Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR 1,

JALAN RUSA, 55100 KUALA LUMPUR.


TEL : 03-92218019
EMEL: wba0003@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BILANGAN 3/TAHUN 2021

Tarikh : 25 November 2021 (Khamis)


Masa : 1.45 – 2.45 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKJP1
Pengerusi : Sharifah Salfinaz Bt Syed Hood Barakbah

KEHADIRAN:

1. Syukli Noor Azmin Bin Mior Yahaya Penolong Kanan Pentadbiran


2. Sharifah Salfinaz Bt Syed Hood Barakbah Ketua Panitia Bahasa Inggeris
3. Nur Adibah Roslin Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris

HADIR BERSAMA :

TIDAK HADIR :

URUSETIA / SETIAUSAHA: Nur Adibah Bt Roslin

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia kerana dapat
menghadirkan diri ke Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil 3 / Tahun 2021.

Tindakan: Makluman

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada ahli panitia yang telah memberikan
komitmen yang baik sepanjang tahun 2021 dan juga turut berusaha meningkatkan
prestasi pencapaian murid dalam Bahasa Inggeris.
Tindakan: Makluman

2.0 PERUTUSAN PENASIHAT ( WAKIL GURU BESAR)


2.1 En.Syukli Noor Azmin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia
kerana hadir pada mesyuarat Panitia Pendidikan Islam bilangan 3 sesi 2021.
Tindakan: Makluman

2.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua GPI yang telah
berjaya melaksanakan PdPR selama 6 bulan bermula Mei sehingga November
2021 akibat pandemik covid 19 walaupun terdapat banyak halangan dan
kekangan.
Tindakan: Makluman

2.3 En. Syukli mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah selesai
menghantar fail RPH kepada Guru Besar pada 12 November 2021yang lalu untuk
semakan.
Tindakan: Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Bil 2 / Tahun 2021 dicadangkan pengesahannya
oleh Pn. Norazlina binti Mohd Nor dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit.

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DAN LAPORAN

4.1 Pengurusan Fail Panitia


4.1.1 Ketua Panitia memaklumkan fail panitia untuk Tahun 2021 akan dikemaskini sebaik sahaja
dokumen dokumen yang diperlukan telah lengkap dan mencukupi.
Tindakan : Makluman
4.1.2 Ketua panitia juga meminta pihak pentadbir memberikan senarai semak terkini pengurusan
fail panitia memandangkan banyak aspek telah dimansuhkan seperti peperiksaan UPSR dan
PAT/PPT bagi murid Tahap 2.

Tindakan : Makluman

4.2 Pentaksiran Bilik Darjah


4.2.1 En Syukli meminta Ketua Panitia Pendidikan Islam dan ahli panitia peka dengan tarikh
tarikh pengisian Data PBD. Untuk sesi 2021, pengisian data PBD adalah sebanyak tiga kali
dan pengisian data yang terakhir adalah sebelum 15 Disember 2021.
Tindakan : Makluman

4.2.2 GPI perlu membuat borang transit pentaksiran mengikut kesesuaian dan tidak terikat dengan
mana mana borang seperti sebelum ini.
Tindakan : Makluman

4.2.3 Ahli panitia diminta sentiasa berusaha untuk membimbing murid murid mendapat Tahap
Penguasaan (TP) paling minima di dalam PBD iaitu sekurang kurangnya TP3.
Tindakan : Makluman

4.3 Dokumentasi dan Laporan Program 2021

4.3.1 En.Syukli meminta Program Amalan Terbaik setiap panitia diteruskan dengan
penambahbaikan panitia mata pelajaran masing-masing. Panitia mata pelajaran masing-
masing perlu membincangkan cara untuk menambahkan minat murid ketika aktiviti ini
dijalankan.
Tindakan : Makluman

4.3.2 Ketua Panitia memaklumkan bahawa semua laporan program keagamaan dalam proses
untuk disiapkan dan akan dihantar sebelum cuti persekolahan penggal 3 bermula. Kesemua
dokumentasi tersebut akan diserahkan kepada GPK yang terlibat dan dimasukkan ke dalam
fail panitia untuk rekod simpanan dan rujukan ahli.
Tindakan : Ketua Panitia

4.3.3 Pengerusi memaklumkan sepanjang PdpR selama 6 bulan, Panitia Pendidikan Islam telah
mengadakan beberapa program dan aktiviti secara atas talian seperti Kuiz dan Ceramah
Awal Muharram, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Melengkapkan Poster, Pertandingan
Busana Muslim Sempena Sambutan Maulidur Rasul dan pelbagai lagi aktiviti menarik demi
mengisi masa lapang murid murid ketika berada di rumah.

Tindakan : makluman
4.3.4 Pengerusi memaklumkan SK Jalan Pasar 1 telah dipilih sebagai tuan rumah sempena
Program Kem Jati Diri Murid Tahun 6 peringkat WPKL yang akan diadakan pada 4
Disember 2021. Wakil murid yang terlibat ialah Tuan Muhammad Wafiuddin Bin Tuan
Rushdi dan Nur Liyana Bt Mat Lamri manakala Ustazah Hilal telah dipilih oleh SPIWPKL
sebagai Jurulatih Utama
Dakwah Negeri yang akan mengendalikan kem tersebut.

Tindakan : makluman

4.3.5 Pengerusi memaklumkan Izz Imtiyaz Bin Abd Yazid dan Nur Amalillah Bt Muhammad
Umar telah mendapat tempat kedua dan ketiga dalam Pertandingan Khat Siber kategori
Lelaki dan Perempuan Peringkat Negeri WPKL 2021. Syabas dan tahniah diucapkan.
Tindakan : Makluman

4.4 Post Mortem Pencerapan Guru & Penyemakan Buku Latihan


4.4.1 Post Mortem Pencerapan Guru 2021 memerlukan penambahbaikan seperti berikut:
a) Penekanan kepada unsur KBAT dalam PdP guru
b) Aplikasi kaedah PnP dengan teknik-teknik pengajaran yang berkesan.
c) Penggunaan papan putih
d) Penggunaan TMK dalam PdP
e) Perbanyakkan aktiviti dalam kumpulan.
f) BBM yang bersesuaian
g) PdP Abad Ke 21
Tindakan : Makluman

4.4.2 En Syukli turut memaklumkan bahawa penandaan buku mata pelajaran murid perlu lebih
teliti serta lebih menerapkan pujian berbentuk positif.

Tindakan : Makluman

4.4.3 Tarikh , indeks dan tandatangan guru mata pelajaran mestilah dinyatakan dalam buku tulis.
Tindakan : Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua Panitia memaklumkan panitia Pendidikan Islam telah selesai membuat
pembelian barang barang keperlua panitia pada pertengahan Oktober 2021
yang lalu. Borang Kew-PS-1 iaitu borang terimaan barang akan diisi setelah selesai
menerima barang tempahan.

Tindakan: Makluman

5.2 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah
menjayakan bacaan Yaasin di dalam kelas setiap pagi Jumaat.

Tindakan: Makluman

6.0 PENUTUP

6.1 Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan pada pukul 2.45 petang.

Disediakan oleh,

_________________________

(Maheran Bt Mat Hussain)

Setiausaha Pendidikan Islam

Tarikh: 29 November 2021

You might also like