Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

KERTAS KERJA
PROJEK PERKHIDMATAN DAN PENYELENGGARAAN-
PEMBUNGKUSAN BAGI PEMBUNGKUSAN MAIL (UK 4) DAN
PEMBUNGKUSAN HADIAH, CENDERAMATA DAN HAMPER (UK5)

TEMPAT:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUHIBBAH

ANJURAN:

GURU PERKHIDMATAN DAN PENYELENGGARAAN-

PEMBUNGKUSAN MAIL (UK 4) DAN PEMBUNGKUSAN HADIAH,

CENDERAMATA DAN HAMPER (UK5)


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SABAH.

1.0 PENGENALAN

Antara pembahagian Dokumen Kurikulum Kemahiran Vokasional (DKKV) ialah Perkhidmatan &
Penyelenggaraan-Pembungkusan. Terdapat 7 bahagian dalam DKKV Perkhidmatan &
Penyelenggaraan-Pembungkusan ini iaitu
1. Modul Pembelajaran Unit Kompetensi 1 : Peraturan dan Keselamatan
2. Modul Pembelajaran Unit Kompetensi 2 : Pembungkusan Makanan
3. Modul Pembelajaran Unit Kompetensi 3 : Pembungkusan Minuman
4. Modul Pembelajaran Unit Kompetensi 4 : Pembungkusan Mail
5. Modul Pembelajaran Unit Kompetensi 5 : Pembungkusan Hadiah, Cenderamata dan Hamper
6. Modul Pembelajaran Unit Kompetensi 6 : Pembungkusan Sayur-sayuran dan Buah-buahan
7. Modul Pembelajaran Unit Kompetensi 7 : Pembungkusan Bakeri dan Pastri (Roti, Kek, Biskut)

Kertas kerja bagi projek ini dihasilkan berfokus kepada UK4 dan UK5 bagi memudahkan Murid
Berkeperluan Khas Kefungsian Rendah (MBK KR) untuk memperoleh sesuatu kemahiran. Projek
ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

A. Pembungkusan Mail
Pembungkusan mail ini melibatkan surat dan item kering yang bersesuaian untuk
dimasukkan dalam plastik pembungkus (parcel). Setiap jenis pembungkusan mail mestilah
bersesuaian dengan jenis item yang hendak dibungkus serta mencapai kesemua hasil
pembelajaran UK4.
B. Cenderahati bouquet
Pembungkusan cenderahati ini melibatkan bouquet sahaja. Hal ini bagi memastikan murid
mampu untuk membuat ikatan punjut pada pembungkus dan ini dapat mencapai kriteria
penilaian UK5. Bouquet ini berfokus kepada belon, bunga plastik dan coklat. Antara contoh
penghasilannya ialah:

C. Hadiah
Pembungkusan hadiah ini tertumpu pada hadiah yang diingini untuk dikirim. Hal ini bagi
memastikan murid mampu untuk menyusun barang dengan susunan yang kreatif dan
bersesuaian dengan tema hadiah. Berikut merupakan contoh peranangan projek yang bakal
dihasilkan.

D. Hamper
Pembungkusan hamper ini dijadikan projek yang selaras dengan kriteria penilaian bagi
UK5. Dalam penilaian ini, murid mestilah boleh membungkus hamper dengan kemas,
teratur, mengikut proses yang ditetapkan serta menggunakan alatan atau bahan dengan cara
yang selamat dan betul. Penerapan disiplin yang tinggi juga dapat dinilai melalui projek
penghasilan hamper ini.

2.0 RASIONAL

MBK KR tidak perlu mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kerana DKPAK memberi
pendedahan tentang ruang dan peluang untuk meneroka laluan kerjaya atau bentuk pekerjaan yang
ada di pasaran contohnya bengkel terlindung, supported employment, self-employment dan open
employment kepada MBK KR. DKPAK ini adalah bagi memastikan laluan kerjaya atau pekerjaan
yang produktif kepada semua kategori MBK serta menyediakan MBK KR yang mampu untuk
berdikari, mempunyai kekuatan mengurus diri dan mempunyai advokasi diri untuk lebih bersedia
menghadapi alam dewasa dan alam pekerjaan.

OBJEKTIF
i) Murid dapat melaksanakan prosedur dan langkah keselamatan bagi proses membungkus mail,
cenderahati bouquet, hadiah dan hamper.
ii) Murid dapat menyediakan serta menggunakan alatan pembungkusan mail, cenderahati,
hamper dan hadiah dengan betul dan tepat.
iii) Murid dapat menghasilkan cenderahati bouquet, hadiah dan hamper dalam keadaan kemas.
iv) Murid dapat mengenal pasti minat dan kecendurangan mereka dalam bidang pembungkusan
mail, hadiah, cenderahati dan hamper.
v) Murid dapat memahami potensi dan keupayaan diri terutama ketika melaksanakan proses
pembungkusan.
vi) Murid dapat mengenali pelbagai jenis pekerjaan pembungkusan mail, hadiah, cenderahati dan
hamper yang ada di pasaran.
3.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Projek ini akan diadakan sepanjang sesi persekolahan tahun 2022/2023 dan tempat perlaksanaan
projek ini adalah yang dicadangkan seperti berikut:

Tarikh : 21 Mac 2022 – 17 Feb 2023


Tempoh : 43 Minggu
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah

4.0 SASARAN

Projek ini melibatkan kesemua murid Tingkatan 3B Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
yang terdiri daripada 9 orang murid.

