Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

b.

Susunan Bahan dan sumber P&P di dalam bilik darjah

Sepanjang berada di dalam kelas 3Umar, saya membuat pemerhatian terhadap


bagaimana bahan dan sumber P&P yang dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan
secara berkesan. Melalui pemerhatian dan soal jawab dengan guru dan pelajar, saya
difahamkan bahawa bahan dan sumber P&P yang dipamerkan ialah menerusi papan
hitam, buku rujukan dan sebagainya.

Saya telah memerhatikan di setiap papan kenyataan di dalam semua kelas, murid
telah mewujudkan satu suasana di mana bahan dan sumber P&P dipamerkan secara
menarik. Melalui pemerhatian, saya dapati keseluruhan kelas dan bilik darjah
membahagikan ruangan papan kenyataan kepada beberapa subjek. Keadaan ini
mewujudkan satu penyampaian dengan pelbagai informasi. Terdapat juga kata-kata
motivasi yang dipaparkan di dinding bilik darjah. Selain itu, penyediaan sudut bacaan di
dalam kelas turut menyumbang kepada keberkesanan penggunaan bahan dan sumber
P&P, sekaligus ianya dapat memupuk budaya suka membaca dalam kalangan murid.

c. Bahan dan sumber P&P yang mudah digunakan oleh murid.

Antara bahan dan sumber P&P yang mudah digunakan oleh pelajar ialah papan
kenyataan. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan pelbagai info dan nota ringkas yang
berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dapat memudahkan pelajar dalam membuat
rujukan. Sebagai contoh, pada ruangan Bahasa Arab dilengkapi dengan sebutan nombor,
hari, dan kad bergambar dalam Bahasa Arab dan begitu juga formula matematik, kaedah-
kaedah tertentu yang digunakan dalam sains, dan maklumat ringkas lain yang berkaitan
mata pelajaran yang dipelajari.

Selain itu, bahan dan sumber P&P yang mudah digunakan juga ialah sudut bacaan.
Segala bahan-bahan daripada rujukan luar boleh disediakan diruangan ini dan
memudahkan pelajar agar tidak perlu ke perpustakaan sekiranya memerlukan maklumat
dengan segera.

d. Peluang murid menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan TMK.

Dari masa ke semasa, pembelajaran menggunakan teknologi maklumat makin


mendapat sambutan yang meluas dan diminati pelajar pada zaman ini. Berikutan itu,
pihak sekolah telah menyediakan pelbagai kemudahan sejajar dengan realisasi TN50 yang
di seru oleh Perdana Menteri. Contohnya, bilik media, makmal bahasa, makmal komputer
dan lain-lain. Kemudahan internet juga di sediakan di makmal komputer dengan terdapat
lebih 30 buah komputer untuk kegunaan warga sekolah khasnya kepada pelajar-pelajar.
Bilik media dan makmal Bahasa juga menyediakankan kemudahan pemancar LCD dan
projector untuk kegunaan para guru dan juga pelajar bagi membentangkan kerja mereka
ketika proses P&P.

Pembelajaran Maya Frog (VLE) yang diperkenalkan kepada pelajar adalah satu
sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar
dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai
contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya,
sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Saya
sempat membuat pemerhatian suasana persekitaran pembelajaran Maya Frog (VLE) kelas
2 Asma dalam subjek Maharat al-Quran dan apa yang saya lihat adalah tingkah laku yang
ditunjukan pelajar sewaktu proses P&P di dalam kelas dan semasa pembelajaran
berasaskan web ini sangat berbeza. Mereka sangat seronok apabila dapat menjawab
soalan-soalan yang telah disediakan dalam web tersebut tanpa menyedari masa yang telah
berlalu berbanding di dalam kelas, mereka mudah hilang fokus dan cenderung untuk tidur.

Berdasarkan kemenangan demi kemenangan yang telah diraih SMKA Arau dalam
pertandingan- pertandingan yang dianjurkan oleh Frog (VLE), maka jelaslah di sini bahawa
pelajar-pelajar ini telah diberi peluang yang banyak menggunakan sumber pembelajaran
berasaskan TMK di sekolah.

e. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran.

Pembelajaran yang menggunakan strategi berpusatkan murid secara tidak langsung


membuatkan para pelajar melibatkan diri mereka secara aktif di dalam setiap aktiviti
pembelajaran. Pemilihan sesuatu aktiviti sangat penting dalam P&P bagi menarik minat
pelajar sekaligus menghilangkan kebosanan pelajar dalam pembelajaran. Sebagai contoh,
semasa saya menjalankan PBS di sekolah ini, saya dapati kebanyakkan guru memilih
untuk menjalankan aktiviti pembelajaran abad 21 dengan menekankan ciri-ciri kolaboratif di
mana pelajar belajar secara berkumpulan dan berkongsi idea sesama mereka serta saling
bertukar pendapat. Pelajar juga dilatih untuk berkomunikasi dan menjana idea secara
kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan bersama pelajar lain.

Guru pula berperanan sebagai pembimbing yang membimbing dan menggalakkan


pelajar melibatkan diri dalam setiap aktiviti. Pelajar juga digalakkan menanyakan soalan
kepada guru dan rakan-rakan sebaya jika tidak memahami tentang sesuatu berkaitan
pelajaran. Untuk menarik minat pelajar, guru selalunya memberi galakan dengan
menanyakan soalan kepada mereka. Kaedah ini digunakan bagi memupuk nilai keberanian
untuk meluahkan pendapat, berkongsi idea secara terbuka dan mengikis perasaan malu
yang ada dalam diri sesetengah daripada mereka.

f. Bagaimanakah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu.

Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan, guru-guru mempunyai strategi


sendiri dalam membuat pembahagian kumpulan. Antaranya ialah pembahagian pelajar
mengikut pencapaian dengan mencampurkan pelajar yang bijak dengan pelajar yang
lemah. Hal ini kerana, pelajar yang mahir dapat membantu dan membimbing pelajar yang
lemah. Kesan yang dapat dilihat adalah pelajar cemerlang dilatih untuk membimbing rakan
mereka dalam pelajaran dan pelajar yang lemah dilihat selesa dibimbing oleh rakan
sebayanya sekaligus dapat menguasai kemahiran dan mencapai objektif pembelajaran.
Pembahagian juga dibuat dengan mengasingkan mereka kepada kumpulan tertentu
mengikut tahap kepintaran, pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
yang pandai dan kumpulan yang lemah. Pembahagian sebegini bertujuan supaya guru
dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada golongan pelajar yang berlainan tahap
kepintarannya. Kumpulan pelajar yang bijak hanya perlu diberi tunjuk ajar yang sedikit
sahaja manakala kumpulan pelajar yang lemah memerlukan tunjuk ajar yang lebih daripada
guru tersebut. Melalui pembahagian seperti ini, guru dapat memberikan tumpuan yang
lebih kepada golongan pelajar yang lemah. Apabila guru memberi tumpuan dan fokus yang
banyak kepada mereka, maka tidak dapat tidak, pelajar-pelajar tersebut perlu memberi
tumpuan semaksimum yang mungkin sekaligus dapat meningkatkan prestasi mereka di
dalam pembelajaran.
2.3 PERNYATAAN SELEPAS PBS

LAPORAN DAN PENILAIAN

Kesimpulannya, Sekolah adalah satu institusi yang penting dalam mendidik manusia
dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan yang diterima di sekolah bukanlah hanya
menumpukan kepada aspek intelek sahaja, malahan ianya merangkumi pelbagai aspek seperti
jasmani, emosi, rohani dan sosial. Insan yang seimbang dan harmonis akan dapat dicapai
dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya jalani bermula dari 1 April 2019
hingga 5 April 2019, di SMK Agama Arau, Tahfiz Model Ulul Albab banyak memberi
pengetahuan dan ilmu baru kepada saya. Setelah menjalani tugasan ini, saya dapat mengalami
sendiri suasana alam persekolah berbanding sebelum ini, di mana saya hanya mempelajari
mengenai sekolah dalam teori-teori sahaja. Sebagai guru pelatih, pengalaman menjalani
tugasan ini tidak mungkin dilupakan kerana ianya sangat membantu saya dalam menghadapi
realiti alam persekolahan yang sebenar. Jika suatu ketika dahulu saya pernah menjadi seorang
pelajar sekolah, tetapi hari ini saya telah menjadi seorang guru pelatih. Perasaan yang dialami
tidaklah sama seperti semasa menjadi pelajar sekolah dahulu. Pengalaman yang dilalui semasa
menjalani PBS ini banyak mengajar saya supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana
sekolah. Melalui persekitaran sekolah, saya dapat melihat sendiri tingkah laku pelajar dan para
guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, saya dapat
melihat sendiri bagaimana guru mengajar di dalam kelas. Pendekatan yang digunakan para
guru juga berbeza mengikut tahap kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran mereka. Ini
kerana setiap pelajar mempunyai tahap kecerdasan dan personaliti yang berbeza walaupun
mereka sebaya. Saya juga dapat mengetahui peranan kakitangan sekolah dalam memastikan
sekolah berada dalam keadaan terbaik. Sebagai contohnya, seorang pengetua berperanan
penting dalam mencorakkan masa depan sekolah. Usaha ini tidak akan berhasil sekiranya tidak
mendapat kerjasama dari guru-guru yang lain.

Bukan itu sahaja, saya juga dapat memerhatikan bahawa kawalan kelas sangat penting
ketika guru sedang mengajar. Semasa proses PdPc, para guru perlu cakna dan prihatin
terhadap tingkah laku pelajar terutamanya mereka yang berada di kerusi belakang. Dalam
melunaskan tugasan PBS, saya perlu mengumpulkan data mengenai sekolah. Data yang telah
dikumpul akan direkodkan dalam senarai semak yang telah dibekalkan oleh pihak Institut.
Tugasan aktiviti pengumpulan data ini telah melatih saya supaya lebih bersikap proaktif. Data-
data yang dikumpul termasuklah mengenai organisasi sekolah, prasarana sekolah dan
kurikulum yang dijalankan di sekolah. Hal ini sekaligus memberi pengetahuan kepada saya
mengenai apa yang sewajarnya ada dalam satu sekolah.

Selain itu, saya juga menjalankan temubual terhadap pihak pengurusan sekolah, guru-
guru, kakitangan sekolah dan pelajar. Berdasarkan isi perbincangan yang dibincangkan, saya
dapat mengetahui peranan semua pihak terutamanya pihak pengurusan dalam memacu
sekolah ke arah kecemerlangan. Nilai murni yang ada semasa melaksanakan tugasan ini
seperti nilai keberanian untuk menemu bual seseorang turut dipelajari.Ianya telah melatih saya
supaya bersikap berani dan kemahiran interpersonal dapat diwujudkan dalam diri saya.

Kesimpulannya, tugasan PBS ini banyak membantu guru pelatih dalam menghadapi
suasana alam persekolahan sebenar dan membina nilai positif dalam diri setiap pelatih seperti
saya. Semoga dengan adanya tugasan seperti ini, saya dapat mengasah kemahiran dan
memantapkan lagi ilmu keguruan yang sedia ada dalam mempersiapkan diri sebagai seorang
guru kelak.

You might also like