Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

POP SOALAN BAB 5 : INFLASI & PENGANGGURAN MAKRO AE025

Disediakan Oleh : Mdm Norti Hj. Panai


1. Berikan Definisi Inflasi
Jawapan : Inflasi didefinisikan sebagai kenaikan tingkat harga umum secara
berterusan dan tidak terbatas dalam sesebuah ekonomi.

2. Berikan Definisi Indeks Harga Pengguna (IHP)


Jawapan : IHP didefinisikan sebagai mengukur kadar perubahan harga
purata bagi sekumpulan barang dan perkhidmatan yang ditetapkan mewakili
corak perbelanjaan isi rumah berdasarkan suatu tahun asas.

3. Apakah perbezaan IHP tahun asas dengan IHP tahun semasa


Jawapan : IHP tahun asas ialah tahun yang digunakan sebagai asas
perbandingan perubahan harga yang berlaku dari masa ke semasa dalam
menghitung IHP. IHP tahun asas ialah 100 di mana harga adalah stabil dan
tingkat harga umum diandaikan tetap bermakna tidak berlaku inflasi dan
deflasi.
Manakala IHP tahun semasa ialah diperolehi dengan membandingkan harga
purata barang dan perkhidmatan pada tahun semasa dengan harga purata
pada tahun asas.

4. Apakah rumus Kadar Inflasi?


Jawapan : Kadar Inflasi = IHP1 – IHP0 x 100
IHP0
5. Hitung Kadar Inflasi jika IHP tahun semasa ialah 125 dan IHP tahun asas
ialah 100
Jawapan : Kadar Inflasi = IHP1 – IHP0 x 100
IHP0
= 125 – 100 x 100 = 25%
100

6. Apakah rumus Indeks Nilai wang?


Jawapan : Indeks Nilai Wang = IHP0 x 100
IHP1

7. Hitung Indeks Nilai Wang jika diberi IHP tahun semasa ialah 125 dan IHP
tahun asas ialah 100.
Jawapan : Indeks Nilai Wang = IHP0 x 100
IHP1
= 100 x 100 = 80
125
*Nilai wang sebenar RM1 menjadi 80 sen disebabkan kadar inflasi naik 25%.

8. Jelaskan hubungan antara kadar inflasi dengan nilai wang


Jawapan : Hubungan negatif/ Songsang, apabila kadar inflasi naik, maka
nilai wang merosot dan sebaliknya apabila kadar inflasi turun, maka nilai
wang akan naik.

Created with
PDFBear.com
9. Berikan 3 kesan positif inflasi
Jawapan : i. menggalakkan pelaburan.
ii. meningkatkan pertumbuhan ekonomi
iii. menambahkan kekayaan pemilik harta tetap

10. Berikan 3 kesan negatif inflasi


Jawapan : i. meningkatkan kos hidup masyarakat
ii. menurunkan nilai wang
iii. mengurangkan tabungan

11. Apakah dimaksudkan Inflasi Tarikan permintaan?


Jawapan : Inflasi tarikan permintaan ialah kenaikan tingkat harga umum yang
disebabkan oleh kenaikan PERMINTAAN AGREGAT (AD) yang berterusan
pada tingkat ekonomi guna tenaga penuh.

12. Berikan 6 faktor AD meningkat yang menyebabkan Inflasi tarikan


permintaan berlaku.
Jawapan : i. Bekalan Wang (MS) naik, AD naik.
ii. Penggunaan (C) naik, AD naik.
iii. Pelaburan (I) naik, AD naik.
iv. Perbelanjaan Kerajaan (G) naik, AD naik.
v. Eksport Bersih (X – M) naik, AD naik.
vi. Cukai (T) turun, Penggunaan (C) naik, AD naik.

13. Apakah dimaksudkan Inflasi Tolakan Kos?


Jawapan : Inflasi Tolakan Kos ialah kenaikan tingkat harga umum
disebabkan oleh kenaikan dalam kos pengeluaran dan pengeluar terpaksa
mengurangkan penawaran maka PENAWARAN AGREGAT berkurang
supaya harga barang dapat dinaikkan. Apabila penawaran agregat berkurang
berterusan, maka tingkat harga umum akan terus meningkat dan kesannya
Inflasi tolakan kos berlaku.

14. Berikan 3 faktor kos pengeluaran meningkat dan AS berkurang yang


menyebabkan Inflasi tolakan kos berlaku.
Jawapan : i. Kenaikan harga barang input.
ii. Kenaikan upah buruh.
iii. Kenaikan margin keuntungan (kuasa monopoli, kenaikan
kadar cukai bahan mentah dan kehausan sumber galian).

