Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG CHENGAL

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BHARU


16450 KETEREH, KELANTAN
Tel : 011-65733730 ,01165733731
Email : dea1148@moe.edu.my

Rujukan Kami : SMKKC 800-4/9 ( )


Tarikh : 21 SEPTEMBER 2022

Yang Berkenaan,

Tuan/Puan

MEMOHON TAJAAN / SUMBANGAN KEWANGAN DAN PERALATAN UNTUK PEMAIN


BOLA SEPAK SEKOLAH DALAM KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK KPM TAHUN 2022.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa, SMK KAMPONG CHENGAL (Akademi Kelantan


United) merupakan satu-satunya Sekolah Menengah Harian dan bukan Sekolah Sukan Negeri yang
berjaya tersenarai dalam kejohanan Liga Bola Sepak KPM 2022 mewakili pasukan Kelab Kelantan
United dalam Kejohanan Liga Bola Sepak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bawah 14 dan
bawah 17 tahun pada tahun 2022 sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh / Tempoh : 24 September 2022 - 20 November 2022
Hari / Masa & Tempat : Rujuk Lampiran / Jadual Kejohanan Liga KPM 2022
3. Justeru itu, pihak pengurusan pasukan kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan / puan
dapat menaja atau memberikan sumbangan dari segi perkhidmatan, wang tunai, atau sebarang
sumbangan yang berkaitan sepanjang tempoh kejohanan tersebut diadakan. Sebarang sumbangan
wang tunai hendaklah dimasukkan ke akaun PIBG sekolah seperti yang berikut :
NAMA BANK : RHB ISLAMIC BANK BERHAD, CAWANGAN KETEREH, KELANTAN.
NAMA AKAUN : PIBG SEK MEN KEB KAMPONG CHENGAL
NO.AKAUN : 25302500004260
Jika terdapat sebarang kemusykilan pihak tuan / puan boleh menghubungi Tn.Hj Mohd Redzuan
Daud ( Ketua Jurulatih ) di talian 013-9387000

4. Harapan kami agar pihak tuan / puan dengan seikhlas hati dapat membantu menaja atau
memberikan sumbangan kepada pasukan kami. Untuk makluman juga, semua maklumat mengenai
penerimaan tajaan & sumbangan yang diberikan akan kami maklumkan & serahkan kepada pihak
Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSNK) untuk urusan pelepasan atau pengecualian cukai bagi tindakan
selanjutnya.

5. Semoga sumbangan daripada pihhak tuan / puan dapat membakar semangat & memberi
inspirasi serta motivasi kepada para pemain & pegawai pasukan bola sepak sekolah dalam usaha
membantu meningkatkan lagi kualiti, kemahiran dalam kesukanan & kemenjadian murid-murid
sekolah kami. Kerjasama serta perhatian yang diberikan pihak tuan / puan amat kami sanjungi &
hargai dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………….
( MOHD KAMALLUDDIN KAMIL BIN MOHAMED NOOR )
Pengetua,
SMK Kampong Chengal, Ketereh, Kelantan.
s.k : 1. Fail SPTS

You might also like