Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SUMBER DATA

Kerja kursus ini menjangkakan para mahasiswa membuat analisis ke atas data sekunder mentah
yang boleh diperoleh melalui apa-apa sumber secara berkumpulan. Oleh itu, tajuk yang dipilih adalah
Pelepasan Bahan Pencemar ke Udara Mengikut Jenis dan Punca, 1998-2018, Malaysia dan sebagai
tambahan, data jumlah Penduduk (‘000) (population) di Malaysia, 1998-2018. Kedua-dua data ini adalah
data terbuka yang telah diperoleh melalui laman sesawang rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia [1].
Seperti yang disarankan, data yang diambil untuk dianalisis ini adalah data mentah sekunder kerana
angka dan nilai yang digunakan belum diproses serta ianya telah direkodkan dan dihasilkan oleh pihak
kementerian Malaysia. Data tambahan mengenai jumlah penduduk di Malaysia akan digunakan agar
analisis secara kualitatif dan kuantitatif berkenaan pelepasan bahan pencemar ke udara dapat
dijalankan secara terperinci dan lebih berkualiti. Bagi memastikan integriti data terpelihara, ahli
kumpulan menjamin nilai bacaan yang diproses tidak diolah atau diubah dan diambil dari sumber asal
semata-mata.

JENIS DATA

JADUAL 20.2 : PELEPASAN BAHAN PENCEMAR KE UDARA MENGIKUT JENIS DAN PUNCA, 1998 –
2019, MALAYSIA

Table 20.2 : Emission of Pollutants to the Atmosphere by Type and Sources, 1998 – 2019,
Malaysia

('000) Tan Metrik /


Tonnes

Tahun Punca Tetap Kenderaan Lain- lain1 Jumlah


Bermotor

Year Stationary Sources Mobile Vehicles Others1 Total

Industri Stesen

Industrial Janakuasa

    Power Plant

1998 706.5 .. 2,402.8 146.5 3,255.8

1999 461.4 .. 2,563.1 114.2 3,138.7

2000 566.7 .. 2,642.6 29.2 3,238.5

2001 308.0 .. 2,561.7 8.6 2,878.3


2002 702.1 .. 2,939.9 14.6 3,656.6

2003 125.1 127.4 1,649.1 163.2 2,064.8

2004 372.4 359.0 1,478.6 38.7 2,248.7

2005 157.3 148.8 1,538.0 23.1 1,867.2

2006 158.7 150.7 1,631.4 44.9 1,985.7

2007 132.9 178.2 2,172.8 49.4 2,533.4

2008 148.7 221.4 1,630.8 54.4 2,055.3

2009 166.3 595.9 1,762.8 60.3 2,585.3

2010 113.9 619.2 1,829.7 60.4 2,623.2

2011 116.4 633.5 1,905.6 90.6 2,746.1

2012 86.4 693.2 2,024.6 151.5 2,955.7

2013 86.0 701.8 2,025.6 142.4 2,955.8

2014 101.9 742.9 2,092.0 88.1 3,024.9

2015 85.3 746.8 2,149.5 88.5 3,070.2

2016 101.9 774.5 2,192.3 80.4 3,149.1

2017 101.9 742.9 2,092.0 88.2 3,024.9

2018 96.6 821.6 2,359.0 107.5 3,384.8

Jadual 1: Jumlah (‘000) dalam Tan Metrik pelepasan bahan pencemar ke udara mengikut jenis dan
punca di Malaysia bagi tahun 1998-2018. Data yang dinyatakan sebagai (..) tidak diperoleh
memandangkan tiada perincian bagi punca tetap. Data tahun 1998-2002 merujuk kepada Pembakaran
Sisa Industri. Mulai 2003, termasuk hotel, pusat komersial, institusi dan pasar malam.

JADUAL 22.1 : PENDUDUK ('000) MENGIKUT KUMPULAN UMUR, MALAYSIA, 1998-2018, (samb.)

Table 22.1 : Population ('000), Malaysia,1998-2018 (cont’d)


Tahun/Year Jumlah/Total
1998 22333.5
1999 22909.5
2000 23494.9
2001 24030.5
2002 24542.5
2003 25,038
2004 25541.5
2005 26045.5
2006 26549.9
2007 27058.4
2008 27567.6
2009 28081.5
2010 28588.6
2011 29062
2012 29510
2013 30213.7
2014 30708.5
2015 31186.1
2016 31633.5
2017 32022.6
2018 32382.3
Jadual 2: Jumlah Penduduk (‘000) Malaysia bagi tahun 1998-2018.

Data yang digunakan dalam proses penganalisisan ini adalah jenis data berstruktur atau
kuantitatif. Jika dilihat begitu sahaja, agak jelas bahawa data yang ditunjukkan mempunyai organisasi
yang teratur serta ianya dipersembahkan dalam bentuk jadual dengan lajur dan baris. Oleh itu, bentuk
data yang diperoleh ini paling mudah dan hampir siap untuk dianalisis. Berdasarkan jadual 1, bahagian
lajur menunjukkan jumlah pelepasan bahan pencemar dalam unit tan metrik (‘000) bagi punca berbeza
serta jumlah keseluruhan pada lajur paling kanan manakala baris menunjukkan tahun 1998 hingga 2018.
Menurut jadual 2 pula, lajur menunjukkan jumlah penduduk (‘000) dan baris adalah dari tahun 1998
hingga 2018 selari dengan jadual 1. Memandangkan nombor yang diperoleh mengambil nilai integer
sahaja, dalam bentuk bilangan dan mempunyai jujukan, maka ini merupakan data diskret yang
berangka-bilangan. Pemboleh ubah yang mengambil nilai integer (bilangan) dalam kajian ini adalah
jumlah pelepasan bahan pencemar dan jumlah penduduk di Malaysia.

You might also like