Professional Documents
Culture Documents
10 Kata Nafi
10 Kata Nafi
1. MAKSUD:
Kata naïf ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu.
Salah:
i-Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar. (adjektif)
ii-Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat. (adjektif)
iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki bukan tidur. (kerja)
Betul:
i-Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar. (adjektif)
ii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat. (adjektif)
iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki tidak tidur. (kerja)
b. ‘bukan’ hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa nama dan kata/ frasa sendi &
hubung.
Salah:
i-Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton. (nama)
ii-Pelajar perempuan yang baru datang itu tidak Hayati. (nama)
iii-Peniaga berbangsa Melayu itu tidak dari Kuala Lumpur. (sendi)
iv-Dia melawat ke negara barat itu tidak dengan saya. (hubung)
Betul:
i-Kereta yang dipandunya itu bukan kereta Proton. (nama)
ii-Pelajar perempuan yang baru datang itu bukan Hayati. (nama)
iii-Peniaga berbangsa Melayu itu bukan dari Kuala Lumpur. (sendi)
iv-Dia melawat ke negara barat itu bukan dengan saya. (hubung)
c. Jika sesuatu ayat itu ada perkataan ‘tetapi’, hanya ‘bukan’ yang boleh digunakan tanpa
mengira jenis kata di depannya. (jangan gunakan ‘tidak’)
Salah:
i-Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton tetapi kereta Mazda.
ii-Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar tetapi berbadan kurus.
iii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat tetapi sederhana sahaja.
Betul:
i-Kereta yang dipandunya itu bukan kereta Proton tetapi kereta Mazda.
ii-Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar tetapi berbadan kurus.
iii-Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat tetapi sederhana sahaja.
d. Kata pemeri ‘adalah’ sahaja yang boleh digunakan bersama-sama dengan kata nafi.
(jangan gunakan ‘ialah’) / Lebih tepat jika 'adalah tidak' atau 'adalah bukan' digantikan
dengan 'tidak' atau 'bukan' sahaja.