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi :
Timbalan Pengerusi :
Guru KV Pembungkusan UK4 & UK5 :
Guru Pembantu KV Pembungkusan UK4 & UK5 :

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bahan dan alatan untuk pembungkusan mail (UK4) serta pembungkusan hadiah, cenderamata dan
hamper (UK5):

Bil Perihal Barang Rasional Perbelanjaan Kuantit Harga Jumlah


. i Seunit (RM)
(RM)
1 Plastik pembungkus Bagi memastikan murid
mail/parcel mencapai kriteria 100 0.60 60.00
 Saiz S (A5) penilaian bagi: 50 0.80 40.00
 Saiz M (A4) 2.1 Bahan pembungkusan 10 1.00 10.00
 Saiz L (A3) mail diseal/dibungkus 110.00
dengan kemas.

2.2 Kekemasan
bungkusan mail
menggunakan sealer/ pita
pelekat.

Murid perlu menilai saiz,


jenis bahan yang paling
sesuai serta kepentingan
2 Sampul surat pemilihan bahan
 Saiz kecil pembungkusan mengikut 10 2.50 25.00
jenis item yang hendak 10 3.00 30.00
 Saiz sederhana
dibungkus. 5 4.00 20.00
 Saiz besar
75.00

3 Sampul surat beserta Bagi memastikan murid


plastik gelembung mencapai kriteria
 13cm*17cm (A6) penilaian bagi: 10 0.60 6.00
 18cm*23cm (A5) 2.1 Bahan pembungkusan 10 1.00 10.00
 26cm*36cm (A4) mail diseal/dibungkus 10 1.60 16.00
dengan kemas. 32.00

2.2 Kekemasan
bungkusan mail
menggunakan sealer/ pita
pelekat.

Murid perlu menilai saiz,


jenis bahan yang paling
sesuai serta kepentingan
4 Kotak membungkus pemilihan bahan
mail pembungkusan mengikut 10 2.00 20.00
 Saiz kecil jenis item yang hendak 10 3.00 30.00
 Saiz sederhana dibungkus. 10 4.00 40.00
 Saiz besar 90.00
5 Kertas mahjong Bagi memastikan murid
mencapai kriteria 1 10.00 10.00
penilaian bagi: gulung
2.1 Bahan pembungkusan
mail diseal/dibungkus
dengan kemas.

6 Kertas minyak 2.2 Kekemasan


bungkusan mail 1 8.00 8.00
menggunakan sealer/ pita gulung
pelekat.

Murid perlu menilai saiz


yang paling sesuai serta
kepentingan pemilihan
bahan pembungkusan
mengikut jenis item yang
hendak dibungkus.
7 Penimbang digital 5kg Bagi memastikan murid
mencapai hasil 1 60 60.00
pembelajaran 4.2 iaitu
menentukan kuantiti,
berat dan saiz bahan.
Murid perlu mengetahui
harga untuk setiap
kilogram item juga
berbeza.
8 Plastik gelembung Memastikan murid
mencapai hasil 1 25.00 25.00
pembelajaran 4.3 iaitu gulung
mengetahui kriteria item
bungkusan yang sesuai.
Jika bahan yang hendak
9 Pita pelekat dan dibungkus mudah pecah,
item ini perlu digunakan. 1 set 20.00 20.00
pelekat “Fragile”

10 Plastik hamper Kesemua item ini penting


untuk mencapai hasil 2 30.00 60.00
pembelajaran: gulung
5.1 Mengenal alatan
pembungkusan Hadiah,
Cenderamata Dan
11 Riben plastic Hamper
5.2 Mengenal bahan 10 3.00 30.00
pembungkusan Hadiah, warna
Cenderamata Dan
Hamper

12 Kertas pembalut Item ini juga diperlukan


hadiah bagi menjayakan projek 5 4 20.00
hamper, cenderehati bungkus
bouquet, dan hadiah. (2 jenis
setiap 1
Memastikan murid boleh plastik)
mencapai hasil penilaian
1.5 iaitu membuat ikatan
13 Kertas pembalut bunga punjut pada pembungkus
hamper/cenderahati. 5 4.00 20.00
gulung
berlaina
n warna

14 Span bunga
10 biji 2.00 20.00

Belon birthday dan


3 set 20.00 60.00
tangkainya

15 Bakul pasu plastik Kesemua item ini penting


untuk mencapai hasil 2 5.00 10.00
pembelajaran:

5.1 Mengenal alatan


pembungkusan Hadiah,
16 Lidi Cenderamata Dan
Hamper 1 5.00 5.00
bungkus
5.2 Mengenal bahan
pembungkusan Hadiah,
Cenderamata Dan
Hamper
17 Hiasan Bunga Item ini juga diperlukan
bagi menjayakan projek 5 jenis 7 35.00
hamper, cenderehati warna
bouquet, dan hadiah.

18 Coklat
 Kit kat 1 20.00 20.00
 Cadbury 1 30.00 30.00
 Ferrero rocher 1 50.00 50.00
100.00

19 Kain Net
5 jenis 4 20.00
warna

20 Mesin peniup belon. Mesin ini bertujuan bagi


memastikan tahap 1 60.00 60.00
kebersihan dan
keselamatan murid
Ketika menyediakan
bahan untuk projek
cenderahati bouquet.

Mesin ini juga bagi


memudahkan murid yang
mempunyai masalah
dalam pergerakan otot
mulut untuk meniup
belon.
JUMLAH KESELURUHAN (RM) 870.00
7.0 SUMBER KEWANGAN

1. Tenaga : Guru Perkhidmatan Dan Penyelenggaraan- Pembungkusan serta


ibubapa MBK
2. Kewangan : Bantuan Geran Per Kapita (PCG)

8.0 PENUTUP

Diharap semoga projek yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak
khusus MBK dan ibubapa serta warga PPKI.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

____________ ____________

Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

______________ _______________

You might also like