Kaedah Kajian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

030115-10-0966

4.0 KAEDAH KAJIAN


Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah digunakan dalam kajian ini
bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan iaitu laman sesawang
syarikat, surat khabar dalam talian, majalah dalam talian serta media sosial
seperti Instgram, Tiktok dan Twitter . Secara umumnya, sumber data yang
diperoleh untuk kajian ini terbahagi kepada dua jenis iaitu data primer dan
data sekunder . Dalam kajian ini, data sekunder sahaja yang digunakan .

Data Sekunder
Menurut Uma Sekaran (2013), data sekunder adalah maklumat yang
dikumpul daripada sumber yang sedia ada . Data sekunder diperolehi secara
tidak langsung berdasarkan catatan atau dokumentasi syarikat, analisis industri
oleh media, laman sesawang dan sebagainya . Data dalam kajian ini dikumpul
dengan mengunjungi perpustakaan dan kedai buku, melayari internet serta
membaca buku berkaitan . Penggunaan data sekunder dapat menjimatkan
masa dan kos yang diperlukan dalam kajian untuk mengklasifikasikan masalah
dan menilai data .

4.1 Internet
Menurut educalingo, internet merupakan  sistem komputer umum,
yang berhubung secara sejagat dan menggunakan Protokol Kawalan
Penghantaran (TCP) iaitu piawaian yang mentakrifkan cara
mewujudkan dan mengekalkan perbualan rangkaian yang mana
aplikasi boleh bertukartukar data sebagai protokol pertukaran paket.
Google dan safari menjadi sumber rujukan pengkaji untuk mencari
maklumat tentang syarikat Coca-Cola .

4.2 Laman Sesawang Syarikat


Menurut El-Ansary (2003), laman sesawang merupakan jaringan
komunikasi yang bersifat luas dan memudahkan proses pencarian
maklumat . Pengkaji telah melayari laman sesawang rasmi syarikat
Coca-Cola iaitu Coca-Cola Malaysia dengan URL iaitu
030115-10-0966
( https://www.coca-colacompany.com/company) bagi mengetahui latar
belakang dan promosi yang dijalankan .

4.3 Surat Khabar dalam Talian


Menurut Educalingo, surat kahbar dalam talian merupakan penerbitan
berkala sama ada harian, mingguan, atau bulanan yang memuatkan
berita semasa yang dimuat naik dalam talian talian . Topiknya boleh
terbentuk dari acara-acara politik, jenayah, sukan, rencana atau cuaca .
Maklumat diperolehi daripada Berita Harian Online . Tajuk artikelnya
ialah Coca-Cola Komited Perkukuh Operasi di Malaysia bertarikh 21
Oktober 2021 .Maklumat yang dapat diperolehi adalah berkaitan
straregi syarikat Coca - Cola mengukuhkan pasaran di Malaysia .
Maklumat ini diakses pada 14 Oktober 2022, URL ialah
(https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/10/744682/coca-
cola- komited-perkukuh-operasi-di-malaysia) .

4.4 Majalah dalam Talian


Menurut educalingo, majalah dalam talian merupakan penerbitan
berkala, sama ada mingguan, bulanan, tahunan dan sebagainya, yang
berisi bermacam-macam rencana dengan subjek yang pelbagai.
Majalah biasanya memiliki artikel mengenai topik popular yang
ditujukan kepada masyarakat umum dan ditulis dengan bahasa yang
mudah difahami oleh pembaca. . . Majalah yang dikaji ialah Majalah
Labur bertajuk “Asalnya Coca-Cola Adalah Ubat Sakit Kepala” yang
tulis oleh wartawan bernama Ezza pada 24 April 2019 . Maklumat ini
diakses pada 14 Oktober 2022 dan URL artikel ini ialah
(https://www.majalahlabur.com/inspirasi/asalnya-ubat-sakit-kepalakini-
cocacola-yang-terkenal-satu-dunia/ )

030115-10-0966
`
4.5 Media Sosial
Pelbagai media sosial yang boleh digunakan seperti Instagram,
Facebook, Tiktok dan banyak lagi. Pengkaji menggunakan Instagram
sebagai rujukan untuk mencari maklumat semasa tentang Coca - Cola
di laman web rasmi iaitu cocacolamy. Di laman tersebut banyak
mempamerkan kepelbagaian jenis minuman berkarbonat Coca - Cola .
Maklumat ini diakses pada 16 Oktober 2022 .

You might also like