Minit Mesyuarat

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

MESYUARAT MAJLIS PERMUAFAKATAN SEKOLAH AGAMA SWASTA

(MPSAS)
KUANTAN PAHANG.
BIL 2/2022

TARIKH : 28 OGOS 2022/ 30 MUHARAAM 1444H


HARI : AHAD
MASA : 10:00 AM
TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH SAINS TAHFIZ INDERA MAHKOTA

Kehadiran
1) Haji Khosenulhan Ab Rahman (Pengerusi)
2) Naharuddin bin Manhuri (Timbalan Pengerusi)
3) Shalmisyam shahuddin (Setiausaha)
4) Salmah Mat Yusoff (Bendahari)
5) Nordiana Bt Kassim AJK
6) Muhammed Suffian bin Abd Aziz AJK
7) Roqaiyah Harithuddin AJK
8) Salmiah Binti Selamat
9) Hamnah Jusri

1/3
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalukan kehadiran ahli sesi 2022/2023 ke
mesyuarat MPSAS kali pertama bagi sesi 2022.

2.0 JAWATAN KUASA INDUK

2.1 Jawatan kuasa induk telah dipilih. Masih mengekalkan Tuan Haji Khosenulhan bin Ab
Rahman sebagai pengerusi dan timbalan adalah Ustaz Naharuddin bin Manhuri.
2.2 Setiausaha disandang oleh Puan Shalmisyam binti Shahuddin manakala bendahari pula
ialah Ustazah Salmah Mat Yusoff.
2.3 Jawatankuasa terdiri daripada Guru Besar IIS, Ibnu Abbas dan Al Amin.
2.4 Mesyuarat jawatankuasa akan diadakan 3 kali setahun, secara bersemuka atau atas talian.
2.5 Surat tawaran menyertai MPSAS kepada semua pengetua Sekolah Menengah Swasta
akan dikeluarkan.
2.6 Pemilihan AJK adalah 2 tahun sekali.
[Makluman]

3.0 PENDAFTARAN .

3.1 Penubuhan akan berdaftaran dengan SSM.


3.2 Nama penubuhan telah ditukar kepada Majlis Pemuafakatan Sekolah Agama Swasta.
(MPSAS).
3.3 Alamat penubuhan MPSAS adalah mengikut alamat tempat bertugas setiausaha.
3.4 Akaun bank juga akan dibuka apabila selesai pendaftaran penubuhan.

[Tindakan : Setiausaha]

4.0 IHYA RAMADHAN

4.1 Tiada laporan penuh mengenai Program Ihya Ramadhan.


4.2 Tiada laporan kewangan program Ihya Ramadhan.

[Makluman]

2/3
5.0 YURAN

5.1 Yuran keahlian sebanyak RM50.00 setahun bagi setiap sekolah akan dicarum
bermula tahun 2023.
5.2 Kutipan yuran akan dimasukkan ke dalam akaun bank penubuhan.

[Makluman]

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Pengerusi mencadangkan agar mengadakan Hari Terbuka Sekolah-Sekolah Agama


Kuantan.
6.2 Ustazah Roqaiyah Harithuddin mencadangkan agar mengadakan kursus buat guru-
guru.
6.3 Ustaz Naharuddin bin Manhuri mencadangkan agar setiap sekolah dapat berkongsi
resume jika ada keperluan lain-lain sekolah memerlukan bagi mengisi kekosongan
perjawatan guru atau kakitangan.

7.0 PENANGGUHAN

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana memberi pandangan
dan sokongan serta kerjasama yang baik di dalam mesyuarat ini.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:05 petang.

Dicatat oleh
Penolong Setiausaha MPSAS

3/3

You might also like