Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI

DIPLOMA SAINS SUKAN

ISLAM DAN PENGURUSAN SUKAN :

DAKWAH DI KALANGAN ATLET DAN


MODEL ATLET ISLAMIK

DISEDIAKAN OLEH :
KHALISAH BARI'AH BINTI KASSIM - Ketua 2019282914
AMALIN AQILAH BINTI AZLI 2019244776
NUR ANIS MARHA BINTI BARIR 2019295672
MARDHIAH BINTI JAAFAR 2019283822
NURFILZAH BINTI HUSSIEN 2019433644

Laporan Pembentangan Dihantar kepada Cik Siti Nasuhah binti Baharudin


dalam Memenuhi Sebahagian Keperluan untuk
CTU266 (ISLAM DAN PENGURUSAN SUKAN)

SEMESTER 3
SESI 1
20
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Umum


1.2 Objektif
1.3 Kepentingan

2.0 ISI DAN HURAIAN

2.1 Maksud Dakwah, Sukan & Atlet


2.1.1. Dakwah Pada Aspek Sukan
(dalil & hadis berkaitan dakwah dalam sukan)
2.1.2 Garis Panduan Dalam Bersukan

2.2 Method Penyampaian Dakwah Dalam Sukan


2.2.1 "Islam Tidak Larang Bersukan"

2.3 Penjagaan Aurat Bagi Atlet Ketika Bersukan


2.3.1 Pakaian Atlet Patuh Syariah

2.4 Dakwah Melalui Akhlak

2.5 Model Atlet Islamik


2.5.1 Contoh Model Atlet Islamik

3.0 KESIMPULAN

3.1 Rumusan
3.2 Cadangan, Pandangan & Pendapat
30
1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN UMUM


Bersukan adalah suatu aktiviti yang amat digalakkan dalam Islam kerana dengan bersukan,
kesihatan dan kecergasan tubuh badan dapat dikekalkan sekaligus menjauhkan diri daripada
sebarang penyakit. Salah satu aktiviti yang sangat digalakkan dalam Islam selain daripada
menimba ilmu adalah bersukan seperti yang dinyatakan dalam Firman Allah SWT dalam Surah Al
Qasas ayat 26 yang bermaksud :

“Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: “Ya bapaku ambillah dia sebagai orang yang
bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja
(pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya”.”

Sabda Rasulullah SAW pula: Daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada orang mukmin
yang lemah: pada keduanya adalah baik. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan ketaatan kepada
Allah dan mohonlah pertolongan kepada-Nya dan janganlah engkau merasa lemah. Jika engkau
ditimpa sesuatu musibah janganlah engkau ucapkan kalau aku berbuat demikian tidak berlakulah
musibah itu, tetapi ucapkanlah Allah telah mentakdirkannya dan apa yang Allah kehendaki pasti
berlaku. Sesungguhnya perkataan kalau boleh membuka ruang kepada amalan syaitan”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas serta sabda daripada Rasullullah SAW ini cukup
menjelaskan bahawa Islam amat menekankan kepentingan latihan rohani yang seiring dengan
latihan jasmani supaya seseorang mukmin itu dapat mencapat matlamat yang dihajati.

1.2 OBJEKTIF

Objektif melakukan aktiviti sukan dan riadah menurut Islam adalah bertujuan untuk
memantapkan perlaksanaan ibadah dan ketaatan diri seseorang individu muslim terhadap Allah
SWT. Hal ini demikian kerana sekiranya seseorang muslim tersebut bergiat aktif dalam sukan
mahupun riadah, ia pastinya mempunyai badan serta fizikal yang sihat untuk taat melaksanakan
ibadah dengan tekun. Seterusnya adalah memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada individu
yang terlibat sama ada daripada aspek fizikal, mental dan spiritual. Kecergasan badan bagi
seseorang yang melibatkan diri dalam sukan dan riadah dapat melahirkan seorang yang berbadan
cergas, minda yang cerdas dan pintar, serta fizikal yang kuat yang menjamin kepada kesihatan diri
yang berpanjangan. Akhir sekali, aktiviti sukan dan riadah dapat memupuk perpaduan dan
keharmonian sesama masyarakat kerana kebanyakkan aktiviti sukan dan riadah melibatkan
pergaulan sosial sesama peserta yang tidak langsung dapat mengeratkan perhubungan sesama
manusia.
40
1.3 KEPENTINGAN

Secara umumnya, masing-masing iaitu sukan mahupun dakwah memiliki kepentingan


mereka masing-masing. Kepentingan dari aspek bersukan adalah dapat melahirkan seorang atlet
mahupun seorang muslim yang sihat tubuh badan, mental dan spiritual mereka. Sukan dan
kesihatan adalah sangat berkait rapat kerana setiap aktiviti sukan mahupun riadah yang dilakukan
mempunyai kelebihan dan kebaikan tersendiri dari aspek kesihatan sebagai contoh sukan
memanah yang dapat menjadikan minda kita lebih focus dan peka di samping dapat menguatkan
otot-otot di bahagian yang terlibat. Sesetengah sukan juga dapat mengukuhkan struktur badan
dan tulang yang ada supaya tidak mudah rapuh dan lemah. Islam tidak melarang umatnya untuk
bersukan selagi perbuatan itu tidak melanggar hukum syarak.

Maka, jelas mengatakan bahawa tidak terkecuali bagi seseorang itu melanggar hukum
syarak ketika bersukan seperti mengamalkan pergaulan bebas dan membuka aurat. Seterusnya,
kepentingan dalam berdakwah juga adalah penting kerana dakwah juga adalah merupakan
perkara wajib yang harus dilakukan oleh seluruh umat Islam tidak kira dalam apa jua cara
sekalipun. Terdapat pelbagai jenis dan cara dakwah boleh disampaikan. Antaranya, dakwah boleh
disampaikan melalui perlakuan seseorang individu tersebut dan juga boleh disampaikan melalui
percakapan.
50
2.0 ISI DAN HURAIAN

2.1 MAKSUD DAKWAH, SUKAN & ATLET

DAKWAH

Dakwah biasanya sering ditafsir lebih kepada mengajak seseorang kepada Islam. Dakwah
dalam Bahasa Arab pula bermaksud secara harfiah iaitu "menyeru" atau "mengajak". Dakwah dari
segi bahasa pula memiliki beberapa makna, antaranya meminta tolong, beribadat, menjemput,
mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Dalam Bahasa Melayu pula dakwah bererti
kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.

Selain itu, dakwah juga merupakan suatu usaha yang berupa perkataan atau perbuatan
untuk menarik manusia ke suatu aliran atau agama tertentu. Akhir sekali, memohon, menyeru dan
meminta yang juga sering disebut dengan istilah doa juga merupakan salah satu katageri dakwah.
Adapun dakwah dari sudut istilah adalah usaha untuk mengajak manusia dengan perkataan dan
perbuatan kepada Islam, menerapkan manhajnya, memeluk akidahnya dan melaksanakan
syariatnya.

Allah SWT ada berfirman dalam surah AL-Isra’ ayat 110 yang bermaksud “Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Serulah "Allah" atau "ArRahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari
kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik
serta mulia". Dan janganlah Engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah
Engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu”.

SUKAN

Sukan boleh didefinisikan sebagai segala jenis latihan gerak badan dan permainan seperti
bola jaring dan olahraga yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Sukan terdiri daripada
pelbagai jenis aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan tubuh badan untuk pelbagai tujuan seperti
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Sebagai contoh, berenang
secara berasingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang di
kolam renang secara bersendirian dikira sebagai aktiviti rekreasi.

