Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

இசைக் கருவிகள்

ALAT-ALAT
MUZIK
NAMA:
Dholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk
tong yang dikategorikan sebagai alat Membranofon.

DIPERBUAT:
Permukaannya yang lebih kecil di sebelah kanan iaitu
muka trebel ditutupi dengan kulit kambing yang ditala
kepada pic yang lebih tinggi.Manakala di sebelah
muka yang lebih besar iaiatu muka bes dipasang
dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di
bahagian dalam kulit mukanya.Lapisan khas ini iaitu
yang diperbuat dari campuran tar,tanah liat dan pasir
halus menghasilkan pic yang rendah.Baluh alat ini
diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali.

FUNGSI:
Dholak dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat.
Thavil (தவில்)
adalah alat muzik
perkusi yang
berbentuk silinder.
Bahagian sebelah
kanan adalah lebih
besar diameternya
berbanding bahagian
sebelah kiri.
Kedua-dua bahagian
ini mempunyai
ketegangan yang
berbeza untuk
menghasilkan bunyi
yang berbeza.
NAMA:
Manjira dikategorikan sebagai
alat Idiofon.

DIPERBUAT:
Ia diperbuat daripada logam
gangsa.

FUNGSI:
Di dalam muzik klasik
India,peranannya adalah untuk
mengiringi nyanyian dan
memainkan irama.Ia merupakan
komponan yang penting di dalam
muzik bhanjas dan muzik tarian.
NAMA:
Sitar adalah sejenis alat muzik dalam
kategori Membranofon.Ia merupakan
sejenis lute yang berleher panjang dengan tujuh
tali logam diregangkan di atas sebuah jambatan
yang panjang.

DIPERBUAT:
Dasarnya diperbuat daripada sebiji kulit labu keras
yang berfungsi sebagai kotak bunyi.Satu set tali-tali
halus yang ditala kepada mod raga yang dimainkan
bertindak sebagai penggetar bagi menambahkan
bunyi gema alat tersebut.

FUNGSI:
Sitar memainkan peranan yang sangat penting di
dalam Muzik Hindustan.
NAMA:
Tabla dan Baya dikategorikan dalam
kumpulan Membranofon.

DIPERBUAT:
Tabla ialah Gendang trebel yang diletakkan di
sebelah kanan pemain yang diperbuat daripada
beberapa lapisan kayu.Manakala Baya pula
adalah gendang bes yang diletakkan di bahagian
kiri pemain.Muka kedua-dua Gendang ini
ditutupi dengan kulit kambing.

FUNGSI:
Tabla dan Baya bukan sahaja dimainkan di
dalam Muzik Karnatik dan Hindustan di
Malaysia,malah ia juga digunakan untuk
mengiringi muzik muzik sinkretik
seperti ghazal dan dangdut.
DIPERBUAT :
Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembung.
Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah fret
logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah.
Tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas
melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada
hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat
menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk
melicinkan hujung jari pemain.

FUNGSI :.
Veenai dimainkan di kuil semasa menyanyi lagu-lagu thevaram.
Veenai juga dimainkan di kebanyakan konsert klasik. Ia dimainkan
semsa menyanyi lagu-lagu sangeetham. Alat muzik ini banyak
digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.

CARA BERMAIN :
Veena dimainkan sambil duduk bersila dengan instrumen yang
diletakkan condong sedikit dari pemain. Labu kecil di sebelah kiri
terletak di atas paha kiri pemain, diletakkan pada tangan sebelah
kiri melalui bawah leher dengan tangan melengkung sehingga
tangan dapat mencapai frets
NAMA:
Tambura dikategorikan sebagai
alat Membranofon.

DIPERBUAT:
Badannya berbentuk separuh bulat yang
diperbuat daripada
kayu nangka dipanggil sebagai Kudam.Sebatang
leher yang panjang yang dipanggil
sebagai Dandi disambungkan kepada Kudam.

FUNGSI:
Tambura selalunya dimainkan di dalam
persembahan.
DIPERBUAT :
Sarod konvensional adalah instrumen
seruling seperti 17 hingga 25-bertali - 4:56
tali utama yang digunakan untuk bermain
melodi, satu atau dua tali berdengung,
dua chikari tali dan sembilan hingga
sebelas rentetan bersimpati .

