 4
BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5 6 7
1 Menerima Surat
Tawaran
2 Membuat Cadangan
Pelaksanaan
3 Membuat Pesanan
Peralatan/Bahan
4 Jadual
Penghantaran/Pelaks
anaan
5 Pemasangan Dan
Pentauliahan
6 Penyerahan
DO/Perakuan Siap
Kerja Dan Invois
7 Penerimaan Akhir

Rajah 4: Contoh Jadual Cartab Perbatuan.


NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(1/7) Muka /Surat : 8 : 8

SOALAN:

1. Apakah maksud format jadual kerja ?

2. Apakah maksud teknik penjadualan ?

3. Apakah tujuan untuk menyediakan jadual kerja ?

RUJUKAN:
1. Supervisory books
2. Ed May ( 2003 ) Automotive Mechanic Vol 2,7 th Edition,Mc Graw-Hill Australia
ISBN: 0074712969

You might also like