Pada aspek lain pula, sukan ialah salah satu aktiviti riadah yang juga dapat boleh dijadikan
sumber pendapatan hasil daripada sebagian besar kegiatan lapang, surat khabar dan televisyen
yang diberikan kepada sukan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan
melihat kegunaan umum istilah-istilah berikut. Secara umumnya, sukan ialah aktiviti yang
mengandungi latihan kemahiran berguna secara rekreasi dan melibatkan peraturan-peraturan
tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
60
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan seseorang untuk mengatasi tanda
ukuran atau “benchmarks” terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan banyak lagi. Antara contoh
kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah belayar yang menjadi salah satu sukan air dan
bukan lagi sebagai pengangkutan atau sebagainyaa. Selain itu, berlari pula dilakukan untuk
panjang dan tempoh masa tertentu dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan
sebagainya.

Demikianlah seperti yang tertulis dalam Hadis Riwayat Muslim yang bermaksud “Mukmin
yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya
ada kebaikan.”

ATLET

Atlet merupakan orang yang bergiat dalam lapangan sukan ataupun lebih dikenali sebagai
ahli sukan.

2.1.1 DAKWAH PADA ASPEK SUKAN

Antara salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran ramai masyarakat di seluruh dunia
adalah aktiviti sukan dan riadah. Peminat-peminat sukan pastinya sentiasa tertunggu-tunggu
akan kejohanan dan pertandingan sukan yang diminati mereka. Islam sendiri juga membenarkan
aktiviti sukan dan riadah ini dilakukan malah turut menggalakkan agar semua umat islam turut
melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan riadah secara tidak langsung mahupun secara langsung.
Bagaimanapun, segala peraturan dan tatasusila yang telah ditetapkan oleh syarak berlandaskan
Al-Quran dan Hadis perlulah dipatuhi oleh pemain ketika melakukan aktiviti sukan mahupun
riadah.

Aktiviti sukan dan riadah juga bukanlah sesuatu yang asing dalam agama Islam kerana ia
telah diamalkan sejak pada zaman baginda Rasullullah SAW lagi. Baginda Rasullullah SAW
bukan sahaja mengajak umat Islam untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan riadah malah
baginda juga seorang ahli sukan yang sihat, cergas, pintar dan kuat dari semua aspek terutama
fizikalnya. Baginda SAW sangat terkenal dengan kehebatan baginda dalam sukan memanah dan
juga pernah mengalahkan seorang ahli gusti yang berasal daripada kaum Quraisy.

Seorang pendakwah yang bernama Mohd Elyas Ismail mengatakan bahawa pemimpin
arab yang merupakan ahli gusti terkenal bernama Rukanah Ibnu Abdul Yazid RA telah memeluk
Islam selepas dikalahkan oleh Rasulullah SAW dalam pertandingan gusti.

Peristiwa ini terjadi sewaktu Rukanah bekata kepada baginda Rasulullah dengan ayat
berikut, “Wahai Muhammad, tiada siapa pernah dapat membaringkan aku hingga jatuh
terlentang dalam pertarungan selain daripadamu! Sebelum ini, engkaulah paling aku benci tetapi
sekarang, aku menyaksikan tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan
Allah SWT dan Nabi Muhammad itu Rasul-Nya.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)
70
Hasil kemenangan perlawanan antara Rasulullah SAW dengan Rukanah tersebut dapat
menarik Rukanah untuk memeluk Islam. Ini merupakan salah satu contoh dakwah yang sangat
menarik daripada Rasulullah SAW kerana ia membabitkan pelbagai pendekatan sehingga gusti
juga dapat menundukkan hati bukan Islam.

Ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti sukan dan riadah ini merupakan salah satu medan
dakwah yang dapat digunakan oleh para atlet mahupun seluruh umat Islam untuk menarik orang
yang bukan Islam melihat keindahan agama ini sekali gus dapat masyarakat.

Pendekatan dakwah melalui sukan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sepatutnya
menjadi inspirasi kepada golongan dakwah masa kini. Aktiviti sukan dan riadah boleh dijadikan
medium dakwah khususnya untuk berdakwah kepada golongan anak muda. Golongan dakwah
di kalangan atlet masa kini sepatutnya mengambil inspirasi hasil daripada pendekatan dakwah
melalui sukan yang ditunjukkan oleh Rasullullah SAW.

Maka, dengan itu para atlet Muslim khususnya hendaklah menunjukkan contoh serta
akhlak yang baik bagi mencerminkan keindahan dalam Islam terutamanya bagi masyarakat yang
bukan Islam. Sebagai contoh yang boleh diambil mengikut perkembangan semasa adalah,
tindakan Juara Lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov yang
mengucapkan takbir apabila menang dan perbuatan beliau tersebut telah membuka hati peminat
untuk melihat Islam daripada perwatakanya sebagai seorang Muslim.

Ini menjelaskan bahawa sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh
para atlet untuk menyampaikan dakwah dalam sukan. Semuanya bergantung atas kretiviti para
atlet tersebut untuk menjadikan ianya berkesan kepada golongan sasaran seperti seperti apa
yang pernah dan telah dilakukan oleh atlet-atlet Muslim sebelum ini. Hal ini kerana sukan
merupakan salah satu medan yang sangat luas untuk berdakwah.

2.1.2 GARIS PANDUAN DALAM BERSUKAN

Garis panduan dalam sukan ini adalah bertujuan untuk memberi penekanan terhadap cara
bersukan yang dibenarkan mengikut syarak. Antaranya ialah seseorang atlet hendak menjaga
aurat serta memelihara bahagian tubuh menurut hukum Islam, iaitu batas aurat bagi lelaki adalah
antara pusat hingga ke lutut manakala aurat bagi perempuan pula ialah seluruh badan kecuali
muka dan kedua tapak tangan.

Seterusnya adalah memastikan jurulatih dan atlet adalah daripada jantina yang sama. Hal
ini kerana sekiranya mereka berlaianan jantina, batas pergaulan hendaklah dijaga selaras
dengan tuntutan syarak seperti jurulatih lelaki diharamkan untuk menyentuh atlet sukan wanita
dan begitu juga sebaliknya.

Selain itu, pakaian sukan juga perlu memenuhi segala etika berpakaian yang telah
ditetapkan oleh syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan yang
dimainkan atau diceburi. Juga diingatkan bagi atlet wanita haruslah berpakaian
longgar dan tidak menampakkan susuk badan.
80
Percampuran bebas antara lelaki dan wanita semasa bersukan adalah sama sekali
dilarang dalam hukum syarak. Tempat tempat bersukan seperti kolam renang dan gymnasium
pula haruslah disediakan secara berasingan mengikut jantina ataupun melaksanakan jadual
masa penggunaan berlainan mengikut jantina.

Seseorang atlet tidak boleh terlalu leka bersukan sehingga melalikan kewajipan agama
seperti solat. Hal ini sering kali dipandang remeh oleh segelintir para atlet sedangkan ia
merupakan suatu kewajipan.

Sokongan yang keterlaluan khususnya daripada penyokong fanatik hingga mencetuskan


pergaduhan atau mengeluarkan kata-kata kesat adalah dilarang sama sekali dan ianya jauh
sekali bercanggah dengan Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih sayang.

Wanita Muslim dilarang menyertai sukan yang bercanggah dengan fitrah kewanitaan dan
bertentangan adap, adat serta tatasusila.