FUNGSI :
Sarod adalah alat bertali of India ,
digunakan terutamanya dalam muzik
klasik India . Bersama-sama dengansitar ,
ia adalah antara alat yang paling popular
dan terkenal di Hindustani muzik klasik.

CARA BERMAIN :
Dengan menggunakan hanya telunjuk
dan jari tengah tangan kirinya Sarod boleh
dimainkan.
❖ Nadaswaram pula adalah alat
muzik yang ditiup oleh
pemainnya.
❖ Secara tradisional,
nadaswaram diperbuat
daripada pokok yang
dipanggil aacha.
❖ Nadaswaram mempunyai tujuh
lubang yang ditutup dengan
jari mengikut rentak muzik
apabila pemain sedang
meniup alat tersebut.
❖ Nadaswaram berbentuk
panjang; bahagian di hujung
mempunyai diameter yang
agak besar
Jangan mengira gerabah atau kendi yang satu
ini hanyalah wewadahan beras atau palawija,
karena di India Ghatam (kendi) merupakan alat
musik tradisional. Ghatam merupakan alat musik
tradisional yang memberikan warna khas pada
musik India bagian selatan. Bahkan beberapa
sumber menyebutkan ghatam telah ada sejak
zaman Ramayana, sehingga dimasukan ke
dalam salah satu alat musik tradisional tertua di
India. Cara memainkan ghatam hampir sama
dengan tabla, dholak dan mridangam, dengan
jari ataupun telapak tangan
Kompang dipercayai berasal dari Timur Tengah berdasarkan beberapa
pendapat iaitu ;
Pendapat pertama:
Bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang
terdapat di negara Arab.

FUNGSI
❖ Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara
ensemble (nasyid, marhaban)
❖ Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran,
dan upacara rasmi yang melibatkan pembesar.
❖ Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik
kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan.
❖ Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya
pasukan bola sepak.
❖ Pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi

TEKNIK PERMAINAN
Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan
lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri.
Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu ‘pak’ dan bunyi
‘bung’. Pukulan ‘pak’ mestilah lebih berat daripada bunyi ‘bung’.
NAMA:
Angklung adalah satu lagi alat muzik
yang dikategorikan dalam
kumpulan Idiofon.Adalah dipercayai
bahawa Angklung yang pertama dibuat di
Banyumas,Indonesia beberapa abad
dahulu.

DIPERBUAT:
Dua atau tiga batang buluh yang ditala
pada satu perumah tertentuy yang
dipasang dipanggil “ancak” untuk
membuat sebuah angklung.

FUNGSI:
Angklung juga digunakan dalam ensembal
muzik tarian Kuda Kepang di Johor.
NAMA:
Beduk adalah sejenis alat yang dikategorikan
dalam Membranofon.Ia merupakan sejenis alat
gendang yang besar yang dipalu dengan pemalu
yang dibalut dengan getah di bahagian kepalanya
untuk menghasilkan bunyi yang kuat.

DIPERBUAT:
Permukaannya diperbuat daripada kulit lembu.

FUNGSI:
Berguna untuk memaklumkan masuknya waktu
sembahyang,sebagai alat perhubungan dan
memberitahu apa-apa berita seperti berlakunya
kematian di dalam sesebuah kampung.
NAMA:
Gambus ialah sejenis alat muzik dalam
kategori Kordofon.

DIPERBUAT:
Badannya diperbuat daripada jenis kayu keras seperti
kayu nangka.Manakala leher gambus diperbuat
daripada kayu pendek yang tidak mempunyai fret.

FUNGSI:
Untuk mempersembahkan tarian zapin di negeri Johor
menggunakan alat ini.Masyarakat Melayu
menggunakan gambus dalam persembahan ghazal di
Johor.Selain itu,alat ini juga digunakan dalam lain-lain
upacara seperti sambutan Maal Hijrah dan Maulud
Nabi.
NAMA:
Geduk adalah alat muzik yang dikategorikan
dalam Membranofon.Ia merupakan sejenis gendang
dua muka berbentuk tong.

DIPERBUAT:
Badannya diperbuat dari jenis kayu keras seperti
kayu kayu nangka.Kedua-dua mukanya diperbuat
daripada belulang lembu yang dipasak dengan
kayu nibong.

