Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

PANDUAN

MINGGU SUAIKENAL
PELAJAR BAHARU
SESI I 2022/2023

Diterbitkan oleh 1
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Ungku Omar
SELAMAT DATANG
KE
POLITEKNIK UNGKU OMAR

Panduan Minggu Suaikenal ini hendaklah dibaca dengan teliti dan difahami sepenuhnya. Ianya
hendaklah disimpan dengan baik kerana sebahagian daripadanya haruslah dijadikan rujukan
dan panduan anda di sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar.

Semoga anda sekalian menjadi warga/pelajar PUO yang sentiasa patuh kepada semua disiplin
dalam menuntut ilmu, komited dan bergiat cergas dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta kokurikulum, seterusnya berjaya cemerlang dalam bidang yang diceburi
demi agama, bangsa dan negara tercinta.

2
PERLAKSANAAN MINGGU SUAIKENAL (MSK)

Terdapat 2 sesi kemasukan pelajar ke Politeknik Ungku Omar. Mohon pelajar kenalpasti
kumpulan berdasarkan TARIKH DAFTAR masuk ke kampus.

1. Tarikh Daftar : 13 Ogos 2022 dan 14 Ogos 2022

Kumpulan terlibat : i) Semua pelajar program Diploma Kecuali Program DDT

ii) Program Sijil KKA

Kaedah perlaksanaan : Secara dalam talian

Pautan : Channel Telegram - https://t.me/+-zvYy2BoEidjNmY1

Tarikh MSK : 15 Ogos 2022 hingga 17 Ogos 2022

2. Tarikh Daftar : 5 September 2022

Kumpulan terlibat : i) Semua pelajar program Sarjana Muda

ii) Program Diploma DDT

Kaedah perlaksanaan: Secara bersemuka

Tempat : Dewan Warisan, Politeknik Ungku Omar

Tarikh MSK : 6 September 2022 hingga 8 September 2022

** DDT – Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

3
PIAGAM PELANGGAN

1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar.

2. Proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan secara sistematik, terancang dan

berkesan.

3. Memastikan status siasatan maklumbalas pelanggan yang berkaitan dengan perkhidmatan

pemberian pendidikan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dikendalikan dalam masa 10 hari

bekerja.

4. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian

berakhir.

VISI
Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri.

MISI
Menghasilkan graduan yang holistik, kompeten dalam teknologi dan berdaya
keusahawanan.

SLOGAN
homeofTVETchampion

4
LIRIK LAGU

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Politeknik Ungku Omar


Megah Terbina di Lembah Kinta
di Ipoh Bandaraya
Perak Darul Ridzuan

Menjunjung Wawasan Pertiwi


Mendidik Ilmu Teknologi
Membantu Membangun Industri
Negara Berdikari

Menyahut Segala Cabaran


Bina Negara Perusahan
Walaupun Seribu Halangan
Maju Terus ke Hadapan

Politeknik Ungku Omar


Mendukung Cita-Cita Bangsa
Prinsip Rukun Negara
Menjadi Panduan Kita

Tunjukkan Kepada Dunia


Kita Juga Ada Upaya
Menjadi Bangsa Berjaya
Hidup Bebas dan Merdeka

5
LIRIK LAGU

POLITEKNIK MALAYSIA

Politeknik Adalah Warisan Kita


Membekal Tenaga Bidang Teknikal
Bersama Membina Kemajuan Negara
Malaysia Ku Tercinta

Akhlak Mulia Asas Jaya


Itulah Amalan Hidup Kita
Di Mana Sahaja Politeknik Berada
Harapan Tetap Sama

Politeknik Ku Sanjung Jasa-Jasa Mu


Mencipta Lembaran Sejarah
Harapan Impian kan Menjadi Nyata
Cekal Takwa Usaha Penentu Arah

Maju Politeknik Ayuh Maju


Semangatmu Merestui Perjuanganku
Teknologi Teras Pembangunan Negara
Politeknik Malaysia

6
MS ISO 9001 : 2015

Politeknik Ungku Omar (PUO) mewujud, mendokumen, melaksana dan menyenggara


Sistem Pengurusan Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras
dengan keperluan MS ISO 9001:2015

Pelanggan Politeknik
Pelanggan Politeknik adalah pelajar Politeknik.