Akhir sekali, Islam melarang jenis sukan yang terlalu ekstrim, berisiko tinggi serta sukan
yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, mental serta spiritual seperti
pertandingan makan makanan contohnya kali jengking dan labah-labah. Pertandingan seperti ini
jatuh pada hukum haram kerana ia merupakan najis yang kotor serta menjijikkan.
2.2 METHOD PENYAMPAIAN DAKWAH DALAM SUKAN

90
Metode dakwah

Iaitu jalan atau cara yang digunapakai oleh juru dakwah untuk menyampaikan ajaran atau
materi dakwah Islam. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 125 yang
menyebutkan bahawa ada tiga kaedah atau metode dakwah:
Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan
orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang
yang mendapat hidayah petunjuk. Dari ayat di atas maka terdapat tiga kaedah atau metod yang
dapat digunapakai dalam menyeru dan mengajak untuk kebaikan iaitu:

1. Hikmah
Hikmah adalah pengetahuan tentang kebenaran dan pengamalannya, ketepatan memilih
dalam perkataan dan pengamalannya. Hal ini tidak dapat dicapai melainkan dengan memahami
Al-Quran dan mendalami syariat-syariat Islam serta hakikat Islam. Hikmah merupakan
kemampuan dan ketepatan dai dalam memilih dan menyesuaikan kaedah atau metod dakwah
dengan keadaan objektif mad’u. Hikmah juga merupakan kemampuan dai dalam menjelaskan
ajaran-ajaran Islam dan realiti yang ada dengan hujah-hujah yang logik dan bahasa yang
komunikatif.

Hikmah dalam dunia dakwah mempunyai kedudukan yang sangat penting, iaitu dapat
menentukan berjaya tidaknya dakwah. Dalam menghadapi sasaran dakwah atau mad’u yang
beragam peringkat pendidikan, status sosial, dan latar belakang budaya, para dai memerlukan
hikmah sehingga ajaran Islam mampu memasuki ruang hati para mad’u dengan tepat. Hikmah
adalah bekal dai menuju kejayaan. Kurnia Allah yang diberikan kepada orang yang mendapatkan
hikmah, juga akan berkesan kepada para sasaran dakwah, sehingga mereka termotivasi dan
terdorong untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik dan memahami serta mengamalkan apa
yang disampaikan dai kepada mereka.

2. Maw’izah
Hasanah Maw’izah Hasanah merupakan salah satu kaedah dan manhaj dakwah untuk
mengajak dan menyeru manusia kepada jalan Allah dengan memberi nasihat atau
membimbing dengan lemah lembut agar mereka mahu berbuat kebaikan. Maw’izah Hasanah
dapat diertikan sebagai ungkapan yang mengandungi unsur bimbingan, pendidikan, pengajaran,
kisah-kisah, berita gembira, peringatan, pesan-pesan positif yang dapat dijadikan pedoman
dalam kehidupan agar mendapat keselamatan dunia dan akhirat.

Kaedah ini sangat berkesan apatahlagi jika dilakukan dalam keadaan dan suasana yang
tenang sehingga dapat menyentuh dan menggugah hati sasaran dakwah, inilah yang
dicontohkan oleh Nabi s.a.w. tatkala didatangi seorang yang minta izin untuk berzina
dan tercatit pada hadith yang diriwayatkan daripada Abu Umamah.
01
3. Mujadalah (berbantahan dengan cara yang baik)
Mujadalah,berbantah atau berdebat dengan cara yang baik adalah berdakwah dengan cara
bertukar fikiran atau berdialog dan membantah dengan cara yang sebaikbaiknya dengan tidak
memberikan tekanan-tekanan yang memberatkan pada komuniti yang menjadi sasaran dakwah.
Al-Mujadalahmerupakan tukar pendapat yang dilakukan oleh dua pihak secara sinergi, yang
tidak melahirkan permusuhan dengan tujuan agar lawan menerima pendapat yang diajukan
dengan memberikan hujah dan bukti yang kuat. Antara satu dengan yang lain saling
menghormati dan menghargai pendapat keduanya.

Termasuk al-hikmah adalah mendidik dengan ilmu, bukan dengan kebodohan. Juga di
antaranya memulai dari perkara yang paling penting yakni tauhid, dengan masalah yang mudah
diterima dan difahami, serta dengan cara yang lemah lembut. Tetapi, apabila cara ini tidak
berjaya, maka hendaklah menggunakan kaedah dan metod berikutnya iaitu maw'izah hasanah
(pengarahan yang baik). Cara ini disertai dengan targhib (khabar gembira) dan tarhib (ancaman).
Tetapi jika sasaran dakwah atau madu‟ merasa dirinya benar atau dia mengajak dan menyeru
kepada kebatilan, maka bantahlah dia dengan cara yang baik.

Pada prinsipnya kaedah atau metod dakwah berpijak dan berpedoman pada dua aktiviti
iaitu aktiviti bahasa lisan atau tulisan dan aktiviti badan. Aktiviti lisan dalam menyampaikan
pesan dapat menggunakan kaedah ceramah, diskusi, dialog, petua, nasihat, wasiat, taklim,
peringatan,ancaman dan lain-lain. Aktiviti tulisan dapat berupa penyampaian pesan dakwah
melalui pelbagai media massa cetak seperti buku, majalah, surat khabar, buletin dan lain
sebagainya. Aktiviti badan pula dalam menyampaikan pesan dakwah dapat berupa aksi amal
soleh seperti tolong-menolong dalam kebaikan, memperlihatkan dan menampakkan penampilan
yang sopan, berakhlak mulia dan lain sebagainya

2.1.2 "ISLAM TIDAK LARANG BERSUKAN"

Aktiviti sukan dan riadah antara medan dakwah yang dapat menyatukan masyarakat,
malah ia juga berupaya menarik orang bukan Islam untuk melihat keindahan agama ini. Islam
tidak melarang untuk bersukan malah Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari
jalan untuk kuat. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda:
“Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” Ini ialah seruan jelas
untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat
Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas.

Tutup aurat tidak menjejaskan prestasi atlet kerana penerapan pemakaian sukan mengikut
syariat dalam kalangan atlet adalah satu langkah baik. Walaupun pada peringkat dewasa,
kemungkinan besar penerimaan itu agak membebankan pada mulanya. pendidikan sejak kecil
memainkan peranan besar kerana mereka akan terbiasa dengan didikan yang diterap sejak
kecil.
11
“Perkara itu adalah perintah Allah SWT maka apabila hukumnya wajib, ketegasan dan
paksaan itu perlu ada,” katanya. Kerajaan menetapkan peraturan bukan kerana mereka
berkuasa, tapi bagi menguatkuasakan perintah Allah SWT. “Tiada larangan dalam Islam untuk
umatnya bersukan malah sangat digalakkan. Namun ia hendaklah dipastikan tidak bercanggah
dengan apa yang sudah tetapkan oleh Islam,” katanya. Setiap hubungan sesama manusia
mempunyai perbezaan batasan aurat. Hubungan seseorang bersama seorang mahram
mempunyai batasan auratnya yang tertentu begitu juga hubungan suami isteri yang turut
mempunyai batasan aurat tertentu dan kedua-duanya tidak boleh disamakan. Konsep menutup
aurat, ia bukan sekadar menutup kulit badan, tetapi menyembunyikan aurat terbabit. Manusia
mempunyai pelbagai sikap dan pandangan, maka penetapan batasan aurat ini untuk
mengelakkan daripada sebarang fitnah tersebar luas sesama manusia.
21
2.3 PENJAGAAN AURAT BAGI ATLET KETIKA BERSUKAN

Pengertian : Definisi aurat menurut bahasa ialah keaiban. Aurat diambil dari Bahasa
Arab iaitu ‘ Aurah’. Di samping itu, aurat ialah bahagian yang menjadi aib pada tubuh badan yang
wajib ditutup dan haram dilihat oleh orang lain atau pandangan orang bukan mahram. Dalam
Lisan al-Arab, al-Imam Ibn Manzur menyatakan bahawa maksud bagi aurat adalah setiap
perkara yang mendatangkan malu apabila ia terpamer :-

(Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld 4, hlmn 617)


Yang mengatakan sebarang perbuatan, perkataan dan perkara yang melahirkan hilang sifat
terhormat atau mendatangkan aib, adalah dianggap sebagai aurat. Menutup aurat adalah
dianggap tuntutan agama yang wajib dipatuhi. Islam mensyariatkan tuntutan menutup aurat bagi
lelaki dan perempuan apabila bermulanya baligh justeru mereka perlulah menjaga aurat serta
menjauhi pergaulan bebas.