FUNGSI:
Sepasang Geduk yang berlainan saiz digunakan
dalam persembahan wayang kulit dan menora di
Kelantan.Alat yang lebih besar
dikenali sebagai Geduk Ibu dan satu lagi
dipanggil Geduk Anak.
NAMA:
Gendang adalah alat muzik yang
dikategtorikan
dalam Membranofon.Ia merupakan
salah satu alat muzik tradisional
yang sangat signifikan dalam
masyarakat Melayu.

DIPERBUAT:
Mukanya diperbuat daripada kulit
kambing atau lembu yang
direngangkan menggunakan tali
rotan ke atas baluh atau temalang
kayu.Baluhnya diperbuat daripada
jenis kayu keras seperti kayu
nangka, atau merbau.

FUNGSI:
Biasanya dimainkan juga untuk
mengiringi tarian, pencak silat dan
acara yang lain.
NAMA:
Bo yang juga dikenali sebagai Po adalah
sejenis alat muzik yang diklasifikasikan
dalam kumpulan Idiofon.Alat ini sangat
popular semasa Dinasti Sui dan Dinasti Tang
(581-907).

DIPERBUAT:
Sepasang piring bulat yang rata yang
biasanya diperbuat daripada kepingan
gangsa.

FUNGSI:
Masyarakat Cina biasanya
menganggap bunyi yang kuat sebagai
baik sepertimana amalan mereka
membakar mercun untuk menghalau hantu.
NAMA:
Ching dan Chap adalah alat muzik
dalam kategori Idiofon.
Alat ini dibuat serupa dan digunakan
secara berpasangan.Alat muzik dalam
keluarga simbal berbentuk bulat dan
berlekuk di bahagian tengah seperti
cawan.

DIPERBUAT:
Ching dan Chap biasanya diperbuat
daripada kepingan gangsa
nipis.Garispusatnya adalah di antara 12
hingga 14 sm bagi alat yang kecil dan
23 hingga 26 sm bagi alat yang besar.

FUNGSI:
Ching dan Chap berfungsi sebagai
penanda masa dan menentukan tempo
dalam pancaragam Piphat
NAMA:
Erhu dikategorikan sebagai alat Kordofon.Ia
merupakan sejenis alat muzik gesekan bertali
dua.Erhu adalah di antara alat muzik paling
popular dalam keluarga Hu-qin di China.

DIPERBUAT:
Badan Erhu digilap dengan rapi dan di
bahagian hujungnya berbentuk naga
sementara di bahagian bawahnya ialah kotak
bunyi yang dipasangkan dengan kulit ular.

FUNGSI:
Di dalam Orkestra Cina,Erhu terbhagi kepada
dua iaitu Erhu abad pertama dan abad kedua
atau ringkasnya dipanggil Erhu pertama dan
kedua.
NAMA:
Liu Qin adalah alat muzik dalam
kategori Kordofon.Ia merupakan alat muzik bertali
yang dipetik seperti Pipa kecuali ia bersaiz lebih
kecil dan bunyi seperti sebuah Mandolin.
DIPERBUAT:
Liu Qin dipetik dengan satu alat pemetik yang
diperbuat daripada tanduk tetapi sekarang alat
pemetik ini diperbuat daripada plastik.
FUNGSI:
Ia digunakan juga untuk mengiringi Opera Cina dan
nyanyian rakyat .Selain itu, ia digunakan untuk
memainkan not-not yang tinggi di dalam Orkestra
Cina.
NAMA:
Pipa dikategorikan sebgai alat muzik Kordofon.Ia
merupakan alat muzik yang paling simbolik dan
terkenal dalam Orkestra Cina.Sejarahnya bermula
sejak lebih 2000 tahun dahulu.
DIPERBUAT:
Kotak bunyinya diperbuat daripada kayu dan
dipasang dengan 30 fret.Empat talinya ditala
kepada A,D,E,danA dengan jarak suara sebanyak
empat setengah oktaf.
FUNGSI:
Rakyat bermain alat ini untuk mengatasi perasaan
marah mereka kerana terpaksa membina Tembok
Besar.

You might also like