Kajian Geografi Tempatan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Kajian Geografi Tempatan

MRSM Tawau, Batu 5, Jalan Apas, Tawau, Sabah Nama: Mohd. Nur Solihin Bin Jimahari Kelas: 2 Kreatif No. Maktab: HT100004 Nama guru: Pn. Zubaida binti Chamangai Tandatangan guru:

PETEMPATAN DI TAMAN MEGAH JAYA, SABAH, MALAYSIADAN PERBANDINGANNYA DENGAN PETEMPATAN DI ENGLAND

Senarai Kandungan
Bil. Isi Kandungan m/s

1 2 3 4

Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan Kajian

1 2 3

5 6 7 8

Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran

Rujukan

Penghargaan
Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasamadaripada beberapa pihak.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepadapengetua sekolah, Puan Hajah Shariffah Asmak binti Syed Alwee yang telah memberikankebenaran untuk saya menjalankan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepadaguru geografi saya Puan Rohaziah binti Junoh kerana telah sudi memberikan bimbingan dantunjuk ajar dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan. Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikandorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga saya tujukankepada semua rakan-rakan saya yang telah memberikan tunjuk ajar,cadangan dan bantuankepada saya yang telah dikongsikan bersama.Selain itu, saya juga ingin mengucapakanribuan terima kasih kepada pihak responden yang telah sedikit sebanyak memberi maklumatdi kawasan kajian saya.Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semuayang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.

Pendahuluan
Kawasan kajian yang saya pilih ialah Taman Megah Jaya di mana sepanjang kajian ini,sayaakan menbongkar segala potensi, kelemahan, perkembangan dan kegiatan ekonomi yang adadi Taman Megah Jaya .Saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian bagi melawat saudara-marasaya. Di samping dapat memudahkan saya menjalankan kajian, saya juga dapat mengetahuisedikit sebanyak mengenai kawasan tempat tinggal saya.Tidaklah saya seperti katak di bawahtempurung apabila orang lain atau pelancong menanyakan saya yang berkaitan petempatan dikawasan ini.Negara yang saya pilih untuk dibandingkan dengankawasan kajian saya ialah England. Saya memilih England ini kerana negara ini merupakan Negara yangoptimum. Oleh itu, banyak perbezaan dari pelbagai aspek akan dapat diperolehi jikadibandingkan dengan kawasan di Taman Megah Jaya.Saya mengambil masa daripada 28 Julai hingga 30 Julai untuk menjalankankajian. Ini memberikan saya masa yang secukupnya untuk menyiapkan kerja kursus.

Objektif Kajian
1 .Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di Taman Megah Jaya serta jenis dan pola petempatan yangterdapat di England. 2 .Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan yang terdapat di Taman Megah Jaya serta faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan yang terdapat di England. 3 .Mengenalpasti fungsi petempatan yang terdapat di Taman Megah Jaya serta fungsi petempatan yang terdapat di England. 4 .Mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di Taman Megah Jaya serta masalah-masalah petempatan yangterdapat di England 5.Mengenalpasti langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang terdapat di Taman Megah Jaya serta langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang terdapat di England

Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang saya telah pilih pilih ialah Taman Megah Jaya yang terletak di Tawau, Sabah .Kawasan ini terletak lebih kurang 3 minit hingga 5 minit perjalanan dari bandar utama jika menaiki kereta. Tambangan bas yang diperlukan dari bandar Tawau ke kawasanini ialah sebanyak Rm0.90.Peta yang terdapat di halaman sebelah menunjukkan lokasi Tawau dan kawasan kajian saya-Taman Megah Jaya.Taman Megah Jaya terletak di kawasantanah pamah yang rata serta merupakan kawasan penempatan.Pembangunan di kawasanini sederhana.Kawasan ini terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Tawau atau lebih dikenali sebagai MPT.