Dasar Kualiti
Dasar kualiti Politeknik Ungku Omar adalah membangunkan potensi pelajar ke arah
kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat melalui
penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. Politeknik Ungku Omar komited untuk
nematicon kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang
disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk
difahami oleh semua peringkat kakitangan.

Objektif Kualiti

Kecemerlangan Pelajar
1. Berusaha memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 91%
pada tahun konvokesyen

Kecemerlangan Staf
1. Memastikan setiap staf yang menghadiri kursus/ menjalani latihan/ seminar/ bengkel/
persidangan/ konvesyen/ taklimat sekurang-kurangnya 5 hari setahun.
2. Memastikan sekurang-kurangnya 6% PPPT mengikuti program pembangunan bakat
dalam tahun semasa

Kecemerlangan Proses
1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/ mencapai petunjuk
prestasi yang ditetapkan.

7
KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang kepada mahasiswa dan mahasiswi baharu ke Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak.
Syabas dan tahniah di atas kejayaan anda ke gedung illmu ini sebagai langkah pertama bagi mencapai
cita-cita dan harapan keluarga tercinta. Anda memilih dan terpilih menjadi sekumpulan kecil dari ribuan
yang memohon untuk bersama-sama Warga PUO memikul amanah yang dipertanggungjawabkan bagi
merealisasikan kecemerlangan yang diimpikan serta mencipta masa depan yang gemilang.

Politeknik Ungku Omar memberi fokus kepada kecemerlangan dalam pendidikan teknikal bagi melahirkan
individu yang berkemahiran tinggi, kreatif, berdisiplin dan dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan
di samping berkhidmat kepada masyarakat dan negara serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi
negara. Pencapaian sebenar anda sebagai mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja akan diukur menerusi
kecemerlangan akademik, bahkan juga pencapaian Generic Student Attribute (GSA) dan perkembangan
sahsiah selari dengan visi dan misi Politeknik Ungku Omar. Manfaatkan peluang yang amat istimewa ini,
jadilah seorang mahasiswa yang cemerlang, berdaya saing, bertanggung jawab dan beretika. InsyaAllah,
saya dan keseluruhan Warga PUO akan memberi yang terbaik buat saudara dan saudari.

Saya berharap agar saudara dan saudari akan mendapat manfaat daripada Program Minggu Suaikenal
Sesi I 2022/2023 ini dan seterusnya menjalani kehidupan sebagai pelajar politeknik untuk selama tiga
tahun akan datang. Sebagai mahasiswa anda dianggap telah matang serta bertanggungjawab, justeru itu
gunakanlah peluang berada di kampus ini sepenuhnya dalam usaha membina dan membentuk sahsiah
diri. Serlahkanlah potensi diri anda dan kecapilah kejayaan dengan lebih bermakna. Hindarkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan kerana saudara dan saudari
adalah model kepada masyarakat. Semoga pendidikan formal dan tidak formal yang akan diperolehi
menjadikan anda insan yang lebih cemerlang lagi produktif serta dapat menyumbang ke arah kemajuan
agama, bangsa dan negara sejajar dengan moto PUO, iaitu “ KEKUATAN DAN KEAMANAN MELALUI
TEKNOLOGI ” Selamat menuntut ilmu dan berikan yang terbaik demi membina sahsiah dan minda yang
hebat.

Saya doakan semoga saudara dan saudari mencapai kejayaan cemerlang dan akan menjadi graduan
berkualiti dan kalis masa hadapan demi kemajuan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Sekian, terima kasih.

