Adat Kahwin Dan Makanan Masyarakt Cina

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SHARIFAH NUR ELENA BINTI SYED EDROS

E20201026355
DIPLOMA BAHASA INGGERIS
ADAT DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT CINA SETEMPAT.

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN BANGSA CINA


http://priyisha.blogspot.com/2014/09/adat-perkahwinan-kaum-cina.html
https://iamlejen.com/adat-resam-perkahwinan-kaum-cina/#.YB-9ougzZPY

Perkahwinan merupakan salah satu topik yang tidak dipandang ringan oleh masyarakat Cina.
Bagi mereka, perkahwinan harus dirancang dan disusun atur dengan sebaik mungkin kerana
ia sangat penting dalam mengekalkan institusi keluarga dan meneruskan pertalian darah
mereka yang bermula sejak turun temururn lagi. Mereka juga percaya bahawa perkahwinan
yang tidak mengikut budaya dan adat yang ditetapkan merupakan perkahwinan yang tidak
sah. Terdapat dua jenis perkahwinan yang diamalkan oleh kaum Cina iaitu perkahwinan
eksplisit (moi-ngin), perkahwinan yang diaturkan oleh oleh ibu bapa atau orang tengah serta
perkahwinan implisit, iaitu perkahwinan di mana kedua dua belah pihak mempunyai
kebebasan untuk memilih pasangan masing masing.

Perkahwinan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan


majlis perkahwinan.

1. Merisik
Adat merisik dijalankan untuk mengenali lebih lanjut tentang gadis yang ingin dikahwini.
Masyarakat Cina sangat menitik beratkan nama, keturunan, peribadi, watak serta tingkah
laku si gadis. Ciri ciri ini sangat penting untuk memastikan perkahwinan kekal hingga
akhir hayat. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana kebiasaannya, ibu bapa si
lelaki akan berkenalan dengan keluarga serta kenalan keluarga pihak perempuan.
Terdapat juga segelintir masyarakat Cina yang lebih gemar mengadakan perbincangan
tersebut di restoran dan disertai oleh saudara mara keluarga mereka. Tradisi makan secara
besar-besaran ini adalah amat penting dalam budaya mereka kerana ia dapat merapatkan
hubungan antara kedua bela keluarga yang terlibat.

2. Meminang
Selepas kedua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing, mereka
akan masuk untuk meminang. Seorang wakil dipilih untuk mengunjungkan ke rumah si
gadis untuk membincangkan perkara tentang perkahwinan. Ibu si pengantin perempuan
pula akan berbincang dengan wakil tersebut tentang mas kahwin, peruntukan meja dalam
jamuan makanan serta memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar
menawar kerana ia dianggap menjatuhkan maruah keluarga. Segala ketetapan yang
dipersutujui akan diberitahu ke ibu bapa si lelaki. Mereka akan berbincang dengan si
lelaki tentang persiapan yang harus dilakukan untuk pihak pengantin perempuan.
3. Pertunangan
Setelah selesai kesemuanya, baru adat pertunangan dijalankan. Hari pertunangan haruslah
berpandukan kalendar Cina dan mesti bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua
pasangan tersebut. Mereka akan gunakan khidmat pertilikan dengan bantuan seorang
tukan tilik untuk penentuan tarikh tersebut berpandukan sebuah buku iaitu Toong-Su. Jika
berlaku pada tarikh yang tidak sesuai, mereka percaya bahawa mereka akan ditimpal
balasan dan perkahwinan tersebut akan gagal. Bakal pengantin lelaki akan ke rumah
pengantin perempuan untuk menunaikan permintaan yang telah dibincangkan. Upacara
menukar cincin akan dilakukan pada masa yang sesuai. Cincin akan disarung pada jari
manis kedua dua bakal pengantin. Seterusnya, pengantin perempuan akan menyerahkan
sekeping kertas bewarna merah atau nyen-sang yang mempunyai yang mempunyai nama
penuh umur dan tarikh lahir sebagai tanda persetujuan. Setelah menerima nyen-sang, si
lelaki akan menyediakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan gadis akan diberikan kepada
tukang tilik dan dia akan menghitung hari serta masa yang sesuai daripada nyen-sang
yang diterima dan dicatat di atas sehelai kertas merah yang dipanggil ‘nyik-kor’.
Seterusnya, tukan tilik akan menilik tahun kelahiran kedua pasangan tersebut. Setelah
mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan nyik-kor kepada
pengantin lelaki dan perempuan. Ia mempunyai peraturan dan adat yang perlu dipatuhi.