Kawasan bandingan yang saya pilih ialah England yanng berada di United Kingdom.Kawasan ini terletak di kawasan tanah rata yang boleh dimajukan sebagai tempat tinggal dan bangunan-bangunan lain.Kawasan ini terletak di Bandar, penduduk di sini menggunakan kereta,bas awam,tram atau The Tube. The Tube adalah kereta api di bawah tanah yang canggih.Kebanyakan penduduk menggunakan The Tube sebagaipengangkutan awam oleh kerana tambang yang murah.Kawasan iniberada di bawah pentadbiran UK Government dan UK Parliament.

Peta Kajian

A. merupakan England

Taman Megah Jaya

Kaedah Kajian
Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalammencari dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Antara kaedahyang telah saya gunakan adalah kaedah pemerhatian, kaedah rujukan, kaedah soal selidikserta kaedah temu bual. Kaedah Pemerhatian Kaedah pemerhatian yang telah saya jalankan adalah dengan melawat tempat kawasankajian saya iaitu Taman Megah Jaya. Saya telah mengumpul beberapa data dari pemerhatiansaya. Saya juga telah memerhati dengan teliti dan melukis peta lakaran kawasankajian dengan betul dan tepat di dalam kajian ini. Kaedah Rujukan Bagi mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian saya, saya telah menggunakankaedah rujukan iaitu dengan merujuk ke laman web di internet dan rujukan keperpustakaan. Saya memperoleh maklumat yang dikehendaki seperti maklumattentang kawasan kajian saya serta perbandingannya iaitu bandar di negara luar yangsaya pilih serta maklumat tambahan. Kaedah Soal Selidik Untuk mendapatkan maklumat tentang jenis-jenis petempatan dan masalahnya, sayatelah menggunakan kaedah soal selidik. Saya telah menyediakan satu set soalan danmemberikannya kepada 20 orang responden di sekitar kawasan kajian saya untukmendapatkan maklumat. Kaedah Temu Bual Saya telah pergi ke tempat kawasan kajian saya dan menemu bual 10 orang penduduk di situ. Dengan ini telah memudahkan lagi kajian saya.

Hasil Kajian
Berdasarkan kajian saya, Taman Megah Jaya berada di kawasan bandar dan ia berpolapetempatan terancang.Polapetempatan yang terancang biasanya mempunyai bangunan atau rumah yang dibina mengikut pelan yang telah dirancang oleh sesuatu majikan. Manakala kawasan bandingan saya pula iatu England,UK juga berada dikawasan bandardan jenis pola petempatannya adalahpola petempatan berjajar dan berpusat.Oleh sebab penduduk yang melebihi 50 juta orang (84% daripada UK) kawasan England berpendudukpadat.Jenispola petempatan berpusat terbentuk apabila rumah dan bagunan yangbanyak dibina secara rapat-rapat.Walau bagaimanapun, infrastrukturEngland adalah diantara terbaik didunia walaupun berpenduduk ramai dan padat.

8.2 Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan Kawasan kajian ialah Taman Megah Jaya.Taman Megah Jaya merupakan kawasan tanah pamah .Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Megah Jaya.Antaranya ialah perkhimatan pendidikan.Di kawasan kajian saya terdapat dua sekolah iaitu sekolah rendah dan tadika.Selain itu, perniagaan juga adalah salah satu faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Megah Jaya. Barang-barang keperluan serta makanan dijual secara runcit. Ini membolehkan penduduk di sini membeli barang dengan cepat dan mudah. Kawasan yang dibanding pula iatu England.Kawasan kajian England juga merupakan kawasan tanah pamah.Antara faktor yang mempengaruhi petempatan ialah kegiatan perniagaan seperti gerai makanan dan kompleks membeli-belah yang besar.Faktor yang lain ialah perkhimatan pendidikan, England mempunyai antara pendidikan yang terbaik di dunia oleh kerana kolej dan Universiti seperti Winchester College. Chirst Church,University of Oxford , dan Cambrigde University. Walaupun kawasan bandingan saya England lebih maju daripada kawasanpetempatan saya, saya masih berbangga dengan kawasan petempatan saya. 8.3 Fungsi Petempatan Kawasan kajian saya Taman Megah Jaya mempunyai satu fungsi petempatan.Fungsi petempatan Megah Jaya ialah perkhidmatan pendidikan. Perkhidmatan pendidikan disediakan untuk meningkatkan peluang pendidikan serta meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan penduduk tempatan. Sekolah yang disediakan adalah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kung Ming dan Tadika Kung Ming. Kawasan bandingan saya ,England, pula mempunyai satu fungsi petempatan.Fungsi utama England ialah pendidikan.Fungsi ini dapat dilihat dengan pelbagai institusi pendidikan yang bertaraf tinggi seperti WinchesterCollege.