PUO - Home of TVET Champions

Ts. Dr. Izwah binti Ismail


Timbalan Pengarah Akademik
Politeknik Ungku Omar
Ipoh, Perak.

8
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN TERTINGGI PUO

KETUA JAB. KEJ. AWAM KETUA JAB. KEJ. ELEKTRIK KETUA JAB. KEJ. MEKANIKAL
MOHD AZMI BIN ZULKIFLI HJH JUHAIDA BT ZAKARIA RAHIZAL BIN MOHD KHIR

TIMBALAN PENGARAH
AKADEMIK
DR. IZWAH BINTI ISMAIL
KETUA JAB. KEJ. KETUA JAB. KETUA JAB. TEKNOLOGI
PERKAPALAN PERDAGANGAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
MOHD FAISOL BIN SAAD NOOR AFIDA BT OMAR HAMIMAH BT SALLEH

KETUA JAB. PENGAJIAN AM KETUA JAB. MATEMATIK, SAINS


HANIZA NORLIN BT MD YUSOF DAN KOMPUTER
AHMAD RAKIMI BIN MOHAMAD

TIMBALAN PENGARAH
SOKONGAN AKADEMIK
DR. MOHD NOR AZAM BIN MOHD DALI

KETUA JAB. SUKAN, KOKURIKULUM


KETUA JAB. HAL EHWAL PELAJAR
DAN KEBUDAYAAN
SHAMSURI BT MIOR KHALID
BUDI ALFAHMI BIN MOHD ZAID 9
PENGURUSAN POLITEKNIK UNGKU OMAR

Timbalan Pengarah (Akademik) : Ts Dr. Izwah Binti Ismail

Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) : Dr. Mohd Nor Azam Bin Mohd Dali

Ketua Jabatan / Pegawai-Pegawai Kanan


Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) : Mohd Azmi Bin Zulkifli
Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) : Juhaida Binti Zakaria
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) : Rahizal Bin Mohd Khir
Jabatan Kejuruteraan Perkapalan (JKP) : Mohd Faisol Bin Saad
Jabatan Perdagangan (JP) : Noor Afida Binti Omar
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) : Hamimah Binti Salleh
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) : Ahmad Rakimi Bin Mohamad
Jabatan Pengajian Am (JPA) : Haniza Norlin Binti Md Yusof
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) : Shamsuri Binti Mior Khalid
Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) : Budi Alfahmi Bin Mohd Zaid
Corporate Industrial Services & Employment Centre (CISEC): Aishah Binti Sheikh Abu Bakar
Centre Of Quality Assurance & Risk Management (CQARM) : Yong Rashidah Binti Mat Tuseum @ Selamat
Centre Of Tecnology (COT) : Dr. Supaat Bin Zakaria
Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkormersilan (UPI) : Dr. Azhar Bin Abdullah
Hal Ehwal Pelajar (P&D) : Khamsiah Binti Ishak
Hal Ehwal Pelajar (K&D) : Noor Azila Binti Ahmad Zaki
Asrama : Azrul Jazni Bin Azis
Unit Penilaian dan Peperiksaan : Saiful Azmin Bin Abdul Wahid
Perhubungan dan Latihan Industri : Noor Akmal Binti Mohammed Khalid
Pengurusan Kualiti : Mohd Nizam Bin Abdullah Sani
Psikologi : Amir Bin Azli
Perhubungan Awam : Sharifah Anita Wafa Binti Syed Munir Wafa
Latihan Dan Pendidikan Lanjutan : Lily Yuzie Binti Md. Yusof
Keusahawanan : Rokiah Binti Ahmad Sudan
Pembangunan dan Senggaraan : Rosmawati Binti Yahya
Pembangunan Instruksional dan Multimedia : Mohd Amirul Helmi Bin Ismail
Teknologi Maklumat : Faizatul Shima Binti Mohd Yunus
RMK : Amirrudin Bin Samsudin
Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan : Hasnita Binti Mat Isa
Perpustakaan : Nur Hafiza Binti Jusoh

