Kertas Kerja Terapi Air

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PA’

AMAT
16800, PASIR PUTEH, KELANTAN.

KERTAS KERJA
“ PROGRAM TERAPI RIADAH AIR
DAN MINDA”

PADA :

( 4 MAC 2015 / RABU )

MASA:

7.30 PAGI HINGGA 12.40 PETANG

ANJURAN :

PROGRAM PENDIDIDKAN KHAS INTEGRASI SK PADANG PA’ AMAT


KERTAS KERJA PROGRAM TERAPI RIADAH AIR DAN MINDA BERSAMA MURID
PENDIDIKAN KHAS

1.0 TAJUK
Program Terapi Riadah Air dan Minda bersama murid Pendidikan Khas

2.0 PENGENALAN
Terapi riadah air dan minda merupakan salah satu terapi yang boleh
meningkatkan tahap kefungsiaan psikomotor individu. Oleh itu, terapi ini boleh
diaplikasi dalam meningkatkan tahap kefungsian psikomotor halus dan kasar
murid pendidikan khas.
Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara
guru, pembantu pengurusan murid (PPM) dan murid pendidikan khas. Hal ini
kerana, program terapi ini secara tidak langsung dapat merangsang murid untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dengan persekitaran mereka.
Secara ringkasnya, diharapkan agar terapi ini dapat membantu murid
pendidikan khas menikmati dan menjalani kehidupan mereka sama sepertimana
insan-insan normal yang lain.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan keupayaan psikomotor kasar dan halus murid-murid
berkeperluan khas.
3.2 Memperkembangkan fizikal, mental dan kemahiran sosial murid
berkeperluan khas.

3.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim sekaligus mewujudkan suasana


kondusif dalam kalangan murid berkeperluan khas.
3.4 Memberi keseronokan kepada murid-murid berkeperluan khas.
3.5 Membantu murid-murid berkeperluan khas berdikari dalam menjalani
kehidupan seharian.

4.0 TARIKH
4 Mac 2015

5.0 HARI
Rabu

5.0 MASA
7.30 pagi sehingga 12.40 petang

6.0 TEMPAT
Sweet Beach Resort And Holiday Sdn Bhd, Tok Bali,Pasir Puteh Kelantan

7.0 PESERTA
7.1 Guru PPKI SK Padang Pa’ Amat
7.2 PPM PPKI SK Padang Pa’ Amat
7.3 Murid- Murid PPKI SK Padang Pa’ Amat

*Sila rujuk lampiran A

8.0 PENGANGKUTAN
Kenderaan sendiri
i. JKP 4105
ii. DBY 4230
iii. DBG 7275

9.0 JAWATANKUASA KERJA


* Sila rujuk lampiran B
10.0 ANGGARAN PERBELAJAAN

BI PERKARA KUANTITI KOS JUMLAH


L
1 Makanan dan Minuman 21 Orang RM 10 x 21 RM 210
2 Pengangkutan 3 Buah Kereta RM 30 x 3 RM 90.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 300.00

11.0 TENTATIF PROGRAM


* Sila rujuk lampiran C

12.0 PENUTUP
Pihak kami berharap program terapi riadah air ini akan berjalan dengan lancar
dan sempurna mengikut seperti mana yang telah dirancang. Kami juga berharap
semoga program ini mendapat kerjasama daripada pihak-pihak yang berkaitan
secara langsung ataupun secara tidak langsung demi membantu insan istimewa
ini dalam menikmati kehidupan seperti mana insan-insan normal. Diharap
program ini dapat mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan. Semoga
program ini mendapat keberkatan dan keredhaan oleh Allah s.w.t. InsyaALLAH.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

.............................................. ……………………………………..
(KAMARIAH BT ABDUL RAHMAN) ( MOHD MAHADIR B. KAMISAN )
Setiausaha, Penyelaras PPKI
Program Terapi Riadah Air dan Minda, Sekolah Kebangsaan Padang Pa’Amat.
Sekolah Kebangsaan Padang Pa’Amat.

Diluluskan oleh,

.........................................

( EN. CHE WIL B HASSAN )


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Padang Pa’Amat.

You might also like