ChirstChurch,Universityof Oxford ,Cambrigde University,dan The Kings School . Meskipun kawasan bandingan saya England , lebih maju , saya masihmenyayangi kawasan petempatan dan bersyukur kerana dapat bersekolah dinegara ini. 8.4 Masalah petempatan Kawasa Kajian saya Taman Megah Jaya menghadapi beberapa masalah.Antaranya ialah kes-kes pecah rumah yang selalu berlaku .Terutamanya jika tuan atau puan rumah tidak berada dalam rumah atau berkerja pada waktu siang. Penjenayah penjenayah yang masih bebas danmerayau- rayau ditaman atau tempat lain , amat membimbangkan penduduk kawasan ini.Selain itu,pembakaran terbuka juga menjadi salah satu masalah untuk penduduk di sini. Pembakaran terbuka mencemarkan udara dan menyebabkan asap-asap dan debu memasuki ke rumah-rumah orang lain. Kawasan bandingan saya,England, juga menghadapi beberapa masalah.Antara masalah England ialah pencemaran udara.Pencemaran udara berlaku kerana kenderaan yang banyak mengeluarkan asap asap yang mengandungi beberapa gas yang berbahaya kepada kesihatan.Lantaran itu , Kesesakan lalu lintas juga adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh England.Oleh kerana kenderaan yang banyak dan jalan yang sempit berlakunya kesesaka lalu lintas. Saya sangat bersyukur kerana dapat hidup dalam kawasan yang lebih bersih dantidak mengalami masalah-masalah yang rumit seperti kawasan bandingan saya. 8.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan Terdapat pelbagai cara dan langkah-langkah yang boleh mengurangkan masalah kawasan kajian saya.Langkah yang pertama ialah untuk mengupah beberapa orang pengawal sekuriti dan meronda semua lorong- lorong di taman. Selain itu ,pembakaran terbuka tidak patut dibiar sahaja, pembakar itu haruslah dikenakan denda jika membakar sampah-sarap dengan terbuka. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran udara di England ialah penduduk boleh bersama-sama berkongsi kereta dan lebih mengunakan pengangkutan awam untuk mengurangkan gas-gas yang membahayakan kesihatan manusia.Selain itu, kesesakan lalu lintas boleh diperbaiki dengan meluaskan jalan raya dan membina jambatan untuk melintasi jalan raya yang sibuk. Walaupun kawasan petempatan saya menghadapi masalah, saya tetap berbanggadan bersyukur kerana dapat hidup dalam kawasan yang harmoni ini.

Rumusan
Kajian yang telah saya jalankan di Taman Megah Jaya ini telah memberi pengalamanyang amat berguna kepada saya.Kajian ini membolehkan saya untuk mengenal pasti jenis pola pertempatan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu pola petempatan terancang.Selain itu, saya juga berpeluang untuk mengetahui lebih jelas faktorfaktor yang mempengaruhi petempatan dikawasan kajian saya seperti perkhidmatan pendidikan dan perniagaan. Berdasarkan kajian yang dijalankan ,saya juga dapat mengetahui fungsi petempatan kawasan kajian saya dan kawasan yang di bandingkan seperti England yang berfungsi sebagai perkhimatan pendidikan yang bertaraf tinggi. Saya juga dapat mengenal pasti masalah yang di hadapi oleh kawasan kajian saya dan kawasan bandingannya serta langkah -langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah masalah yang dihadapi. Akhir kata saya telah banyak mendapat tahu tentang kawasan kajian saya dan bandingannya.Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan negara yang aman dan damai dan tempat tinggal walaupun tidak sempurna .

Lampiran

Rujukan

You might also like