Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERSATUAN IBU BAPA & GURU

SJKT KAMPONG TUN SAMBANTHAN


32400 AYER TAWAR
PERAK DARUL RIDZUAN
MINIT MESYUARAT PIBG
2020
Tarikh : 8 Januari 2020
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Dewan Serbaguna Sekolah
Kehadiran :
1. En.M.Kanavathy (Penasihat)
2. En.N.Subramaniam (Pengerusi PIBG)
3. Pn.K.Vimalambikai (Setiausaha PIBG)
4. Pn.M.Kavitha (Bendahari PIBG)
5. Pn.S.Nirmala Devi
6. Pn.R.Amutha
7. Pn.V.Sarasaswathy
8. Pn.K.Sarala
9. Ibu Bapa
AGENDA :

 BACAAN DOA
 UCAPAN ALU-ALUAN
 UCAPAN YAND DIPERTUA PIBG
 UCAPAN GURU BESAR
 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT 3/2019
 PELAKSANAAN PENGENALAN TULISAN JAWI
 UCAPAN PENUTUPAN (Pen.Setiausaha PIBG)
 JAMUAN RINGAN

1. BACAAN DOA
 Bacaan doa telah dibaca oleh murid-murid SJK(T) Kampung Tun Sambanthan. Setelah
doa dibaca mesyuarat telah dimulakan.

Tindakan : Dimaklumkan
2. UCAPAN ALU-ALUAN
 Setiausaha mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa.
 Setiausaha mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang bekerjasama untuk
menjayakan semua program sekolah pada tahun lepas.
 Beliau juga telah meminta semua ibu bapa supaya bekerjasama untuk menjayakan
mesyuarat PIBG tanpa sebarang gangguan.

Tindakan : Setiausaha
3. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
 Pengerusi PIBG telah mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa yang
menghadirkan diri pada hari ini.
 Semua aktiviti yang dirancang oleh sekolah pada tahun 2019 telah dijalankan dengan
jayanya dengan kerjasama dan sokongan dari pihak ibubapa.
 Mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah atas kejayaan UPSR
tahun 2019.
 Dalam ucapannya beliau telah meminta para ibu bapa supaya sentiasa mengambil berat
tentang pelajaran anak-anak mereka dan selalu berhubung dengan guru-guru untuk
mengetahui perkembangan anak-anak mereka dalam pelajaran.
 Beliau juga telah meminta para ibu bapa supaya sentiasa memberikan kerjasama kepada
pihak sekolah dalam setiap rancangan yang dirancang supaya program-program
tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tindakan: Dimaklumkan
4. UCAPAN GURU BESAR
 Tuan Guru Besar telah mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa yang
menghadirkan diri pada hari ini.
 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberikan
kerjasama yang baik kepada pihak sekolah pada tahun sebelumnya. Kerjasama daripada
pihak inilah yang telah membantu sekolah untuk menjayakan semua rancangan yang
dirancang. Beliau juga berharap pihak ibu bapa akan memberikan kerjasama dan
sokongan yang kuat kepada pihak sekolah pada tahun ini seperti yang sebelumnya.
 Kehadiran murid ke sekolah amat membantu murid-murid menguasai pelajaran kerana
murid-murid hanya belajar di sekolah sahaja. Murid-murid tidak belajar ataupun
mengulangkaji pelajaran di rumah jika cuti.
 Beliau meminta ibubapa supaya selalu berhubung dengan pihak sekolah untuk sama-
sama berusaha bagi meningkatkan prestasi sekolah. Beliau menambah para pelajar
tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan dalam kelas. Sekiranya pelajar tidak
membuat kerja rumah kemungkinan besar mereka ketinggalan dalam pelajaran mereka.
Oleh itu, ibubapa harus memastikan para pelajar menyiapkan kerja rumah masing-
masing setiap hari.
 Guru besar juga telah menerangan pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam
kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 di SJK mulai tahun
2020 kepada para ibu bapa.
 Pelaksanaan ini akan dijalankan hanya jika para ibu bapa Tahun 4 bersetuju untuk
dilaksanan di sekolah ini.
 Akhir sekali beliau meminta ibubapa supaya datang ke sekolah sekiranya ada sebarang
masalah tentang pelajaran murid ataupun sebarang masalah lain yang berkaitan dengan
sekolah.
Tindakan: Dimaklumkan
6. PENYATA TAHUNAN PIBG
 Setiausaha PIBG Pn.K.Vimalambikai telah membaca dan menerangkan penyata
tahunan PIBG 2019. Penyata ini telah diterima dan disokong tanpa sebarang bantahan.
Penyokong : Pn.R.Amutha
Penerima : Pn.Kaliammal
Tindakan: Dimaklumkan
7. PELAKSANAAN PENGENALAN TULISAN JAWI
 Setiausaha PIBG telah membentangkan borang pilihan persetujuan ibu bapa dan
menyatakan bahawa kesemua 13 ibu bapa murid Tahun 4 tidak bersetuju untuk
pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi.
 Semua ahli PIBG dan para ibu bapa menyokong penuh keputusan para ibu bapa Tahun
4.
 Maka SJKT Kampong Tun Sambanthan telah memutuskan untuk tidak melaksanakan
pengenalan tulisan Jawi untuk murid Tahun 4.
10. UCAPAN PENUTUP
 Setiausaha PIBG telah mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru
guru yang hadir dan turut memberikan kerjasama penuh bagi menjalankan mesyuarat
agong tahunan ini dengan jayanya.
Tindakan: Dimaklumkan
Ibu bapa dan guru-guru menjamu selera selepas ucapan penutup.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.20 petang.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh : Disemak oleh :

_________________ __________________ ________________

(Pn.K.Vimalambikai) (En.N.Subramaniam) (En.M.Kanavathy)


Setiausaha PIBG Pengerusi PIBG Penasihat PIBG

You might also like