Ctu 152 Topic Bab 10

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Apakah punca utama yang menyebabkan berlakunya konflik perkauman di negara

kita? Bincangkan
Antara faktor-faktor berlakunya konflik perkauman di negara kita ialah penggunaan Bahasa. Setiap
kaum mengamalkan budaya dan cara hidup masing-masing.Sebagai contohnya,umat Islam akan
bersembahyang lima kali sehari dan orang Cina akan membakar ‘kertas kuning’ untuk menghalau roh
semasa ‘bulan hantu mengikut kepercayaan.Sesetengah budaya ini tidak dapat diterima oleh kaum
yang lain.Sebagai contoh,pembakaran ‘kertas kuning’ menyebabkan sesetengah masyarakat yang
berpenyakit respirasi seperti asma mengalami kesukaran dan pembakaran tersebut juga
mengotorkan halaman rumah jiran-jiran yang terdekat.

Selain itu, perkauman antara etnik ini boleh dilihat secara tidak langsung melalui politik mengikut etnik
contohnya, UMNO, MCA dan MIC, akhbar dan rancangan televisyen berlainan bahasa mengikut etnik
masing-masing. Politik mengikut kaum ini lebih menjurus untuk mempertahankan dan
memperjuangkan hak untuk kaum masing-masing. Walaupun terdapat juga politik bukan berasaskan
perkauman, tetapi jika dilihat kepada masyarakat berbilang kaum, mereka lebih cenderung untuk
mengekalkan identiti masing-masing serta mempertahankan nilai, budaya dan idea yang berbeza di
antara kelompok masyarakat.

Di samping itu, setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di
sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan
bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin
sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan
bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan
perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan
persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya
terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan
yang negatif kepada negara Malaysia.

You might also like