Soalan Lazim KPJ

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)

SOALAN LAZIM / FAQ

1. Apakah Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)?


Penubuhan KPJ di semua sekolah rendah dan menengah kerajaan telah ditauliahkan
melalui SPI Bil.5/2006 bertarikh 30 Mei 2006 jelas menyarankan semua sekolah
menengah dan rendah di Malaysia perlu menubuhkan KPJ.
Rujukan: SPI Bil.5/2006: Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Semua
Sekolah Dan Menengah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan

2. Apakah KPJ didaftarkan sebagai Kelab dan Persatuan dalam PAJSK?


Ya. KPJ telah didaftarkan sebagai Kelab dan Persatuan dalam sistem Pentaksiran
Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum(PAJSK).
Rujukan: Surat Siaran KPM 600-17/1/21 Jld. 5 (40) : Pemakluman Pendaftaran
Kelab Pencegahan Jenayah Sebagai Kelab Dan Persatuan Dalam
Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum

3. Apakah tujuan penubuhan KPJ di sekolah?


Antara tujuannya ialah memupuk rasa patuh kepada peraturan sekolah dan undang-
undang negara serta membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid membanteras
perbuatan jenayah di dalam dan di luar sekolah.
Rujukan: SPI Bil.5/2006: Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Semua
Sekolah Dan Menengah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan

4. Apakah matlamat penubuhan KPJ di sekolah?


Membentuk masyarakat murid berkesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan
jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang bagi
melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.
Rujukan: Buku Panduan Pelaksanaan KPJ.

5. Bagaimanakah cara menubuhkan KPJ di sekolah?


Mesyuarat Jawatankuasa Penaja perlu diadakan bagi tujuan menubuhkan KPJ buat
kali pertama di sekolah. Guru Penasihat akan menulis surat permohonan penubuhan
kepada pengetua atau guru besar (PGB).
Rujukan: Buku Panduan Pelaksanaan KPJ.

6. Apakah peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM), Guru Disiplin dan
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dalam Jawatankuasa KPJ di sekolah?
Peranan PK HEM, Guru Disiplin dan PPS ialah sebagai penasihat KPJ.
Rujukan: Buku Panduan Pelaksanaan KPJ.
7. Apakah peranan Penolong Kanan Kokurikulum (PKKOKO) dalam memastikan
pelksanaan aktiviti KPJ di sekolah?
Peranan PK KOKO ialah menyelaraskan perjalanan aktiviti KPJ seperti
menyelaraskan hari pelaksanaan aktiviti, masa pelaksanaan aktiviti, tempat
perjumpaan dll.
Rujukan: Surat Siaran KPM 600-17/1/21 Jld. 5 (40) : Pemakluman Pendaftaran
Kelab Pencegahan Jenayah Sebagai Kelab Dan Persatuan Dalam
Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum

8. Adakah KPJ boleh melaksanaan aktiviti pada waktu pelaksanaan aktiviti


kokurikulum di sekolah?
Ya. Ahli-ahli KPJ boleh melaksanakan aktiviti KPJ pada waktu aktiviti kokurikulum di
sekolah.
Rujukan: Surat Siaran KPM 600-17/1/21 Jld. 5 (40) : Pemakluman Pendaftaran
Kelab Pencegahan Jenayah Sebagai Kelab Dan Persatuan Dalam
Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum

9. Siapakah yang layak menjadi ahli KPJ?


Keahlian KPJ ini terbuka kepada semua murid.
Rujukan: Buku Panduan Pelaksanaan KPJ.

-TAMAT-

You might also like