10
MATLAMAT MINGGU SUAIKENAL

i. MSK memperkenalkan pelajar kepada pengurusan Politeknik Ungku Omar.

ii. MSK menerangkan kepada pelajar sistem pengurusan Hal Ehwal Pelajar.

iii. MSK memberi pendedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PUO
bagi memudahkan pelajar menjalani kegiatan kokurikulum mengikut peraturan Politeknik.

iv. MSK membentuk pelajar lebih berkeyakinan untuk memulakan kehidupan sebagai warga
politeknik.

v. MSK meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

11
AHLI JAWATANKUASA INDUK MSK

PENAUNG
Ts Dr. Izwah Binti Ismail
Timbalan Pengarah Akademik

PENASIHAT
Dr. Mohd Nor Azam Bin Mohd Dali
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

PENGERUSI
Cik Shamsuri Binti Mior Khalid
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

NAIB PENGERUSI
Pn. Noor Azila Binti Ahmad Zaki

SETIAUSAHA I
En. Mohd Hamizan Bin Radzi

SETIAUSAHA II
En. Mohd Fadil Bin Abdullah

JAWATANKUASA:
Pegawai Hal Ehwal Pelajar Jabatan
JKA, JKE, JKM, JKP, JP, JTMK

12
PERATURAN MINGGU SUAIKENAL

Kaedah Perlaksanaan: Secara Dalam Talian (15 Ogos 2022 hingga 17 Ogos 2022)

1. Minggu Suaikenal akan diadakan secara atas talian dan dipantau oleh Pegawai Jabatan
Hal Ehwal Jabatan.
2. Pelajar perlu mempunyai data internet yang mencukupi semasa mengikuti Minggu
Suaikenal secara dalam talian.
3. Pelajar WAJIB menyertai Channel SEM 1 PUO SESI I 2022/2023 menerusi aplikasi
TELEGRAM.
Pautan Telegram : https://t.me/+-zvYy2BoEidjNmY1
4. Pelajar perlu sentiasa peka dengan arahan dan maklumat yang disampaikan melalui
aplikasi Telegram Minggu Suaikenal.
5. Pelajar WAJIB mengikuti sesi Minggu Suaikena seperti dalam jadual yang telah
ditetapkan (Rujuk Tentatif Program MSK Sesi I 2022/2023)
6. Syarat-syarat dan peraturan pakaian adalah seperti dalam Sahsiah Rupadiri Pelajar PUO.
7. Semua pelajar baharu diwajibkan HADIR semua aturcara Minggu Suaikenal
melainkan setelah mendapat kebenaran rasmi daripada pegawai yang bertanggungjawab
iaitu Urusetia Minggu Suaikenal.
8. Kehadiran Minggu Suaikenal akan diambil secara berkala pada setiap hari.
Pengumuman akan dibuat apabila pautan KEHADIRAN diaktifkan. Mohon pelajar
sentiasa berada di hadapan skrin sewaktu Minggu Suaikenal berlangsung.
9. Pelajar baharu hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Urusetia
Minggu Suaikenal.
10. Sekiranya mana-mana pelajar yang ingin menarik diri dari PUO sama ada semasa atau
selepas minggu suaikenal, mestilah memaklumkan terlebih dahulu perkara tersebut
kepada pihak Urusetia Minggu Suaikenal atau berurusan terus dengan pegawai Hal
Ehwal Pelajar.

