Peraturan Agm

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PERATURAN MENJALANKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

1. Badan pelajar hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung tiap-tiap tahun selepas 7


hari bekerja daripada tarikh pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar selesai
dijalankan. Tempoh masa yang diberikan kepada semua badan pelajar untuk
menjalankan mesyuarat agung ialah dua (2) minggu sahaja untuk memilih
pemegang-pemegang jawatan bagi tahun yang akan datang. *

2. Permohonan mengadakan mesyuarat agung mesti dikemukan kepada pihak Unit


Aktiviti & Badan Pelajar tidak kurang dari dua minggu hari bekerja sebelum
mesyuarat dijalankan. Setiausaha Badan Pelajar perlu mengemukakan
permohonan tersebut dengan menggunakan borang yang berkaitan

3. Borang permohonan hendaklah lengkap dan dilampirkan dokumen berikut :-

a) Agenda Mesyuarat Agung:

i. Ucapan mantan Presiden


ii. Pembentangan aktiviti tahunan oleh setiausaha
iii. Pembentangan laporan kewangan oleh bendahari
iv. Pemilihan Penasihat Badan Pelajar
v. Pemilihan Majlis Eksekutif baharu secara undian/pemilihan
vi. Ucapan Presiden baharu

b) Senarai daftar ahli

c) Nama Penasihat

4. Selepas diluluskan permohonan untuk mengadakan Mesyuarat Agung, Majlis


Eksekutif hendaklah menaikkan notis tidak kurang daripada lima (5) hari daripada
tarikh mesyuarat Agung akan diadakan kepada ahli-ahli badan pelajar.

5. Pegawai Unit Aktiviti & Badan Pelajar/Pegawai JHEPA/Penasihat yang dilantik


untuk hadir dalam mesyuarat tersebut dan ia boleh menasihati dan memberi apa-
apa arahan mengenainya jika difikirkan perlu.
6. Mesyuarat Agung hendaklah memilih :

i. Pengerusi/Presiden (Pengerusi : Persatuan / Presiden: Kelab)


ii. Naib Pengerusi/Presiden
iii. Setiausaha
iv. Bendahari

*Seperti Lampiran 1

Jawatan lain yang dicadang boleh dilantik setelah mendapat kelulusan daripada
Timbalan Naib Canselor, HEPA. Majlis Eksekutif perlu mengemukakan justifikasi
perlantikan jawatan lain dan mesti menepati perancangan kegiatan badan pelajar
pada tahun itu.

7. Keputusan Mesyuarat Agung Badan Pelajar hendaklah dibuat dengan undi


lebihan majoriti dari kalangan ahli yang hadir.

8. Badan Pelajar yang telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung perlulah


menghantar dokumen berikut kepada Unit Aktiviti & Badan Pelajar dalam tempoh
7 hari selepas Mesyuarat Agung dijalankan.

i. Salinan minit mesyuarat


ii. Laporan Tahunan
iii. Laporan Kewangan
iv. Perancangan aktiviti tahunan
v. Borang Pengemaskinian Badan Pelajar

9. Setiausaha Badan Pelajar perlu melengkapkan data Majlis Eksekutif dan Jawatan
lain yang telah dilantik dengan mengemaskini Borang Pengemaskinian Badan
Pelajar bagi dikemaskini dalam sistem aplikasi atas talian : e-com>
Designation Club.

10. Pengesahan Pelantikan Penasihat dibawah kelulusan Timbalan Naib Canselor,


HEPA dan dimaklumkan kepada Badan Pelajar.

11. Badan pelajar yang gagal mengadakan Mesyuarat Agung dalam tempoh yang
ditetapkan akan digantung menjalankan aktiviti.

*Sekretariat tidak tertakluk kepada Peraturan Menjalankan Mesyuarat Agung tetapi perlu
menghantar semua dokumen seperti Perkara 8 kepada Timbalan Naib Canselor, HEPA
untuk kelulusan.
Lampiran 1

GELARAN PEMEGANG-PEMEGANG JAWATANKUASA PENGURUSAN BADAN-


BADAN PELAJAR UMP

Gelaran bagi pemegang-pemegang jawatankuasa badan pelajar adalah seperti yang


diperuntukkan di dalam Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 pindaan 2009 seperti
berikut:-

1) Pengerusi : Gelaran bagi penyandang ketua bagi badan-badan pelajar


berbentuk persatuan

2) Presiden : Gelaran bagi penyandang ketua bagi badan-badan pelajar


berbentuk kelab

3) Naib Pengerusi : Gelaran bagi penyandang pembantu ketua bagi badan-badan


pelajar berbentuk persatuan

4) Naib Presiden : Gelaran bagi penyandang pembantu ketua bagi badan-badan


berbentuk kelab

5) Setiausaha : Gelaran bagi setiausaha bagi persatuan atau kelab.

6) Bendahari : Gelaran bagi bendahari bagi persatuan atau kelab.

You might also like