Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU (SPLKPM 2022)

Nama Sekolah: SMK BANDAR BARU BANGI Kod Sekolah: BEA4603

MARLIANA BINTI MAD TAHIR/DG44


1. Nama Guru/GRED
EAT THAT FROG 3. Bidang: MOTIVASI
2. Judul
25 OGOS 2022 5. Masa: 9.00 PAGI
4. Tarikh Pembentangan
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengutarakan 21 idea dan strategi untuk menghapuskan sikap suka menangguhkan
kerja. Brian Tracy mengatakan bahawa berdisiplin, berupaya membuat keputusan dan
mempunyai kesungguhan adalah tiga kualiti utama yang diperlukan untuk memulakan sesuatu
perkara. Selain itu, kita harus mengamalkan tabiat ‘makan katak’ sebagai perkara pertama
pada setiap hari. Ini adalah kerana ia akan memberikan satu kepuasan dan kelegaan pada diri
biarpun kita menghadapi pelbagai cabaran pada hari tersebut. ‘KATAK’ adalah simbolik kepada
perkara yang paling utama yang harus dilakukan pada hari tersebut. Perkara tersebut mungkin
adalah suatu tugas yang sukar untuk dilakukan dan menyebabkan kita melengah-lengahkan
perkara tersebut sehingga segala perkara lain tertangguh dan tugas kita menjadi semakin
banyak.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kita seharusnya mengutamakan tugas yang paling besar, yang paling sukar dan yang paling
penting sekiranya kita mempunyai pelbagai tugas yang perlu dilakukan pada hari tersebut.
Disiplin yang tinggi perlu ada untuk memulakan tugas dengan segera dan harus bersungguh-
sungguh untuk melakukannya sehingga selesai sebelum memulakan tugas yang lain. Idea dan
strategi yang diberikan dapat membantu kita untuk mencapai tahap produktiviti terbaik selain
dari belajar untuk tidak menangguhkan kerja dan memperbaiki disiplin dalam diri kita.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Secara keseluruhannya, buku ini membantu dalam pengurusan masa untuk memperbaiki
prestasi kerja dengan memberikan hasil terbaik dalam tugasan yang diberikan. Idea dalam buku
ini menjadikan diri kita lebih bernilai dan setiap kerja yang dilakukan sentiasa bermanfaat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ........................................................
(MARLIANA BINTI MAD TAHIR ) ( )

You might also like