13
Kaedah Perlaksanaan: Secara Bersemuka (6 Sept 2022 hingga 8 Sept 2022)

1. Minggu Suai Kenal akan diadakan di Dewan Warisan, Politeknik Ungku Omar.
2. Pelajar perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan ( Rujuk Tentatif Program MSK Sesi I
2022/2023)
3. Pelajar dikehendaki memakakai pelitup muka sepanjang masa semasa Minggu Suai
Kenal.
4. Pelajar mestilah berpakaian kemas semasa berada di dalam kampus. Syarat-syarat dan
peraturan pakaian adalah seperti dalam Sahsiah Rupadiri Pelajar PUO.
5. Pelajar-pelajar hendaklah menggantungkan Kad Pelajar PUO mereka di sebelah kiri baju
supaya mudah dilihat dan gambarnya menghala ke hadapan sepanjang masa. Ketetapan
pakaian dan rupadiri ini adalah dikuatkuasakan di seluruh kawasan kampus PUO bermula
dari tarikh 1hb Februari 1992. Arahan ini hendaklah dipatuhi sepanjang masa dan
tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka yang ingkar mematuhi arahan ini.
6. Semua pelajar baharu diwajibkan menghadiri semua aturcara Minggu Suaikenal
melainkan setelah mendapat kebenaran rasmi daripada pegawai yang bertanggungjawab
di Urusetia Minggu Suaikenal.
7. Pelajar baharu tidak dibenarkan keluar dari kampus atau Kolej Kediaman Pelajar semasa
Minggu Suaikenal melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertanggungjawab di
Urusetia Minggu Suaikenal atau Warden Asrama.
8. Pelajar baharu hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Urusetia
Minggu Suaikenal dan peraturan Kolej Kediaman Pelajar PUO.
9. Bagi pelajar yang menghadapi masalah, segala pengaduan tentang gangguan,
kecederaan, kehilangan harta benda dan sebagainya boleh dibuat di bahagian Urusetia
Minggu Suaikenal atau Warden Asrama.
10. Pelawat tidak digalakkan berjumpa pelajar baharu semasa Minggu Suaikenal. Walau
bagaimanapun dalam keadaan tertentu dan terdesak, pelajar dibenarkan berjumpa
pelawat di bilik rehat atau bilik tamu yang disediakan.
11. Sekiranya mana-mana pelajar yang ingin menarik diri dari PUO sama ada semasa atau
selepas minggu suaikenal, mestilah memaklumkan terlebih dahulu perkara tersebut
kepada pihak Urusetia Minggu Suaikenal atau berurusan terus dengan pegawai di pejabat
Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

14
PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN AM

A) Kenderaan Rasmi Politeknik

1. Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon
dan mendapat kelulusan daripada Pengarah.
2. Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan, kemudahan
yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku.

B) Kenderaan Persendirian

1. Pelajar semester 1 dan 2 yang menginap di kolej kediaman tidak dibenarkan membawa
sebarang jenis kenderaan.
2. Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus sekiranya
dibenarkan dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik.
3. Semua kenderaan bermotor yang dibenarkan dan digunakan untuk keluar masuk kampus
mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh pihak politeknik.
4. Semua kenderaan yang dibenarkan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan
dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak kenderaan
mereka di tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/ kakitangan politeknik.
5. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar) yang
rosak atau hilang di dalam kampus.
6. Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat
untuk digunakan.
7. Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi
peraturan-peraturan berikut :-
a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah.
b) Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh politeknik.
c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi bising yang kuat
atau diubahsuai.
d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal.
e) Memakai baju pemantul cahaya semasa menunggang/membonceng motosikal
adalah digalakkan
f) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki.
g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya
seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan.
8. Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah
mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

Pihak politeknik tidak bertanggungjawab terhadap Kehilangan kenderaan atau peralatan


kenderaan.

15
Kesalahan sahsiah diri

Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan sahsiah diri boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM50 mengikut di bawah akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) kaedah 26 A.

Kesalahan Lalu Lintas


Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalu lintas boleh dikenakan secara
pentadbiran.
Atau,
Pelajar akan dikenakan tindakan di bawah Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) Jadual
Kedua, Bahagian IV Tatatertib Lalu Lintas Jalan.

Perlanggaran Peraturan Am
Mana-mana pelajar yang melanggar peruntukan selain daripada Tatatertib Lalu Lintas, boleh
dikenakan tindakan berikut:
1. Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh Politeknik.
2. Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Kaedah 48, Akta
Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)).