Allah SWT berfirman: Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian
perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah
dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya
mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)

Aurat adalah kehormatan diri bagi seseorang yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang
masa tidak kira lelaki mahupun perempuan. Penjagaan aurat menjadi satu kewajipan bagi
sorang umat Islam menutup auratnya dalam apa jua keadaan. Bagi lelaki, penjagaan auratnya
ialah di antara pusat dan lutut yang wajib ditutup. Seterusnya, antara pemakaian menutup aurat
bagi lelaki ialah, tidak terlalu nipis dan ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan, menutup
aurat antara pusat ke lutut, pakaian tidak menyerupai perempuan serta tidak memakai pakaian
dan perhiasan daripada sutera dan emas.

Selain daripada itu, aurat perempuan pula meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak
tangan. Antara pemakaian menutup aurat bagi perempuan ialah menampakkan muka sahaja,
melabuhkan tudung menutupi dada , menutup hingga ke pergelangan tangan, pakaian tebal,
longgar dan tidak menyerupai lelaki serta menutup kaki.

Sebagaimana firman Allah SWT: Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” (Al-Nur 24: 31)

Selain itu, sedar atau tidak ada juga atlet yang tidak mementingkan untuk mengutamakan
penjagaan aurat. Hal ini demikian kerana mereka lebih selesa ikut kata haluan masing-masing
daripada ikut perintah Allah SWT. Justeru ada yang mengatakan bahawa ketika bersukan
tidaklah perlu menutup aurat dengan sebaiknya kerana mereka takut akan memberi kesan yang
negatif kepada prestasi sukan tersebut. Penjagaan aurat ketika bersukan tidaklah serumit yang
disangkakan.
31
Sudah terang lagi bersuluh bahawa penjagaan aurat ketika bersukan tidaklah menghalang
dan memberi kesan yang negatif kepada atlet tersebut. Bagi menegakkan kebenaran penjagaan
aurat bagi atlet juga haruslah diperuntukan untuk kekal menjaga martabat sebagai seorang
muslim yang diperintahkan oleh Allah SWT walau apa jua keadaan sekali pun. Bukan mudah
bagi seseorang atlet wanita khususnya bagi atlet wanita yang beragama Islam. Selain daripada
mematuhi tuntutan agama, sedar atau tidak apabila kita menjaga pakaian serta aurat juga
mampu menjadi contoh kepada semua wanita di negara ini khususnya wanita Islam bahawa
sesiapa sahaja boleh bersukan walaupun berpakaian yang menutup aurat.

Ingatlah bahawa walaupun bersukan itu pada dasarnya hanyalah harus, sama ada
dilakukan atas dasar memelihara kesihatan mahupun mengisi masa lapang, namun boleh
menjadi tertegah bahkan haram dalam keadaan tertentu terutama jika ia bertentangan dengan
hukum, ajaran, tatacara, syariat dan adab-adab Islam. Antara batasan yang sering dipandang
ringan ketika bersukan ialah perintah menutup aurat.

Sedarlah bahawa menjaga aurat itu sangat tinggi nilainya walaupun di mana kita berada
sehinggakan apabila seseorang itu menutup aurat dengan sempurna, identitinya sebagai
seorang Islam akan terserlah dan akan dipandang dengan penuh rasa mulia dan hormat.
Sebagai contoh, jika kita terlihat seorang perempuan yang menutup auratnya dengan sempurna
ketika bersukan, maka perkara paling awal yang akan terdetik dalam hati kita ialah perempuan
tersebut adalah seorang yang beragama Islam dan dia adalah seorang muslimah yang baik. Kita
sebagai seorang umat yang berdisiplin hendaklah menjaga aurat dengan sebaiknya agar tidak
menonjolkan pandangan sesiapa lebih-lebih lagi pandangan ajnabi dan yang bukan mahram.

2.3.1 PAKAIAN ATLET PATUT SYARIAH

Rasulullah SWT adalah yang terbaik dalam hal ini. Dalam kitab hadis dan sirah,
banyak riwayat yang menyatakan bahawa Baginda menggemari dan menganjurkan sukan-sukan
yang berbentuk olahraga, pertahanan diri dan ketenteraan seperti berlumba lari, berenang,
memanah, menunggang kuda serta beradu senjata. Sungguhpun demikian, Islam tidak pernah
sekali membiarkan umatnya terbiar begitu sahaja untuk melakukan sesuatu perkara tanpa
memberikan sebarang bimbingan, garis pandu atau batasan. Maka kerana itulah, setiap sesuatu
perlulah ada batasannya yang perlu dijaga dan diperhatikan termasuk juga dalam perkara sukan
dan bersukan.

Antara contoh sukan yang tidak menekankan penjagaan aurat ialah sukan berenang. Pada
ketika ini , sukan berenang adalah sukan yang paling ditakuti oleh Islam kerana pakaian yang
mengikut serta bole menampakkan tubuh badan seseorang baik lelaki mahupun perempuan.
Pakaian yang dibenarkan untuk sukan berenang ketika dalam perlawanan mereka tidak
dibernakan memakai pakaian yang longgar serta memakai tudung menutup dada. Hal ini adalah
disebabkan tidak mahu akan ada halangan yang bole menyebabkan atlet renang itu menghalang
prestasi dalam kejayaan pertandingan renang yang diadakan itu.
41
Maka dengan itu, kita sebagai umat Islam disarankan untuk melakukan aktiviti renang
sebagai salah satu aktiviti yang menyeronokan dan sebagai aktiviti riadah yang bermanfaat
tidaklah sehingga ke pertandingan. Tambahan itu, kita bole lihat pada era ini , pakaian renang
yang mengikut bentuk badan menyebabkan ramai golongan yang berasa malu untuk menyertai
sukan renang. Walaupun pelbagai jenis fesyen yang dikeluarkan tidak ada pakaian renang yang
mampu menutup dada. Kita selebihnya mengelakkan diri daripada terus melakukan dosa hanya
kerana tidak menjaga aurat. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang
beriman yang lemah.” (Hadis Riwayat Imam Muslim),Walau macam mana keadaan sekali
hendaklah kita memupuk keimanan dalam diri supaya kita dapat menegakkan kebenaran yang
betul dan mana yang melanggar syarat harus ditinggalkan.