4. Majlis Perkahwinan
Akhirnya, hari perkahwinan akan diadakan selepas bertunang selama satu tahun atau
mengikut tempoh yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sekiranya terdapat
kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin sebelum majlis berlangsung,
perkahwinan itu mesti ditangguhkan ke tahun hadapan atau selama seratus hari. Pada hari
tersebut, pengantin perempuan dan lelaki akan berhias. Masyarakat Cina pada zaman
dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam
benang emas dan setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori.
Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning manakala warna
memakai baju hitam, biru dan kelabu tidak dibenarkan kerana ia dipercayai bahawa
warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Selain itu, pengantin lelaki
akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki
dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiring oleh
pengiring masing-masing. Pasangan pengantin akan didudukkan diatas pelamin yang
telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan
bertemu dan mengenali ahli keluarga masing-masing. Di samping itu, kedua pengantin
akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina
juga, upacara minum teh merupakan acara yang sangat penting dan ia masih diamalkan.
Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri ke dalam
keluarga si suami serta bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Semasa
upacara ini, pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara
pihak lelaki. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina adalah pada waktu malam
iaitu jamuan makan yang akan diadakan secara besar-besaran. Tetamu yang datang akan
membawa ‘Ang-pau’ sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama
kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua
belah pihak dan sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani
dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
Saya rasa amat bertuah kerana dapat menyaksikan serta diberitahu cara masyarakat Cina
di kawasan saya berlaku.

ADAT SEMASA KEMATIAN


https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/118

Masyarakat Cina sangat berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan
kematian, di mana setiap adat itu mempunyai maksud tersendiri. Apabila berlaku
kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai penghormatan terakhir kepada
si mati. Mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek, bertujuan untuk mengharumkan
si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Mayat dipakaikan dengan pakaian yang
cantik yang lazimnya dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu, adalah menjadi
kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu
meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori lain, terutamanya wanita.
Mayat dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu dengan ukiran
menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk
menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.

Pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni sewaktu pergi ke
rumah si mati. Sebaiknya, mereka harus memakai baju berwarna yang bersesuaian seperti
hitam atau kelabu. Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah
membawa sepasang lilin putih “ duit kertas “ dan alat sembahyang untuk diberikan
kepada keluarga si mati sekiranya kurang berada. Secara lazimnya, pelawat memberikan
derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat
atau sesuatu persatuan menyediakan panji – panji yang ditulis dengan kata – kata pujian
kepada si mati. Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat diberi seutas benang merah
atau gula – gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih.
ADAT DAN PANTANG KELAHIRAN
http://sosiobudayadanagamamalaysia.blogspot.com/2018/01/adat-kelahiran-masyarakat-
cina.html

 SEWAKTU MENGANDUNG
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina
semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu
tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita
masyarakat Cina yang mengandung sentiasa dijaga dengan kawalan ketat di kegiatan
seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua turut bertanggungjawab dalam
menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat
mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka
melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa
buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik
keluarga suaminya.

 SEBELUM KELAHIRAN

1. Dilarang Memaku
Wanita cina yang mengandung dilarang daripada melakukan kerja-kerja yang berat
seperti memaku kerana bimbang anak yang dikandung akan menjadi cacat kerana
terkejut.

2. Menjaga Tingkah Laku


Wanita yang mengandung hendaklah menjaga tingkah laku mereka seperti tidak
mengeluarkan kata-kata yang kesat dan memukul binatang kerana risau anak yang
dikandung akan terkena badi.

3. Hindari Masalah
Wanita yang mengandung harus elak daripada memikirkan masalah yang berlaku tidak
kira masalah keluarga atau rumah tangga kerana risau anak yang dikandung akan
terganggu dengan permasalahan tersebut.
4. Pemakanan
Wanita yang sedang mengandung dilarang makan makanan yang ‘tajam’ dengan kerap
seperti nenas dan mangga kerana mungkin akan menyebabkan anak yang dikandung
menjadi besar dan menyukarkan proses melahirkan anak nanti.

5. Dilarang Menggosok Perut


Wanita yang mengandung harus elak daripada menggosok perut terlalu kerap kerana
bimbang anak akan menjadi terlalu manja.

You might also like