“Hukuman Tatatertib”
Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan
mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih
hukuman-hukuman itu disatukan sekali”
i) amaran;
ii) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00);
iii) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan
kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan;
iv) penggantungan daripada mengikuti pengajian di institusi selama tempoh yang
ditentukan;
v) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau seluruh peperiksaan di institusi;
vi) penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh ynag ditentukan;
vii) pembuangan daripada institusi oleh pihak berkuatkuasa tatatertib.

16
TENTATIF MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BAHARU SESI I 2022/2023

HARI MASA JABATAN/ AKTIVITI

1. 8.30 pagi - Taklimat Minggu Suai Kenal (MSK)

PERTAMA 8.00 PAGI- 5.00 PETANG 2. 9.30 pagi - Taklimat Kebajikan Dan Disiplin

3. 10.30 pagi – Taklimat Pengambilan Dan Data

4. 12.00 tengahari – Slot bersama Majlis Perwakilan


Pelajar (MPP PUO)

5. 2.00 petang – Taklimat Penasihatan Akademik

1. 8.30 pagi - Taklimat Sukan, Kebudayaan Dan


Kesenian
8.00 PAGI- 5.00 PETANG
KEDUA
2. 9.30 pagi -Taklimat Perpustakaan

3. 10.30 pagi – Sesi Tour ‘Kenali PUO’

4. 11.00 pagi -Taklimat Pengurusan Psikologi –


Cabaran Norma Baharu.

5. 12.00 tengahari – Taklimat Unit Keselamatan dan


Kesihatan (UTK)

6. 2.00 petang – Taklimat Keusahawanan

1. 8.30 pagi - Taklimat Kualiti MS ISO 9001:2015

KETIGA 8.00 PAGI- 12.00 2. 9.30 pagi -Taklimat Peperiksaan


TENGAHARI
3. 11.00 pagi- Penutup Minggu Suai Kenal / Bacaan
Ikrar Pelajar

**Tarikh Minggu Suaikenal Pelajar Baharu sila rujuk mukasurat 3 – Panduan Minggu
Suaikenal

17
SAHSIAH DAN RUPA DIRI
SEMASA MINGGU SUAIKENAL (BERSEMUKA)

PELAJAR LELAKI

Perkara Keterangan
Baju Kemeja lengan Panjang berwarna putih
Bertali leher hitam/gelap

Seluar Seluar slack berwarna hitam


Bertali pinggang berwarna hitam
- Tidak bercorak atau kepala tali pinggang yang berbentuk
keterlaluan dan tidak sesuai.

Kasut Kasut berwarna hitam bertutup penuh


- Kasut sukan tidak dibenarkan
Memakai sarung kaki dengan sempurna

Rambut Pendek, kemas, tidak diwarnakan dan tidak berfesyen

PELAJAR PEREMPUAN

Perkara Keterangan
Baju Pelajar Islam baju kurung warna putih
Pelajar bukan Islam dibenarkan memakai baju kemeja berwarna
putih

Sarung/Kain Kain berwarna hitam labuh paras buku lali.

Kasut Kasut berwarna hitam bertutup penuh


- Kasut sukan tidak dibenarkan
- Kasut bertumit tinggi tidak melebihi 1 inci
Memakai sarung kaki dengan sempurna

Rambut Pelajar Islam wajib bertudung


Pelajar bukan Islam rambut mesti kemas sama ada diikat atau
seumpama dengannya, tidak diwarnakan dan tidak berfesyen

Lain-lain
➢ Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan
sama sekali.
➢ Pelajar tidak dibenarkan memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar (round neck), seluar jeans
dan seluar pendek.
**Tiada penetapan sahsiah dan rupa diri bagi kumpulan pelajar yang menjalani Minggu
Suaikenal secara dalam talian. Pakaian mestilah yang bersesuaian dengan tempat pelajar
berada dan sentiasa patuh dengan peraturan politeknik
18

You might also like