Teori Pembelajaran Gagne

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teori Pembelajaran Gagne

Gagne telah mengenalpasti 8 peringkat pembelajaran iaitu setiap pembelajaran akan dapat di
capai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal iaitu dari
mudah. Peringkat-peringkat ini dapat di lihat pada perkara berikut :

a) Pembelajaran Isyarat

Seseorang individu dapat mempelajari gerak balas terhadao

Teori Gagne telah mengenalpasti 8 jenis pembelajaran iaitu :

1. Pembelajaran isyarat
a. Merupakan kaedah pembelajaran berasaskan perubahan dan tingkah laku yang
disebabkan oleh kebiasaan atau pengaruh pelaziman tingkahlaku. Biasanya
pembelajaran ini banyak menggunakan akal fikiran dan berlaku secara
semulajadi. Contohnya, bunyi loceng menandakan waktu rehat, waktu pulang
atau waktu pertukaran subjek matapelajaran di sekolah.
2. Pembelajaran ransangan gerak balas
a. Kaedah ini berlaku atau bergantung prosesnya kepada peneguhan iaitu pujian
dan ganjaran perlu diberikan bagi tingkahlaku yang di ingati seperti pujian yang
diberikan oleh guru kepada muridnya yang berjaya menjawab soalan.
3. Pembelajaran melalui rangkaian motor
a. Kaedah ini digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti aktiviti permainan,
muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Merupakan satu siri tingkah laku yang
berkaitan di antara satu sama lain untuk melengkapi satu tugasan yang
dijalankan berdasarkan gabungan pelbagai rangsangan seperti bermain bola
sepak.
4. Pembelajaran pertalian berbahasa
a. Pertalian berbahasa merupakan suatu rangkaian berbahasa yang berlaku
apabila pelajar menghubungkaitkan dengan fakta, data dan konsep. Contohnya
murid atau pelajar menulis dan menyebut nama objek berdasarkan apa yang di
lihatnya.
5. Pembelajaran konsep
a. Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi,
iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk
konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek,
orang dan peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh
yang jelas supaya dapat membentuk konsep yang betul dan tepat, iaitu pelbagai
kaedah digunakan dalam menerangkan konsep pecahan seperti potongan kek
dan pizza.
6. Pembelajaran hukum
a. Merupakan pembelajaran yang kompleks kerana kaedah pembelajaran ini
melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu
urutan atau rangkaian. Ianya melibatkan penggunaan rumus, prinsip, teori dan
generalisasi seperti pembelajaran matematik.
7. Pembelajaran penyelesaian masalah
a. Pembelajaran penyelesaian masalah dianggap satu jenis pembelajaran
peringkat tinggi dan kompleks. Melibatkan pemilihan prinsip dan rumus untuk
menyelesaikan masalah dalam situasi yang baru seperti subjek sains.
8. Pembelajaran diskriminasi
a. Pembelajaran ini berlaku apabila pelajar dapat memilih gerak balas yang sesuai
untuk bertindak balas bagi menghasilakn sesuatu. Contohnya guru telah
memperkenalkan konsep bulatan dan guru menyebut perkataan bulatan secara
rangsangan gerak balas dan pelajar akan belajar membuat diskriminasi antara
bulatan dengan objek lain seperti segi empat sama.

You might also like