Selain itu, untuk sukan takraw, pakaian bagi perempuan dan lelaki ialah berpakaian baju
jersey lengan pendek dan berseluar pendek. Namun setelah menitikberatkan tentang penjagaan
aurat, kini pemain lelaki diwajibkan memakai 'tight' manakala wanita pula wajib memakai tudung.
Hal ini akan menyebabkan ramai wanita dikalangan muslim akan menyertai pertandingan ini
meskipun mematuhi syariat. Tidak lah susah untuk dilaksanakan untuk menekankan aspek
penjagaan aurat di kalangan masyarakat kerana Islam adalah agama rasmi negara ini.
Seterusnya, kejayaan beberapa atlet antarabangsa yang menjaga pakaian mengikut syariah
Islam juga boleh berjaya serta dijadikan contoh teladan kepada masyarakat di luar sana bahawa
pemakaian seseorang itu bukanlah pengukur sebenar prestasi bagi meraih kejayaan dalam
bidang sukan.

Mengapa atlet seringkali tidak mementingkan penjagaan aurat ? Hal ini adalah disebabkan
mereka kurang cetek dengan ajaran Islam. Oleh disebabkan itu mereka tidak takut dan berasa
seronok apabila melanggar perintah Allah SWT dalam menjaga aurat. Kita dapat lihat lagi
bahawa masih ada lagi di kalangan masyarakat yang melakukan aktiviti sukan seperti bola sepak
yang tidak memakai baju serta seluar pendek tidak melebihi paras lutut. Mereka melakukan
aktiviti dengan berpakaian seluar pendek serta tidak berbaju bahkan boleh menyebabkan orang
yang melihat tergugat imannya. Hal ini kita sepatunya perlulah hindari dan hendalah melakukan
perubahan seperti memakai pakaian sukan yang lengkap serta menutup aurat mengikut syariat
Islam. Oleh yang demikian, kita mestilah menjadi contoh kepada masyarakat lain bahawa dalam
sukan juga perlu menjaga pakaian mengikut syariat.

Berpakaian mengikut tuntutan syariat seperti menutup aurat juga boleh meningkatkan
tahap keberanian dan keyakinan seseorang atlet. Apabila kita dalam keadaan bertutup atau lebih
jelas lagi dengan berpakaian sopan serta mengikut pakaian etika bersukan, kita kan merasakan
lebih selesa justeru selamat dari pandangan ajnabi yang bole menjolok mata. Jelaslah bahawa
ramai yang menganggap menutup aurat adalah sesuatu yang membebankan. Sudah pasti
mereka belum tahu bahawa menutup aurat memberi seribu kebaikan kepada mereka serta
mereka juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Hal ini akan menyebabkan seseorang atlet
itu dipandang tinggi jika dia menjaga auratnya kerana siapa sangka dengan menutup aurat juga
boleh berjaya dalam bidang sukan hingga ke antarabangsa. Hendaklah kita membuka mata
terhadap berpakaian mengikut syariat tidak mampu mengukur kekalahan seorang atlet.
51
Seterusnya, tidak rugi jika kita dapat bersukan serta mendapat pahala daripada Allah SWT.
Islam menggalakkan kita untuk sihat dan menjaga kesihatan. Janganlah kita hanya menang
dalam pertandingan dengan tidak menjaga aurat serta merta tetapi biarlah kemenangan itu
dengan mengikut perintah Allah dalam penjagaan menutup aurat serta mendapat keredhaan
Allah SWT. Bukan itu sahaja, kita juga perlulah tanamkan rasa malu dalam diri sebagai benteng
yang menghalang kita daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Contohnya dalam
pertandingan jika kita dapat membela aurat dengan sebaiknya pasti mereka tidak akan
menyentuh tanpa sengaja terutama ajnabi dan yang bukan mahram. Pada hakikat yang sebenar
kita juga seharusnya menjaga pakaian serta ikut dan patuh syariah Islam dalam bersukan agar
masyarakat dapat menyanjung martabat Islam dengan lebih tinggi. Peraturan umum dalam
Shari`ah ialah apa-apa perbuatan yang melampaui batas sama ada dalam makan, minum,
berpakaian atau sebagainya, adalah dilarang. Al-Qur’an mengisytiharkan: “Hai orang yang
beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan
janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui
batas.”(Al-Ma’idah: 87)”
2.4 DAKWAH MELALUI AKHLAK

61
Pengertian dakwah adalah bahagian daripada kehidupan dan tanggungjawab setiap
Muslim. Setiap gerak geri seorang Muslim sepatutnya berlandaskan atas dan menyebarkan
syiarnya di samping mendidik masyarakat dengan nilai-nilai Islam yang sebenar. Dakwah boleh
dijalankan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan keadaan pendakwah mahupun
keadaan sasaran dakwahnya. Dakwah juga boleh berbentuk individu, kumpulan dan institusi.
Meskipun pelbagai bentuknya, namun dakwah mestilah memiliki perancangan yang teliti, matang
dan rasional.

Rasulullah SAW menjalankan dakwah ialah rujukan utama ketika berbincang tentang
dakwah, strategi perancangan dan pelaksanaannya. Menyingkap kembali lembaran perjalanan
dakwah Rasulullah SAW akan membantu para pendakwah untuk lebih fokus menetapkan
matlamat dakwahnya. Ali RA pernah berkata bahawa kebenaran yang tidak diurus dengan baik
akan dikalahkan oleh kebatilan yang diurus dengan baik. Institusi dakwah adalah suatu
kenescayaan, sama ada formal atau pun tidak formal.

Menurut bahasa akhlak berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti perilaku, perangai
atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang
bermaksud : “Akhlak Rasulullah SAW adalah al-Quran.” Akhlak Rasulullah SAW yang
dimaksudkan ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw
yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.

Selanjutnya dari segi istilah pula Akhlak menurut Imam al-Ghazali, akhlak ialah suatu
sifat yang tertanam dalam jiwa dan daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah
tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu. Manakala pula menurut Ibnu Maskawih, akhlak
ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa
pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu. Akhir sekali, menurut Profesor Dr Ahmad Amin, akhlak
ialah kehendak yang dibiasakan dan akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.

Tambahan pula, akhlak berasal dari perkataan Al Khuluq. Al-Khuluq bererti tabiat atau
tingkah laku. Menurut Iman Al Ghazali, akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri
manusia yang telah sebati dan terbitlah tingkah laku secara mudah dan senang tanpa
memerlukan pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat
besar dalam membentuk tingkah laku manusia. Apa saja yang lahir dari manusia atau segala
tindak-tanduk manusia adalah sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Al-Ghazali dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin,
“Sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya pada anggota
manusia, sehingga tidak ada suatu perbuatan pun melainkan semuanya mengikut apa yang ada
dalam hati manusia”. Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat
dengan sifat dan pembawaan dalam hatinya. Umpama pokok dengan akarnya. Bermakna,
tingkah laku atau perbuatan seseorang akan baik apabila baik akhlaknya, sepertimana pokok,
apabila baik akarnya maka baiklah pokoknya. Apabila rosak akar, maka akan rosaklah pokok
dan cabangnya.
71
Allah SWT berfirman: “Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan
seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana.
Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur.”
(Al- A’raf: 58) Akhlak yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Ini telah dinyatakan
oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud, antara lain: “Sesungguhnya aku
diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Hal ini ditegaskan lagi oleh ayat al-Qur’an dalam firman Allah:“Dan Sesungguhnya kamu
benar-benar berbudi pekerti yang agung” (Al-Qalam: 4)

Juga dalam firman Allah SWT lagi, orang–orang yang jika kami teguhkan kedudukan
mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh
berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada Allah kembali
segala urusan.(Al Hajj, 22 : 41)

Firman Allah SWT lagi: Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu
suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari
kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya
kepada kerabatnya, anak–anak yatim, orang-orang miskin, (yang memerlukan pertolongngan)
dan orang-orang yang meminta-minta, dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat,
dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-
orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan, peperangan, mereka itulah orang-orang yang
benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.
(Al-Baqarah, 2: 177)

Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil daripada iman yang sebenar. Tidak
ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak. Bukanlah iman itu hanya dengan cita–cita
tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam didalam hati dan dibuktikan dengan amalan.