15. Apakah dimaksudkan inflasi diimport?


Jawapan : Inflasi diimport ialah kenaikan tingkat harga umum disebabkan
oleh kenaikan harga barang yang diimport dari luar negara yang mengalami
inflasi. Ataupun kenaikan harga barang modal yang diimport dari negara yang
mengalami inflasi menyebabkan kos pengeluaran firma tempatan meningkat
dan firma tempatan terpaksa mengurangkan penawaran dan harga barang
pun meningkat kesannya inflasi diimport berlaku.

Created with
PDFBear.com
16. Berikan 4 langkah mengurangkan masalah inflasi tolakan kos
Jawapan : i. Kawalan upah
ii. Kawalan harga bahan mentah
iii. pengurangan cukai import (brgan perantaraan & akhir)
iv. meningkatkan produktiviti

17. Berikan definisi tenaga buruh dan luar tenaga buruh.


Jawapan :
Tenaga Buruh ialah jumlah penduduk berumur 15 – 64 tahun yang sedang
bekerja dan tidak bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan.

Luar Tenaga Buruh ialah jumlah penduduk berumur 15 – 64 tahun yang


mampu bekerja tetapi tidak bekerja seperti pelajar, mahasiswa, suri rumah
dan mereka yang tidak berminat untuk bekerja.

18. Berikan maksud guna tenaga dan jumlah penganggur.


Jawapan :
Guna Tenaga ialah jumlah penduduk berumur 15 – 64 tahun yang sedang
bekerja sama ada bekerja sendiri atau bekerja dengan orang lain untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan atau keluaran negara.

Jumlah Penganggur ialah jumlah penduduk berumur 15 – 64 tahun yang tidak


bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan.

19. Berikan definisi kadar guna tenaga dan kadar pengangguran.


Jawapan :
Kadar Guna Tenaga ialah peratusan jumlah guna tenaga daripada jumlah
tenaga buruh. Peratusan daripada jumlah tenaga buruh yang bekerja.

Kadar Pengangguran ialah peratusan daripada jumlah tenaga buruh yang


menganggur atau tidak bekerja. Peratusan jumlah penganggur daripada
jumlah tenaga buruh.

20. Apakah perkaitan antara jumlah penganggur dengan tenaga buruh dan
guna tenaga.
Jawapan :
Tenaga Buruh terdiri daripada jumlah guna tenaga dan jumlah penganggur.

21. Apakah rumus tenaga buruh dan luar tenaga buruh?


Jawapan :
Tenaga Buruh = Jum. Guna tenaga + Jum. Penganggur

Luar Tenaga Buruh = Jum. Penduduk – Jum. Tenaga Buruh


(Umur 15-64 tahun)

Created with
PDFBear.com
22. Apakah rumus guna tenaga dan jumlah penganggur?
Jawapan :
Guna Tenaga = Jum. Tenaga Buruh – Jum. Penganggur

Jumlah Penganggur = Jum. Tenaga Buruh – Jum. Guna Tenaga

23. Apakah rumus kadar guna tenaga dan kadar pengangguran.


Jawapan :
Kadar Guna Tenaga = Jum. Guna Tenaga x 100
Jum. Tenaga Buruh

Kadar Pengangguran = Jum. Tenaga Buruh - Jum. Guna Tenaga x 100


Jum. Tenaga Buruh

Kadar Pengangguran = Jum. Penganggur x 100


Jum. Tenaga Buruh

24. Jelaskan 6 jenis pengangguran.


Jawapan :
i. Pengangguran Geseran – Sementara & mencari pekerjaan lebih baik
ii. Pengangguran Kitaran – Kemelesetan ekonomi, AD jatuh &
pemberhentian pekerja.
iii. Pengangguran Struktur – perubahan struktur ekonomi & buruh tidak
mahir.
iv. Pengangguran Teknologi – kemajuan teknologi & penggantian buruh.
v. Pengangguran bermusim – perubahan musim pengaruhi kegiatan
ekonomi.
vi. Pengangguran Tak Ketara – lebihan buruh dan keluaran
berintensifkan buruh.

25. Jelaskan 5 kesan negatif pengangguran


Jawapan :
i. pembaziran sumber pengeluaran.
ii. pengurangan keluaran negara.
iii. penurunan taraf hidup rakyat.
iv. peningkatan kes jenayah.
v. ketidakstabilan sosial dan politik.

26. Jelaskan 6 Langkah mengurangkan pengangguran.


Jawapan :
i. meningkatkan latihan kemahiran dan latihan semula.
ii. meningkatkan mobiliti buruh.
iii. menyebarkan maklumat pasaran buruh.
iv. melengahkan kemasukan tenaga kerja ke dalam pasaran buruh.
v. menggalakkan industri intensif buruh.
vi. menggalakkan pelaburan asing.

Created with
PDFBear.com

You might also like