Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH KOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM. 05604 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN Telefon = 04-740 4000, Faks 04.740 4342 Laman Web : htps:ipnkedah moe.gou.my Ruj. Kami: JPNK.100-15/2/7 (2.1) Tarikh : 23 November 2022 PENGETUA / GURU BESAR ‘Semua Sekolah Negeri Kedah Tuan, PERINGATAN SEMULA BERHUBUNG SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2022 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mendapati masih terdapat sekolah-sekolah yang tidak mematuhi ketetapan mengikut kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2022: Garis Panduan Pelantikan dan Pengurusan Guru Data di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Mataysia, Ruj.KPM.100-1/3/1 Jid.7 (43) bertarikh 7 Mac 2022. 3. Sehubungan itu, Pihak pengurusan sekolah diingatkan untuk mematuhi perkara-perkara seperti berikut 3.1 melantik guru data berdasarkan kriteria pemilihan dan mematuhi prosedur pelantikan guru data; 3.2 memastikan guru data menjalankan fungsi dan tugas pengurusan data sekolah mengikut ketetapan yang terkandung dalam garis panduan; 3.3 menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS); 3.4. memperuntukkan guru data waktu mengajar tidak melebihi lapan (8) jam seminggu dan waktu pengurusan data sekolah tujuh (7) jam seminggu serta diselaraskan dalam jadual waktu guru data; 4. Pihak pengurusan sekolah juga diingatkan untuk memastikan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa dipatuhi agar urusan pengurusan data sekolah lebih teratur dan fersusun di semua peringkat. Sekiranya didapati mana-mana pelanggaran peraturan, maka tindakan tatatertib akan diambil selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. (2) 5. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak tuan boleh berhubung terus dengan Encik Noorulanuar bin Baharudin ditalian 04-7740804 atau emel ke noorulanuar@moe.gov.m' Perhatian dan kerjasama tuan mengenai perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. "WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030" “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG" Saya yang menjalankan amanah, ee (HAJI ROZAINI BIN AHMAD, SDK., AMK., BCK.) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sk 1, Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Kedah

You might also like