Islam adalah ajaran yang benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya
demi mencapai kehidupan yang baik. Islam memperbaiki manusia dengan cara terlebih dahulu
iaitu memperbaiki jiwa, membersihkan hati dan menanamkan sifat-sifat terpuji. Islam benar-
benar dapat membawa manusia untuk mencapai kebahagiaan, kelapangan dan ketenteraman.
Sebaliknya manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan
dalam jiwanya.

Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum
sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
(Ar-Ra’d: 11)

Daripada definisi tersebut kita dapat memahami bahawa akhlak merupakan suatu
perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran di
dalam melakukan sesuatu tindakan.
81
Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa memelihara kesihatan dan meningkatkan
kekuatan tubuh badan serta ketajaman akal. Kerana itu, Islam menggalakkan aktiviti-aktiviti
riadah yang mampu meningkatkan kekuatan fizikal dan mental.

Rasulullah SAW merupakan qudwah (ikutan) yang terbaik dalam hal ini. Dalam kitab-kitab
hadis dan sirah, banyak riwayat yang menyatakan bahawa Baginda menggemari dan
menganjurkan sukan-sukan yang berbentuk olahraga, pertahanan diri dan ketenteraan seperti
berlumba lari, berenang, memanah, menunggang kuda, beradu senjata, dan sebagainya.

Sungguhpun demikian, Islam tidak sekali-kali membiarkan umatnya terbiar begitu sahaja
untuk melakukan sesuatu perkara tanpa memberikan sebarang bimbingan, garis pandu atau
batasan. Maka kerana itulah, tiap sesuatu itu ada batasannya yang perlu dijaga dan
diperhatikan, termasuk juga dalam perkara sukan dan bersukan.

Walaupun bersukan itu pada dasarnya adalah harus, sama ada ia dilakukan atas dasar
memelihara kesihatan atau sekadar mengisi masa lapang, namun ia boleh menjadi tertegah
bahkan haram dalam keadaan-keadaan tertentu terutama jika ia bertentangan dengan hukum,
ajaran, tatacara, syariat dan adab-adab Islam. Antara batasan yang sering dipandang ringan
ketika bersukan ialah perintah menutup aurat.

Pakaian sukan yang dipakai hendaklah memenuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh
syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan yang diceburi. Contohnya
seperti yang berikut:

a. Lelaki: T-shirt dan berseluar panjang atau seluar yang melepasi paras lutut.
b. Perempuan: T-shirt lengan panjang, berseluar panjang dan menutup rambut serta leher.
Pakaiannya juga mestilah longgar dan tidak menampakkan susuk badan.

Aurat merupakan satu mahkota kehormatan tidak kira bagi perempuan mahupun lelaki.
Dari itu ia wajib dijaga bukan sahaja ketika mengerjakan sembahyang, bahkan ia wajib dijaga
pada sepanjang masa hatta dalam rumah sekalipun. Menjaga aurat itu sangat tinggi nilainya,
sehinggakan apabila seseorang itu menutup aurat dengan sempurna, identitinya sebagai
seorang Islam akan terserlah dan akan dipandang dengan penuh rasa mulia dan hormat.
Sebagai contoh, jika kita terlihat seorang perempuan yang menutup auratnya dengan sempurna
misalnya, maka perkara paling awal yang akan terdetik dalam hati kita ialah perempuan tersebut
adalah seorang yang beragama Islam dan dia adalah seorang muslimah yang baik.

Dari definisi aurat itu sendiri dapat difahami bahawa mendedahkan aurat itu merupakan
satu perbuatan yang mendatangkan aib dan memalukan. Jadi orang yang sihat perasaannya,
sempurna akhlaknya dan waras akal fikirannya secara fitrah dan semulajadinya pasti akan
menjaga auratnya dengan sempurna dan pasti akan segera menutupi auratnya yang terdedah itu
dengan apa jua cara sekalipun.
91
Menurut syara‘, hukum menutup aurat itu adalah wajib, dan mendedahkannya pula adalah
haram dengan nas al-Quran, hadis dan ijma‘ umat Islam dan merupakan satu dosa besar.
Mendedahkan aurat menyebabkan orang itu sentiasa dalam laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala
dan sentiasa dalam dosa selagimana dia belum bertaubat, belum menyesali dan belum berniat
untuk meninggalkan perbuatan tersebut.

Hendaklah diingat bahawa tidak ada kelonggaran untuk membuka aurat ketika bersukan.
Alasan-alasan seperti panas, rimas, sukar membuat pergerakan dan sebagainya jika menutup
aurat ketika bersukan tidak sekali-kali diterima oleh syara‘.

Dari itu, ketika bersukan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian, menutup aurat,
tidak menjolok mata dan tidak menimbulkan fitnah. Perlu diingat dan ditekankan di sini bahawa
pakaian yang jarang, nipis atau ketat sehingga menampakkan warna kulit atau susuk tubuh
adalah ditegah dan tidak memadai walaupun pada zahirnya ia seolah-olah menutup
bahagian aurat.

Tidak ada kelonggaran menurut syara‘ dalam hal menutup aurat ketika bersukan ini
sungguhpun di antara sesama lelaki ataupun sesama perempuan. Abu Sa‘ed al-Khudri
Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya : “Janganlah seorang lelaki memandang akan aurat seorang lelaki (yang lain)
dan janganlah seorang perempuan memandang akan aurat seorang perempuan (yang lain).”
(Hadits riwayat Imam Muslim)

Daripada Mu‘awiyah bin Haidah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: maksudnya: “Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba-hamba perempuan
yang engkau miliki.” (Hadits riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
“Tidak dapat disangkal bahawa agama Islam tidak pernah menghalang kaum wanita melibatkan
diri mereka di dalam sukan.” Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil
kira.

Syarat-syarat tersebut adalah:

1) Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki.
2) Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka.
3) Wanita dilarang bergaul dengan kaum lelaki sehingga melanggar batas-batas pergaulan.

Manakala aurat bagi seorang lelaki Islam pula adalah daripada pusat hingga ke lutut.
Selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka tidaklah menjadi suatu
kesalahan atau halangan bagi wanita mahupun lelaki melibatkan diri mereka di dalam aktiviti
sukan dan riadah.

Selain memastikan aurat terjaga dengan sempurna, wajib juga menjaga syarat-syarat lain
yang telah digariskan oleh syara’ dalam hal berpakaian seperti:
1. Tidak menyerupai pakaian lawan jenisnya

02
2. Tidak menyerupai pakaian atau cara berpakaian orang kafir. Maksudnya di sini ialah apa-apa
pakaian atau sesuatu yang dipakai oleh orang kafir sebagai cogan khas atau ciri pengenalan
bagi mereka, contohnya di sini seperti ‘scapular’, iaitu sejenis potongan kain atau aksesori
tertentu yang dipakai khusus oleh pengabdi ugama Kristian.

3. Tidak memakai pakaian yang mempunyai gambar, lambang atau unsur yang bertentangan
dengan syariat Islam seperti lambang salib, minuman keras dan sebagainya.

4. Khusus bagi perempuan pula, jangan dia memakai pakaian yang mempunyai wangiwangian
dan jangan pakaian itu berhias-hias kerana yang demikian itu akan menarik perhatian lelaki dan
sekaligus mengundang fitnah.

5. Manakala bagi lelaki pula, jangan pakaiannya itu diperbuat daripada benang sutera. Dari itu,
dengan sendirinya, apa saja jenis sukan yang mensyaratkan untuk memakai pakaian yang tidak
memenuhi kehendak syara‘ apatah lagi bertentangan dengannya seperti sukan yang mewajibkan
pesertanya memakai pakaian yang mendedahkan aurat atau mewajibkan pesertanya memakai
pakaian yang mengandungi lambang salib dan sebagainya adalah wajib ditinggalkan.

Aktiviti sukan dan riadah antara medan dakwah yang dapat menyatukan masyarakat,
malah ia juga berupaya menarik orang bukan Islam untuk melihat keindahan agama ini. Apatah
lagi sukan dan riadah sebenarnya bukan asing dalam Islam, malah Rasulullah SAW sendiri
bukan sahaja menyarankan umat Islam bersukan, bahkan Baginda sendiri memiliki kecergasan
dan kekuatan hebat. Menjelaskan lanjut kepentingan beriadah, Mohd Elyas berkata, menjadi
tanggungjawab ibu bapa menekankan aspek sukan sebagai cara hidup seperti ditegaskan
Rasulullah SAW. Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Orang beriman
yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang beriman lemah. Dan masing-
masing ada kebaikannya. (HR Ibnu Majah)

Beliau berkata, selain faktor kesihatan beriadah memberi peluang ahli keluarga
meluangkan masa yang berkualiti dengan melakukan aktiviti bersama. Sirah juga mencatatkan
Rasulullah SAW berlumba lari dengan isteri Baginda, Saidatina Aishah RA, sekali gus
membuktikan sukan merapatkan hubungan kekeluargaan. “Kali pertama Nabi SAW kalah,
manakala perlumbaan kali kedua pula menyaksikan Baginda menang. “Boleh sahaja jika
Baginda sentiasa menang tetapi sengaja kalah untuk melihat Aishah seronok. “Banyak unsur
kekeluargaan boleh diterapkan dalam sukan seperti kasih-sayang, tolak-ansur dan kegembiraan
ahli keluarga,” katanya. Tidak hairanlah, Saidina Umar al-Khattab RA juga menyarankan anak-
anak diajar memanah, menunggang kuda dan berenang. Maka sebagai merealisasikan rasa
taqwa dan takutkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala, marilah kita menutup aurat dengan sempurna
dan menghindarkan apa sahaja bentuk dan jenis pakaian yang melanggar aturan hukum syara‘
pada sepanjang masa termasuk ketika melakukan aktiviti sukan. Jangan hendaknya aktiviti
sukan yang pada asalnya diharuskan oleh syara‘ itu menjadi satu aktiviti yang mendatangkan
dosa akibat kealpaan kita dalam menjaga adab berpakaian. Biar dalam kita berusaha
mendapatkan sihat itu kita turut sama mendapatkan berkat dan redha Allah. Jangan pula kerana
inginkan sihat, laknat pula yang kita dapat!
12
2.5.1 CONTOH MODEL ATLET ISMALIK

Sonny Williams: Orang Islam pertama bermain untuk pasukan rugbi All
Black

Pasukan New Zealand atau All Black sangatlah terkenal dengan tarian Haka mereka
sebelum perlawanan. Sedar tak sedar, dalam pasukan tersebut mempunyai Sonny Williams
yang merupakan orang Islam pertama main untuk pasukan hebat tersebut. Pada asalnya beliau
merupakan seorang beragama Kristian, tetapi beliau memasuki Islam pada tahun 2008. Pada
bulan puasa, beliau tetap menjalankan ibadah puasanya walaupun jadual permainannya
telah disusun rapi.

Dilaporkan yang beliau sentiasa meminta makanan halal sepanjang pasukan All Black
terlibat dalam perlawanan jelajah dunia. Di dalam padang, beliau juga sangat diingati kerana
menderma merupakan salah satu kebaikan yang gemar dilakukannya. Sewaktu All Black
menjadi juara Piala Dunia 2015, terdapat seorang budak kecil merempuh masuk padang kerana
ingin meraikan bersama. Pada awalnya, sekuriti yang berada di tempat kejadian ingin menahan,
tetapi Sonny sendiri membawa budak tersebut kembali ke tempat duduk sambil memberi pingat
emasnya kepada budak tersebut.
22
Yaya Toure: Kerananya, minuman bukan alkohol diperkenalkan dalam Liga Inggeris

Dalam pasukan Manchester City, terdapat seorang pemain muslim berasal


dari Ivory Coast yang bernama Yaya Toure. Sewaktu beliau remaja, beliau mula mendapat
perhatian kelab-kelab bola Eropah hinggalah dibeli oleh kelab gergasi Barcelona pada tahun
2007. Beliau juga terlibat sewaktu Barcelona mencapai detik gemilang pada tahun 2009 dengan
memenangi semua trofi dalam masa setahun. Di benuanya pulak, beliau telah menerima
anugerah African Footballer of The Year selama empat kali. Pada tahun 2010, beliau dibeli oleh
pasukan Manchester City. Sepanjang kariernya di situ, beliau pernah mendapat anugerah
pemain terbaik (Man of The Match). Adat yang dipegang dalam EPL adalah pemain terbaik akan
diberikan minuman arak, tetapi, Yaya Toure menolak pemberian tersebut sewaktu dihulurkan
secara siaran langsung di hadapan media. Beliau berkata
“Saya tak minum sebab saya Muslim, jadi, kamu simpanlah”- Petikan dari Daily Mail.

Selepas insiden tu, EPL telah memperkenalkan minuman bukan alkohol atau Waard untuk
pemain muslim yang menerima anugerah pemain terbaik perlawanan. Waard adalah campuran
air ros dan delima. Beliau memang terkenal kerana konsisten menolak arak kerana komitmen
beliau terhadap agama. Bukan setakat itu sahaja, beliau juga merupakan orang kuat yang
terlibat dengan kempen PBB dalam membanteras pemburuan gajah.
32
Mo Farah: Penerima pingat kesatria dari Ratu Elizabeth

Selain acara lari pecut 100 meter dan 200 meter, terdapat pelbagai kategori larian seperti
5,000 meter dan 10,000 meter. Pada Olimpik 2012 dan 2016, terdapat seorang atlet Yang sama
menjadi juara untuk kedua-dua kategori ini iaitu Mo Farah daripada Great Britain. Beliau berasal
daripada Somalia di mana keluarganya melarikan diri ke negara jiran, Djibouti kerana konflik
yang berlaku. Sewaktu umur 8 tahun, beliau berpindah ke London di mana beliau mula berlatih
menjadi seorang atlet.

Pihak British tertarik dengan usaha kerasnya, wajahnya yang selalu tersenyum dan
kejayaannya. Detik kejayaannya yang paling diingati adalah sewaktu saingan akhir
10,000 meter di Olimpik Rio 2016.

Sewaktu di tengah larian, beliau terjatuh kerana terlanggar kaki seorang pelari lain. Jika
diikutkan logik fikiran, beliau tertinggal jauh dan pastinya tewas pertandingan tersebut. Tetapi,
beliau tidak berputus asa dan bangkit semula dengan menyusun semula langkah lariannya serta
pecut satu per satu setiap pelari hinggalah sampai ke garisan penamat justeru dinobatkan
sebagai juara. Pada garisan penamat, beliau jatuh sekali lagi tetapi bertujuan untuk bersujud
syukur dengan kemenangan yang diperoleh.

“Dalam Qur’an ada mengatakan yang anda perlu bekerja keras dalam apa jua yang
dilakukan, jadi, saya bekerja keras dalam latihan dan ada banyak benda yang perlu dibuat untuk
berjaya” - Mo Farah, petikan dari The Independent.
42
3.0 KESIMPULAN

3.1 RUMUSAN
Daripada bersukan, kita dapat mempraktikkan diri dengan penjagaan aurat yang betul, di
samping mengamalkan cara penyampaian dakwah yang tidak langsung dalam aktiviti harian
sebagai seorang atlet. Hal ini kerana, penjagaan aurat bagi atlet ketika bersukan tidaklah terlalu
rumit kerana aurat adalah salah satu identiti kita sebagai umat islam. Apabila seseorang atlet
tersebut sentiasa memelihara auratnya, identiti mereka sebagai umat Islam akan tererlah dan
dipandang dengan penuh rasa mulia dan hormat. Namun, terdapat sesetengah sukan tertentu
yang tidak dapat dipatuhi penjagaan auratnya, maka hendaklah seseorang atlet itu hanya
menjadikan sukan tersebut sebagai aktiviti riadah dan seharusnya menggalakkan diri untuk
menceburi dalam sukan yang lebih mematuhi hukum syarak akan segala apa yang dilakukannya
setiasa mendapat keredhaan Allah SWT.

Segala garis panduan yang diberikan ini diharap dapat memberikan sedikit sebanyak
panduan kepada para atlet yang terlibat dalam bidang sukan untuk menyebarkan syiar Islam
dengan dengan lebih berpengaruh. Ia juga merupakan salah satu usaha untuk mewujudkan
sebuah masyarakat yang dapat mempraktikkan sukan berteraskan syariat Islam di samping
dapat menarik minat dan pandangan golongan yang bukan Islam dengan keindahan agama
Islam yang disampaikan melalui peribadi seseorang atlet Ketika bersukan.

Akhir kata, tidak terkecuali juga untuk seluruh umat Islam untuk mengamalkan serta
mempraktikkan aktiviti bersukan dan riadah walaupun menutup aurat itu sering dianggap sebagai
suatu beban bagi sesetengah golongan kerana Nabi Muhammad juga turut bersukan dan riadah
untuk menyihatkan tubuh badan, mencerdaskan minda dan ketahanan diri dengan mematuhi
segala hukum syarak yang telah ditetapkan tanpa terkecuali.

3.1 CADANGAN / PANDANGAN / PENDAPAT

Pada pandangan saya, jelas sekali bahawa sukan merupakan medan dakwah yang paling
besar dan menyeluruh bagi atlet-atlet untuk menyebarkan ajaran Islam dengan efektif. Meskipun
dalam sukan, bukan hanya atlet yang memainkan peranan untuk menyampaikan dakwah malah,
jurulatih serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung juga boleh
memainkan peranan untuk menyampaikan dakwah. Apa yang boleh dikatakan, pada hari ini
hanya segelintir di kalangan atlet yang menyedari tanggungjawab mereka untuk menyampaikan
dakwah sekaligus ketika bersukan ini. Hal ini kerana, kebanyakkan atlet pada hari ini mungkin
lebih mementingkan kejayaan dan kemenangan yang perlu dikecapi iaitu fokus utama mereka
dalam menyertai sukan ini berbanding fokus sampingan iaitu menyampaikan dakwah secara
tidak langsung sama ada melalui perbuatan, percakapan serta tingkah laku mereka.
52
Tidak dinafikan juga, atlet-atlet bagi sukan yang tidak dapat dielakkan daripada mematuhi
penjagaan auratnya seperti sukan berenang yang memang telah ditetapkan peraturannya
bahawa atlet sukan renang hendaklah memakai pakaian yang ketat serta tidak menutup aurat.
Walaupun peraturan yang ditetapkan tidak mematuhi hukum syarak, namun masih ramai lagi
atlet muslim yang meneruskan bahagian dalam sukan ini. Hal ini sepatutnya dielakkan kerana
seseorang atlet muslim itu, sentiasa membawa nama Islam dalam setiap apa yang dilakukannya.
Dengan itu, mereka haruslah mengambil inisiatif yang lebih berkesan untuk menunjukkan
keindahan Islam terhadap atlet bukan Islam yang lain agar dapat membuka mata mereka
terhadap keistimewaan agama Islam.

Akhir kata, setiap atlet yang beragama Islam sebenarnya membawa nama Islam walau
dimana jua mereka berada mahupun bertanding. Jika baik perilaku mahupun hasil yang mereka
berikan, sekaligus baik juga lah nama Islam yang disebarkan oleh mereka. Dalam erti kata lain,
gunakan lah waktu bersukan ini sebagai medan dakwah yang efisyen untuk terus menarik minat
mereka yang bukan Islam terhadap Islam. Tidak dilupakan juga, hendaklah seseorang atlet itu
sering mengingatkan diri sendiri agar sentiasa menjaga perilaku dan mematuhi segala hukum
yang telah ditetapkan oleh syarak ketika bersukan agar nama Islam yang dibawa tidak
dipandang hina atau dipandang rendah oleh mereka yang bukan Islam.
72
3.0 RUJUKAN

https://today.salamweb.com/ms/sukan-sebagai-medan-dakwah-islam/
https://mt961013.livejournal.com/1357328.html
https://abdurrahman-al-azmi.blogspot.com/2008/03/sukan-dakwah.html
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/11/627884/sukan-riadah-medan-dakwah
https://celikalquran.com/sukan-dan-al-quran-1/
http://deenbersukan.blogspot.com/2011/12/definisi-sukan.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Dakwah
https://harakahdaily.net/index.php/2020/10/27/realisasikan-pakaian-patuh-syariah-di-sukma/
https://akumuslim.asia/aurat-lelaki-dan-aurat-perempuan-dalam-islam/
http://jakimsabah.islam.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=93:ayat-
ayat-suruhan-allah-swt-mengenai-aurat-wanita&catid=32&Itemid=180&lang=ms
http://www.nadinegara.com/uncategorized/pakaian-atlet-patuh-syariah/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/637981/tiada-paksaan-atlet-pilih-
pakaian-patuh-syariah
http://ciptaan-mulia.blogspot.com/p/konsep-akhlak.html
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/08/485581/dakwah-melalui-akhlak
https://www.islamituindah.my/mendedahkan-aurat-ketika-bersukan/
https://soscili.my/7-muslim-berpengaruh-2018-yang-merupakan-selebriti-dan-atlet-sukan-
dunia/
http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_atlet.pdf
https://www.academia.edu/30404980/ISLAM_SUKAN_DAN_AURAT
82
4.0 PERAKUAN

PERAKUAN PELAJAR

“Kami dengan ini membuat perakuan pada setiap masa semua hasil tugasan
kami serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat
daripada mana-mana sumber atau mencuba untuk meniru dari mana-mana
pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa pelajar
yang melanggar atau disyaki melanggar peraturan yang dibuat boleh dibawa
kepada Jawatankuasa Tatatertib ACIS”

khalisah bariah

KHALISAH BARI'AH BT KASSIM (2019282914)

amalin aqilah

AMALIN AQILAH BT AZLI (2019244776)

nurfilzah hussien

NURFILZAH BT HUSSIEN (2019433644)

nur anis marha

NUR ANIS MARHA BT BARIR (2019295672)

mardhiah jaafar

MARDHIAH BT JAAFAR (2019283822)

TARIKH : 22/11/2020

You might also like